MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Putus Tunang Kalau Si Dia Ada Masalah Hutang Kronik

September 9, 2023

Pandangan saya, baik putus sekarang! Kalau dapat detect tunang ada masalah hutang yang kronik, ketahuilah masalah tu akan lebih kronik bila dah kahwin nanti.

Nanti isteri kena tanggung biawak hidup yang akhirnya kebahagian yang diimpikan dalam berumahtangga hanya tinggal impian.

More...

Berdasarkan aduan di atas, ini pandangan dan nasihat saya supaya buat keputusan yang betul sebelum ambil langkah seterusnya;

Risiko tanggung hutang suami

PERTAMA, antara punca utama penceraian di Malaysia ialah masalah kewangan. Spesifiknya masalah hutang.

Hutang memang boleh diselesaikan, tapi kalau sebelum kahwin pun tak nampak SIKAP dia serius untuk bebas hutang, maka masalah sebenar bukanlah pada hutang. Tapi pada diri dia.

"How you do anything is how you do everything"...

Nanti lepas kahwin, dia akan guna nama isteri untuk tambah lagi hutang!

Sanggup? Kalau sanggup, teruskan...

Berita lebih buruk, ada suami lepas bebankan isteri dengan masalah hutang, dia buat hal cari perempuan lain dan berlaku perceraian. Isteri kena tanggung hutang bekas suami, sedangkan bekas suami pergi bersedap-sedap dengan isteri baru.

Sanggup? Kalau sanggup teruskan...

Harap berubah lepas kahwin?

KEDUA, mungkin ada yang optimis; lepas kahwin nanti dia akan berubah...

Pandangan saya, "jangan haraplah..."

Pengalaman saya dah 20 tahun berumahtangga, dan lihat ramai kawan-kawan yang berbelas tahun berumah tangga, kalau ada 100 pasangan, yang berjaya ubah pasangan mungkin seorang. 1 dalam 100...

Peluang memang ada, tapi sangat tipis...

Nak ubah pasangan sangatlah susah. Jangan fikirlah nak ubah orang lain dalam hidup ni. Nabi s.a.w. pun tak mampu ubah Pakcik yang dia sayang, inikan pula kita orang biasa nak ubah pasangan kita.

Kalau fikir nak ubah pasangan, kita akan kecewa.

Kena terima seadanya

Nak bahagia dalam rumahtangga ni, kita kena terima pasangan seadanya... Bukan fikir nak ubah dia.

Kalau sebelum kahwin dah nampak perangai dia dan rasa tak boleh terima, jangan teruskan. Putus sekarang lebih baik berbanding terpaksa makan hati bertahun-tahun. Yang akhir sekali berlakulah penceraian di usia tua!

Bukan sedikit pasangan usia tua yang sudah beranak cucu akhir sekali bercerai!

Kenapa? Puncanya makan hati bertahun-tahun yang akhir sekali apa yang terbuku selama ini meledak juga!

Jadi lebih baik jangan teruskan awal-awal...

Tanyalah mereka yang dah bertahun-tahun berkahwin kalau nak kepastikan apa yang saya cakap ni.

Risiko dapat suami tak function!

KETIGA, tanggungjawab suami ialah sediakan nafkah. Nafkah tu wajib, bukan sunat.

Tanggungjawab dia sediakan segala keperluan isteri dan anak-anak; sediakan makan pakai dan tempat tinggal. Itu tanggungjawab dia 100%, bukan share-share.

Kalau sebelum kahwin dah nampak dia tak mampu cukupkan nafkah, baik putuskan pertunangan sekarang, supaya nanti tak perlu tanggung biawak hidup!

Lelaki yang baik, tugas dia ialah PROVIDE (menyediakan keperluan) dan PROTECT (melindungi isteri dan anak-anak).

Kalau nak kawin dengan lelaki yang tak nampak kemampuan dia untuk "provide & protect", tinggalkanlah dia sekarang... Jangan pertaruhkan kebahagian hidup di tangan lelaki macam tu.

Kalau lelaki tu tak berubah sebelum kahwin, chances dia berubah dan perbetulkan diri dia lepas kawin sangat tipis...

Bila kahwin, rahsia besar akan terdedah!

Akhir sekali kena ingat, kita tak akan kenal pasangan kita hinggalah kita dah tidur sebantal dengan dia.

Kalau sebelum kahwin dah nampak keburukan dia, lepas kahwin nanti, segala keburukan dia akan terdedah!

Manusia ni, lagi kita kenal dia, lagi kita nampak kekurangan dia...

Kalau kekurangan yang kita nampak sebelum kahwin pun sudah meresahkan kita, lepas kahwin pasti akan mengejutkan!

Tak berbaloi pertaruhkan kebahagian hidup. Hidup membujang lebih baik dari menyerahkan nasib ke tangan lelaki begitu.

Ini juga yang saya nasihatkan kepada anak-anak perempuan saya, yang bakal berumahtangga dalam 3 - 5 tahun lagi. InsyaAllah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
9 September 2023
23 Safar 1445H

Nak baca lebih banyak nasihat daripada orang berpengalaman, baca komen Facebook DI SINI.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>