MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hidup Di Bawah Kemampuan

June 19, 2009

“Zul, your wife kerja dekat mana?”

“Er, kerja di rumah sahaja Mr. Soo. Housewife.”

“Em, cukup ker? Satu income untuk tanggung 4 orang?”

“Alhamdulillah... cukup. Tapi kena betul-betul manage la duit”

Satu Pendapatan Untuk Satu Keluarga?

Sebahagian perbualan dengan Mr. Soo, ex-boss saya 2 tahun lalu. Mr. Soo sangka, selama 4 tahun saya bekerja di bawah beliau, saya ada pendapatan lain selain gaji.

Beliau fikir, mungkin saya ada asset yang banyak, yang boleh bagi pendapatan tambahan secara tetap setiap bulan untuk survive selain gaji yang cuma seorang Eksekutif ‘Rendah’.

Selain beliau, ramai juga kenalan tanya saya cukup ke duit (untuk sara keluarga) dengan hanya satu pendapatan. Kerja cuma Eksekutif biasa, baru beberapa tahun kerja, untuk tanggung diri, isteri dan anak-anak 3 orang ketika tu.

Tambah pulak, hidup di KL ni, kos sara hidupnya bukan sikit.

Jawapan saya; “Alhamdulillah boleh (survive), tapi kita tak boleh hidup macam orang lain. Kita kena hidup cara kita, dan di BAWAH kemampuan kita”.

Itulah kuncinya saya rasa.

Prinsip Hidup Di BAWAH Kemampuan

Kalau nak senang, memang kita kena hidup BAWAH kemampuan. Jangan hidup IKUT kemampuan.

Saya ada terbaca, “hidup di bawah kemampuan” ialah salah satu prinsip kewangan yang diamalkan oleh orang kaya yang sebenar (bukan orang kaya 'mi segera').

Mereka kaya sebab mereka memang amalkan gaya hidup BAWAH kemampuan, bukan hanya masa dah jadi kaya, tapi sebelum dia jadi kaya lagi.

Kalau dia mampu pakai Proton Waja sebagai contohnya, dia cuma pakai Proton Wira. Bahkan mungkin cuma pakai Proton Saga. Kerana Proton Saga sudah cukup memadai untuk KEPERLUAN dia.

Perbezaan nilai antara MAMPU dan PERLU itulah aset yang membuatkan dia lebih kaya!

Saya bukan orang kaya. Tapi saya ‘seronok’ belajar melalui orang kaya – dengan membaca dan memerhati. Dan saya perhati, memang tak ramai yang amalkan prinsip penting ini.

Trend Hidup Di LUAR Kemampuan

Yang lebih membimbangkan, memang dah jadi trend sekarang ni orang hidup di LUAR kemampuan - dengan cara berhutang, ansuran, kad kredit, skim bayaran mudah dan apa saja skim yang sama ‘waktu’ dengannya!...

Sikap ambik mudah dengan hutang, membuatkan ramai yang hidup di LUAR kemampuan sebenar mereka.

Atas alasan itulah, saya sangat tak gemar berhutang, dalam apa bentuk sekalipun. Selagi boleh ‘hidup’, saya cuba jauhkan diri dari hutang.

Puji-pujian bagi Allah, hutang saya sekarang cuma hutang beli rumah saja. Itupun hutang yang diketegorikan sebagai Hutang Berkat, bukan Hutang Mudarat.

Tips Hidup Di Bawah Kemampuan

Untuk hidup BAWAH kemampuan, ada beberapa tip yang saya nak kongsikan pada sahabat semua.

Pertamanya, jauhilah hutang walau apa pun bentuknya.

Kad kredit (kad hutang), skim bayaran mudah, skim bayaran ansuran, tak perlu bayar dalam tempoh 30 hari, semua tu hutang yang telah diberi nama baru supaya kita tak rasa ianya adalah hutang!

Hutang yang lebih utama untuk kita jauhi ialah Hutang Mudarat.

Keduanya, berbelanjalah ikut KEPERLUAN, bukan ikut KEMAMPUAN, dan jauh sekali ikut KEMAHUAN.

Memang prinsip ni saya benar-benar amalkan sejak lalui zaman-zaman sempit dulu.

Perlu atau Benar-benar Perlu?

Saya tahu, cara macam ni memang tak ada class. Tapi saya selesa dengan cara ni.

Bagi saya, biar tak nampak bergaya, asalkan poket saya kaya. Kalau ada duit, bila-bila masa jer boleh ditukarkan menjadi ‘barang’. Tapi kalau duit itu sudah jadi ‘barang’ yang dibeli, bukan mudah nak convert balik jadikan duit bila terdesak...

Kalau ikutkan, memang banyak 'barang' yang saya teringin nak beli (miliki) tapi selalu saya tangguh-tangguhkan. Kadang-kadang sampai beberapa tahun masih tak terbeli.

Bukan sebab tak mampu, tapi ia belum cukup alasan untuk ia dikategorikan sebagai benar-benar PERLU.

Walaupun ‘statusnya’ memang perlu, ia terpaksa ditangguh-tangguhkan sebelum ianya bertukar menjadi benar-benar perlu.

Bila sudah benar-benar perlu, masa tu dah tak perlu ditimbang-timbang lagi. Memang kena beli, sekarang!

Allahu a’lam...

Zulkifli
Damansara Damai
19 April 2009
23 Rabiul Akhir 1430H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum

    Kalau ikutkan, memang banyak benda yang saya nak beli (miliki) tapi selalu saya tangguh-tangguhkan. Kekadang sampai beberapa tahun masih tak terbeli. Bukan sebab tak mampu, tapi ia belum cukup alasan untuk ia dikategorikan sebagai benar-benar PERLU.

    Walaupun ‘statusnya’ memang perlu, ia terpaksa ditangguh-tangguhkan sebelum ianya bertukar menjadi benar-benar perlu. Bila dah benar-benar perlu, masa tu dah tak perlu ditimbang-timbang lagi. Memang kena beli sekarang!

    Aini suka ayat ni. Tenkiu abang Zulkifli.

      • Saya pun suka ayat tu. Macam apa yang kami cuba buat sekarang. Yang terbaru, sama ada nak beli TV LED jenama LG, clearance stock RM 1600. Balik rumah, fikir punya fikir, tak payah beli sebab ada lagi yang penting 🙂

        Bak kata Irfan Khairi, dalam buku ‘Nota Jutawan, Nota Kewangan’.

        Nak beli, tunggu dalam tempoh seminggu. Kalau selepas tempoh tersebut masih rasa perlu, beli la. Biasanya ‘nak’ pada sesuatu perkara terjadi pada masa itu saja. Dalam sains pun, nak tahu kita perlu tambah makan atau tak, tunggu dalam 20 minit dulu sebab penghadaman makanan amik masa dalam tempoh 20 minit, baru otak dapat ‘signal’ yang kita dah kenyang. Selepas itu, kalau rasa lapar lagi, tambah lah makanan 😀

        Sememangnya hidup di bawah kemampuan adalah sukar, especially kena kawal dan turunkan ego.

  • Assalamualaikum..

    saya suka dengan apa yang Encik kongsikan di blog ini… saya mohon kebenaran Encik untuk share kan artikel dan blog Encik ini untuk perkongsian bersama. Terima kasih..

  • Salam Tuan,
    Apa pendapat tuan tentang artikel ini.
    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=533263210081654&set=a.175057805902198.42505.165445646863414&type=1&relevant_count=1&ref=nf

    Adakah tuan bersetuju dengan kenyataan artikel ini? atau artikel ini sebenarnya bg orang yang berbelanja ikut kemampuan/lebih dari kemampuan.

    Bagaimana untuk memperbaiki keadaan begini? dalam artikel ini, cuma RM 157 sahaja untuk simpanan bulanan. Adakah dengan membuat side income/bisnes lain, akan membantu memperbaiki kualiti hidup dari segi kewangan.

    Terima Kasih.

    • Wslm En. Amir,

      Saya setuju sebab itulah cara orang biasa di bandar berbelanja. Tapi kalau gaji saya sebanyak tu, saya rasa saya boleh menyimpan at least RM1,500 sebulan. InsyaAllah. Sebabnya;

      (1) Rumah yang mereka beli di luar kemampuan sebenar. Bagi saya, ansuran yang patut sekitar RM1,000 jer. Itu maksimum. Samada panjangkan tempoh pinjaman, atau beli rumah apartment kos sederhana jer. (Jimat RM930)

      (2) Perbelanjaan makan di luar terlalu besar. Kalau masak sendiri + makan di luar hanya bila di pejabat, boleh jimat separuh untuk makan + barang dapur. (Jimat RM400)

      Banyak lagi sebenarnya boleh dikurangkan kalau kita hidup di bawah kemampuan. Kalau buat side income, lagi banyak saving, insyaAllah.

  • Memang…

    Ikutkan nafsu, memang takkan pernah cukup…

    Dah ada motor, nak kereta..
    Dah ada kereta, nak MPV..
    Dah ada MPV, nak tukar yg lebih hebat…

    Suka tengok orang kaya, tapi tak macam orang kaya…
    Yang ramai sekarang ni, gaya macam orang kaya, tapi hutang keliling pinggang…

  • alhamdulillah..setuju dengan article ini..ramai dikalangan kita mengeluh tidak cukup serba serbi akan hidup mereka kerana mereka sendiri yang memerangkap kewangan mereka sendiri..sedangkan apa yang mereka ada,sudah lebih dari muncukupi..

    • Wlsm En. Najib,

      Prinsip “hidup di bawah kemampuan”, bukan bermaksud duduk diam tak berbuat apa-apa. Usaha tetap perlu diteruskan untuk tingkatkan pendapatan. Walaupun income kami sekeluarga dah jauh berganda berbanding saat saya tulis artikel ni pada tahun 2009, alhamdulillah, kami sekeluarga masih mengamalkan prinsip ini. Hidup di bawah kemampuan.

      Alhamdulillah, rezeki Allah sentiasa cukup. 🙂

  • Assalamualaikum.

    Saya sangat bersetuju dengan tuan. ini merupakan pesanan daripada abah saya sejak saya kecil lagi. sebab tu saya selalu geleng2 kepala tengok kawan-kawan sekelas yang masih lagi belajar menghabiskan duit PTPTN dengan membeli gajet atau gemar bershopping. Seharusnya mereka simpan sedikit duit untuk bekalan semasa hendak memulakan alam pekerjaan nanti.

    Saya pun masih dalm proses belajar. Wallahualam.

  • Non-muslim tidak faham bahawa dalam Islam, ttgjawab suami untuk bekerja mencari nafsah & ttgjawab isteri menjaga anak & rumah tangga. Yang mereka tahu, dua2 kena berebut2 kerja mencari harta dunia sebanyak2nya.

    Tapi zaman sekarang ni, perempuan melayu muslim pun dah terikut2 ajaran & budaya barat. Pentingkan harta dunia berbanding keluarga…

  • Maaf, sy x stuju dgn pndpt abghalim. Bagaimana pula dgn nasib isteri yg suaminya tiada pendapatan tetap & x pandai mengurus kewangan. Katanya bila dpt income nk beli apa, beli je..x perlu simpan2 sbb katanye duit x bole bwk msuk kubur.

    Isterinya yg brgaji tetap bulan2 brusaha brjimat hidup di bwh kemampuan, tp suami bile xde income pinjam/guna dulu duit isteri yg x pernah dipulang semula. Bila pasal duit, pandai br’falsampah’ “Perkahwinan itu Perkongsian”, tp mlm2 wktu org lain tidur sibuk main game (alasan lpskn stress kerja), pagi2 isteri pergi kerja pun x dihantar even ke lrt (sbb Subuh baru ngntuk penat trus nk tido), & anak kena hntr rumah pengasuh, then isteri blk kerja bru bangun.. mmg tak lah rumah tu ditolong kemaskn. Bile isteri smpi rumah jln kaki 20 mins dari stesen lrt, penat x hilang lg, aftr salam tgn suami then terus kemas rumah yg x trurus, merajuk/marah isteri x layan suami elok2.. sdgkn hak isteri diabaikn & isteri pula berhempas pulas bkerja & uruskn rmahtgga??

    Apa pendapat En. Zulkifli dgn situasi ini? Maaf mgkn sy off topic tp mmg buntu skrg..mcm mana sy nk buka minda suami yg nafkah itu wajib utk isteri & anak2, dan pengurusan kwangan pnting dlm keluarga. Utk pengetahuan tuan suami sy org seni, minat berlakon. Bkn dari keluarga senang. Suka brsedekah bila ada duit, bile ade income mmg die akn habiskn duit tu utk belanja isteri, keluarga & kawan2nya (sy mmg salute sikapnya yg ini), selain drpd duit rokok, makan & minyak motor. Tp bile xde duit tnpa segan silu mntk isteri.

    Sbg isteri, sy x demand byk..sy cume hrpkn beliau kerja keras at least utk byr nafkah tmpt tinggal & mkn minum sy & anak, malu mntk duit isteri, then mgkn sy bole gunakn income sy utk bisnes or tmbh pendapatan keluarga… Adakah ego suami sedikit sebyk mempengaruhi mslh kami? Mgkn tuan bole bri pandangan dr sudut lelaki..

    • Situasi puan maksudkan berbeza dari apa yang dimaksudkan oleh Abg Halim. Situasi puan maksudkan tu, memang benar-benar perlu bekerja untuk tampung hidup. Dari sudut rasa tanggungjawab, bagi saya ia bermula dengan rasa tanggungjawab dengan Tuhan. Bila dia ada ilmu, takut dengan Tuhan, insyaAllah dia akan rasa tanggungjawab kepada keluarga. Puan kena banyakkan doa, solat hajat, minta dari Tuhan sebab keajaiban tu hanya daripada Dia. Lepas tu, nasihatkan suami kena rajin pergi masjid dan majlis ilmu. Kat situlah sebenarnya lebih tentang, dan lebih baik untuk berehat daripada duduk mengadap game.

      Wallahu a’lam.

  • Salam saudara zul..
    Bila saya bc artikel2 saudara zul tetiba sy rs baru tersedar dr lamunan hakikat kehidupan…indah nye hidup bg yg mengerti..masih tak terlambat untuk berubah ke arah keredhaan Allah setelah kita dpt ilmu yg diperturunkan..
    Terima kasih saudara Zul.

  • Terima kasih abg zul.. artikel yg cukup bermanfaat..
    saya plan nak beli rumah kedua utk disewakan… Memandangkan saya buat bisnes online full time melalui blog saya: http://www.hairul.com , saya ingat nak terus bayar ansuran rumah utk setahun utk kedua2 buah rumah nanti. elok tak cara nie abg zul. Risau juga kalau bisnes online nie tiba2 drop. . .

  • saya dah kerje goverment 7 thn x pernah bt loan.gaji saya x sampai 2k pun blh bt simpanan.n saya shopping kadang jer.saya blh byr lumpsum jer saya punye ptptn.sy bekerje di selatan.so sara hidup tinggi.skrg nie kalu sy nk beli kereta viva cash pun blh.cuma sbb x nk byr cukai jer sy x buat.jadi lbh baik sy beli rumah @ tanah dgn duit tu.jadi pd y bergaji 3k/4k.x logik x leh menyimpan

  • assalamu’alaikum tuan… sya nak minta nasihat drp tuan…. sya adlh fresh graduate dan belum konvo, tapi dah bekerja slama 3 bulan dgn gaji RM2.5k per month.. saya x trfikir utk beli kereta sebab company dah sediakan rumah free dkat dgn tmpat keja… jalan kaki 5 minit dah sampai… tpi sya terfikir utk beli tanah sbgai tapak rumah utk masa hdpn yg brnilai RM30000… jujur saja saya belum ada simpanan utk beli tanah trsebut… jadi apa pndpt tuan?
    → perlukah sya loan bank atau menyimpan dulu sehingga cukup?
    → adakah harga tanah akan jauh lebih tinggi harganya dalam masa 3 tahun?

    Terima kasih

    • Wslm En. Jamaluddin,

      1. Saya syorkan En. Jamaluddin fokus menyimpan dulu untuk cukupkan simpanan kecemasan at least 3 bulan pendapatan. Kalau ada duit lebih, baru boleh gunakan untuk apa-apa pelaburan.

      2. Ambil waktu bertenang sekejap sebelum melabur. Fokus sekarang ialah belajar tentang kewangan dan pelaburan dulu. Belanja sedikit duit untuk beli buku-buku kewangan atau hadir seminar-seminar berkaitan.

      3. Saya rasa terlalu awal untuk fresh grad beli tanah untuk buat ‘rumah impian’. Lebih baik gunakan duit simpanan yang ada atau kemudahan loan untuk kembangkan kekayaan. Kalau nak gunakan loan, buat masa ni saya nampak paling bagus invest dalam hartanah. Beli rumah-rumah yang senang disewakan dan berpotensi untuk dapat aliran tunai yang positif. Kumpul rumah-rumah macam tu banyak-banyak. Saya percaya, keuntungan dari memiliki rumah-rumah macam tu nanti boleh buat rumah impian secara tunai, insyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Terima kasih untuk laman web ini. Saya amat gembira berada di sini, banyak pelajaran yg berharga. Harap2 dalam beberapa tahun dari sekarang dah dapat buat pelaburan2 spt yg Saudara paparkan di sini. Thanks a lot!

  • Salam tuan,

    Saye nak minta pendapat. Keluarga saye belom mempunyai rumah. Sekarang menyewa RM350 sebulan (ayah bayar). Baru bekerja masuk 6 bulan. Gaji bersih saye 2k. Saye ade sebuah kereta kancil second hand beli hasil simpanan masa belajar. Saye ulang alik gune kereta tu untok urusan kerja dan peribadi. Komitmen buat mase ni PTPTN(RM300) +api air(RM100) +belanja rumah (RM200) +astro(RM45) +insuran(RM60) +minyak(RM140). Kalau saye betol2 berjimat untok makan, saye boleh save sampai RM1000 sebulan.

    Pada pendapat tuan, apa langkah yg saye patut buat untok perancangan membeli rumah? Ayah mencadangkan membeli rumah second hand juga di kawasan perumahan yg kami tinggal sekarang. Kebanyakan harga paling murah RM220 000 dan ke atas siap renovate teres 1 tingkat.
    Buat mase ni tiada perancangan lain selain nak beli rumah.

    Saye byk berdoa, buat solat2 sunat agar hajat dimakbulkan dan membuat pilihan yg tepat.

    Mohon tuan kongsi pendapat mengikut situasi saye. Atau boleh juga kongsikan tips2 dari sumber yg boleh saye belajar.

    Terima kasih.

  • Knp la sy lmbt sgt tahu ttg tuan & blog ni huhu..walaupun rasa mcm agak ketinggalan terima kasih atas ilmu & tips urus kewangan..sgt bermanfaat!

  • Assalam En Zul

    Terima kasih atas panduan yang diberikan.Saya telah cuba ikuti tips memebli hinga berstatus BENAR-BENAR PERLU. Sejak 2012 topik saya dengan isteri adalah nak beli kereta (Second car untuk long distance) kami di Melaka.Tapi Kg di Pantai Timur. Sampai isteri saya berasa bosan sebab asyik sembang/rancang nak beli kereta,tapi tak beli juga.Bukan apa, saya cuba bertahan selama mungkin hingga ke satu tahap kereta kecil kami (viva) sudah tak mampu untuk menampung bil jumlah keluarga kami kat dalam (2012 anak baru sorang, tambah sorang lagi 2014). Finaly saya Hutang juga kereta kedua.setelah level BENAR-BENAR PERLU itu sampai.

  • Artikel ini sering saya ulang baca…terutama apabila nafsu membuak-buak. Artikel ini berjaya mengendurkan nafsu saya untuk memiliki sesuatu yang bukan perlu dan di luar kemampuan saya.
    Zaman sekarang bukan hanya ke shopping mall kita jadi rambang mata. Duduk depan komputer pun kita jadi rambang mata. Macam-macam ada.
    Mujur artikel ini ada. Membantu saya untuk insaf dan batalkan hasrat untuk membeli benda yang tak perlu itu.
    TQVM.
    #LakarHidupSendiri @ http://www.fauzisabri.com

  • Assalam Tuan..tq segala maklumat n pengajaran yg dapat dari blog tu..insyaallah saya akan praktikan pd tahun ini..insyallah..

  • Salam saya fresh graduated baru pindah KL . Tapi gaji hanya rm1500 . Boleh bagi tips macam mana nak survive . Saya gi kerja naik lrt . Saya jugak sewa rumah around rm250 per month . Risau patut ke saya berhenti kerja dan pindah balik kampung

    • Wslm Cik Nabilla,

      Apa yang Cik Nabilla risau? Asalkan boleh makan dan ada tempat tinggal, teruskan usaha menggapai kejayaan. Bila datang KL, apa yang penting ialah dapatkan pengalaman sebanyak mungkin. Bagi fresh grad, Cari pekerjaan bukan sekadar dapat gaji, paling penting ialah dapat pengalaman yang diperlukan untuk masa depan.

  • Bukan satu misi yang senang utk simpan duit dengan ekonomi yang kurang baik pd masa kini. Semua harga barangan dah naik dengan byk dan nilai duit pulak dah merosot. Nak simpan RM100 sebulan pun susah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >