Foto kat atas tu saya ambik dalam Berita Harian Online. Tengok foto tu, teringat insiden yang selalu saya kena sebelum Jun 2006. Secara purata, sebulan sekali mesti tayar motor pancit. Selalu kena tolak motosikal sejauh 4, 5 km untuk dapatkan pomen.
Pengalaman ‘Manis’ Tayar Pancit
Pernah sekali tu, pancit masa bulan puasa, waktu balik kerja. Kawan saya cakap;
“Zul, motor demo bocor ker kelmarin?”“A ‘aa..”“Dila (tunang beliau) nampak demo, oh, kesian betul dia ghoyak (cakap). Dia rasa macam nak menangis jer tengok demo kelmarin”
Masa tu, motor saya pancit kat Jalan Mahameru, menuju ke PWTC. Jalan jem teruk – orang nak balik buka puasa. Lorong kecemasan pun sesak sebab kereta potong que. Tak ada ruang untuk tolak motor. Terpaksa la saya tolak dicelah-celah jem – tengah-tengah puasa – sejauh lebih kurang 4 km. Huh… sangat memenatkan.
Insiden Tabur Paku Di Highway
Pengalaman paling ‘taajjub’ yang pernah saya tengok, ialah lebih kurang 10 buah motosikal pancit sepanjang Tol Jalan Duta hingga jalan menyusur ke Jln Duta – Damansara (lebih kurang 3km) masa nak ke pejabat. Saya fikir, ini mesti sebab kerja jahat – orang tabur paku.
Apa yang saya nak nasihatkan pada sahabat yang selalu bermotosikal pergi kerja (macam saya) ialah bertukarlah kepada tayar tubeless. Sejak Jun 2006, perjalanan saya (bermotosikal) tak pernah lagi terkandas disebabkan tayar pancit. Memang berbaloi. Jimat masa, jimat duit.
Tayar Tubeless Memang Berbaloi
Pakai tubeless pun pancit juga. Tapi biasanya, kalau setakat kena paku tu, sempat lagi cari workshop, atau pam kat stesen minyak.
Kekadang tu, kena paku pun tak pancit. Janji, jangan cabut paku yang tercucuk kat tayar tu. Alhamdulillah, sangat memudahkan.
Kos tukar tubeless pun tak mahal. Jauh lebih jimat kalau dibandingkan masalahnya – tayar pancit. Kalau tayar pancit, sekali tukar tiub RM12 (tiub yang bagus). Itu kalau workshop. Kalau pomen jalanan (mobile), harganya tak kurang RM20 sekali tukar. Kalau tiap-tiap bulan kena? Huh…
Lagi satu, kalau selalu pancit, tayar pun cepat rosak. Kos tukar tayar lebih kurang RM50 – RM65 sekarang ni.
Bajet Tukar Tubeless
Bajet tukar tayar tubeless sekarang ni lebih kurang RM240 jer. Sport Rim RM110 sepasang (tayar depan dan belakang). Rim biasa tak boleh pakai tayar tubeless. Harga tayar tubeless (heavy duty) RM130 sepasang. Total cuma RM240.
Kalau pancit, kos tampung tayar cuma RM5! Kalau tak jumpa kedai motor, workshop kereta pun boleh buat! Hm, itulah yang istimewanya tayar tubeless ni.
Kesimpulannya, saya nasihatkan semua sahabat yang kerap bermotosikal bertukarlah kepada tayar tubeless.
Very cost-effective! InsyaAllah.
Zulkifli
Damansara Damai
11 Jun 2009
salam nak tanya.. kalau tukar tubeless.. rim lama mcm mane? trade in ker? berapa dapat trade in eh?
xder org nk kot yang lidi tue..simpan jer wat pekasam 😉
Betul zunaidi cakap tu.. rim lama payah nak jual.. tolak kat kedai besi buruk la kot. Kalau nasib baik, boleh jual pada sapa yang berminat.. try guna mudah.my.. (“,)
Ada ker orang nak beli rim? Jarang rasanya.. Mungkin boleh tanya kedai motor kot-kot dia ambik trade-in.. dapat RM10 – RM 20 pun jadilah..
Sorry lambat reply.. baru perasan akan komen ni..
Ok, wassalam..
Terima kasih atas info yang berguna ni. Saya nak tanya skit, kalau saya pakai sport rim dan tayar tiub biasa sekarang memang tak boleh pakai sport rim tu? Kena tukar sport rim khas jugak ke untuk tayar tubeless ni?
Aizat, memang kena pakai sport rim baru boleh pakai tubeless. Rim biasa tu tak boleh.
Anda fahamkan betul betul pertanyaan beliau, sebab jawapan yang anda beri tidak tepat
nak tnye , skang harga sport rim untuk tubeless n tayar tubeless berapa ye ?.. sbb sy rancang nk tukar 22 HB mei ni .. mohon pertolongan saudara terangkan .. 🙂
Mohammdad Shazni,
Saya rasa sekitar RM250 sepasang. Harga tayar sekitar RM160 sepasang. Itu anggaran saya. Saya pun tak pasti sebab dah lama beli sport rim.
Jumlah untuk sepasang tayar ditukar daripada tiub biasa kepada ‘tubeless’?
Stand by RM200. InsyaAllah cukup saya rasa kalau sepasang jer.
info yg berguna…thanks bro
Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah.
hai..boleh ker kalo kite pakai sport rim..tp tayar guna tayar biasa je..means, sport rim tu xguna tubeless laa..boleh ker?
Boleh tuan, tak ada masalah.
Memang bgs tayar tubeless ni…murah sbb kalu pancit harga tampal baru RM 5..kedai kereta pun buleh…benda ni dah banyak kali terjadi kat aku..
Betul tu En. Zamani. Memang senang, jimat. Alhamdulillah.
salam,kalau tukar tayar tiubless,lepas tu nak tukar rim sport baru,tiubless yg lama tu boleh guna balik tak?
Wslm En Syufaat,
Tayar tubeless lama boleh pakai lagi. Tak perlu tukar baru.
Assalamualaikum… Sekarang nk buat moto tahan bocor dh makin senang..hanya masukkan gam tayar ke dalam tiub tayar. Moto. Blh cari kt kedai spare Part..10~ perbotol.. Sy dh cuba..dh sebulan, x bocor lg.. Alhamdulillah..cuba lah.
aku pakai kong!xpkai rim.tp xdk mslh lg la sjak gna tyr tiub less ni…hrga tyr rm70 gam rm20 guna smpai tyr botak!x pnah pncit!
Alhamdulillah…
Nk tnya klau tukar sport rim baru ape yg perlu beli lg?mksdnye baering ke ape ke? Sory sy x thu sgt..
Spot rim je dengan benda kecik yang kita pamp angin tu. Apa benda namanya saya pun lupa.
Assalamualaikum…sekarang utk tambahkan affortable taya moto lg murah..masukkan gam tayar ke dalam tiub moto..blh dapat kn di kedai spare Part, hanya 15 sebutir..sy dh cuba..alhamdulillah sekarang masih ok.. Tunggu tayar botak je..selamat mencuba
Wslm. Terima kasih atas cadangan En. Adha. Jazakallahu khair.
Nak tanya tayar tubeless ni.. tayar perlu pam angin jgk ke mcm biasa. Atau tak perlu pam
Perlu En. Faris. Sama macam tayar kereta.
Salam tuan. Nak tanya. Kalau nak tukar tayar depan blakang & tukar rim shj berapa kos? Kalo 250 utk semua skali cukup ke? Terima ksih tuan
asalamualaikum, kalau tubeless rosak dekat nat nye, boleh tukar nat sahaje atau kena tukar tayar terus?
Assalamualaikum…..nak tanya…boleh ke sport rim guna tayar jenis tube tapi tak gune tube dalam tayar
Nak tanya,
Spot rim moto blakang bengkok
Boleh ke kalau g kedai nak bli spor rim blakang jer…
Ke atau kena beli sepasang jugak😅
Wslm,
Kena tanya taukey kedai tu