MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cuti Sekolah Jun 2009

June 10, 2009

Bertolak dari KL lepas maghrib, kul 12.00 mlm sampai Ranting Beach Resort.

Plan asal nak menginap di Kolej Matrikulasi Pahang, tapi sebab Arif (sepupu) aqad nikah seawal jam 9.00 pagi di Kg. Nyior, Paka Terengganu.

Aqad nikah di Masjid Kg. Nyior.

Arif ni sepupu sepermainan setiap kali raya masa zaman kanak-kanak dulu. Jumpa setahun sekali di rumah atuk di Kg. Sg. Pulai, Muar.

Pantai Pandak atau nama glamournya Pantai Chendering.

Dah 6 tahun kawin, tapi inilah kali pertama sampai di pantai ni. Padahal jaraknya cuma 3km dari rumah mertua.

Cuti kali ni, azam saya ialah nak perkenalkan anak-anak dengan apa yang dia jarang jumpa di KL. Termasuklah kambing. Mungkin inilah kali pertama mereka dengar bunyi kambing. Very excited.

Singgah di Pusat Equistrian dekat Masjid Terapung. Wah… banyak betul kuda kat sini. Besar-besar pulak tu.

Dah banyak kali balik KT, tapi inilah kali pertama sampai di Masjid Kristal. Masjid untuk tujuan pelancongan? Nak masuk kawasan monumen masjid-masjid dunia, kena bayar RM20 kalau tak silap. So, tengok dari luar jer lah. 

Anis suka sangat petik bunga.

Sekolah terakhir Najdah sebelum ke universiti. UPSR tak ambik, PMR pun tak ambik. Tapi SPM score! Wah… fantastik…

Hah ha… Aktiviti setiap pagi dan petang – naik basikal – bila balik Pasir Mas. Anis pun nak join sama walaupun kaki tak sampai lagi.
 

Ke kenduri sahabiah kami – Izzah di Wakaf Che Yeh. Memang kami wajibkan diri hadir ke mana-mana kenduri bila dijemput sebab itu salah satu tanggungjawab dalam persahabatan.

Dr. Asyraf Wajdi, bekas calon Parlimen Tumpat BN yang tewas menentang Dato’ Kamarudin Jaafar masa PRU-12 yang lalu. Sepupu kepada sahabat saya, Ahmad Shamsul Widda.

Widda, sahabat masa di Kolej Islam dulu. Sekarang ni jadi guru di S.K. Merapoh.

Tupai. Hari-hari abah tembak tupai sebab sekarang ni musim buah durian. Perangai tupai ni, dia makan sikit, pastu kencing pada buah. Habis sebiji takleh makan dah.

Hah ha… first time pegang tupai. Jadi model berposing dengan tupai la pulak.

Inilah proses membuat pisang salai. Sejak pencen, abah memang selalu buat pisang salai. Caranya mudah, kopek dan jemur jer. Ambil manfaat pada musim panas. Rasanya… emm… memang best. Macam makan kurma. Kalau tak buat pisang salai, nanti buruk. Tak habis makan.

Balik KL 6hb. 7hb kami ke Genting Highland. Ada annual party untuk member. Meraikan kanak-kanak.
Tobat dah. Serik. Lain kali tak nak datang dah ke sana kalau musim cuti sekolah. Very crowded. Lift penuh. Kena panjat dan turun tangga dalam 7 tingkat sambil angkat 2 stroller – Anis dan Fathi. Game apa-apa pun tak boleh main sebab orang ramai. Tak larat menunggu.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Em, tak sempat tulis description untuk setiap foto.. ada 2, 3 foto lagi nak masukkan tapi tak sempat lagi..

    Tupai tu abah ana bedil.. tupai memang banyak musim durian ni..saja nak tunjuk tupai real kat anak-anak yang tak pernah tengok tupai cara live.. 🙂

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >