MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kisah Abang Tesla : Suami Yang Baik Berjuang Untuk Isterinya

September 7, 2023

Nafkah tu wajib. Bukan sunat.

Mana-mana suami tak kerja kuat sempurnakan nafkah isteri, dia terhutang dengan isteri sampai bila-bila selagi isteri tak redha.

Orang berperang mati syahid pun tertahan masuk syurga gara-gara hutangnya, inikan pula suami yang culas tentang nafkahnya...

More...

Yang suami patut contohi

Di sebalik kecaman netizen pada Abang Tesla, sebenarnya banyak sisi baik pada dia yang suami-suami perlu contohi...

Pertama, dia bekerja keras sempurnakan nafkah buat isterinya

Dia kerja keras dari biasa-biasa sampai jadi kaya raya. Bila kaya, dia berikan yang terbaik untuk isteri.

Kedua bila tambah isteri, dia cakna perasaan isteri-isterinya. Baru sahaja 3 minggu berpoligami, dia bawa kedua-dua isterinya tunaikan umrah bersama-sama.

Walaupun dia tetap ada kekurangan, tapi dia berjuang untuk mengharmonikan rumahtangga dia. 

Dia berjuang untuk keluarga dia.

Di sebalik kecaman netizen kepada dia dan isterinya, sebenarnya lebih banyak lelaki di luar sana yang tak function - walaupun belum lagi berpoligami.

Muhasabah buat para suami

Jangan cakap berusaha bagi ketenangan dan mendamaikan isteri mereka, nafkah keperluan isteri pun mereka abaikan!

Mereka sanggup biarkan isteri berjuang sendirian untuk keperluan keluarga, bahkah mereka jadi beban kewangan isteri mereka.

Macam menanggung biawak hidup yang sudah bertahun-tahun tak tahu bila penghujungnya... Tak nak berubah!

Isteri pulak tersepit antara suami yang tak function dengan masa depan anak-anak... Serba salah...

Jujurnya saya salute dengan Abang Tesla selaku dia sebagai suami. Dia berjuang untuk isteri-isterinya... Dia lelaki yang function walaupun dia juga tetap ada kekurangan sama macam lelaki lain juga.

Ujian buat kita juga

Di sebalik isu Abang Tesla, kita kena ingat, setiap orang dinilai pada amalan masing-masing. Apa sahaja terjadi di sekeliling kita, itu peluang untuk kita suluh diri kita, bukan suluh orang lain.

Abang Tesla ada kekurangan. Apa yang Abang Tesla buat, itu sebenarnya ujian buat dia dan kita juga. 

Tuhan sedang menilai kita bagaimana kita respon dengan kisah Abang Tesla. Respon dengan cara yang baik dan betul, Tuhan bagi kebaikan kepada kita. 

Respon cara buruk dan salah, tak pasal-pasal terpalit dosa atas kita. Jangan sampai gara-gara Abang Tesla berpoligami, kita masuk neraka (moga Allah lindungi kita)!...

Doakan yang baik-baik

Doakanlah kebaikan untuk mereka sekeluarga. Mudah-mudahan Allah kembalikan kebaikan untuk kita dan keluarga juga.

"...Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan kami, dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa" (Al-Fuqran 25 : 74)

Amiin ya Rabbal Alamiin...

Zulkifli
Cyberjaya
7 September 2023
21 Safar 1445H

#TipSuamiIsteri

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>