Harga emas turun hampir 10% dalam masa 2, 3 hari ni. 1 Dinar sekarang sekitar RM760 (RM179 segram). Harga tertinggi pernah cecah sebelum ni ialah RM833 (RM196 segram).
Siapa yang beli emas tanpa ilmu, dia akan panik. Menyesal beli pada harga tinggi sebelum ini. Dia fikir, kejatuhan emas sama macam kejatuhan saham. Bila harga jatuh, maka dia pun rugi.
Berbeza dengan mereka yang ada ilmu. Bila harga emas jatuh, dia mesti tersenyum lebar... Inilah waktu dia bershopping sakan tambahkan lagi simpanan emas, dan inilah peluang menambah keuntungan!
Bila harga emas jatuh 10%, ini bermaksud kita berpeluang beli barang mahal (emas) pada harga murah. Macam dapat beli Durian Musang King pada harga diskaun 10%! Mestilah kita happy.
Ini peluang dapat keuntungan 10% dengan mudah! InsyaAllah...
Persoalannya, bila harga jatuh, adakah penyimpan emas benar-benar rugi?
Sebenar "tidak". Kejatuhan harga emas tak sama dengan kejatuhan pasaran saham.
Emas Tak Sama Macam Saham
Saham adalah aset kertas. Kalau saham jatuh, yang kita ada hanyalah nombor dan kertas sahaja - yang tak boleh dibuat apa-apa. Tak ada apa yang kita boleh buat melainkan tunggu harga naik semula.
Berbeza dengan emas.
Emas adalah aset fizikal.
Kalau kita simpan 100 gram emas, 100 gram itu masih kekal di dalam simpanan kita. Ia tak berkurangan walaupun 1 gram. Harga hanyalah persoalan masa sahaja.
Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik - disebabkan faktor inflasi dan penurunan nilai duit kertas.
Kalau harga karipap Makcik Bedah pun kita tahu confirm akan naik, apatah lagi aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah.
Jangka Panjang Confirm Naik
Tak perlu buat analisis harga pun, kita sudah tahu ia confirm akan naik dalam jangka panjang. Harga hanyalah persoalan masa sahaja.
Persoalan yang lebih penting, berapa banyak gram emas yang sudah ada dalam simpanan kita?
Kalau harga emas naik mencanak-canak sekalipun, tapi kalau kita hanya ada 1 gram emas sahaja (walaupun setelah 10 tahun), tak kaya-kaya juga.
Daripada sibuk tentang harga, adalah lebih baik kita sibuk macam mana nak tambah simpanan emas kita.
Bila harga emas jatuh, inilah peluang keemasan untuk tambahkan lagi simpanan emas kita. Kita berpeluang beli barang mahal pada harga yang murah!
Itulah sebab kenapa penyimpan emas (berilmu) sangat gembira bila harga emas turun.
Harga Jatuh, Bukan Rugi Tapi Rezeki
Kedua ialah, emas itu ada di tangan kita. Bukan berada di tangan bank ataupun mana-mana institusi kewangan yang lain sebagaimana saham atau pelaburan yang lain.
Kalau pelaburan lain, duit itu bukan di tangan kita.
Orang lain yang rolling duit kita untuk dapatkan keuntungan. Sebahagian kecil keuntungan, barulah mereka agihkan kepada kita.
Tapi berbeza dengan emas.
Walaupun dikatakan "pelaburan emas", tapi hakikatnya ialah adalah "simpanan emas".
Kita beli dan simpan emas sendiri.
Emas itu ada di tangan kita, dan 100% di bawah kawalan kita. Bahkah tidak ada siapa pun yang tahu berapa banyak simpanan emas yang kita ada; samada pihak bank, kerajaan, mahupun penjual emas pun tidak tahu.
Dapat Keuntungan Tanpa Jual Emas
Bila emas ada di tangan, kita masih boleh rolling emas itu untuk perkara lain yang menguntungkan, sementara menunggu kenaikan harga emas;
- Kalau dia seorang peniaga atau ejen syarikat emas, boleh teruskan aktiviti jual beli secara aktif menggunakan stok emas yang masih ada di tangan. Bila harga rendah, lagi banyak orang akan beli emas.
- Kalau dia seorang peniaga (bukan peniaga emas), dia boleh pajak dan dapatkan modal untuk rolling bisnes dia.
- Kalau dia seorang pelabur hartanah, bila perlukan modal untuk beli rumah di bawah harga pasaran contohnya, dia boleh pajak dan jadikan duit pinjaman ar-rahnu sebagai deposit atau advance. Nanti bila dapat cashback, dia boleh tebus balik emas tersebut.
- Kalau siapa yang ada hal kecemasan dan perlukan tunai segera, dia boleh dapatkan pinjaman bercagarkan emas untuk keperluan dia. Asalkan dia mampu tebus balik emas itu dalam masa 6 - 12 bulan, pada saya tak ada masalah untuk pajak emas bagi keperluan mendesak.
Itulah antara kelebihan emas fizikal. Walaupun harga emas jatuh, kita masih boleh rolling emas itu untuk pelbagai keperluan dan kegunaan. Tanpa perlu jual emas tersebut.
Jadi bila harga emas jatuh, bukankah ianya rezeki untuk tambah lagi simpanan emas?!
Macam mana caranya?
Harga Jatuh, Apa Nak Buat?
Bila harga jatuh, ada 3 strategi yang boleh buat untuk jana keuntungan iaitu:
#1 - Borong emas pada harga rendah, guna duit lebihan
Lagi rendah harga emas (berbanding harga yang anda beli sebelum ini), lebih besarlah peluang untuk menikmati keuntungan.
Penyimpan Emas Tegar
Bagi PENYIMPAN EMAS TEGAR, inilah peluang yang ditunggu-tunggu - untuk tambah lagi kepingan emas lebih banyak pada harga murah.
Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!
Kalau ada duit yang tak digunakan untuk jangka masa terdekat, inilah masanya kita tukar duit itu kepada emas tanpa teragak-agak.
Kalau anda adalah CUSTOMER PUBLIC GOLD, anda boleh ambil peluang beli emas secara EPP (Easy Payment Purchase). Buat bayaran secara bulanan. Kaedah EPP itu ibaratnya beli emas masa depan pada harga hari ini.
Anda lock harga hari ini, tapi anda bayar secara bulanan sehingga 6 bulan atau 10 bulan akan datang. Ketika habis bayaran, kemungkinan besar harga sudah naik dan sudah untung kalau anda nak jual balik!
Pelabur Emas
Bagi PELABUR EMAS yang nak ambil keuntungan atas kenaikan harga, inilah peluang untuk merendahkan kos per gram yang anda miliki, khususnya kalau pernah terbeli pada harga mahal.
Contohnya, kos belian pertama sebelum ini ialah RM200/gram. Kalau anda buat belian kedua pada harga RM150/gram, maka kos sebenar emas yang anda miliki ialah RM175. Bila harga naik ke paras normal RM200/gram, anda sudah ada keuntungan sebanyak RM25/gram!
Penjual Emas
Bagi PENJUAL EMAS, ini masanya untuk tambah stok banyak-banyak.
Pilih item yang paling banyak permintaan supaya mudah anda jual kepada pembeli emas nanti.
Bila harga naik sikit pun, anda dah boleh jual terus kepada customer. Anda untung (1) komisyen belian daripada syarikat, dan (2) kenaikan harga emas yang anda jual terus kepada customer TANPA SPREAD!
#2 - Tingkatkan promosi membeli emas harga rendah
Strategi ni untuk pelabur yang jadi DEALER EMAS SAHAJA.
Bila harga emas rendah, beritahu pada kawan-kawan untuk ambil peluang beli emas pada harga rendah. Jangan berdiam diri.
War-warkan melalui Facebook, wassap atau apa sahaja media sosial yang anda ada. Orang sangat hargai usaha anda sampaikan berita baik ini.
Disamping bantu kawan-kawan, anda dapat komisyen atas jualan emas.
Pengalaman saya, bila harga emas jatuh mendadak, ramai orang ambil peluang borong emas banyak-banyak. Maka komisyen sebagai dealer juga akan melambung tinggi, alhamdulillah.
Ini adalah peluang besar jana keuntungan ketika harga rendah TANPA MODAL!
#3 - Pajak emas sedia ada dan beli lagi emas dengan duit pajakan
Bagi yang nak beli emas tapi tak ada modal, anda boleh pajak emas sedia ada di ar-rahnu, dan beli lagi emas dengan duit pinjaman ar-rahnu itu.
Untuk strategi yang lebih selamat, simpan sebahagian duit pinjaman ar-rahnu itu untuk bayar "upah simpan" (caj pajakan) 6 bulan akan datang.
Kalau harga emas tak naik balik dalam masa 6 bulan, guna duit tu untuk bayar upah simpan dan sambung lagi pajakkan sampai harga emas naik balik ke puncak tertinggi sebelum kejatuhan.
Bila harga naik ke paras normal, jangan tunggu lama-lama. Terus jual emas yang beli dengan duit ar-rahnu tu, dan tebus balik emas yang anda pajak tu.
Hati-hati Sebelum Pajak
Tapi strategi ini ada risikonya. Sebelum gunakan strategi ini, pastikan baca dan faham penjelasan saya dalam artikel "5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat". Ringkasnya;
Kos pajak ialah 1.15% sebulan, atau 13.85% setahun. Ini berdasarkan upah simpan RM0.75 setiap nilai marhun RM100, dan margin of financing 65%. Kalau pajak emas RM10,000, dapat duit cash RM6,500.
Antara Ar-Rahnu yang berikan pinjaman yang tinggi ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat. Kos pajakkan termurah, dan harga emasnya tinggi berbanding ar-rahnu lain.
Sepanjang tempoh pajakan, kita tak perlu bayar apa-apa. Yang penting, bila nak habis tempoh, kita kena bayar duit pinjaman + upah simpan.
Kalau harga emas tak naik lepas tempoh 6 bulan, jangan tebus lagi. Tapi, sambung jer pajak sampai harga emas naik balik dan dapat untung. Kalau nak sambung pajak, tak payah bayar duit pinjaman. Just bayar upah simpan 6 bulan dan perbaharui surat pajak.
Kita Simpan Kertas, Amerika Simpan Emas
Satu perkara penting yang kita perlu faham, emas pada hakikatnya adalah duit. Ada emas maksudnya ada duit.
Duit sebenar dalam sejarah manusia ialah emas (dan perak). Ia adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia.
Ringkasnya; sebelum 1971, setiap duit kertas yang nak dicetak akan disandarkan kepada emas dan perak. Duit kertas hanyalah VOUCHER mewakili emas dan perak.
Tapi sejak 1971, Amerika putuskan hubungan antara emas dan duit kertas yang menyebabkan duit kertas yang kita gunakan hari ini ialah duit yang tiada nilai sebenar.
Walaupun kita tak menggunakan duit Dollar Amerika (US Dollar), tapi hakikatnya duit yang digunakan oleh negara-negara dunia hari ini adalah terbitan US Dollar, dan bersandarkan kepada US Dollar.
Sheikh Imran Husein sebut, ia duit yang dicipta “out of nothing” dan sentiasa dimanipulasi oleh Amerika. Bahkan pakar logam berharga bernama Mike Meloney mengatakan, sistem duit kertas itu adalah penipuan terbesar dalam sejarah manusia!
Emas Adalah Duit Sebenar
Setelah berpuluh tahun kita gunakan duit kertas (yang dahulunya hanyalah VOUCHER), sekarang dunia lupa tentang emas sebagai duit yang sebenar.
Negara-negara dunia simpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara sedangkan Amerika adalah penyimpan emas terbesar dunia!
Nampak tak siapa yang lebih cerdik?
Duit kertas yang kita gunakan hari ini nilainya terletak pada jaminan dan kestabilan sesebuah kerajaan. Sedangkan emas dan perak nilainya terletak pada BERAT dan KETULENANnya sendiri. Ia tak boleh dimanipulasi.
Kalau apa-apa berlaku kepada dunia, pemilik emas lah yang paling selamat. Itulah hakikat emas yang sebenar.
Masa Depan Emas
Siapa faham tentang sejarah emas dan matawang dunia, dia tahu harga emas akan pergi jauh lagi dalam jangka panjang. Harga emas tetap akan naik juga dalam jangka panjang.
Kita dapat lihat, jika berlakunya ketidakstabilan ekonomi dan politik dunia, pelabur akan cepat-cepat tukarkan kekayaan mereka kepada emas dan harga emas akan naik melambung ketika krisis. Emas dianggap sebagai "safe heaven asset". Aset yang unggul untuk mempertahankan kekayaan kita.
Mike Meloney (penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver”) menjangkakan semua petanda yang ada hari ini menunjukkan bakal berlakunya keruntuhan sistem matawang yang menyebabkan duit kertas sama tarafnya dengan tisu tandas!
Kita minta ianya dijauhkan dan tak berlaku di zaman kita masih hidup, insyaAllah.
Allahu a’lam.
Emas jatuh mendadak, masautk beli emas
Rusydi, ini bukan masa BELI emas, tapi ini masa BORONG emas banyak2.. 🙂
Tuan, mintak kebenaran nak share posting ini boleh??
Silakan tuan. 🙂
tuan tanah..mase ni la sy beli jd dealer..hehe
hakim pg012186
Alhamdulillah Hakim… Siapa beli borong masa harga jatuh, memang untung lebih.. Apa2 pun, kalau beli utk long term, sure untung, insyaAllah.. 🙂
mohon untuk share ye tuan tanah.
From,
Mohd Naser
http://naszgoldtrading.blogspot.com
Silakan Naser… Puji-pujian bagi Allah..
salam tuan,
Tuan ada menyatakan jika sesiapa yg mempunyai dinar emas tidak boleh dipajak di Ar Rahn mulai Mei 2011.adakah saya masih boleh pajakkan emas dinar saya di Ar Rahn? kerana saya ingin menggunakan duit yg telah dapat dari hasil pajakan tersebut utk membeli emas baru utk pelaburan.mohon pandangan dan nasihat daripada tuan.sekian,t.kasih.Farid.
Wslm En. Farid,
Betul tu, kebanyakkan Ar-Rahnu tak terima pajakan gold coin & gold bar kecuali Ar-Rahn Kelantan. Cuma kos dia mahal sikit berbanding Ar-Rahnu lain. Cawangan dia ada banyak di luar Kelantan. Kalau di KL, ada di Jalan Raja Laut.
Untuk maklumat lanjut, En. Farid boleh go thru website dia http://www.arrahn.com.my/.
Wallahu a’lam.
harga sekarang usd 1566 adakah sesuai saya buat pinjaman untuk beli emas
Kalau nak buat loan atau pajak, saya lebih yakin tunggu harga USD1530. Wallahu a’lam.
Bagaimana jika beli emas kat CIMB? Adalah sama dengan pelaburan di Ar-Rahnu? Mana lebih baik?
Minta maaf, saya tak sempat kaji tentang pelaburan emas CIMB. Utk Ar-Rahnu, ia adalah salah satu teknik pelaburan emas. Bagi saya, pelaburan emas ni simple jer. Ia macam beli barang kemas jer. Beli dan simpan. Bila nak pakai duit baru jual. Utk permulaan, jangan complicated dgn teknik2 yg rumit. Wallahu a’lam.
Salam tuan zul.
Saya br berjinak dgn teknik arrahnu..saya sudah pajak emas dan wang pinjaman tu juga saya telah membeli emas..target saya skang saya akan tunggu emas naik dan saya akan g tukar surat..jika time saya tukar surat tu harga tinggi tentunya saya akan mendpt untung dan menjd tanda tanya saya..nilai pinjaman juga akan ber+ kan mengikut nilai semasa tukar surat betul x?
Lagi satu,kalo blh ke saya xmo tebus sampai sethn hanya bayar kos upah?sedangkan tempohnya 6bln + 4bln je..xmo tebus in case harga xnaik2..
Mohon bimbingan tuan dari saya budak br belaja..from _imah_
Wslm Pn Imah,
Saya perhati, ramai orang tersepit dgn teknik Ar-Rahnu. Ramai orang tersalah faham duit yang kita dapat hasil overlaps masa harga naik sebagai UNTUNG, sedangkan ia adalah HUTANG! Duit tu perlu kita bayar balik bila nak tebus emas tu nanti. So, saya syorkan, bila harga emas naik, terus jual emas yang dibeli dgn duit pajak tu… Guna untung utk cover upah simpan & simpan lebihannya.
Boleh kalau tak nak tebus bioa habis tempoh, tapi kena langsaikan upah simpan & kena renew (overlaps) pajakan. Kalau harga emas turun lebih rendah dari nilai pajakan lama, puan kena TOP-UP perbezaan harga tu. Saya perhati, ramai org yang guna teknik ni sejak Sept 2011 terperangkap bila harga emas sehingga Ogos 2012 belum naik melepasi harga masa buat pajakan pertama dulu.
Bila tengok trend pihak Ar-Rahnu mengetatkan polisi pajakan sejak Mei 2011 dan mengenakan pelbagai syarat utk menyulitkan teknik manipulasi ni, saya tak syorkan sesiapa guna teknik manipulasi Ar-Rahnu melainkan nak guna duit pajakan utk rolling bisnes.
Wallahu a’lam.
Tima kasih tuan zul..saya amat hargai jawapan tuan..kenyataan dr tuan memberi jawApan tehadap kekeliruan saya..tima kasih..from imah
Sama-sama Pn. Imah. Alhamdulillah…
salam en zul,saya ingin bertanya en zul betul ke bila harga emas dalam keadaan naik ekonomi dunia akan menyusut dan bila harga emas rendah pada waktu itu ekonomi dunia keadaan stabil,mintak pandangan en zul
Wslm En. Amran,
Antara faktor penting mempengaruhi harga emas ialah ekonomi dunia. Bila ekonomi dunia stabil, orang tinggalkan emas. Bila ekonomi dunia tak stabil, bank-bank pusat dan orang ramai akan simpan emas sebab emas benteng terakhir yang dapat selamatkan kekayaan kita dari ketidaktentuan ekonomi.
Wallahu a’lam.
thanks en zul
Alhamdulillah.
salam en zul…saya baru bjinak ngan emas nie…ap kelebihan gold bar if saya just nak simpan je…ap jaminan untk long term pny citer….adakah spread tggi unk produk GB…minta pecerahan
Wslm tuan,
Kalau beli emas untuk tujuan pelaburan, sesuai beli gold bar (emas 999 – gred 1) ataupun dinar (emas 916 – gred 2). Dari sudut spread, dinar lebih rendah daripada gold bar. Kalau bagi pilihan antara gold bar dan dinar Public Gold, saya pilih dinar sebab spread rendah, cepat untung.
Wallahu a’lam.
Kali pertama saya diperkenalkan dengan emas kira kira 3 tahun lepas. Kebetulan saya ada sedikit simpanan. Tanpa berfikir panjang saya beli beberapa ketul jongkong dan simpan sampai sekarang. Kerana taksub nak tambah stok, saya pajakkan jongkong tersebut dan wang yang diperoleh dari Arrahnu saya beli stok baru. Tidak lama selepas tu emas naik mencanak-canak sampaikan 20 gram dah cecah RM4000.00. Saya jadi bertambah seronok simpan emas tetapi fenomena tu sekejap sahaja.
Tahun 2012 dan 2013 menyaksikan kejatuhan harga emas. Bermacam macam spekulasi saya baca tentang jangkaan harga emas akan naik semula tetapi semua tu tak menjadi kenyataan pun. Penjual penjual emas sibuk berkompang suruh tambah stok… kononnya 2013 emas akan naik balik… Saya tak percaya dah..Kalau duit tu dilaburkan dalam ASB pun dapat gak sikit sikit dividennya. Ni dah 3 tahun dapat ZERO je. Kalau jual confirm RUGI. Saya tak rasa harga emas akan melonjak balik.. Semua ni dikawal oleh pihak tertentu yang tak mahu lihat harga emas naik banyak…Saya memikirkan lebih baik jual je balik stok yang ada dan labur dalam pasaran hartanah. Semahal mahal rumah harganya tak akan jatuh tetapi semahal mahal emas perestasinya tak menentu. Dah elok naik menjunam balik.. peh tu naik macam semut. Memang hampeh.
Terima kasih atas perkongsian pengalaman tuan. Satu pengalaman menarik. Dan saya juga mula membeli emas 3 tahun lepas i.e. 2010.
Setiap pelaburan, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan setiap pelabur ada pengalaman masing-masing. Saya pun banyak tersilap dalam pelaburan, antaranya membeli silver & emas pada harga paling tinggi dalam sejarah dunia sebab terlalu excited. Tapi itu pengalaman yang banyak mengajar saya mengurus pelaburan dengan lebih cermat. Memang tak pernah ada pelabur berjaya yang tak pernah rugi sebab rugi tu sebagai daripada proses untuk dapat untung. Apa yang penting, strategi macam mana kita urus pelaburan sesuai dengan keadaan semasa.
Memang tahun 2012 boleh dikatakan harga bergerak side-way. Tapi bagi siapa yang ada ilmu, mereka masih mengaut keuntungan sehingga 18% dengan cara “trading”. Beli harga rendah, jual harga tinggi. Tunggu harga turun balik dan beli lagi, dan jual balik harga tinggi. Kalau guna teknik ni, siapa yang beli pada harga emas paling tinggi September 2011 pun boleh kaut untung.
Bukan emas tu yang membuatkan kita untung, tapi ilmu kita yang membezakannya. Kalau tak nak berhadapan risiko rugi, saya rasa pelaburan terbaik ialah ASB atau Tabung Haji.
Wallahu a’lam.
Betul tu…lebih baik simpan dlm asb…saya pernah melalui perkara yg sama saudara tulis….rugi bnyk…
[…] Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat? […]
[…] Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat? […]
[…] Kenapa kita perlu seronok bila harga jatuh? Bagi orang yang tahu, kejatuhan begini biasanya sekejap jer. Mungkin 3 – 6 bulan jer. Maksudnya, kalau beli pada harga sekarang, mereka boleh buat fast profit sebagaimana teknik yang saya kongsikan dalam artikel “Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat?“. […]
Assalamualaikum cik, sy nie baru berminat dalam melabur emas nie. Apekah langkah² pertame yg perlu sy lakukan.?
Wslm En. Hiddir,
1. Lepas baca ilmu-ilmu asas dalam blog ni, mulakan belian pertama dengan modal kecil samada 1 dinar ataupun gold bar 1 gram. Lepas tu terus tambah ilmu dari semasa ke semasa dan buat belian berikutnya bila lebih faham tentang emas.
2. Untuk pembelian, En. Hiddir boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh guide.
Salam En Zul,
1. Minta pencerahan tentang faktor zakat emas dlm pelaburan emas ni, ie: keperluan membayar zakat jika cukup syarat.
2. Dari sudut pelaburan – jika masa beli dulu pada harga tinggi dan harga terus menerus jatuh sehingga sekarang ~ 2-3 tahun simpanan dan zakat 2.5% dibayar setiap tahun. Jika dijual sekarang bertambahlah kerugian (dari sudut pelaburan). Kalau ada lebihan wang boleh juga tambah emas utk ‘average’kan kos. Jika tak ada terpaksalah tunggu sehingga harga naik balik yg mungkin mengambil masa yg lama. Nasihat tuan?
Wslm En. Seli,
1. Cukup 85 gram disimpan setahun, zakat 2.5% dari harga emas semasa.
2. Bila harga jatuh, itu masa untuk beli lagi. Bayar jer zakat tak ada masalah. Kalau simpan duit (tak beli emas) pun tetap kena bayar zakat juga. Zakat tu membersihkan harta dan menggandakan kekayaan.
Beli emas jangan sekadar “buy low, sell high” tapi jadikan salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Kalau sekadar untuk “buy low sell high”, bagi saya main saham lebih baik. Tapi realitinya, risiko saham lebih besar berbanding emas.
Aslkm en Zul
Saya telah mmbeli emas pd 2011 swaktu harga mndadak tinggi. Dan trader mnjgkakn harga akn trus naik. Saya simpan emas saya dlm arrahnu agrobank shngga kini. Saya tlh pun mmbayar upah simpan dan brtukar surat bbrapa kali. Tp buln ni saya dah tak mahu lg brbuat dmikian sdgkn pndptn saya terhad utk mnyambung byrn upah simpan lagi. Patutkah utk saya mnebus smula emas saya & mnjualnya skrg (walau harga rndh)atau simpan di mana2 bank eg public bank. Saya mmg perlu kluakn simpnn cash saya utk tbus & perlu simpan smula. Mohon bantuan..
Wslm Pn. Yati,
Ar-Rahnu bukan tempat untuk simpanan emas. Ia tempat dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Cajnya mahal, sekitar 14% setahun (atas nilai pinjaman). Lebih baik puan keluarkan emas tu apa cara sekalipun untuk elak kerugian bayar caj ar-rahnu.
En mzulkifli bolah wasap saya D 0178315587
nnt senang saya berhubung dengan anda saya jarang buka internet ni
Salam En. Zolkifli,
Sebarang soalan jual beli emas, boleh terus wassap saya di 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.
Assalamualaikum, saya berhasrat utk melabur dlm emas ada 3 soalan,
1. apa beza dengan powergold dengan public gold
2. brapa % keuntungan dlm setahun (purata) antara kedua2nya.
3. kalau ada dlm 20k apa yg perlu dibuat. terima kasih.
Wslm En. Zulkipli,
1. Untuk semak perbezaan, kena semak 5 kriteria penting. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .
2. Tak tentu. Ia bergantung pergerakan sebenar harga emas. Ada tahun harga emas naik sampai 34%, dan ada tahun harga emas turun 27%. Secara purata dalam 10 tahun ni saya boleh katakan sekitar 10%.
3. Kalau RM20k dengan Public Gold, saya boleh suggest item yang sesuai dengan matlamat En. Zulkipli. Wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide, insyaAllah.
Assalamualaikum.. Encik Zul .. Sye baru berumur 18 tahun tapi mahu terlibat dalam emas nie.. Apakah langkah pertama encik zul .. Terima kasih..
Wslm En. Ahmad Ahadi,
Saya syorkan mulakan dengan simpanan melalui akaun emas GAP. Itu cara paling mudah untuk simpan emas di Malaysia buat masa sekarang. Lepas tu tambah ilmu dari semasa ke semasa. Boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .