MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Lihat Dulu Rekod Hutang Bakal Suami Sebelum Berkahwin

April 12, 2022

Sudahlah nafkah tak diberikan secukupnya, sebaliknya hutang yang suami buat, isteri pula yang kena tanggung. Dan apa yang lebih buruk, nama isteri dipergunakan untuk buat hutang, tetapi si suami ambil sikap lepas tangan!

Ini memang lelaki yang tak guna!

Nafkah itu tanggungjawab suami. Isteri itu patut dilindungi, bukan ditunggangi!

Walaupun sakit hati kita mendengarnya, tapi itulah cerita yang sering kita dengar. Bahkan ia juga terjadi dikalangan orang yang saya kenal.

Masalah Hutang Dan Rumahtangga

Untuk mengelakkan menanggung biawak hidup ini, pada saya setiap bakal pengantin perlu semak dulu status hutang bakal suami (atau isteri). Kalau bakal pasangan itu memang sudah ada 'penyakit hutang' yang sukar di rawat, 'penyakit' itu nanti bakal berjangkit kepada keluarga yang bakal dia bina kelak.

Bukan sedikit rumahtangga yang runtuh disebabkan masalah hutang ini.

Walaupun nampak janggal, pada saya ia perlu dibuat supaya rumahtangga yang bakal dibina nanti tak termasuk ke dalam statistik baru kes perceraian di Malaysia. Yang mana antara faktor utama ialah masalah kewangan (khususnya hutang).

Pernah ada seorang kenalan rapat saya ketika di universiti dahulu datang berjumpa saya mohon bantuan untuk selesaikan masalah hutang yang dia hadapi - hutang ahlong. Dan dia terpaksa berpisah dengan isterinya gara-gara hutang tersebut!

Maka memang benarlah pesan Nabi s.a.w. Ada empat perkara yang perlu kita pertimbangkan dalam memilih bakal pasangan. Salah satunya ialah hartanya.

Ketahui Status Hartanya

Jadi bagaimana nak menilai hartanya?

Bagi saya tak perlulah pasangan tu ada harta berjuta. Cukuplah dia mempunyai sikap yang betul terhadap hutangnya. Kalau ada sikap yang betul, cepat atau lambat dia akan kaya juga. Atau setidak-tidaknya dia mampu berikan nafkah keluarga dengan baik. InsyaAllah.

Tapi kalau sikapnya memang bermasalah terhadap hutangnya, makin lama bekerja dia makin miskin walaupun dia pakai kereta berjenama.

Nak tahu tentang hartanya jangan lihat pada keretanya, kerana kereta boleh jadi hanyalah simbol kekayaan palsu sahaja. Tapi cukuplah lihat pada rekod CCRISnya!

Kalau sebelum berkahwin dia sudah ada masalah hutang yang serius, silap hari bulan pasangannya sekali nanti akan diheret terjerat dengan masalah hutang yang sama nanti!

Selain HIV, Dapatkan Report CCRIS!

Kita tak nak nanti nama isteri ini dipergunakan untuk buat hutang suami (yang tak bertanggungjawab) sebagaimana yang banyak dilaporkan sebelum ini!

Jadi sebelum kawin, selain dapatkan report hasil ujian HIVnya, dapatkan juga report CCRISnya!

Lepas tu baru boleh buat keputusan akhir jadi kawin atau tidak supaya tidak menjadi mangsa seterusnya!…

“Golongan lelaki yang hidup hanya hendak senang dikesan menyasarkan wanita bekerja sebagai penjawat awam untuk dijadikan pasangan hidup bagi memudahkan mereka mendapatkan wang dengan cara membuat pinjaman bank menggunakan nama isteri” - Sumber berita Kosmo

Zulkifli
Cyberjaya
12 April 2022
10 Ramadhan 1443H

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>