MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?

August 15, 2011

"Saya tak dapat cari sumber lain! Tolonglah saya En. Zul. Saya amat terdesak nak bayar macam-macam. Mohon ada perikemanusiaan. Saya kalau boleh nak elak pinjam along! Tolonglah!"

Kaya atau miskin, mana silapnya?

Kami dah ber-anak 5, isteri ‘tak kerja’, tapi kami selalu ditagih bantuan kewangan sudah lebih 3 tahun. Terdesak duit, pinjam duit kami. Terdesak lagi, pinjam duit kami lagi. Buka kedai, berniaga, tersepit lagi sampai nak makan pun susah, cari kami lagi.

Awal tahun hari tu, mereka suami isteri beriya-iya nak tukar kereta baharu. Kereta Perodua Rusa tu tak ‘class’ katanya, nak tukar pakai Azla pula.

Nak tolak Perodua Rusa pada kami atas alasan kami anak ramai dan nak minta jasa baik saya buat loan beli kereta Alza baru atas nama saya sebab mereka suami isteri dah tak layak buat loan!

Uh, saya tolak, sebab kami bukan terlalu terdesak untuk pakai kereta besar lagi. Kira-kira yang saya buat, memang rugi tukar kereta baru. Tunggu nanti hasil bisnes kami cukup selesa untuk beli kereta baru tanpa hutang, baru nak beli, insyaAllah.

Kaya Adalah Pilihan, Bukan Nasib

Dulu, nak buat loan mintak saya bagi testimoni dan jadi penjamin. Uh, tak berani... Saya dah rimas 8 tahun jadi penjamin. 3 bulan sekali datang reminder daripada bank. Cukup tak selesa.

Hari ni nak pinjam lagi duit dengan kami RM2,000!

Uh, jiwa saya agak konflik sebab kami tengok mereka sekeluarga selalu makan besar di restoren paling best di tempat kami. Tapi kami cuma masak di rumah, dan sesekali beli di luar. Makan di restoren jarang-jarang sekali, itu pun kalau nak celebrate special day. Bukan sebab rimas dengan anak-anak yang tak duduk diam, tapi bagi kami ia membazir...

Bila membazir, maksudnya, ada hak orang lain yang terabai kata Ustaz Faisal. Hak kebajikan ibubapa, kebajikan fakir miskin, dan kebajikan kelancaran dakwah dan perjuangan. Bila ada hak yang terabai, tunggulah balasan dari Tuhan...

Jangan Hidup Ikut Kemampuan

Hati kami suami isteri lagi konflik bila teringatkan dia nak tukar kereta baru sedangkan hutang sedia ada dah penuh keliling pinggang!

Hari ni, saya mohon maaf, saya cuma boleh sedekahkan dengan nilai yang tak seberapa jer. Terimalah sedekah dari orang lebih ‘miskin’ ni. Belajarlah pula dari kesilapan sendiri dalam mengurus duit…

Terus-terang saya kongsikan, ramai yang kesempitan duit bukan sebab tak ada duit. Tapi lemah mengurus duit keluar (perbelanjaan), apatah lagi mengurus duit masuk (pendapatan).

Kalau sekali makan tengahari habis RM7 seorang tu tak rasa mahal, kalian sebenarnya kaya!

Saya sekali makan habis RM5 tu pun dah terasa mewah. Nak makan, teringat anak isteri makan apa. Purata kos makan tengahari saya cuma sekitar RM3.50 – RM5.00 jer. Makan sepinggan nasi, sejenis lauk, sayur atau ulam sikit, dan air kosong. Itu jer. Tak berani ambik 2, 3 jenis lauk.

Tak berani nak order milo ais, teh ais, holick ais, apatah lagi fresh orange! Kalau saya order air pun, biasanya sebab nak entertain kawan-kawan jer. Ataupun untuk minum-minum sambil berbincang hal yang penting-penting jer.

Hiduplah Di Bawah Kemampuan

Kami sekeluarga hidup sederhana jer. Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Orang pakai handphone mahal, kami pakai handphone murah jer. Paling mahal handhpone yang pernah kami beli ialah RM400.

Orang lain pasang Astro, rumah kami tak pernah masuk Astro. Orang lain tukar kereta baru, kami masih pakai kereta ‘antik’ yang dah berumur 17 tahun!

Orang makan di restoran yang best-best, tapi kami makan di rumah jer. Orang lain melancong sana sini, kami melencong balik kampung jer.

Orang lain campak duit di gelanggang fustal, bowling, fitness centre, kami cuma jogging pusing Damansara Damai dan taman-taman rekreasi percuma jer.

Anak orang lain tak pernah sentuh baju 2nd hand, tapi kami dapatkan juga baju anak-anak sedara yang dah tak nak pakai untuk anak-anak kami!

Hidup Biasa-biasa, Tapi Bahagia

Dan banyak lagi lifestyle kami yang saya tak pernah kongsikan. Mungkin juga disebabkan lifestyle begini, kami tak ada apa-apa hutang walaupun satu sen, dan ada simpanan yang cukup untuk melayakkan kami ke dalam kategori “kewangan selamat!”, bukan kaya...

Ada juga yang fikir kami ni kaya raya. Padahal kami biasa jer. Lagi rendah income dari kebanyakan Executive di KL ni.

Saya cuma seorang Executive cabuk jer. Sahabat pembaca pun boleh agak-agak berapa income saya. Isteri pulak tak kerja. Anak kecil ada 5 orang. Dua orang dah masuk sekolah. Berapa sangat kekayaan kami kalau dibandingkan Executive lain yang suami isteri berkerja.

Cuma kami masih boleh hidup selesa sebab ukur baju badan sendiri. Hidup dengan apa yang kami ada jer. Yang penting, tak ada hutang, dan ada simpanan yang cukup untuk kami lena tidur waktu malam...

Ke Mana Income Bisnes Kami?

Mungkin ada orang fikir, “income bisnes dia dah masyyyuuuk... Patut la dia senang walaupun isteri tak bekerja”. Hah hah...

Income bisnes alhamdulillah... Tapi untuk makluman sahabat, cuma 10% sahaja income bisnes yang kami ambik. Selebihnya kami laburkan balik ke dalam bisnes. Hasil yang kami dapat, kami tambahkan modal pusingan, dan laburkan balik untuk kembangkan lagi bisnes kami.

Dengan duit bisnes lah kami pergi seminar, workshop, beli buku, beli ebook, beli CD dan macam-macam lagi tools untuk bisnes. Sampaikan isteri saya jeles, “bila nak rasa duit bisnes ni bang?”...

InsyaAllah, suatu masa nanti, kami akan rasanya juga, insyaAllah.

Ramai orang tak boleh pergi jauh dalam bisnes sebab bila dapat hasil jer, dia beli itu, beli ini. Bila tak nampak hasil, dia akan rasa down.

Jadi, untuk bisnes bertahan lama, simpanlah hasil bisnes secara berdisiplin. InsyaAllah, kita akan bertahan lama bila nampak hasil kita selama ni.

Kita Susah Atau Buat Susah?

Oh, ada satu lagi cerita...

Hari tu, saya rasa agak sedih tengok orang yang ayah dia tengah sakit di hospital sampai terpaksa kutip sumbangan daripada kawan-kawan untuk tampung kos perubatan, tapi anaknya releks jer tukar casing handphone RM80! Murah jer katanya...

Aduh… Sakit hati saya. Casingnya saja dah nak dekat harga sebiji handphone isteri saya! Bayangkan berapa harga handphonenya. Padahal, dia kerja kerani sahaja...

Hmm... Kaya atau sempit kebanyakkannya bukannya sebab nasib. Tapi sebab PILIHAN. Ia soal tadbir, bukan soal takdir.

Kalau kita benar-benar nak keluar dari kesempitan, insyaAllah, Tuhan akan lorongkan jalannya. Yang penting, jadikan setiap kesilapan sebagai pelajaran-pelajaran baru dalam hidup.

Jangan ulang lagi yang silap tu sebab Nabi cakap, orang mukmin tak akan jatuh ke lubang yang sama. Kalau jatuh ke lubang sama juga, takut-takut kita tak cukup mukmin!

Akhir sekali, saya tengok kawan saya Master Arsyad yang cacat separuh anggota, hidup atas kerusi roda sepanjang masa, tapi masih boleh hidup gembira dan ceria.

Siap boleh buat bisnes online yang jauh lebih maju dari saya! Kalau Master Arsyad boleh, inikan pula kita yang tulang 4 keratnya sempurna belaka!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
9 Ogos 2011
9 Ramadhan 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum Saudara Zulkifli,

    Terima kasih utk perkongsian ilmu ini.

    Saya ingin bertanya apakah pandangan saudara dalam konteks perlindungan diri dan keluarga pula ie dari segi insuran nyawa, PA, medical card, critical illness dll.

    Adakah ianya penting? Jika ya, bagaimanakah kaedah terbaik utk mendapat perlindungan sedangkan premium bulanan bukannya murah.

    t kasih

    aidiahmad

    • Wslm En Aidi,

      Terima kasih berziarah ke blog ini. Moga ianya bermanfaat. InsyaAllah.

      Perlindungan takaful memang penting. Lepas dah cukup simpan dana kecemasan 3 bulan pendapatan, memang kena allocate sebahagian untuk caruman takaful. Kesemua tu penting samada PA, critical illness, atau kad rawatan hospital (terutamanya bagi yang bekerja sendiri). Persoalannya, berapa banyak yang wajar dicarum setiap bulan?

      Untuk kira caruman yang wajar, En. Aidi kena kita berapa cover yang perlu (bukan berapa premium yang mampu) untuk setiap risiko. Katakanlah lepas buat kiraan, En. Aidi perlukan cover seperti berikut:

      (a) Kemalangan diri – RM1 juta (Cth : risiko tinggi sebab pergi kerja naik motor, dan itu nilai pampasan yang akan dibayar oleh takaful jika berlaku kematian atau kecacatan kekal. Duit RM1 juta tu cukup untuk jana passive income untuk waris yang ditinggalkan, atau untuk kita kalau hilang upaya kekal)

      (b) Penyakit kritikal – RM200,000 (Cth : risiko tinggi sebab kurang ambil peduli tentang kesihatan, merokok dsb. Kalau sakit dah disahkan sakit nanti, takaful akan bayar RM200,000 untuk buat apa sahaja i.e. rawatan penyakit dsb. Dah tak perlu keluarkan duit lain lagi dah)

      (c) Medical card – RM100,000 setahun untuk bayar bil hospital (penting kalau kerja sendiri. Kalau majikan cover pun, ia penting in case suatu hari nanti nak berhenti kerja, ataupun bila jatuh sakit diberhentikan kerja dsb)

      Lepas decide berapa cover yang perlu, En. Aidi bagi jumlah cover ni kepada ejen takaful minta dia sediakan quotation. Mungkin boleh bagi kepada beberapa ejen dari belainan syarikat takaful. Consult dengan mereka. Lepas tu decide pilih yang terbaik. Jangan hilang fokus dengan tawaran saving dalam takaful atau cover yang tak perlu sebab nanti membazir jer bayar premium.

      Wallahu a’lam.

  • As-salam En. Zul,
    Tahniah! Akhirnya berjumpa juga dengan laman web orang malaysia pasal debt – free living ni. Semoga lebih berkat hidup dan lebih ramai saudara yang boleh dibantu. Lebih kaya, lebih di sayangi Allah!

  • […] Ada seorang kenalan saya dok mengeluh tak cukup duit, sedangkan keretanya baru bertukar daripada sekecil Kancil kepada segagah Waja – yang saya sendiri pun tak mampu beli buat masa sekarang. Bulan lepas, dia sekeluarga datang ziarah ke rumah kami lepas hampir setahun tak jumpa sebab berpindah ke Kuantan. Dulu dia selalu masalah tak cukup duit. Walaupun sekarang keretanya makin membesar, handphonenya makin canggih tapi dia masih merungut “tak cukup duit”. Kesempitan yang dialami, di mana silap sebenarnya? […]

  • Sgt bermanfaat ilmu dan pengalaman yg dicurahkan di laman blog ini.. hidup sederhana.. tak kaya.. tapi senang… senang hati dan jiwa.. tapi ramai jg dikeliling kita yg x senang hati melihat kesenangan kita.. sy jg agak rimas melihat kaum kerabat yg sering memohon bantuan kewangan atau menjadi penjamin.. situasi kita hampir sama.. kami x kaya… tetapi senang.. cukup seadanya. Alhamdulillah.

    • Alhamdulillah.

      Bagi saya, kalau sayangkan persahabatan dan hubungan kekeluargaan, jangan bagi pinjam sebab ia boleh menyemaikan api permusuhan dalam jangka panjang. Dan penting juga kita hidup sederhana supaya kalau kita tak bagi pinjam pun, mereka boleh terima yang kita bukannya kaya sangat. 🙂

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan..
    saya dh baca artikel tn kt blog tn..
    cukup membara semangat utk mulakan bisnes..cuma kyakinan diri masih zero..
    boleh tak tuan syorkan di mana nk cari seminar untuk tingkatkan kyakinan diri untuk berbisnes..mohon pengesyoran

    • Wslm En. Rosdi,

      Saya tak pasti dimana seminar untuk tingkatkan keyakinan diri. Cuma apa yang saya perhati, ramai kawan-kawan yang join seminar Dr Azizan Osman. Sejauh mana keberkesanannya pun saya tak pasti.

      Wallahu a’lam.

  • Assalammualaikum…

    Syukran Syukran Tuan…

    Terima kasih atas perkongsian yang sangat ’emas’ bagi saya…
    ada beberapa situasi saya juga terlibat..
    sekurang2nya hari ini saya dapat modul baru untuk perbaiki kewangan..:-)
    Ia sangat2 membantu saya..boleh saya share bersama husband saya yer…
    saya suka ayat ni.. .. ‘ Ramai orang tak boleh pergi jauh dalam bisnes sebab bila dapat hasil jer, dia beli itu, beli ini. Bila tak nampak hasil, dia akan rasa down. ‘
    — sangt2 terkena pada batang hidung!huhuhu
    Terima kasih sgt2 tuan…

    Jazakallahu Khairan Khathira..

  • Alhamdulillah. Moga Allah dapat balas budi baik tuan. Terima kasih atas entry yg sangat memberi kesan dan makna yang mendalam

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >