Harga Emas Jatuh, Rugi atau Rezeki?

by on December 15, 2011

Post image for Harga Emas Jatuh, Rugi atau Rezeki?

Harga emas jatuh agak banyak dalam masa seminggu ni. Bulan November, harga tertinggi 1 Dinar Public Gold (PG) ialah RM820. Tapi pagi tadi, harga terendah RM715! Penurunan sebanyak 13%! MasyaAllah, banyak tu… Bagi orang baru, pastinya mereka rasa panik. Takut harga dah tak naik-naik dah. Tapi bagi orang yang ada ilmu pasal emas, oh! waktu gandakan keuntungan datang lagi! Mereka ‘bersorak’ dan memborong ramai-ramai.

Kejatuhan Bersifat Sementara

Kenapa kita perlu seronok bila harga jatuh? Bagi orang yang tahu, kejatuhan begini biasanya sekejap jer. Mungkin 3 – 6 bulan jer. Maksudnya, kalau beli pada harga sekarang, mereka boleh buat fast profit sebagaimana teknik yang saya kongsikan dalam artikel “Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat?“.

Sebagaimana yang saya pernah tulis sebelum ni, pada asasnya, harga emas tak sepatutnya jatuh pada masa sekarang. Mana-mana pakar analisis harga emas pun mesti setuju dengan statement ni. Belum ada faktor yang menyokong harga emas untuk jatuh secara kekal. Yang paling banyak ialah faktor yang menyokong harga emas naik jauh lebih tinggi daripada sekarang iaitu krisis hutang negara-negara Eropah, krisis hutang US, penyusutan nilai dolar yang teruk dimana kuasa beli US Dollar telah susut 90% sejak 1971. Saya ulang sekali lagi, US Dollar telah susut sebanyak 90%!

Harga Emas Tak Sepatutnya Turun

jongkong dinar emas public goldBerdasarkan sejarah matawang, penyusutan teruk US Dollar dan krisis hutang negara-negara besar ialah petanda besar sistem wang fiat (kertas) akan runtuh. Bahkan menurut Sheikh Imran Nazar Hosein, ia pasti runtuh! Bila duit kertas runtuh, yang hanya akan bernilai cuma emas, perak, tanah pertanian dan barang makanan. Semua aset kertas yang lain termasuk saham, unit amanah, bond bahkan simpanan tunai seperti Tabung Haji dan ASB akan jatuh tergolek.

Erm, apa kaitan US Dollar dengan kita? US Dollar adalah matawang yang digunakan untuk dagangan antarabangsa. Boleh dikatakan semua duit kertas yang digunakan oleh negara-negara dunia adalah duit terbitan US Dollar sebab duit mereka hanya laku diperingkat antarabangsa bila ditukar kepada US Dollar. Jadi, bila US Dollar runtuh, dunia akan hilang keyakinan kepada sistem duit kertas dan seluruh sistem matawang pun turut sama runtuh!

Bonus Untuk Pelabur Emas

Apa faktor harga emas jatuh mendadak minggu ni? Antara faktor utama ialah pelabur beralih dari matawang Euro yang tengah nazak disebabkan krisis hutang (yang menemui jalan buntu) kepada US Dollar buat sementara waktu! European Union (EU) Summit yang berakhir Sabtu lepas i.e. 10 Disember 2011 gagal mencapai kata sepakat untuk selesaikan masalah hutang. Bila dunia beralih dari Euro kepada US Dollar, nilai dollar akan melambung dan harga emas akan turun berkadar terus dengan kenaikan US Dollar. Pergerakan harga emas dan US Dollar bersifat terbalik.

Jadi, bagi saya, ini adalah BONUS bagi pelabur emas dan perak untuk selamatkan kekayaan mereka kepada emas! Sesiapa borong emas masa ni, mereka boleh memanfaat kejatuhan harga emas ni untuk menambahkan keuntungan… InsyaAllah.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai
15 Disember 2011
20 Muharram 1433

P.s. Saya baru sahaja hadir semianar tentang bencana kewangan yang bakal berlaku seawal 2012. Berdasarkan input saya dapat semasa Conference di UIA, Sabtu (11 Disember 2011) bertajuk “Will The World Economy Take Its Greatest Plunge in 2012?”, saya lebih risau untuk membiarkan duit terbiar dalam bentuk tunai tanpa ditukar kepada tangible aset seperti emas, perak, tanah dan hartanah. Seminar ini telah disampaikan oleh Sheikh Imran Nazar Hosein dan Prof Dr. Ahamed Kameel Mydin.

(Artikel ini disemak dan dikemaskini pada 12.12.2013)

Cara paling pantas fahami pelaburan emas:

{ 2 comments… read them below or add one }

1 sakty December 19, 2011 at 6:30 pm

berkunjung

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 21, 2011 at 1:46 am

Selamat berkunjung ke sini Sakty. TQ.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: