MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Supaya Tak Rugi, Jangan Beri Pinjam Duit. Tapi Pinjamkan Emas

April 4, 2025

Janji nak bayar start bulan depan. Tapi lepas 20 tahun, satu sen pun dia tak bayar!

Dulu saya ingat dia tak mampu bayar. Tapi lepas dah beranak pihak sampai anak dia 4, 5 orang, siap pergi umrah dan berbagai pun masih tak bayar. 

More...

Tak ada usaha pun nak bayar

Masa saya terpenjara 2 tahun isteri saya minta bayaran dia janji nak bayar. Tapi lepas 4 tahun bebas pun masih tak bayar.

Maksudnya bukan dia tak mampu. Tapi tak ada usaha pun untuk bayar.

20 tahun dia pinjam duit saya RM2,000 sebab tak cukup duit nak kahwin.

Saya kesian tengok kawan nak kahwin tapi tak cukup duit. Maka saya koreklah "dana kecemasan" saya bagi dia pinjam sebab katanya mulai bulan depan dia akan bayar sikit-sikit RM50 sebulan sampai habis. 

Saya tengok dia ni jenis yang jaga solat. Jadi saya yakin la dia akan bayar.

Tapi lepas 20 tahun, satu sen pun dia tak bayar! 

Kalau dia bayar RM100 setahun pun sekurang-kurangnya dah nak habis dah hutang dia tu...

Bila fikir balik, kalau dia bayar balik RM2,000 tu hari ni saya rugi (dari sudut kuasa beli).

Pinjamkan duit, makin lama makin rugi

Dulu, RM2,000 tu boleh beli banyak benda. Nak kumpul duit sebanyak tu saya kena menabung selama 2 tahun.Gaji saya tak sampai RM1,800 masa tu. 

Kalau beli emas masa tu, saya kira-kira boleh dapat sekurang-kurangnya 6 dinar.

(1 dinar = 4.25 gram, 6 dinar = 25.5 gram)

6 dinar hari ni harganya sekitar RM12,000! 

Hari ni kalau saya minta dia bayar RM12,000 dah jadi riba. Haram dan berdosa... Tak boleh minta lebih walaupun extra RM1.00.

Ia jadi riba... 

Dari situ saya dapat ilmu baru...

Kalau nak bagi pinjam, jangan pinjamkan duit. Tapi pinjamkan emas. Lepas tu terserahlah dia nak jual atau pajak emas tu.

Dua kelebihan pinjamkan emas

Bila pinjamkan emas, dia kena bayar balik dalam bentuk emas yang beratnya sama.

Kalau dia bayar lepas 100 tahun pun kita tak akan rugi dari sudut nilainya. 

1,400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ni 1 dinar masih boleh beli seekor kambing. Kuasa beli emas tak jatuh... 

Yang kedua, si peminjam tu tak akan lengah-lengahkan bayaran. Dia akan bayar cepat-cepat sebab harga emas makin lama makin mahal (disebabkan nilai duit kertas makin lama makin merosot). 

Lagi lambat dia bayar, lagi banyaklah yang dia kena bayar.

Harga emas naik secara puratanya sekitar 10% setahun sepanjang sejarah 20 tahun. Kenaikan harga emas tu akan mendorong dia bayar secepat mungkin. 

Kalau pinjamkan duit, dia tak kesah pun bayar balik lepas 100 tahun. Lagi lambat dia bayar, lagi murah nilai duit tu...

Itulah sebab dia tak kisah pun lambat-lambatkan bayaran.

Walaupun hakikatnya melambatkan pembayaran hutang tu sendiri adalah kezaliman (bagi siapa yang mampu percepatkan bayaran) kata Nabi s.a.w. 

Hutang merosakkan hubungan

Jadi kalau orang nak pinjam, pinjamkan sahaja emas.

Terpulanglah samada dia nak jual atau pajak emas tu.

Tapi yang paling baik, jangan bagi pinjam kepada sesiapa. Khususnya bukan pada hal yang mendesak untuk keperluan asas makanan, pakaian atau tempat berteduh.

Beri hutang sebenarnya merosakkan hubungan dalam jangka panjang ibarat api dalam sekam. 

Selagi dia tak bayar, dia nak jumpa kita pun dia segan. Kita tengok muka dia pun asyik nampak hutang yang dia tak bayar sahaja.

Sudahlah duit kita tak dapat. Hubungan pula jadi tak baik... 

Kalau awal-awal tak bagi pinjam, mungkin dia terkilan dan kita rasa bersalah sekejap sahaja. Tapi duit kita tak habis dan hubungan baik tak terjejas.

Kalau benar-benar ada keperluan mendesak, saya cuma bagi apa yang saya boleh bagi. Bagi dalam jumlah yang ringan bagi saya.

Saya bagi dan lupakan sahaja... Itu lebih peace of mind... InsyaAllah... 

Belajar berkata "tidak" untuk berjaya

Salah satu perkara nak berjaya dalam hidup ni kita kena belajar untuk berkata "tidak"...

Jangan rasa bersalah untuk berkata "tidak" pada perkara yang bakal menyusahkan diri kita sendiri...

Kita rasa bersalah tak bagi pinjam.

Sedangkan orang tu tak rasa bersalah pun tak bayar duit kita!... Kan dah menyusahkan diri sendiri?... 

Pengalaman hidup saya ni jadi pengajaran untuk saya.

Mudah-mudahan jadi pengajaran untuk orang lain juga... InsyaAllah... 

#TipKewanganPeribadi
#BukuMisiBebasHutang

Zulkifli
Cyberjaya
4 April 2025
5 Syawal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>