MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Takaful Bukan Penyelesaian Risiko Kesihatan

April 24, 2014

Kekadang saya rasa, bila dah bayar takaful, rasa dah selamat. Rasa dah “protected”. Tapi hakikatnya, perlindungan takaful bukan penyelesaian kepada masalah yang sebenar. Masalah sebenar ialah kesihatan kita. Takaful cuma alat bantu masalah kewangan kalau kita sakit. Kalau jatuh sakit dan dapat pampasan takaful pun sebenarnya masih tak berbaloi. Duit banyak tapi badan sakit pun tak guna. Yang penting, ada duit dan badan sihat. Barulah duit tu bermanfaat. Bak kata pepatah, “health is wealth”. Kesihatan adalah kekayaan.

Saya kekadang rasa konflik untuk bayar caruman takaful bila saya tengok Abah. Kalau nak cover yang cukup, banyak juga kita kena bayar takaful bulan-bulan, tapi saya tengok Abah tak ada pun polisi takaful. Abah dah berumur 63 tahun, tak ada apa-apa polisi takaful kesihatan, tapi Abah masih bebas dari sebarang penyakit kronik sedangkan trend hari ni, umur 40-an dan 50-an pun dah ramai yang ada penyakit kronik samada kencing manis, jantung, ataupun darah tinggi.

Abah Idola Kesihatan Saya

Di usia 60-an, Abah bukan sekadar boleh masuk kebun, tapi Abah masih aktif main bola sepak setiap petang mengalahkan orang muda. Abah memang aktif main bola sejak muda lagi. Saya sendiri ‘angkat tangan’ surrender dengan Abah. Dari sudut kesihatan, saya lebih kagum dengan Abah jauh berbanding mana-mana doktor pakar kesihatan. Doktor bercakap tentang kesihatan, tapi Abah buktikan dia memang betul-betul jaga kesihatan sejak dari muda lagi. Saya kekadang risau takut cover takaful tak cukup, tapi Abah jimat berpuluh-puluh ribu tak perlu bayar takaful. Abah ‘cover’ dari musibah kewangan dengan jaga kesihatan sebenar.

abahMasuk kebun dan main bola memang rutin harian Abah sejak dari muda lagi.

Saya pun rasa nak tiru cara Abah jaga kesihatan. Jadi bila saya mula bekerja sendiri (berhenti kerja makan gaji) dan ada waktu yang lebih fleksible, selain fokus pendidikan anak-anak, saya fokus tingkatkan kesihatan diri. Kalau dulu saya jogging cuma sekali atau dua kali seminggu, sekarang saya disiplinkan diri jogging pusing Damansara Damai at least sekali setiap dua hari. Kalau dulu tidur malam tak lebih 5 jam sehari, tapi hari ni saya pastikan cukup 6 – 7 jam sehari. Kalau dulu makan nasi penuh sepinggan, hari ni saya kurangkan jadi 3/4 ataupun 1/2 pinggan. Kalau dulu saya stress dengan tuntutan kerja, hari ni saya happy bina bisnes saya sendiri. Alhamdulillah.

Jaga 5 Faktor Kesihatan

Secara ringkasnya, saya perhati 5 faktor kesihatan yang Abah amalkan:

#1 – Jaga Pemakanan Sihat – makan kena cukup zat, kena top-up dengan supplement kalau tak cukup, dan jaga pengambilan kalori (nasi, minuman manis, atau makanan manis). Jangan sampai kalori berlebihan yang menyebabkan obesiti. Abah makan biasa-biasa jer cara orang kampung. Nasi satu lauk, sayur dan ulam. Abah tak gemar makan heavy macam buffet di hotel.

#2 – Tidur Malam Cukup – at least 6 – 7 jam sehari tidur malam yang lena. Selalunya, pukul 10.00 malam tu Abah memang dah masuk tidur. Jarang sangat saya perhati Abah tidur lewat lebih 10.00 malam.

#3 – Exercise Kena Cukup – at least 30 minit, 3 kali seminggu. Tapi Abah boleh dikatakan tiap-tiap hari exercise. Setakat ni, saya cuma disiplinkan diri jogging pusing Damansara Damai 3 atau 4 kali seminggu jer. Ok lah tu untuk permulaan. Jogging tu sebenarnya apalah sangat berbanding main bola sepak.

#4 – Jaga Jiwa dan Mindset – Abah prihatin dengan ibadah. Hubungan baik dengan Allah tu sebenarnya menjadikan kita orang yang positif. Saya secara peribadi hentikan apa sahaja input negatif; berhenti baca akhbar, hentikan tengok cerita yang tak bermanfaat. Tambah input positif dengan hadir ke masjid, majlis ilmu, seminar kejayaan, bergaul dengan orang positif dan berjaya dsb.

#5 – Jaga Kesihatan Kewangan – Zaman sekarang, antara punya penyakit ialah datangnya dari stress kerja dan kewangan. Abah passion dengan kerja, dan jaga kesihatan kewangan sejak dari muda lagi. Abah memang simpanan sebahagian pendapatan secara berdisiplin. Masa umur 30-an, Abah dan Mama dah pergi haji. Bagi saya, dari sudut kewangan, antara perkara yang kita kena buat; adakan simpanan yang cukup, urus hutang dengan baik, hidup di bawah kemampuan, dan jana pendapatan yang berkat. InsyaAllah kewangan kita sihat.

Takaful dan Supplement Kesihatan

Saya perhati, ejen takaful dan ejen produk kesihatan selalu ‘gertak’ kita tentang risiko kesihatan. Bagi saya, ejen takaful yang baik bukan sekadar cerita pasal perlindungan takaful kesihatan, tapi dia sendiri sepatutnya aware tentang kesihatan. Lagi bagus, sambil promote takaful, bagi sedikit sebanyak kesedaran tentang kesihatan sebenar. Dan penjual produk kesihatan yang baik bukan sekadar cerita kelebihan supplement, tapi yang lebih penting ialah promosikan gaya hidup dan pemakanan sihat yang betul. Sebab gaya hidup yang sihat itulah penyelesaian sebenar risiko kesihatan.

NutriliteBiasanya pada umur 50-an, orang mula makan ubat (drug) hospital berplastik-plastik yang confirm ada side-effect. Tapi Abah maintain makan pelbagai suplement sejak dari dulu lagi. Saya rasa suplemen sahaja tak kurang RM500 sebulan, tapi ia berbaloi bagi Abah. Kekadang saya konflik, patutkan saya kurangkan cover takaful dan spent lebih untuk suplement?

Saya masih ingat gurauan pakcik saya sambil mengusik masa family gathering katanya, “Masa belum kaya la boleh makan sedap-sedap. Nanti dah kaya macam Pak Long tu, makan biskut kering jer… hahaha… (“,)”. Memang betul, kita orang biasa-biasa ni boleh makan sedap-sedap, tapi ramai orang kaya terpaksa makan ubat! Mereka mampu beli makanan sedap, tapi tak boleh makan sedap-sedap sebab masalah kesihatan.

Jadi bagi saya, bayar perlindungan takaful tu penting, tapi yang lebih penting, jaga kesihatan. Sebab orang mukmin yang “kuat” itu lebih disayangi Allah kata Nabi s.aw.

Wallahu a’lam

Pesan Nabi s.a.w, “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding orang mukmin yang lemah” (Hadis Riwayat Muslim)

Zulkifli
Damansara Damai
24 April 2014
24 Jamadil Akhir 1435

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Artikel yang baik En Zul. Sekadar perkongsian, kami sekeluarga amalkan pemakanan madu lebah, kismis dan juga tambahan vitamin semulajadi Shaklee semenjak bulan 12, 2013 lepas, alhamdulillah dapat membantu kami untuk lebih cergas dalam melakukan kerja seharian insyaAllah. Perkongsian kami di blog http://www.jombahagia.blogspot.com

  • Assalam En Zul,
    benar kita perlu menjaga kesihatan diri dan insurans/takaful diperlukan apabila terjadi situasi dimana penyakit yang secara tiba2 berlaku dan kosnya pula adalah terlalu tinggi yang tidak tertangung dengan jumlah pendapatan semasa. Maka pada pandangan saya jaga kesihatan perlu dan takaful juga perlu sebagai backup dan seeloknya bagi saya kita ambil takaful+saving jika diizinkan kesihatan baik dan pada waktu bersara bolehlah gunakan saving dari takaful tersebut untuk kegunaan persaraan nanti..

    wallahualam

    • Wslm tuan,

      Betul, dua2 perlu. Tapi selalunya ramai yang overlooked tentang penjagaan kesihatan sebenar berbanding bayar takaful sebab kurangnya promosi penjagaan kesihatan sebenar. Bila ramai sihat, maka “para peniaga” industri berkaitan dengan kesihatan kurang untung.

      Dari sudut saving, bagi saya rugi beli takaful + saving. Kalau nak beli takaful, maksimumkan protection. Takaful yang ada saving, protectionnya rendah sedangkan matlamat sebenar takaful ialah protection. Kalau nak buat saving, Tabung Haji dan ASB jauh lebih untung dari takaful sebab kita rugi caj wakalah fee yang dikenakan atas caruman takaful.

      Wallahu a’lam.

  • Kawan saya jual insurans dia buat perbandingan menakutkan, antara orang yang sakit ada insuran dengan orang yang sakit takde insuran mana yang untung. Saya jawab, 2-2 pun tak untung sebab sakit. Lagi satu la kan, Tuhan takkan uji manusia dengan ujian yang kita tak mampu hadapi. Jadi bila ada takaful ni, bukan ke kita bersedia dan mampu untuk hadapi ujian sakit? Renungkan.

  • Salm,
    stuju dgn tuan Zul.cuma tkful adalh plan b jika
    diuji oleh Allah.twakkl shja xmmdai.stuju juga
    jika mncarum tkful biarlh ckup ptction.bkn skdr
    ada tkful.tkful bknlh tempt mnyimpn duit
    yg baik.tp tmpt plindungn kewangn.saving+prtction+investmnt

  • setuju dengan tuan zul..kesihatan penting bagi meneruskan kehidupan..untuk terus menikmati nikmat yang allah beri, itu langkah menjaga kesihatan saya cuba positivekan diri saya dalam apa jua rintangan,ambil apa-apa supplement dan jaga hubungan baik dengan allah, dan juga hubungan dengan manusia

  • Perkongsian yang baik..Terima Kasih..saya dan keluarga juga sedang cuba mengamalkan hidup yg sihat berdasarkan background keluarga masing2 yg agak menakutkan jg ..pilihan kami supplemen Shaklee selain makanan sunnah yg lain..kami juga ingin mengajak dan membantu org ramai hidup secara sihat dan mengamalkan supplemen utk menampung nutrisi yg kurang dlm bdn akibat faktor2 tertentu..Kalau set basic kesihatan x sampai RM200 ringgit utk kegunaan 4 bln seorang..alhamdulillah..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >