MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Fiqh dan Sains Seksual

PYH dan SJS

Dua buah buku ni, mungkin boleh membantu bakal pengantin memahami fiqh dan sains seksual.

Sahabat Nak Kawin

Ada sahabat yang nak kawin mintak pandangan saya, apa buku yang perlu dibaca. Kalau ikutkan nak kena tahu, banyak sebenarnya. Tapi untuk ilmu yang ‘instant’, saya bagi beberapa nasihat sebagai orang yang ada sikit pengalaman berumahtangga. Bersembang sambil minum-minum.

Kalau ikut nak kongsi, ada banyak juga nak disentuh. Tapi kalau bagi banyak, nanti overload pulak. Masuk banyak, keluar pun banyak.

Saya sentuh beberapa bab yang saya rasa perlu untuk beliau. Antaranya tentang memahami wanita, tips berhadapan konflik suami isteri, dan sentuh sikit bab seksual.

 

Bab Seksual Terbiar Tanpa Panduan

Bab seksual ni, sebenarnya ramai yang segan nak sentuh. Sedangkan benda ni penting samada dari sudut sainsnya (sunnatullah) ataupun hukum-hakamnya (syariatullah). Ilmu ni tak banyak diajar dan dikongsikan, menyebabkan banyak persoalan dibiarkan dengan penuh ketidak pastian.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan ada sentuh bab ni dalam kitabnya yang agak masyhur iaitu Tarbiyyatul Aulaad Fil Islam (Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam).

Tanggungjawab Pendidik Tentang Seksual

Menurut beliau, tanggungjawab ibubapa dan pendidik untuk terangkan bab seksual pada anak-anak (mengikut peringkat umurnya) supaya fitrah manusia tu difahami, dipatuhi hukum-hakamnya dan disalurkan mengikut cara yang Tuhan redha.

Kalau pendidik tak ambik tanggungjawab ni, risikonya anak-anak akan explore sendiri untuk puaskan rasa ingin tahu tadi. Ia mungkin dengan cara tak berakhlak seperti tengok video lucah – yang boleh merosakkan jiwa (iman).

Buku Perkahwinan dan Seksual

Untuk sahabat tadi, memang tiba masanya untuk beliau fahami dengan lebih mendalam tentang seksual. Saya pinjamkan beliau dua buah buku, satunya buku “Kursus Pra-Perkahwinan” yang menyentuh hukum hakam perkahwinan. Keduanya, saya pinjamkan buku “Permata Yang Hilang” yang menyentuh bab sains seksual – yang saya beli bersama isteri lepas dah kawin.

Dan saya nasihatkan beliau satu lagi buku yang saya rasa sangat perlu untuk orang yang nak kawin, iaitu buku “Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang SEKS, Tapi Anda Malu Bertanya” tulisan Ustaz Dr. Zahzan Mohamed, Nazir masjid kami (Damansara Damai).

Sains dan Fiqh Seksual

Saya belum beli buku ni, tapi saya pernah go through – di kedai buku. Memang saya rasa ianya perlu dan sangat bermanfaat. Banyak kemusykilan seksual dijawab oleh Ustaz Zahzan dari suduh Fiqhnya.

Ringkasnya, buku “Permata Yang Hilang” sentuh dari sudut sains (sunnatullah), manakala buku “Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Seks” sentuh dari sudut fiqh seksual (syariatullah). Kedua-duanya saya rasa perlu untuk bakal pengantin baru.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Mei 2009

Ada juga beberapa point dalam buku “Permata Yang Hilang” yang saya rasa tak boleh pakai – yang menyentuh bab petua. Buku tulisan Dr. Zahzan tadi, mungkin boleh jadi check and balance (dari sudut hukum) untuk buku “Permata Yang Hilang”.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >