Assalamualaikum w.b.t. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan, sekiranya ada kebaikan, moga boleh diambil pengajaran oleh semua sahabat.
Alhamdulillah, tengahari tadi saya dah buat full-settlement pinjaman PTPTN isteri saya di pejabat PTPTN, di belakang bangunan pejabat saya (Damansara Heights). Hutang asal berjumlah RM10,000, apabila tambah interest, semuanya RM11,110.10. Maksudnya, mulai hari ni kami berdua bebas daripada segala hutang piutang.
Azam Kami 3 Tahun Lalu
Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan azam kami sejak 3 tahun lalu iaitu ingin BEBAS daripada segala hutang piutang. Kami mahu hidup tanpa hutang. Kami ingin memecahkan pemikiran lapuk kami bahawa “hidup mesti berhutang, baru boleh senang”.
Kami tak kaya, pendapatan pun agak kecil bagi kehidupan di bandar metropolitan seperti KL ni. Masih di bawah taraf kemiskinan sebab saya seorang jer yang bekerja. Isteri tak dapat bekerja untuk bagi keutamaan kepada anak-anak yang masih kecil.
Tetapi syukur pada Tuhan, Dia memberikan kecukupan kepada kami. Sebagaimana doa yang kami minta dalam bacaan ma’thurat di waktu pagi. Biarlah tak hidup bermewah-mewah, asalkan hidup bahagia bersama keluarga tercinta.
“Doa Spiritual” disertakan “Doa Praktikal”
Kami meminta melalui doa spiritual supaya Tuhan keluarkan kami daripada kesempitan dan belengu hutang. Kami buktikan kepada Tuhan bahawa kami benar-benar nak “doa” itu dimakbulkan melalui “doa praktikal” iaitu USAHA secara lahiriah.
Nak bebas dari hutang. Ya, memang mudah menyebutnya. Tetapi bagi kami ia satu MUJAHADAH.
Mujahadah mentarbiyyah diri, mengekang nafsu berbelanja, menanam rasa cukup dengan apa yang ada. Tidak terkejar-kejar pada “gaya”, “standard” dan “trend” masa kini. Belajar kenalpasti yang mana KEPERLUAN, yang mana KEMAHUAN. Mengurus KEUTAMAAN dalam perbelanjaan. Sentiasa merasa tak cukup dengan ilmu kewangan yang ada.
Sentiasa berusaha menyemai sikap dan DISIPLIN diri. Sentiasa MUHASABAH tentang tabiat berbelanja sehari-hari. Yang mana tersilap, kami jadikan pengajaran buat diri.
Ia Persoalan “Sikap” dan “Tabiat”
Mengurus kewangan keluarga bukan sekadar persoalan duit keluar dan duit masuk. Yang paling penting ialah memperbetulkan SIKAP dan TABIAT tentang kewangan.
Sebab memang terbukti, ramai orang bertungkus lumus cari duit pagi petang siang malam. Memperluaskan “pintu masuk” (pendapatan) tapi terlupa untuk mengurus “pintu keluar” (perbelanjaan). Akhirnya, kaya tidak, senang pun tidak. Pendapatan bertambah, kerak hutang pun turut sama bertambah.
Rupa-rupanya ilmu “kekayaan” adalah satu bidang lain yang kita kena belajar dengan ahlinya. Macam mana terer pun kita dalam ilmu perakaunan dan kewangan, belum tentu kita berjaya urus kewangan diri.
Ia harus dipelajari. Harus “berguru” dengan mereka yang telah terbukti.
Semangat Baru Dalam Mencari Kekayaan
Hari ini adalah hari baru bagi kami. Hari yang memberi semangat baru dalam mencari kekayaan milik Tuhan.
Kekayaan akan tetap kami cari tetapi kekayaan yang direzekikan Tuhan haruslah kami ‘kembalikan’ kepada Tuhan. Barulah dapat bahagia yang kami impikan, kerana itulah aturan Tuhan untuk setiap insan. Ke mana sahaja wang dibelanjakan, mesti ada kena mengena dengan Tuhan.
Kita DATANG dari Tuhan. Akhirnya tetap KEMBALI kembali kepada Tuhan. Jadi, TUJUAN kita mestilah Tuhan. Seluruh hidup kita mestilah bermatlamatkan Tuhan. Barulah akan dapat apa yang kita semua impikan.
Kekayaan adalah keperluan. Tuhan itu tujuan. Walau apa pun kita buat tujuannya mesti bermatlamatkan Tuhan.
Janganlah digantikan “tempat Tuhan” dengan “selain Tuhan”. Kekayaan itu barang milik Tuhan. Alangkah zalimnya kita terhadap diri sendiri kalau jadikan “barang milik Tuhan” sebagai Tuhan. Menjadikan ia sebagai matlamat dan tujuan. Itulah hidup hanya untuk cari makan. Tak ubah seperti haiwan ciptaan Tuhan.
Apabila “Tujuan” Selain Tuhan
Bila kekayaan jadi “tujuan”, maka rosaklah hidup manusia. Hilanglah bahagia yang dicita.
Manusia akan hilang punca, sentiasa teraba-raba mencari kebahagiaan yang tidak kunjung tiba. Pendapatannya banyak tetapi tak pernah merasa cukup. Semakin diteguk semakin haus. Hartanya banyak tetapi jiwanya resah gelisah, hidup serba tak kena.
Harta yang telah dimiliki tak pernah membawa bahagia. Apa taknya, dah ada BMW 3 Series, dia nakkan 5 series. Dah dapat 5 series, dia nakkan pula 7 series. Walaupun apa yang dimilikinya dah cukup hebat, tetapi sentiasa tak bahagia dengan apa yang dah ada. Begitulah anologinya untuk panduan kita.
Buktinya, lihatlah orang disekeliling kita. Pendapatannya besar tetapi tak pernah merasa cukup. Kereta lebih besar daripada kita. Handphonenya lebih canggih daripada kita. Pakaiannya lebih berjenama daripada kita tapi Hutang Mudaratnya mencecah 5 dan 6 angka!
Kad kredit itulah satu-satunya “reserve” yang dia ada. Apabila diminta zakat dan infaq, “wah... dia sangat berkira”. Ish... boleh pula dia hidup macam tu.
Azam Hidup Tanpa Hutang
Mulai hari ni, kami berazam tak nak buat hutang lagi (tanpa KEPERLUAN yang mendesak). “Mendesak” sehingga kami tak boleh hidup tanpa membuat hutang.
“Ya Allah, perkenankanlah niat suci kami in wahai Tuhan pemilik segala kekayan. Supaya lebih mudah kami mengisi hidup ini dengan berbakti. Berbakti kepada-Mu, berbakti kepada makhlukMu”.
Itulah sedikit luahan rasa. Bukan nak berbangga, tetapi nak berkongsi rasa sesama kita. Sebagai DORONGAN supaya semua berjaya belaka.
Sebab kami dulu tak ada yang sudi berkongsi begini. Betapa peritnya belajar dari kesilapan sendiri. Teraba-raba mencari panduan sendiri. “Kesilapan”, itulah guru yang paling zalim. Ia zalim tetapi ia memberi 1001 pengajaran yang mahal harganya kepada sesiapa yang sanggup belajar daripadanya.
Walau apa pun, kami masih jahil dalam bab kewangan peribadi. Banyak lagi yang harus dipelajari. Banyak lagi TABIAT dan SIKAP yang harus disemai dan dikukuhkan setiap hari.
Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya dalam mencari dan mengurus kekayaan milik Tuhan.
Wallahu a’lam. Wassalamu a’laikum.
Zulkifli
Damansara Damai
4 Januari 2007
14 Dzulhijjah 1427
Artikel berkaitan:
- Cara Betul Semak Cashflow Sendiri dan Bebas Masalah Kewangan
- 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!
- Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?
- Hutang Berkat, Hutang Mudarat
- Untuk Pencen Umur 30 Tahun, Inilah Yang Pelajar Universiti Perlu Lakukan
- Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru
- Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!
- Jalan Sebenar Bebas Kewangan
saya tertarik dgn post ni..bole x sekiranya saya tampalnye di blog saya sebagai perkongsian buat rakan2 sy…tq
Boleh, silakan. Kongsilah pada rakan2 moga mereka juga dapat manfaat, insya Allah.
satu posting yang sy kira sangat jujur..sy sangat bersetuju dengan isinya..
Alhamdullilah…. hari ini Allah makbulkan doa saya yang ingin bebaskan diri dari hutang… setiap hari saya berdoa… agar Allah ringgankan kesempitan hutang saya dan seterusnya bebaskan diri dari hutang… dan
hari ini saya terjumpa blog saudara semasa google tetang sebab2 harga emas menyusut pada tahun 2008..
Insyallah saya akan pratikkan tips2 dan ilmu yang tuan nukilkan disini…semoga segala kebaikan tuan Allah SWT balas dengan pahala yang berlipat kali ganda… amin
jazakallahu khairan..
Alhamdulillah.. moga Allah permudahkan Zul (Pokju) untuk bebas dari segala hutang, amiin ya Allah.. memang best hidup tanpa hutang ni.. peace of mind.. alhamdulilah..
Terima kasih atas doa utk saya… Moga Allah merahmati Zul (Pokju) sekeluarga.. dan diberi hasanah di dunia, hasanah di akhirat, amiin ya Allah..
Salam ukhuwwah Zul (Pokju)
salam hormat dari saya ilmu yg sgt berguna terima kasih byk2 en zul
sesungguhnya salah satu dosa besar adalah orang yg mempunyai ilmu tetapi tidak berkongsi dengan orang lain semoga Allah membalas jasa baik amal jariah tuan ini, amin..
Wslm Wan. Terima kasih kerana berziarah ke sini. Kalau artikel ni bermanfaat, puji-pujian bagi Allah..
Bagusnya blog ni, ble jadi panduan jd harap encik slalu la update ye….sy baru jadi dealer dan berazam untuk bebas dari hutang secepat mungkin,slalu berusaha menambah ilmu wpun sibuk dgn kerja,suami dan anak2,terima kasih byk2atas segala ilmu yg ada di blog ini, moga Allah memberkati segala usaha kita amin…..nnti sy nak add encik di fb ye,mana tau ble dpt lagi tips2 berguna…harap dapat accept…
Alhamdulillah Pn. Ejad Sharizad,
Kalau puan dapat manfaat dari blog ni, puji-pujian bagi Allah. Saya cuma berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ni. Ok, insyaAllah saya accept.
Sgt suka blog ni…sgt bermanfaat…doakan saya juga dpt bebas hutang…akan jadikan tulisan ini sebagai panduan…tq so much
InsyaAllah… Moga Allah permudahkan jalan kita semua untuk bebas hutang dan seterusnya bebas kewangan… Amiin ya Allah…
Orang seperti en.Zul inilah yang diperlukan untuk membetulkan mentaliti masyarakat Islam supaya berdiri betul di landasan agama….mengambil manfaat untuk meneruskan hidup di dunia, tapi pada masa yang sama tidak melupakan akhirat….moga en.Zul diberikan petunjuk dan kekuatan lagi oleh Allah untuk memberi semangat dan peringatan kepada umat Islam hidup berlandaskan agama…
-mas-
InsyaAllah Pn. Mas… Doakan untuk saya moga Allah kekalkan atas landasan iman & taqwa.. Moga Allah merahmati Pn. Mas juga, amiin ya Allah..
saya pun dah banyak kali buat kesilapan dalam berhutang, alhamdulillah dah mula sedar. kad kredit dah setahun dah terminate, sekarang ada 3 personal loan, car loan dan rumah. hujung tahun ni insyaallah 2 personal loan fully settle..
Kesilapan tu sebahagian proses mencapai kejayaan. Moga Allah permudahkan jalan tuan untuk langsaikan semua hutang dan jadi seorang yang bebas hutang, insyaAllah.
Terima kasih. izinkan saya promote blog tuan dalam fb dan recommend pada kawan untuk baca. Blog ni lengkap dengan pengetahuan. Tahniah dan terima ksih kerana tak kedekut ilmu..
Alhamdulillah… Silakan sebar apa yang bermanfaat dari blog ni. Moga sedikit sebanyak ilmu menjadi amal jariah saya dan tuan juga, insyaAllah…
Alhamdulillah saya jumpa blog ini. Terima kasih banyak2 atas ilmu yang dikongsi. Beberapa tips & panduan yg saudara beri ada yang mula saya amalkan.
Cuma, dari segi mencari pendapatan kedua masih tiada idea. Sekarang ini masih lagi makan gaji. Jika boleh saudara kongsikan pengalaman dan memberi idea…terima kasih sekali lagi wahai sifu maya…
Alhamdulillah, terima kasih berziarah ke blog seadanya. Moga bermanfaat.
Pasal pendapatan kedua tu, sebenarnya telalu banyak peluang di luar. Tapi saya tak pasti apa peluang yang terdekat dengan tuan. Kata Chef Li, rugi kalau duduk Malaysia ni tapi tak kaya. Bila tuan dah mulakan apa-apa bisnes, insyaAllah, Allah akan nampakkan lebih banyak peluang-peluang yang lain. Tuan go thru artikel-artikel saya tentang bisnes, insyaAllah tuan akan dapat pencerahan di situ, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum
Blh share bisnes MLM apa yg en.zul jalankan. Dan selain MLM dan PG apa lgi punca pndptan en.zul..nampaknya en.zul sgt berjaya dlm pengurusan kewangan, bisnes dan simpan emas.
Ingin tahu
Tgdi
Wa’alaikumussalam tuan,
Alhamdulillah… Allah rezekikan kepada kami sekeluarga. Core bisnes saya dan isteri ialah educate orang tentang kesihatan sebenar, tanpa perlu bergantung kepada ubat sepanjang hayat melalui sebuah multi-national company yang kerajaan Malaysia ada saham di dalamnya. Dan saya educate orang tentang pengurusan kewangan yang betul dan selamat kekayaan dengan emas melalui syarikat yang menyediakan fasiliti pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia.
Itulah secara umumnya. Kalau spesifik kena sembang personally sebab ia hal personal… 🙂
Asslamualaikum en zul..syukur alhmdllah diatas kberkatan doa.. saya juga mempunyai impian yg sama dngan en zul..umur sy hmpir 30thn..tp hutang yg sy tggung dah beratus ribu..wlaupun sy berniaga sdri, ada syrikat, ada staf..dan mcm2 lgi kemewahan yg org nmpak hebat..tp sebarnya hidup sy x tenag…
Trima kasih banyak en zul diatas kesudian berkongsi artikal ini..hrp dpt jumpa en zul suatu masa nanti…wssalam…
Wslm En Hazwan,
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
InsyaAllah, moga Allah melapangkan rezeki En. Hazwan. Kalau datang Damansara Damai, boleh call saya. Nanti kita boleh minum-minum, insyaAllah… 🙂
Terima kasih atas perkongsian dlm blog saudara. Saudara rajin update tu yg bagus….selain itu gaya penulisan hmpir ksluruhan artikel mudah difahami.
Teruskan berkongsi.
Tq.
Mie-sibu
Terima kasih En. Mie kerana berziarah ke blog ni. Moga bermanfaat, insyaAllah. Mudah-mudahan Allah bagi kemudahan kepada saya untuk update secara konsisten, insyaAllah.
[…] Seronoknya Hidup Tanpa Hutang! […]
salam.
blog yang bermanfaat.
terima kasih encik zul.
-siti-
Wslm Pn. Siti,
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.
[…] Seronoknya Hidup Tanpa Hutang! […]
[…] Seronoknya Hidup Tanpa Hutang! […]
[…] Seronoknya Hidup Tanpa Hutang! […]
[…] Seronoknya Hidup Tanpa Hutang! […]
Alhamdulillah, saya tumpang gembira. 🙂
Alhamdulillah.
[…] Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2008/04/seronoknya-hidup-tanpa-hutang.html#ixzz2XsKd4Vu0 […]
salam,
blog tuan sangat bermakna dan membuka minda saya…teruskan perkongsian tuan untuk manfaat bersama…terima kasih
Wslm,
Alhamdulillah. Terima kasih juga sebab berziarah ke blog ni. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdullillah..puji-pujian hanya bg Allah swt. Gembira dlm terjumpa blog tuan. Byk artikel yg dikongsikan membuka fikiran & minda sy yg selama ini terfikir2 cara & matlmat yg jelas dlm mengatur kewangan yg baik.
Artikel yg sgguh bermanfaat & senang difahami & dpt menilai diri ttg keperluan & TUJUAN hidup sebenar
Moga sentiasa sihat..:)
Wslm Pn. Rina,
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.
Tuan,
Saya memohon utk share artikel tuan yg ini juga. saya amat kagum dgn kecekalan tuan dan isteri membebaskan diri dari hutang. saya berdoa moga saya juga akan berada dlm zon bebas hutang seperti Tuan dgn cepat. moga segalanya diizinkan Allah Taala dan dimudahkan urusan.
Silakan share artikel ni Pn. Hafizah. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah. Saya doakan Allah melapangkan rezeki Pn. Hafizah sekeluarga dan turut sama bebas dari hutang. Amiin ya Allah.
salam…
mohon share…
Wslm.
Silakan Pn. Huda. Moga bermanfaat, insyaAllah…
tq…
salam En.Zul,
Alhamdulillah, saya bertemu artikel ni..byk memberi info yg berguna..saya sedang berusaha untuk keluar dari beban hutang
saya ada persoalan un en.zul,apa langkah pertama yg perlu saya lakukan..saya ada hutang-hutang yang perlu diselesaikan,dlm pada masa yg sama saya masih tiada simpanan untuk kecemasan…Praktis yang saya buat skrg ini, saya baru bermula membuat simpanan ke 2 akaun berbeza
:- Akaun 1- dengan matlamat utk buat full settlement hutang2 (dimasukkan scr bulanan)
:-Akaun 2 – simpanan kecemasan (yg ni saya simpan secara yearly, dgn menggunakan duit bonus)
namun begitu, penyelesaian hutang secara bulan2 tetap dilakukan..
Adakah saya perlu simpan duit utk byr hutang dahulu,then baru buat simpanan kecemasan ATAU membuat kedua2 simpanan kecemasan & settlement hutang secara serentak?
Mohon pandangan..
Wslm Pn. Erma,
Saya setuju strategi yang Pn. Erma buat tu. Dari sudut keutamaan, bagi saya:
1. Bayar ansuran bulanan seperti biasa. Pastikan bayaran bulanan tu cantik, tiada tunggakan. Ini penting supaya credit history cantik bagi memudahkan buat pinjaman “good deb” nanti.
2. Cukupkan dana kecemasan 3 bulan pendapatan.
3. Fokus penuhkan dana “full-settlement”.
4. Kalau ada peluang, beli rumah yang boleh disewakan dengan mudah sebab kenaikan harga rumah dan aliran tunai positif tu nanti boleh mempercepatkan proses langsaikan hutang-hutang lain. Tapi sebelum beli rumah, belajar dulu ilmu tentang hartanah.
Wallahu a’lam.
Assalam En. Zul,
Terima kasih atas segala apa yang dikongsikan dlm blog ini, semuanya cukup berguna.
Sy ingin mdptkan pdgn tuan cara terbaik utk menyimpan, dgn pdptn RM5000 sbln, namun simpanan skrg hanya +- 5000 shj kerana membantu suami melangsaikan hutangnya (personal loan + kad kredit + rumah) serta perbelanjaan mengurus keluarga.
Sekarang saya hanya menbayar loan rumah rm700 sebulan. Biasanya akhir bulan berbaki rm1000, mana yg lebih baik, simpan dlm bank @ beli emas?
Wslm Pn. Siti,
Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
Saya syorkan cukupkan simpanan tunai at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Selebihnya, bolehlah di laburkan sebagaimana panduan yang saya tulis dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2013/11/simpan-3-bulan-pendapatan-labur-selebihnya.html.
Wallahu a’lam.
Assalam ustaz
Boleh share bagaimana doa spiritual dan doa praktikal.
Saya NAK amalkan.
Terima kasih ustaz
Wslm Pn. Azura,
“Doa spiritual” tu doa yang kita baca selepas solat tu. “Doa praktikal” tu kita ke ikhtiar secara lahiriah. Kalau kita doa nak Allah limpahkan rezeki, kena rajin berusaha supaya Allah makbulkan doa kita. Contohnya, baca buku-buku kewangan, hadir seminar perniagaan, explore peluang-peluang perniagaan, jalankan bisnes yang kita buat dengan betul dan sabar dsb. Itu jer.
Alhamdulillah.. saya pun punya cita2 sama dengan tuan.. cuma saya berbeza dari perlaksanaan.. Alhamdulillah loan pelajaran Yayasan Terengganu utk saya dan isteri dah terlunas.. Loan PTPTN utk saya dan isteri masih berjalan melalui potongan bulanan (bank instruction).. Lain2 loan kene selesaikan sblm umur cecat 40 termasuk rumah Suria Apartment ni… 🙂
Bangga dengan sahabat yg bercita2 dan berusaha kuat kearah cita2 itu.. syabas.. 🙂
InsyaAllah, saya doakan Allah melapangkan rezeki Bro Nazri sekeluarga. Amiin ya Allah.
Salam.alhamdulillah .. saya baru membaca blog en. Skrg sy terbelenggu dgn bnyk hutang. Pening kepala memikirkanya. Apa2 pun sy cuba perlahan2 utk menyelesaikanya. Terima kasih blog en bnyk mmbantu sy. Alhmdulillah.
Wslm Pn. Inah,
Alhamdulillah, mudah-mudahan artikel dalam blog ni bermanfaat untuk puan.
setelah meneliti perkongsian tuan zul, apa yang dapat disimpulkan secara peribadi tentang hutang:
Cara untuk bebas hutang:
1. Berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan melibatkan wang. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna..jangan tergesa-gesa dalam membuat keputusan
1. Jangan buat hutang jahat
2. Jangan buat hutang baik yang bukan betul2 baik
3. Jangan terikut-ikut dengan cara hidup orang lain / hidup setakat kemampuan kita sendiri
4. Tambahkan pendapatan
5. Langsaikan hutang jahat
5. Mula melabur dalam simpanan untuk di lupakan
Terima kasih Dr. Romzi atas perkongsian dan kesimpulan. Senang faham ringkasan yang Dr. buat tu. 🙂
Assalammualaikum,
Saya ikut blog nie tahun nie sb baru jumpa.. alhamdullillah dalam tahun nie saya dah berjaya langsaikan 2 daripada 4 hutang kami. InsyaAllah saya pun nak berusaha untuk selesaikan segala hutang kami dalam 3 tahun ini. Doakan ya.. Terima kasih tuan atas ilmu ini. Tuan adalah guru kedua saya dalam dunia kewangan ini. Terima kasih banyak2.
Wslm Pn. Murni,
Alhamdulillah. Saya doakan Allah berikan kelapangan rezeki kepada puan. Amiin ya Allah.
suka membaca artikel en.zulkifli ni. sy juga salah seorg yg terperangkap dlm hutang. hanya satu hutang, tapi jangkamasa yg panjang. setakat ni tiada masalah pembayaran, cuma tak gembira memikirkn diri terlanjur dlm hutang. ingin bebas hutang seperti encik dan ramai lagi pasangan. Insyaallah smoga Allah makbulkan impian sy utk bebas hutang.
InsyaAllah. Saya doakan Allah melapangkan rezeki Pn. Suzi dan bebas dari hutang, amiin ya Allah.
Salam saudara zul yg dikasihi,
Apa pendapat tuan zul seandainya tuan telah ada tunai rm1 juta bersih..apa yang perlu tuan zul lakukan dengan duit berkenaan…mohon tuan zul memberi ulasan dan pandangan
Wslm En Jak,
Duit tu patut dilaburkan ditempat yang selamat. InsyaAllah.
Assalam.
Tahniah en Zul dan keluarga.
Semoga apa jua tindakan membawa keredhaan Allah .
Terima kasih atas perkongsian bermakna ini.
Pertama kali saya mengenali encik dalam buku mini mmr(mudahnya menjemput rezeki).
Wassalam.
Wslm Pn. Hasnita.
Alhamdulillah. Amiin ya Allah…
terima kasih atas perkongsian yang membuka mata hati saya dan ramai lagi pencari ilmu kebebasan kewangan di luar sana. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki dan merahmati hidup anda sekeluarga 🙂
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
[…] Seronoknya Hidup Tanpa Hutang! […]
Assalamualaikum.. tuan zul
Saya mohon beberapa pencerahan terhadap masalah kewangan yang saya hadapi.. saya mempunyai beberapa hutang & juga suami saya pun memiliki hutang. Saya berkerja makan gaji(gaji rm2k bersih selepas tolak hutang MBSB & PTPTN) & suami berniaga sendiri pendapatan sbyk rm1500 bersih.
Hutang2 saya & suami:
1.MBSB RM 634 bulanan masih ada lagi 15tahun(rm80K) utk langsaikan. Loan ini bayaran melalui tolakan gaji saya.
2. PTPTN RM164 bulanan sebanyak rm15k lagi. Saya buat tolakan melalui gaji saya.
3. PTPTN suami RM250 bulanan sebanyak rm35k lagi.
4. Loan rumah rm800 bulanan masih ada lagi rm142K selama 30tahun.
5. Bank rakyat rm400 bulanan pinjaman peribadi selama 17thn rm16k tunggakan.
6. SME pinjaman perniagaan rm450 bulanan selama 10tahun rm45k.
7. Hijrah pinjaman perniagaan rm480 bulanan selama 1tahun rm5k.
8. Yuran persekolahan anak-anak rm225
9. Van transportation sekolah anak rm135
10. Bil utilities elektrik & air rm200(de tunggakan bil elektrik)
11. Astro kampung rm45
12. Astro rumah rm85
13. Babysitter bayaran rm650
14. Perbelanjaan sekolah anak rm265
15. Credit card rm700 tunggakan rm12k.
Kami tiada langsung simpanan untuk diri sendiri & anak- anak.
Saya ingat nak ambil medical card utk suami rm180 sebulan tolak melalui kad kredit kerna suami bekerja sendiri. Saya ambil untuk perlindungan saya & ank2.
Sekarang saya baru mula menabung sikit-sikit dengan duit rm1 dalam tabung setiap hari. Kami tak dapat beri duit pada keluarga kekangan kewangan.
Bagaimana caranya saya & suami untuk menyelesaikan masalah kewangan kami & membolehkan kami untuk menambah pelaburan serta simpanan keluarga. Saya harap Tuan dapat membantu kami.
Sekian.terima kasih
Wslm. Saya syorkan Pn. Lila semak dudukan cashflow dulu, lepas tu baru cari jalan perbetulkan cashflow tu. Ikut panduan dalam artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2017/12/cara-betul-semak-cashflow-sendiri-dan-bebas-masalah-kewangan.html .
Assalamualaikum.. tuan zul
Saya mohon untuk memberi jalan bagaimana saya hendak selesaikan hutang2 saya & suami ini. Saya buntuh memikirkan caranya. Saya bercadang hendak guna cara snowball. Adakah cara ini yang terbaik?
Wslm Pn. Lila,
Ya, saya setuju guna teknik snow ball tu. Itu antara cara terbaik.
16. Perbelanjaan dapur sebanyak rm600 sebulan
assalamualaikum wrt
tuan,
awal dulu Saya melepasi 50% harapan Lunas amanah
kini sedang usaha untuk mencapai tahap optimum 100% Lunas amanah.
1. personal loan $165,00(1900/bulan)
2. kereta $50K(780/bulan)
3. rumah $45K(350/bulan)
moga dapat kongsi adea Cara terbaik menyelesaikan dengan mudah kerana Allah.
alhamdulilah terima kasih.