[Kemaskini 30 April 2024] Banyak orang baru yang nak beli emas, tapi bimbang nak simpan di mana. Kalau simpan duit dalam Akaun Pelaburan Emas di bank, tak perlu pegang emas dan selamat dari risiko kecurian.
Jadi adakah lebih baik melabur dalam Gold Investment Account (GIA) di bank berbanding beli emas fizikal?
Ini antara persoalan orang baru berjinak dengan emas tanya saya.
Kalau tanya saya dan mereka yang pakar tentang emas (dan logam berharga), majoriti mereka syorkan beli emas fizikal samada berbentuk gold bar atau syiling emas (termasuk dinar).
Beli emas dapat emas. Emas itu ada di tangan kita, dan kita simpan sendiri.
Sedangkan kebanyakkan Akaun Pelaburan Emas ataupun Emas Digital, beli emas tapi cuma dapat nombor dan kertas sahaja.
Pada saya, kalau beli emas macam tu, lebih baik labur dalam saham atau simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Beli emas dengan cara begitu, kita tak dapat ‘kuasa’ sebenar yang ada pada emas - yang membuatkan penyimpannya bertambah kaya.
Cara Simpan Emas Dengan Selamat
Untuk pastikan emas itu selamat dari risiko kehilangan atau dicuri, ikut sahaja panduan yang saya cadangkan dalam artikel “Cara Simpan Emas Dengan Selamat”.
Bagi penyimpan emas Public Gold, kalau tak tahu di mana nak simpan, boleh sahaja simpan dengan Public Gold secara percuma melalui Akaun Emas yang dinamakan “Gold Accumulation Program (GAP)“;
- Boleh beli dan simpan emas secara percuma sekecil item 1 gram.
- Boleh beli dan jual semula secara online kepada Public Gold.
- Kalau nak dapatkan emas fizikal dan simpan sendiri, bayar sahaja caj premium dan GIT (gold-in-transit), tak sampai seminggu emas itu nanti sudah ada di tangan anda, insyaAllah.
Kelebihan Emas Fizikal
Ada tujuh (7) sebab kenapa saya dan pakar pelaburan emas cadangkan simpan emas fizikal berbanding Gold Investment Account (GIA) atau Emas Digital (beli emas tak dapat emas);
- Peluang ‘rolling’ duit untuk bisnes (juga pelaburan lain, atau keperluan mendesak);
- Peluang jana keuntungan bila harga jatuh
- Jumlah simpanan emas cepat bertambah
- Urusan dan waktu jual beli lebih fleksible
- Selamat dari risiko dibekukan oleh bank
- Selamat dari risiko bencana kewangan
- Simpanan emas patuh syariah
#1 - Peluang ‘Rolling’ Duit Untuk Bisnes
Ada emas, maksudnya ada duit.
Bila ada emas di tangan sendiri, duit kita tak beku macam pelaburan lain.
Kita boleh pajak sahaja emas itu untuk dapatkan PINJAMAN SEGERA daripada ar-rahnu pada bila-bila masa kita perlukan duit tunai. Tak perlu tunjuk slip gaji pun, cuma serahkan emas itu sahaja sebagai cagaran.
Boleh baca artikel “Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu” untuk faham secara terperinci cara dapatkan pinjaman bercagarkan emas di ar-rahnu.
Walaupun ia digadai, emas itu tetap milik kita. Kalau harga emas naik, kita boleh nikmati kenaikan harga itu walaupun emas tu masih di dalam simpanan ar-rahnu.
Bagi yang berniaga sendiri, dia boleh manfaatkan pinjaman tu untuk pusing modal bisnes. Bila dapat ‘projek’ yang menguntungkan, pajak sahaja emas itu untuk dapatkan pinjaman.
Lepas selesai urusniaga, tebus balik emas itu secepat mungkin supaya jimat dari membayar caj pinjaman ar-rahnu berlebihan - yang dikira secara bulanan. Hasil keuntungan bisnes itu boleh cover untuk bayar kos pinjaman sekitar 1.15% sebulan.
Sebenarnya bukan sekadar rolling bisnes, duit pinjaman itu juga boleh di gunakan sebagai wang deposit membeli hartanah yang boleh dapat cashback, ataupun apa sahaja keperluan mendesak yang kita mampu bayar balik dalam masa 6 - 12 bulan.
Kelebihan ini memang tak ada pada GIA ataupun emas digital.
#2 - Peluang Jana Keuntungan Ketika Harga Jatuh
Harga emas tak sentiasa naik. Ada ketikanya ia jatuh dan waktu kejatuhan itu ambil masa sampai beberapa tahun.
Bagi yang melabur dalam GIA atau Emas Digital, dia tak boleh buat apa-apa melainkan hanya melopong dan gigit jari sahaja. Yang dia ada cuma nombor dan kertas sahaja.
Berbeza yang ada emas di tangan.
Dia boleh pajak emas di tangan untuk beli lagi stok emas ketika harga rendah. Lagi banyak harga emas itu jatuh, peluang dia mendapat keuntungan adalah lebih tinggi.
Walaupun begitu, ia tetap ada risiko. Jangan suka-suka gunakan teknik ini, melainkan anda sudah faham 5 tip penting yang saya tulis dalam artikel “5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat”.
Bagi penyimpan emas Public Gold, anda boleh ambil peluang beli secara EPP (Easy Payment Purchase). Kaedah ini ibaratnya beli emas pada masa depan dengan harga hari ini!
Ketika habis bayar dalam masa 6 - 10 bulan akan datang (dan dapat emas di tangan), boleh jadi harga emas sudah pun naik dan menguntungkan (kalau dijual)!
#3 - Jumlah Simpanan Cepat Bertambah
Emas adalah magnet kekayaan. Tuhan jadikan emas itu sangat cantik pada pandangan manusia. Bila pegang emas itu, auranya terasa lain macam. Lagi besar kepingan emas itu, lagi kuat auranya.
Kita akan mula ketagih untuk belinya lagi dan lagi. Sampai habis duit simpanan digunakan untuk beli emas!
Itulah feedback yang selalu saya terima daripada majoriti penyimpan emas. Mereka beli emas sampai kering duit simpanan.
Walaupun begitu, mereka tak bimbang sebab bila ada emas (di tangan), maksudnya mereka ada duit. Cuma duit itu dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya dan duit itu kalis bocor!
Manfaat terbesar mereka yang menyimpan emas bukanlah sangat tentang berapa peratus mereka dapat keuntungan, tetapi yang lebih penting duit simpanan mereka tak bocor.
Dengan menyimpan emas, mereka berjaya selesaikan salah satu masalah terbesar kewangan mereka, iaitu “sudah bekerja bertahun-tahun tapi duit simpanan 3 bulan gaji pun belum ada”!
Manfaat begini tidak akan dirasai oleh pelabur emas GIA atau emas digital.
#4 - Urusan dan Waktu Jual Beli Lebih Fleksible
Bagi Akaun Emas GIA atau Emas Digital, kita hanya boleh jual di platform di mana kita beli, dan pada waktu atau tempat yang ditetapkan sahaja.
Waktu pembayaran untuk dapatkan duit tunai (bila jual emas) juga tertakluk kepada terma dan syarat platform tersebut.
Ia berbeza dengan emas fizikal.
Bila emas ada di tangan, kita boleh jual kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja seluruh dunia.
Tidak ada istilah hari cuti atau waktu pejabat.
Kalau terdesak nak pakai duit pada waktu malam atau hujung minggu, kita boleh jual kepada mana-mana pembeli individu.
Saya selalu sarankan kepada penyimpan emas supaya jangan simpan emas seorang diri. Ceritakan manfaat simpanan emas kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat. Kalau anda ada “komuniti penyimpan emas” sendiri, lebih mudah untuk anda berjual-beli sesama sendiri.
Ahli keluarga saya selalunya akan jual emas kepada saya kalau mereka terdesak nak pakai duit. Urusannya akan jauh lebih mudah.
Supaya urusan anda jadi mudah, pastikan simpan emas yang item dan jenamanya diterima meluas para penyimpan emas.
Kalau di Malaysia, saya boleh katakan emas fizikal yang paling diterima meluas ialah emas jenama Public Gold. Berdasarkan permerhatian saya pada tahun 2022, lebih kurang 70% penyimpan emas di Malaysia lebih gemar jenama Public Gold berbanding yang lain.
Selain ia adalah jenama emas yang paling diterima meluas oleh penyimpan emas individu dan institusi ar-rahnu di Malaysia, anda juga boleh booking harga 24 jam sehari samada nak beli atau nak jual balik.
Bila nak jual balik, boleh jual di mana-mana branch Public Gold (tapi tertakluk waktu pejabat). Atau jual kepada dealer Public Gold aktif yang terdekat, 24 jam sehari dan boleh dapat duit on-the-spot. Tak perlu tunggu office Public Gold buka baru boleh jual.
Cuma kena hati-hati. Hampir setiap bulan ada sahaja berita orang kena tipu dengan penjual emas individu! Itulah pentingnya kena ada “komuniti penyimpan emas” sendiri.
#5 - Selamat Dari Dibekukan oleh Pihak Bank
Akaun Emas GIA atau Emas Digital, ia bukan di bawah kawalan kita. Ia kawalan pemilik platform yang selalunya adalah pihak bank atau institusi kewangan.
Bagi mereka yang muflis atau terpalit dengan rekod buruk dengan mana-mana institusi kewangan, akaun emas itu boleh dibekukan pada bila-bila masa. Walaupun emas tersebut memang milik kita, tapi ia bukan dalam kawalan kita!
Dan ini juga pernah terjadi kepada saya di mana akaun-akaun bank saya dibekukan (dan ada yang ditutup), bahkan Akaun Emas GAP Public Gold saya juga turut dibekukan selama lebih 2 tahun kerana saya dituduh menyalurkan dana kepada pengganas (dan dipenjarakan), walhal itu cuma sedekah bernilai RM200 kepada kenalan lama saya yang sedang dalam kesusahan!
Walaupun saya yakin saya tak bersalah, tetapi duit saya dalam akaun bank habis dibekukan dan Akaun Emas GAP saya juga tak dapat dikeluarkan!
Yang menyelamatkan isteri dan anak-anak saya untuk teruskan kehidupan ketika itu hanyalah simpanan emas fizikal yang kami simpan sendiri dalam safe deposit box. Yang lain, habis kesemuanya!
Jadi berdasarkan pengalaman ini, saya belajar sesuatu yang mahal; emas yang terbaik ialah emas yang berada di tangan kita sendiri - 100% di bawah kawalan kita sendiri.
#6 - Selamat Dari Bencana Kewangan
Di dunia ini, tidak ada jaminan yang terjamin.
Kita boleh bankrup, dan bank juga boleh bankrup!
Kalau anda fikir simpanan di bank adalah terjamin, anda silap. Hampir setiap tahun, bacalah berita apa yang terjadi di banyak negara di dunia.
Bila terjadinya krisis kewangan atau ekonomi sesebuah negara, duit di dalam akaun bank pun tak boleh dikeluarkan ataupun dicatu pengeluarannya. Begitulah juga dengan Akaun Pelaburan Emas ataupun Emas Digital.
Anda boleh baca apa yang terjadi kepada bank di Greece pada tahun 2015 dalam artikel saya “Cara Manfaatkan Duit Bank Untuk Kaya”.
Mungkin ada yang tanya, bukankah simpanan kita di bank dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?
Jawapannya, BETUL, tapi ia hanya untuk duit simpanan saja. Akaun Emas di bank tidak dilindungi oleh PIDM!
Bahkan kalau berlaku krisis, syarikat insuran juga boleh bankrup dan ‘bungkus’!
#7 - Simpanan Emas Patuh Syariah
Beli emas mesti dapat emas. Kalau beli emas tak dapat emas, sah-sah ada masalah dari sudut syariah.
Tapi ada juga akaun emas yang disahkan patuh syariah, tapi kalau nak keluarkan emas fizikal, kos yang terpaksa dikeluarkan oleh pembeli akan jadi sangat mahal dan prosesnya juga merumitkan.
Jadi walaupun akaun emas begitu disahkan patuh syariah, kita tetap tak dapat manfaat sebenar sebagaimana simpanan emas fizikal.
Kalau nak beli emas melalui “akaun emas”, kena pertimbangkan “5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan” terlebih dahulu.
Allahu a'lam.
sy ada 2 cincin emas yg disimpan dirumah.nak simpan kt bank mcm x berbaloi..
apa yg uniknya cara sy menyimpan cincin tersebut didalam bekas toolbox yg diletakkan diluar store rumah berisi paku2,skru, dan wayar terpotong.bila dah lama simpan nampak comot..x perasan ada cincin emas kt situ..dulu nenek sy menyimpan gelang emasnya didlm tempayan diluar rumah tempat orang basuh kaki dekat perigi..sekali pergi ambik berat penuh satu tupperware nasi.
MasyaAllah… Cara simpanan macam tu memang out of the box! 🙂
Menarik tips tu… 🙂
salam en zulkifli. sy student uitm s.alam. semester ni kami ade tugasan berkaitan peranan arrahnu dlm pelaburan emas. setelah sy review blog en.zulkifli, sy rasa myb en.zulkifli boleh bantu sy dlm menyiapkn tugasan ni. sy ada beberapa soalan nk bertanyakan encik berkaitan arrahnu dan pelaburan emas. sekiranya encik zulkifli boleh membantu, please do not hasitate to notify at kaee_ikatak@yahoo.com.
sy btl2 berharap en.zulkifli dpt membantu..
Wslm Cik Shafika.
InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. Boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call) atau email soalan ke ibnushafie@gmail.com.
Wslm.
Assalamu’alaikum.
Mane lebih bagus antara AGSS dgn KFH gold account?
Wslm En. Ammar,
AGSS tu servis simpan emas oleh Public Gold. Caj bayaran 1% setahun. KFH gold account free simpanan. Cuma kalau nak keluarkan emas fizikal, emas Public Gold yang simpan d AGSS tu lebih bagus.
Terima kasih en Zul atas perkongsian ilmu, setakat ini saya lebih suka menyimpan emas fizikal, tak banyak pun tapi adalah sikit-sikit terutamanya untuk kegunaan anak-anak dengan duit raya mereka kami tukarkan kepada dinar. Setakat ini kami simpan dinar emas Kelantan dan ada juga sedikit dinar publig gold. InsyaAllah rasa macam nak tambah juga lagi sikit-sikit 😉 ikut keperluan semasa
Alhamdulillah En. Lukeman. Bagus tu. 🙂
Aslmkum. Tuan, nk tanya skit, kalo kita simpan emas tu sendiri di rumah bukan di bank atau mana2..adakah emas tu kita perlu bayar zakat? Saya baru berjinak2 utk tahu pasal pelaburan emas ni. Harap dapat bantu. T.kasih
Wslm En. Lokman,
Kena bayar zakat tak kira simpan sendiri di rumah atau simpan di safe deposit box. Cukup 85 gram di simpan tempoh 1 tahun, kena zakat 2.5%.
Assalamualaikum En.Zul
Kalau saya ada dinar emas dalam 100 gram tapi 50 gram lagi saya dah pajak kat Ar-Rahnu adakah saya kena bayar zakat?
Wslm Pn. Fudhlana,
Ada 2 pendapat. Asasnya, ia tak dikenakan zakat sebab ia tak sempurna milik. Tapi ada pendapat ia tetap kena zakat kalau pajakan tu bukan atas dasar keperluan mendesak i.e. pajak untuk manipulasi.
Wallahu a’lam.
Salam, nak bertanya, adakah encik Zul menjual mad dinar??
Wslm Pn. Atiqah,
Saya dealer emas Public Gold yang aktif. Public Gold ada jual emas dinar. Kalau puan nak beli, boleh contact saya 019-336 8009 (saya prefer wassap). InsyaAllah saya boleh bantu.
assalamualaikum encik zul. saya baru nk berjinak2 dngn emas nie. .soalan saya? .dari mana kita nk tahu harga turun naik emas ?
Wslm En. Omar,
Bila harga emas akan naik atau turun tak siapa tahu. Tapi kalau nak tengok harga emas naik atau turun, boleh cek di website http://www.publicgold.com.my . Kalau nak tengok harga emas dunia, boleh cek di http://www.kitco.com.
Salam Encik Zul,
Sy nak tnya adekah GAP by Public Gold patuh syariah? Sy ade terbaca pendapat yg mengatakan patuh syariah kalau kte berurusan menggunakan gram. Mohon pendapat.
Wslm Pn. Siti,
Kalau beli by gram memang patuh syariah. Kalau beli mengikut gandaan RM50 tu tak patuh syariah.
assalamualaikum,,,, sy ada sedikit pertanyaan bolehkah pelaburan emas mengalami kerugian
Wslm.
Boleh Pn. Fahda. Saya ada terangkan kerugian tu dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/12/risiko-sebenar-pelaburan-emas-fizikal.html .
Salam en zulkifli. Sy baru bace artikel menarik ni. Tq for the advice!!! Very helpfull. Sy nk beli emas fizikal secara kobsisten every mnth 1gm. Tu je yg affordable hehe. So kt mane sy blh beli emas 1gm every month?
Terima kasih sgt2…
Wslm Pn. Zuraida,
Alhamdulillah.
Kalau nak beli 1 gram sebulan, saya syorkan puan beli melalui kaedah GAP. Ikut jer panduan dalam artikel di link nazmin909@gmail.com .
Salam en zul,
saya plan nk beli emas tp masih confius lg….samada kfh atau public gold….
Boleh bg tunjuk ajar:-)
Wslm En. Amru,
Saya syorkan beli emas Public Gold. Saya ada buat perbandingan emas Public Gold dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html . Mudah-mudahan bermanfaat, insyaALlah.
Kalau kita beli emas fizikal….kita x ambil…tapi kita simpan kat bank contohnya ..apa keuntungan yg kita dapat..
Tak ada apa-apa keuntungan. Secara asasnya, beli harga rendah, jual harga tinggi. Keuntungan lain, boleh baca di http://www.mohdzulkifli.com/2015/01/keistimewaan-emas-sebagai-simpanan.html .
Salam en.zul,
Kalo beli emas dgan public gold, berapa min gram boleh beli?
Wslm puan,
Item paling kecil yang Public Gold ada; gold bar 1 gram.
salam en.zul.
saya nak tanya..yang mana paling untung,beli gold bar ker atau barang kemas.buat pengetahuan en.zul,saya ada beli gold bar brand GCP..tp kebanyakan ar-rahnu tak ambil untuk di pajak..bole beri pandangan.
Terima Kasih.
assalamualaikum..saya baru berjinak dalam jual beli emas terutamanya publicgold GAP..jadi soalan saya kepada tuan , harga latest yg di paparkan di laman web publicgold bahagian GAP itu untuk harga apa ya? harga jual or beli? contoh saya sekarang sudah ada 2 gram emas GAP, macam mana saya nak tahu harga latest untuk 2 gram emas saya(saya berniat nak jual balik)? terima kasih..
Assalam, tuan kalau nk beli emas KFH, kena bukak akaun bank KFH ke?
Wslm. Saya tak pasti En. Zack. Syarat-syarat tu memang ada di website KFH.
Assalam, en.zul.
seperti artikel diatas en zul mengatakan xboleh emas untuk dipajak kerana dorang akan bukak seal tuh. So mcm mane kalau sy nak buat cara manipulasi ar-Rahnu dgn emas tu?
Wslm En. Syafiq,
Kena pajak di ar-rahnu terima pajakan tanpa perlu buka seal. Contohnya, ar-rahnu Pos terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.
1. kalau di ar-rahnu bank rakyat terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal ke?
2. Bagaimana kalau sy menggunakan emas kijang BNM adakah ar-rahnu pos atau bank rakyat terima tanpa perlu buka seal?
Salam En. Syafiq,
1. Saya dapat tahu hanya sesetengah cawangan Ar-Rahnu Bank Rakyat yang tak perlu buka seal.
2. Kijang Emas memang tak berseal.
ASSALAMMULAIKUM…..SAYA NAK TANYA, MACAM MANA DENGAN PELABURAN EMAS YANG SAYA BUAT KAT MAYBANK??? APAKAH ITU TAK BAGUS? ATAU PERLU SAYA BELI YANG FIZIKAL??
Wslm Pn. Nur Syahfina,
Kalau saya, saya keluarkan semua. Cari pelaburan emas yang patuh syariah.
Salam… sy penyimpan emas kfh.. masalahnya.. dh bertahun2.. hrga emas asyik merugikan sy.. emas naik pun, yp xdpt cover hrga ketika beli. Perlukah sy kuar je dr acc tersebut atau sabar menunggu lg yg ntah bila nk naik spt yg sy harap?
Wslm Cik Puan Fatin,
Saya syorkan ambil masa belajar ilmu-ilmu pelaburan emas. Orang yang ada ilmu, dia tahu apa yang dia buat. Harga naik dia happy, harga turun juga dia happy. Tapi kalau tak ada ilmu, harga turun susah hati, harga naik pun susah hati juga nanti.
Wallahu a’lam.
salam..saya nak tanya apa kelebihan public gold?dan apa pula beza emas dari public gold dan powergold?
terima kasih
Wslm Pn. Yu,
Kelebihan Public Gold, puan boleh baca di http://www.bit.ly/kelebihanemaspg .
Sharing yang bagus to blog owner. Saya belum pernah try Public Gold tapi nampak menarik berdasarkan self survey beberapa tahun lepas & recently nampak ads di POST OFFICE yang Pejabat Pos Malaysia ada menguruskan jual beli Public Gold ni. Seems safe..
Bytheway, Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang. Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust di mana anda dapatkan gandakan cash atau wang KWSP anda min 9%-15% per year, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
.
” Why not try, let’s say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! “
Salam Tuan… GAP dan GIA seakan sama, apa beza nya yg sebenar Tuan?
Wslm En. Syuhaizam.
GIA tak ada emas fizikal. Beli emas tapi cuma dapat kertas je.
Salam Tuan,
Saya keliru.. di sarankan beli emas dapat emas. Tapi, GAP ni menarik untuk golongan macam saya dan saya keliru sbb GAP ni seperti beli Online dan fizikal emas tiada pada masa beli tu. Kita akan beli dan beli sehingga kita mahu keluarkan emas fizikal. Persoalannya, adakah di jamin fizikal emas itu sentiasa ada bila kita mahu mengambilnya.
Minta pencerahan.
Wassalam,
Wslm En. Sayed Alwi,
GAP hanya untuk mereka yang tak nak simpan emas tu sendiri dan nak simpan dengan Public Gold. Ia hanyalah OPTIONAL bagi siapa nakkan servis tu. Kalau En. Sayed Alwi prefer simpan sendiri, beli emas GAP tapi terus keluarkan emas tu, atau beli terus kaedah non-GAP.
Assalamualaikum tuan,
Bank Muamalat ada tawarkan produk Simpanan Emas secara fizikal dan Akaun Emas. Koperasi DinarDirham pula tawarkan duit digital yang bersandarkan harga emas. Mohon pandangan dari tuan tentang produk berkaitan emas tersebut.
Terima kasih.
Wslm En. Taufik,
Saya tak berapa tahu secara detail tentang produk Bank Muamalat. En. Taufik boleh dapatkan pengalaman sendiri. Saya prefer emas Public Gold sebab setakat, ia paling mudah beli dan paling mudah jual balik.
Pasal Koperasi Dinar Dirham, setahu saya ia dah disenarai-hitam oleh Bank Negara (BNM) dan telahpun diserbu oleh pihak berkuasa dalam sebulan lepas.
Wallahu a´lam.
salam tuan saya dah selesai baca buku tuan yg bertajuk wang emas… nak tanya klu dah ada akaun GIA di maybank mau buat apa ya… biarkan saja ka atau lebih baik dikeluarkan utk beli emas fizikal?
Wslm Pn. Marianna,
Saya prefer keluarkan semua dan beli emas fizikal.
as salam tuan..sy ada beli emas tp simpan di bank..kalau sy nk keluarkan,kena keluarkan dlm bentuk emas fizikal atau wang tunai?terima kasih
Wslm Pn. Azhani.
Itu bergantung kepada bank. Ada bank memang tak boleh keluarkan emas fizikal.
assalammualaikum en zulkifli
dulu saya ada beberapa keping dinar emas public gold. kini semuanya hilang kerana rumah dimasuki pencuri. sejak dari itu saya rasa tak selamat simpan emas fisikal dan tukar ke akaun pelaburan emas. bagi saya emas fisikal sangatlah berisiko.
[…] Akaun Pelaburan Emas atau Emas Fizikal? […]