10 Kesilapan Pelabur Emas!

by on August 8, 2011

Post image for 10 Kesilapan Pelabur Emas!

Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 10 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum mula membeli emas, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.

10 Kesilapan Pelabur Emas

Jadi, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 10 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu

Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama

Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas

Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan keuntungan pembeli. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.

Barang Kemas 02

Barang kemas bukanlah emas terbaik untuk tujuan “pelaburan”.

Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas

Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!

Buy Back Poh KongSyarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.

graf pergerakan harga emas 10 tahunHarga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas

Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.

pelaburan emas dengan pinjaman

Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain

Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas lelong di ar-rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.

Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul

Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.

Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank

Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet & ia berseal. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.

emas kuwait finance house pamp suiseEmas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!

kijang emas maybankKijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.

Emas public gold kemek calarPublic Gold (bukan Public Bank) jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok. Ini disebabkan Public Gold adalah kilang emas yang mengeluarkan sendiri emas tersebut. Bukan sebagaimana bank yang membeli emas dari pihak ke-3.

Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah

Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% jer. Itulah ‘rule’ jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Kurangnya Ilmu, Punca Utama 10 Kesilapan

Oh, satu lagi, punca utama kesilapan berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis ikut-ikut jer. Walaupun dah dekat setahun melabur, saya always update ilmu saya tentang pelaburan. Ingat, lagi tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, lagi besar untung yang kita boleh dapat.

Semalam, saya habis baca ebook terbaru iaitu pasal Teknik Sebenar Pelaburan Silver! Oh, kalau buku ni dijual setahun yang lalu, mungkin saya boleh dapat untung hingga 100% berbanding 25% apa yang saya dapat sekarang.

Ringkas cerita, saya cadangkan sahabat semua dapatkan dan baca 2 ebook yang saya jadikan main reference dalam pelaburan emas dan perak setakat ni iaitu:

Ebook Pelaburan Emas dan Pelaburan Silver

Saya berani syorkan dua ebook ni sebab saya sendiri dah baca dan saya tahu nilai sebenar ebook-ebook tu. Kalau harganya RM200 sebuah pun, ia masih bebaloi.

Sebuah Buku, Jimatkan Masa Kita 10 Tahun

Nanti saya akan berkongsi pasal eBook Pelaburan Silver tu, insyaAllah. Itu ilmu terbaru yang saya dapat. Banyak rahsia-rahsia didedahkan, antaranya ialah rahsia yang dibuat dealer-dealer emas otai! Nasihat saya, jangan takut untuk melabur dalam ilmu, ia memang berbaloi sebab sebelum start gold investment dulu, saya khatamkan buku Syukor Hashim dulu baru start melabur! Beli ebook RM80, dan untung 25%! Sekarang ni, saya baru jer masuk fasa kedua pelaburan dengan baca buku pasal silver pulak. InsyaALlah, belajar cara buat untung 100% pulak! Beli ebook RM100, untung 100%, insyaAllah…

Memang tak akan sama orang berilmu dengan tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara yang sama dengan cara berbeza.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Ogos 2011
4 Ramadhan 1432

p.s. Kesilapan #11: Menyertai SKIM PELABURAN EMAS yang menjanjikan pendapatan tetap. Untuk makluman sahabat, kaedah sebenar pelaburan emas ialah macam beli barang kemas jer. Beli harga rendah, jual masa harga tinggi. Kalau ia menjanjikan pendapatan bulanan secara tetap, kena hati-hati sebab kebanyakkan SCAM/ PENIPUAN pelaburan emas beroperasi cara macam tu.

(artikel ini disemak dan dikemaskini pada 11 Julai 2013)

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : myloyalgold, nazzcollection,)

Sinar Harian kesilapan pelabur emasArtikel ini diangkat untuk dijadikan panduan orang ramai tentang pelaburan emas oleh Sinar Harian.

{ 263 comments… read them below or add one }

1 kamal August 28, 2011 at 2:45 pm

Lagi satu kesilapan utama, membeli ikut sentimen tanpa belajar sejarah. Kalau kaji sejarah tahun 1979 emas naik harga gila2. Tahun 1981, jatuh kepada separuh! JAdi, berjaga2 dan berpada2 lah kawan2!

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2011 at 10:56 pm

Setuju tu kamal. Itu kesilapan #1. Dah tertulis kat atas tu. Melihat pada sejarah emas, tak cukup sekadar lihat pada graf emas sahaja. Kita kena tahu apakah faktor fundamental yg mempengaruhi harga emas coz turun naik harga emas dipengaruhi oleh faktor luar, bukan teknikal semata-mata.

Turun naik harga emas adalah berdasarkan demand & supply. Bila orang rasa ekonomi tak selamat, pelabur akan lari kepada emas. Bila mereka rasa dah cukup secure, dia akan tinggalkan emas. Masa tu, harga emas akan merudum, tapi tak sampai lingkup coz emas tak macam saham.

Kalau lihat pada indikator semasa, lebih banyak indikator yg menyokong kenaikan harga emas berbanding sebaliknya. Tindakan bank2 pusat membeli emas secara borong menunjukkan mereka ‘desperate’ utk selamatkan ekonomi kepada emas. Korea Selatan borong 25 ton emas bulan Jun & Julai lepas lepas 10 tahun dah tak beli emas.

Pada saya, setiap orang perlu simpan emas walaupun sikit. Azizi Ali syorkan converkan 10% kekayaan kita kepada emas.

Reply

3 catur September 3, 2011 at 9:37 am

Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian saudara. Saya belum pernah menyimpan emas sehingga kini. Sekarang sedang mengumpul maklumat tentangnya.Saya juga belum menyelonkar sepenuhnya blog saudara. Permintaan saya boleh tak saudara muatkan data harga emas dua tahun ke belakang mengikut bulan.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 5, 2011 at 4:29 am

Wslm,

Alhamdulillah. Moga bermanfaat. Untuk tengok gold price history, saudara boleh ke link ni;

http://goldprice.org/gold-price-history.html

Kat situ, dia tunjuk gold price history untuk 30 hari, 60 hari, setahun, 2 tahun, 10 tahun, 20 tahun, sampai 30 tahun.

Kalau nak tengok harga Kijang Emas Bank Negara, boleh guna link ni:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Boleh cek harga Kijang Emas BNM sejak tahun 2001.

Ada perlu response cepat ttg emas, boleh email terus pada saya di ibnushafie@gmail.com, atau sms jer ke 019-336 8009. Saya akan bantu setakat yg boleh, insyaAllah.

Reply

5 catur September 9, 2011 at 3:03 pm

Tq.Sedang mengkaji pasaran masa hadapan.

Reply

6 diela September 29, 2011 at 8:02 am

saya baru bukak akaun emas di maybank…tp 2gram je mampu..nnt sikit2 tambah…

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2011 at 10:35 am

Takpe Diela. Mulakan sikit-sikit, asalkan bermula. Cuma apa yang saya tahu, setakat ni cuma akaun emas Kuwait Finance House jer yang disahkan patuh syariah. Yang lain belum lagi.

Reply

8 dw@ March 6, 2012 at 3:41 am

salam… ape yg dimaksudkan dgn patuh syariah dlm simpanan emas? sy juga buka buku emas di maybank.

Reply

9 esz May 20, 2012 at 9:50 am

asm, tn, nk tanya, sekarang,selain kfh, mana lg bank yg patuh syariah dlm simpanan emas?

Reply

10 mar March 22, 2013 at 3:43 am

patuh syariah maksudnya bila nak beli ada akad, kena datang bank dan bukan beli secara online banking. satu lagi, emas fizikal kena ada. selain KFH, bank lain tak boleh keluarkan fizikal. kalau nak keluar pun ada jumlah minima (cth 100g dsb.) dan ada caj tambahan dikenakan kepada pelanggan. Untuk KFH pelanggan boleh keluarkan emas dalam bentuk sekecil 1g hingga 10g

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie March 22, 2013 at 9:58 pm

Terima kasih atas penerangan tuan Mar.

Untuk tuan Esz, selain KFH, Al-Rajhi pun disahkan patuh syariah cuma harga emas dia lebih mahal dan spread lebih tinggi. Wallahu a’lam.

Reply

12 mohd dasuki October 26, 2011 at 9:08 am

saya ada simpanan kat takaful.ingin keluarkan untuk beli dinar kelantan.minta pendapat dan nasihat.

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie October 26, 2011 at 12:28 pm

Dasuki,

Tujuan takaful adalah PROTECTION, tapi emas adalah SAVING/ INVESTMENT. Protection lebih utama dari investment. Bila protection kita dah agak2 cukup, lepas tu baru boleh fikir pasal investment. Bagi saya, kedua2nya penting. Saya pun ada takaful juga tapi kebanyakkan polisi takaful yang saya ada adalah utk protection, bukan investment.

Sbg contohnya, saya bayar RM63 sebulan utk polisi Takaful Sihat utk cover kos penyakit, utk dapatkan elaun harian in case hospitalise, dan pampasan kematian/ kecacatan kekal disebabkan kemalangan. RM63 tu adalah duit ‘hangus’, tak ada apa2 portion utk simpanan.

Utk situasi Dasuki, saya tak pasti apa polisi yg Dasuki ada. Berapa bayaran bulanan, berapa % portion protection, berapa % portion utk saving.. Kalau ambik takaful utk saving, bagi saya ia sangat tak berbaloi..

Wallahu a’lam.

Reply

14 Anonymous November 27, 2011 at 6:11 am

Salam tuan tanah, saya baru tahu pasal emas, selepas di rekomenkan oleh rakan. Lately ni saya banyak baca blog otai2 emas seperti blog En Syukor, aidan dll. Saya juga telah sign up untuk talk on gold by En Syukor pada Rabu ini di Sunway. Antara soalan yang paling penting ingin saya tanya saudara ialah, bagaimana hendak tahu tentang kenaikan atau kejatuhan harga emas?

-Fizzy-

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie November 27, 2011 at 11:04 am

Wslm Pn Fizzy,

Alhamdulillah… Tahniah coz berjinak2 dengan pelaburan emas.. Bagus talk En Syukor tu, saya pernah join sebelum ni.. Saya salah seorang dealer bawah beliau…

Untuk faham naik turun harga emas, saya pernah tulis beberapa artikel.. puan boleh baca artikel saya guna link di bawah;

http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/6-tips-memahami-naik-turun-harga-emas.html

http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/cara-mudah-meramal-kenaikan-harga-emas.html

Moga bermanfaat.. Insyaallah..

Reply

16 Anonymous November 27, 2011 at 11:11 am

Salam tuan, saya dah mulai sedar akan pelaburan emas. Sebagai permulaan, jenis emas apa yang sepatutnya saya beli, berapa nilai yang perlu saya beli, berapa lama pula perlu set di minda saya untuk mendapatkan pelaburan tersebut. Mohon pandangan.

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie November 27, 2011 at 4:57 pm

Wslm, alhamdulillah.. sebagai permulaan, beli at least 1 dinar.. skg ni cuma sekitar RM770 jer.. 1 dinar antara the best… ia lebih untung berbanding beli gold bar 999 coz kecairannya lebih tinggi, lebih senang dijual balik..

Kalau nak beli, guna duit yg agak2 tak pakai dlm masa setahun… berapa lama? selama yang mungkin.. ada jer duit utk disimpan, simpankan dalam bentuk emas.. bila nak pakai duit baru jual… minimum simpan emas ialah setahun, baru nampak hasil sebenar menyimpan emas…

Wallahu a’lam..

Reply

18 Mohd Zulkifli November 27, 2011 at 4:58 pm

Wslm, alhamdulillah.. sebagai permulaan, beli at least 1 dinar.. skg ni cuma sekitar RM770 jer.. 1 dinar antara the best… ia lebih untung berbanding beli gold bar 999 coz kecairannya lebih tinggi, lebih senang dijual balik..

Kalau nak beli, guna duit yg agak2 tak pakai dlm masa setahun… berapa lama? selama yang mungkin.. ada jer duit utk disimpan, simpankan dalam bentuk emas.. bila nak pakai duit baru jual… minimum simpan emas ialah setahun, baru nampak hasil sebenar menyimpan emas…

Wallahu a’lam..

Reply

19 Anonymous November 28, 2011 at 2:05 am

Salam tuan, saya ingin merujuk soalan sahabat kita dan cadangan yang tuan berikan. Menurut tuan, beli dinar emas lebih baik berbanding beli gold bar 999. Bukankah gold bar lebih baik dari segi ketulenannya. Oleh kerana, 999 ketulenan harga dan susut nilai tidaklah tinggi berbanding dinar emas. Selain itu, pembelian emas sebagai pelaburan adalah pelaburan jangka panjang. Maka, isu liquidity bukanlah isu utama kecuali terdesak atau sangat2 memerlukan cash. Sekadar pandangan.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2011 at 9:21 am

Wa’alaikumussalam.

Persoalan yang baik. Berbeza dengan barang kemas, emas PELABURAN 999 dan 916 sama jer dari sudut keuntungan dan susut nilainya pun sama. Emas 999, beli mahal, jual mahal. Emas 916, beli murah, jual pun murah.

Dari sudut Return on Investment (ROI) sama jer, bahkan, mungkin emas 916 boleh dapat ROI lebih tinggi sebab kita boleh jual pada harga lebih tinggi bagi mengurangkan spread coz lebih senang dapat buyer.

Saya pernah pernah buat perbandingan dalam artikel saya sebelum ni. Tuan boleh refer di link ni;

Artikel: “Produk Emas PG Yang Mana Paling Untung?”

Link: http://www.mohdzulkifli.com/2011/09/produk-emas-public-gold-yang-mana.html

Wallahu a’alam.

Reply

21 Anonymous December 10, 2011 at 4:37 pm

salam tuan zul,

Alhamdulillah jumpa blog tuan. Sekarang sudah pasang niat utk perolehi dinar emas. At least 1 gram.

Setelah membaca komen dari mula hingga turn saya.Saya rasa tak jumpa link tuan yg memberitahu rule of thumb pelaburan emas (history,dimana hendak mulakan,apakah fenomena di Malaysia, kaitan dengan MLM atau tidak etc2) yg utk begineers mcm saya ni.

terima kasih.

Master AmiR

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie January 12, 2012 at 7:09 am

Wslm Master Amir.

Saya tak berhajat menjadikan blog ni sebagai blog pelaburan emas. Tulisan saya cuma mengisi ruang-ruang kosong yang kurang diulas oleh blog pelaburan emas yang lain. Untuk info lanjut tentang pelaburan emas, saya syorkan Master Amir rujuk blog jutawanemas.com. Yang saya sangat galakkan beli ebook jutawanemas sbb ilmu2nya lengkap untuk pelaburan emas di Malaysia.

Reply

23 Zairul Muizz December 20, 2011 at 12:59 pm

salam,

saya ingin membeli dinar emas kelantan utk dibuat pelaburan bg menampung duit hantaran perkahwinan sy pd hujung tahun depan..apakah nasihat2 yang boleh sy dapatkn sblm membeli.

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie December 21, 2011 at 1:51 am

Wslm Zairul Muizz,

Kalau untuk PELABURAN, saya syorkan beli Dinar Public Gold. Ia lebih untung. Kalau untuk buat MASKAHWIN, beli Dinar Kelantan sebab ia lebih cantik.

Sekarang ni harga emas tengah rendah. Kalau beli sekarang untuk dapat lebih keuntungan. Dan tips penting, kalau nak beli, beli yang syiling 1 Dinar lebih baik berbanding syiling 5 dinar atau 10 dinar.

Wallahu a’lam.

Reply

25 Anonymous December 27, 2011 at 9:22 am

mana lbih bagus labur Emas @ perak..
nak labur emas, segram pun boleh tahan harganya.. Perak better sikit kot.. apa pandangan tuan/puan

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie December 27, 2011 at 9:30 am

Dua2 bagus. Tapi harga silver akan naik 2, 3 kali ganda daripada emas. Cuma perak tak semudah emas nak jual. Kalau boleh jual pun, spread (susut nilai) lebih tinggi. Saya beli 60% emas, 40% perak.

Reply

27 Anonymous January 5, 2012 at 7:21 am

bro, knp bro sarankan beli syiing 1 dinar berbanding dinar 5 or 10? boleh tolong terangkan x? saya baru pas hbis blaja n baru start nak blaja pasal gold investment… Shaiful Ganu

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2012 at 7:41 am

Shaiful,

Saya syorkan beli dinar sbb (1) bila nak pakai duit, boleh jual sikit2 setakat nak pakai duit jer, tak payah jual seketul, (2) senang nak jual sbb pembeli individu ramai bersedia beli 1 dinar, (3) dapat lebih untung bila jual pada pembeli individu sebab dapat kurangkan susut nilai yg dikenakan oleh Public Gold.

Saya lebih suka beli 1 dinar berbanding 5, 10 dinar atau gold bar. Bagi pelabur besar, mungkin boleh beli yang besar2 utk memudahkan penyimpanan.

Wallahu a’lam.

Reply

29 Anonymous February 1, 2012 at 2:39 am

salam tuan tanah… menarik ilmu yg dikongsikan disini… sy memang kurang arif bab emas ni.. pandangan sy sebelum ni better beli barang kemas, bole pakai dan jual bile bile.. rupanya ade beza ya… sy ade dinar emas kelantan, pemberian sebagai mas kahwin tempohari, masih disimpan, sebab sy sendiri tak tahu nk buat ape dgn dinar tersebut..sy juga berminat nk buka akaun public gold.. mohon pandangan tuan yg mane better sama ada buka akaun public gold atau simpan dinar emas byk2..tq

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie February 2, 2012 at 4:00 pm

Wslm tuan. Alhamdulillah.. puji-pujian bagi Allah. Antara akaun simpanan emas dgn emas fizikal, saya prefer emas fizikal samada dalam bentuk gold bar ataupun dinar emas. Untuk makluman tuan, Public Gold tak menawarkan apa2 akaun simpanan sebagaimana bank. Public gold cuma jual emas fizikal samada dalam bentuk barang kemas pelaburan, gold bar, dan dinar emas.

Dinar paling cantik di Malaysia adalah dinar Kelantan, tapi untuk investor, saya syorkan dinar public gold sebab senang beli. Spread pun rendah.

Wallahu a’lam.

Reply

31 Anonymous February 2, 2012 at 12:45 pm

Salam MZS… Banyak ilmu yg dapat. Tq…! Nak tanya jugak pasal brg kemas yg dlelong kat Bank Rakyat.. ok ke masuk tender..?Biasanya kualiti emas 916 di bank tu macam mana ye? Berbaloi ke masuk tender tu..? Pakmat

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie February 2, 2012 at 4:02 pm

Wslm Tuan, alhamdulillah.. puji-pujian bagi Allah. Barang kemas yang dilelong tu memang berbaloi sbb kita beli pada harga lelong. Saya ada ramai kawan yang suka beli barang kemas lelong dan jual kepada public. Untungnya berlipat kali ganda katanya. Tapi saya tak pernah buat lagi.

Reply

33 Anonymous February 27, 2012 at 3:14 am

Salam…

Nama saya zarul. Nak tanya pendapat mengenai Genneva….

Terima kasih…

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie February 29, 2012 at 4:02 pm

Wslm Zarul,

Pada pemerhatian saya, harga emas Genneva agak mahal. Masa harga
PG RM178/gram, harga emas Genneva RM205. Lebih kurang 15% lebih mahal daripada emas PG. Maksudnya, kalau kita terpaksa jual emas tu kepada Genneva, if not, kita rugi besar.

Genneva menawarkan fixed income yang dipanggil hibah. Average hibah yang ditawarkan sekitar 20% – 30% setahun, iaitu % kenaikan sebenar harga emas. So, kalau Zarul beli emas PG atau yang sama waktu dgnnya, Zarul boleh dapat keuntungan yang sama.

Sedikit kerisauan saya pasal Genneva ni ialah Director & company masih dalam perbicaraan mahkamah. Butirannya boleg cek diwebsite Bank Negara.

Saya memang tengah draft artikel pasal emas Genneva. Nanti siap, saya akan post diblog ni, insyaAllah.

Reply

35 JK March 5, 2012 at 1:05 pm

Salam..kalau Genneva menawarkan hibah tu, adakah dibenarkan dalam muamalat sebab ia menjanjikan pulangan yang tetaP? Coz ada sahabat dok ayat lama dah kat saya..so far bagi saya PG is the best and ideal…insyaAllah..wallahua’lam.
Jaykay,
alog stag.

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2012 at 4:18 am

Wslm JK,

Saya tak pasti pasal hukum hibah tu JK. Tapi saya dengar dia memang ada majlis pengawasan syariah.

Memang ikut pada pemerhatian saya, PG is the best platform untuk gold investor di Malaysia. Kalau yang menjanjikan fixed income, memang kena hati2 coz banyak SCAM emas bermodus operandi begitu.

Wallahu a’lam.

Reply

37 linda_haniff March 15, 2012 at 1:10 am

assalam ..

bagus sungguh info tuan dlm blog ni….sejujurnya saya jdkan blog ni sbg rujukan pelaburan emas dan jugak saya dh bookmark blog tuan…thanks atas perkongsian

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie March 18, 2012 at 10:59 am

Wslm Linda Haniff,

Alhamdulillah… T.kasih kerana berziarah ke blog yang seadanya ni. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah..

Reply

39 Anonymous March 31, 2012 at 4:58 am

Salam,
Sy nk tanye, ape yg sy bace, utk memulakan pelaburan, at least bli 1 dinar emas..ttp kesalahannya adalah beli di kedai emas. Bagaimana caranya dan dimana utk beli 1 dinar emas bg sy yg baru nk mula kecil2an.
Trime kasih
Hanani

Reply

40 Mohd Zulkifli Shafie April 1, 2012 at 12:31 am

Wslm Hanani,

Nak beli emas, jangan beli dikedai emas sbb harganya lebih mahal.. keduanya, dia ada kos upah… ketiganya, susut nilainya (spreadnya) tinggi… keempat, emasnya cerewet… seal tak boleh dibuka dsb..

Kalau nak beli, boleh beli kijang emas di Maybank, Dinar Kelantan di http://www.nubex.com.my, atau Public Gold.. boleh cari ejen Public Gold http://www.publicgold.com.my.. kalau duduk area KL Selangor, boleh juga berurusan dgn saya..

Wallahu a’lam.

Reply

41 Zakri Zakaria April 2, 2012 at 1:13 am

Assalamualaikum tuan tanah…
Saya bukan baru belajar pasai emas ni…
Saya baru baca je dan tertarik… Teringin nak mulakan pelaburan emas ni. Dimana saya boleh dapatkan info harga kijang emas, Public Gold, syiling dinar, dinar kelantan dan dimana nak beli.
Terima kasih.

Reply

42 Mohd Zulkifli Shafie April 2, 2012 at 2:20 am

Wslm En. Zakri,

T.kasih berziarah ke blog ni. Moga bermanfaat. Ni saya bagi link harga emas:

1. Public Gold; http://www.publicgold.com.my/liveprice.html
-boleh beli dgn dealer PG. contact saya 019-3368009.

2. Dinar Kelantan;
http://www.pkb.net.my/arrahn/index.php
-boleh beli di http://www.nubex.com.my

3. Kijang Emas
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03
-boleh beli di Maybank tertentu.

En Zakri duduk area mana?

Reply

43 Zakri Zakaria April 2, 2012 at 4:59 am

Saya dok Kulim,Kedah.
Kijang emas tu ka yang tak boleh buka seal?

Reply

44 Mohd Zulkifli Shafie April 2, 2012 at 5:25 am

Ok. Kijang emas tu xleh calar. Dia xada seal, tp letak dlm sampul.

Reply

45 Anonymous April 5, 2012 at 7:03 am

Aslkm tuan,

Setelah membaca blog tuan ini, hati saya sudah berjinak dan terbuka untuk memulakan simpanan dan pelaburan menggunakan dinar emas seperti yg disarankan oleh tuan.Jika saya menyimpan dinar emas,adakah ia mudah calar atau rosak dan jika menjualnya kembali selepas setahun adakah ia memberi kesan kepada value selling price bagi dinar tersebut.Mohon pandangan dari tuan.Sekian,terima kasih.Farid.

Reply

46 Mohd Zulkifli Shafie April 5, 2012 at 7:54 am

Wlsm En. Farid,

Alhamdulillah… tahniah sbb berjinak dalam pelburan emas.

Emas biasanya payah calar sebab kita simpan dalam casing. Dia mungkin calar kalau kita tak simpan dalam casing ataupun kena kepit masa nak ukur ketulenan bila nak pajak di Ar-Rahnu.

Kalau emas Public Gold, calar, kemek, bengkok pun tak kisah. Ianya tak menjejaskan nilai dan PG jamin akan beli balik. Melainkan kalau beratnya berkurangan. Kalau emas lain, terpulang kepada pengeluar. Kalau Kijang Emas memang bermasalah kalau ia calar..

Wallahu a’lam.

Reply

47 Anonymous April 17, 2012 at 4:20 am

Assalamualaikum w.b.t. zul,

slps mlabur dinar emas kali pertama, bila bleh mlabur bagi kali kedua dan seterusnya.jarak plburan mengikut pdngn zul.atau akak kna mlabur silver pulak?

tk.
wassalam.
kak zai

Reply

48 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2012 at 9:20 am

Wslm Kak Zai,

Kak Zai ni Kak Zai Kota Damansara kan? Hari tu akak beli pada harga RM747 utk 1 dinar. Kalau dia turun range RM700 – RM720 (kalau ada rezeki), habiskan modal yang akak allocate utk beli emas tu.

Kalau fund tu untuk long-term (at least 2 – 3 tahun), akak boleh guna utk beli Silver. Silver akan naik 2, 3 kali ganda daripada gold utk long-term.

Wallahu a’lam.

Reply

49 Anonymous April 17, 2012 at 4:30 am

Slm tuan..

saya pun baru nk brjinak2 dgn pelaburan emas nih. sayangnye, umur da 33 thn baru nk mula, itu pun masih ragu2. bolehkah saya beli dinar emas dgn tuan? harga hari ni 17/4/12, 1 dinar brape ye? Then, bila da beli, simpan terus kt rumah atau terus laburkan? Dimana tempat nk labur? adakah haram di sisi agama? brape jangka mase nk labur? klu pelaburan dr emas fizikal adakah ianya akan hilang? hehe.. byk lak sokalan..

Reply

50 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2012 at 9:26 am

Wslm tuan,

Alhamdulillah.. Tahniah sebab berjinak dgn pelaburan emas. Emas antara asset simpanan paling selamat dalam sejarah manusia.

Umur 33 tu sangat muda lagi tu tuan. Nak beli dinar saya boleh bantu, insyaAllah. Hari ni harganya dalam RM740. Harga emas Public Gold sentiasa berubah setiap 20 minit. Actually price tu ikut masa sebenar kita lock harga.

Melabur dalam emas ni macam beli barang kemas jer. Beli masa ada duit, dan simpan. Bila nak pakai duit baru jual. Simpan emas tu at least setahun baru nampak hasilnya, insyaAllah. Purata kenaikan harga emas sejak 10 tahun lepas sekitar 15% – 20% setahun.

Bagus banyak bertanya. Clearkan apa sahaja keraguan sebelum bermula. At least dah tahu benda2 asal pasal pelaburan emas baru bermula.

Wallahu a’lam.

Reply

51 Anonymous April 17, 2012 at 4:25 pm

salam…

saya pun baru sgt nk mula..just baca2 n dgr jer citer2 org tp belum tahu n arif sgt psl pelaburan emas ni..so utk permulaan apa yg perlu saya buat?

Reply

52 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2012 at 5:47 pm

Wslm,

Untuk permulaan kena bermula dgn ilmu. Tuan/puan boleh go thru ebook percuma 5 Minit Review Tentang Emas yang saya bagi ni. Download kat bahagian atas, sebelah kanan blog ni. InsyaAllah tuan/puan akan nampak cara nak bermula.

Untuk belian pertama, mulakan dengan 1 dinar. Lepas ni baru tuan/puan akan faham bila harga emas tinggi, bila harga rendah. Sekadar makluman, harga emas masih rendah berbanding bulan lepas. Amat sesuai untuk membeli sekarang.

Wallahu a’lam.

Reply

53 Anonymous April 18, 2012 at 4:54 am

Salam saudara,

Nama saya RAHEM. Blog anda sgt berinfomasi. Saya pun minat dlm pelaburan emas ni. Memang betul apa yg saudara bgatau, ILMU sgt berguna sebelum melabur. Saya ada membuka akaun GIA Maybank 21/3/2012 dengan pelaburan sebnyak 6gram pada harga RM167.54. Selepas baca pandapat saudara d blog ni,rasa rugi plak sebab tak invest dalam DINAR.. Apa pendapa saudara Zul?

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie April 18, 2012 at 5:13 am

Wslm En. Rahem,

Alhamdulillah… t.kasih berziarah ke blog yang seadanya ni. Ok melabur dalam GIA, cuma setakat ni GIA Kuwait Finance House jer yang ada pengesahan patuh syariah. Saya secara personally lebih suka emas fizikal berbanding akaun simpanan emas. Saya pernah share dalam artikel ni;

http://www.mohdzulkifli.com/2011/04/gold-saving-account-atau-emas-fizikal.html

Wallahu a’lam.

Reply

55 a'Ns April 24, 2012 at 5:28 pm

assalamualaikum, banyak maklumat yang saya dapat drpd blog nie. bagaimana nak berurusan ngan tuan kalu nak beli dinar emas dan ape pendapat tuan kalu nak melabur dalam nilai yg banyak untuk pertama kali?

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie April 24, 2012 at 5:47 pm

Wa’alaikumussalam w.b.t tuan/puan,

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Boleh, insyaAllah. Kalau nak beli emas PG, saya boleh bantu, insyaAllah. Email/sms kpd saya (1) nama penuh, (2) no ic, (3) email address, (4) no. tel dan (5) item yang nak dibeli. Nanti saya tolong lockkan harga, insyaAllah.

Kalau nak beli banyak sekaligus pun ok, kebetulan harga emas pun tengah rendah sekarang ni. Apa2 nanti email/sms kpd saya, ok.

Reply

57 Anonymous April 28, 2012 at 1:10 am

Saya nak tanya dari sudut kestabilan syarikat Public Gold. Maknanya risiko sekiranya syarikat ini bankrup dan sebagainya. Ini dari sudut keyakinan kita untuk berurusan dengan Public Gold. Misalnya syarikat ini mendapat jaminan Bank Negara atau maklumat lain untuk meyakinkan saya yang pernah terkena melabur dalam skim yang tidak betul

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2012 at 2:32 am

Wslm tuan/puan,

Setakat yang saya tengok dari sudut kestabilan, Public Gold adalah company yang mengeluarkan emas pelaburan paling establish di Malaysia. Dari sudut risiko tu boleh katakan tak ada sebab emas fizikal tu kita pegang sendiri. Dia macam beli barang kemas jer. Lepas beli, kita tak risau sangat kedai tu hidup ataupun lingkup.

Saya pernah tulis pasal persoalan tuan/ puan ni dalam artikel di bawah:

1. Risiko Sebenar Pelabur Emas Fizikal
(link; http://www.mohdzulkifli.com/2011/12/risiko-sebenar-pelaburan-emas-fizikal.html)

2. Clearence Bank Negara Tentang Public Gold
(link: http://www.mohdzulkifli.com/2010/11/clearence-bnm-tentang-public-gold.html)

Wallahu a’lam.

Reply

59 Anonymous April 28, 2012 at 5:08 pm

Assalamualaikum tuan
Contohnya untuk pelaburan yang banyak, rasa takut nak simpat emas atau perak dirumah, contoh dengan harga perak sekarang kita boleh dapat lebih 13kg perak untuk pelaburan bersamaan RM50,000, rasa takut kehilangan aset kita yang akan menjana pulangan selanjutnya

Reply

60 Anonymous April 28, 2012 at 5:19 pm

Salam sejahtera tuan
Katalah sebagai agen public gold sudah tentu tuan akan bersama-sama dalam pelaburan ini. Pada peringkat awal tidak perlu seseorang itu bijak dalam perniagaan emas kerana tuan akan maklumkan bila masa beli dan jual untuk memaksimakan keuntungan. Secara kesimpulannya sesiapa pun boleh menyertai bidang pelaburan ini dengan bantuan orang yang lebih tahu. Please advise sikit tentang perkara yang mempengaruhi harga emas. Semoga kejayaan dan kekayaan milik kita bersama

Reply

61 Mohd Zulkifli Shafie May 2, 2012 at 3:19 pm

Wslm Tuan,

Simpan Emas Dengan Selamat?

Dari aspek penyimpanan tak perlu risau. Tuan boleh go thru artikel saya bertajuk “Cara Simpan Emas Dengan Selamat”. Gunakan link ni; http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html.

Bila nak beli bila nak jual?

Senang jer tuan. Prinsipnya, beli dengan duit yang agak2 tak pakai dalam masa setahun. Beli, simpan at least setahun. InsyaAllah nampak hasilnya sebab harga emas naik dalam jangka panjang. Invest dalam emas bukan macam saham yang perlu kita monitor hari-hari. As long as kita guna duit yang tak pakai setahun, kita tak perlu risau harga turun naik, insyaAllah.

Saya pernah tulis artikel pasal Memahami Naik Turun Harga Emas. Tuan boleh guna link ni;

http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/faktor-kenaikan-harga-emas.html

http://www.mohdzulkifli.com/2011/11/6-tips-memahami-naik-turun-harga-emas.html

Wallahu a’lam.

Reply

62 Anonymous April 30, 2012 at 1:29 am

Salam. Buat pinjaman dan beli emas. Adakah ini pelaburan yang bijak.

Reply

63 Mohd Zulkifli Shafie May 2, 2012 at 3:22 pm

Wslm. Buat pinjaman beli emas tu ok, ia jauh lebih balik dari buat pinjaman beli kereta. Beli emas ni macam beli rumah. Nilainya sentiasa naik dalam jangka panjang. Tapi saya secara peribadi tak pernah syorkan orang buat pinjaman untuk melabur sebab kalau tak ada duit, cara terbaik ialah berniaga, bukan melabur. Melabur ni pada hakikatnya ialah untuk orang yang ada duit lebih dan duit tu dah tak tau nak buat apa, atapun kalau orang berniaga, duit tu dah tak efficient untuk rolling sebab dah berlebih2.

Wallahu a’lam.

Reply

64 AIDA April 30, 2012 at 4:44 am

Salam en. Zul, setelah membaca informasi dlm blog ni br la sy mendapat sedikit ilmu berkenaan pelaburan emas. Sy ingin bertanya, setelah membeli dinar emas & menyimpannya selama setahun, di manakah tmpt2 yg bole sy menjual semula dinar emas ini? Adakah pulangan bergantung pd nilai pasaran semata atau bergantung juga tmpt di mana kita menjual balik? Adakah lebih baik kalau saya menjualnye semula kpd PG? Minta en. Zul tlg jelaskan. Tq.

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie May 2, 2012 at 3:24 pm

Wslm Pn. Aida.

T.kasih berziarah ke blog yang seadanya ni. Nak jual mudah jer. Jual balik kepada Public Gold ataupun dealer PG. Itu yang terbaik. Jual kedai emas pun boleh, tapi nanti dia potong harga 25%. So, kita rugi. Mana2 emas sekali pun, tempat terbaik untuk jual semula ialah tempat dimana kita beli. Kalau beli emas Poh Kong, jual balik pun di Poh Kong. Kalau beli emas Poh Kong tapi jual balik di Habib Jewel, kita rugi sebab dia potong harga terlalu banyak.

Wallahu a’lam.

Reply

66 ct May 6, 2012 at 5:09 am

salam en.zul…saya berminat dan berterima kasih atas informasi yg diberikan…saya sememangnya mencari2 maklumat berkaitan pelaburan emas lebih setengah tahun tapi tidak berani untuk mencuba membeli..saya berminat utk membeli dinar pg..boleh saya berurusan dgn en zul

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie May 6, 2012 at 10:10 am

Wslm Pn. Ct. T.kasih juga krn berziarah ke blog yang seadanya ni. Kalau nak beli emas, insyaAllah saya bolej bantu. Boleh sms/ emailkan kpd saya (1) nama penuh (2) no ic, (3) no telefon, (4) email, (5) item yg nak dibeli. Nanti saya boleh tolong lockkan harga, insyaAllah.

Reply

68 adisya May 7, 2012 at 4:31 pm

Salam en zul….
Sy mmg baru sgt nk ceburkn diri dlm pelburn emas ni…tp apakah cr terbaik utk menggandakn keuntungn pelaburan emas kita…sy skrg menggunkn sistem tebus gadai kt arrahnu….yg guna 6pair 2…tp bila sy kira2 cam skit la untungnya…penat je lebih nk kena g bank tiap2 bulan…

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie May 10, 2012 at 6:44 am

Wslm Pn. Adisya,

Bagi saya, cara mudahnya beli bila ada duit, jual bila nak pakai duit. Kalau nak beli emas, beli dengan duit yang tak pakai at least setahun. Bila beli emas, cek balik harga dia pada tarikh sama tahun depan, insyaAllah untung.

Teknik gandakan keuntungan cara Ar-Rahnu ni hanya ideal bila:

(1) Harga emas jatuh mendadak macam sekarang (10 Mei 2012)

(2) Situasi di mana harga emas kurang volatile. Siapa yang pakai teknik pajak mulai September 2011 akan bermasalah sebab harga emas agak tak setabil dah lebih 6 bulan. Punca utama ialah krisis besar di Eropah yang memberi kesan terus pada turun naik harga eams.

(3) Gunakan duit pajak untuk rolling bisnes yang pasti untung.

Bagi saya, pelaburan bukan cara untuk buat duit. Kalau puan nak dapat untung lebih, saya syorkan puan Adisya libatkan diri dalam bisnes. Untungnya jauh lebih tinggi berbanding menunggu untung pelaburan. Majoriti orang kaya dengan emas ialah dealer emas. Kalau pelabur biasa untung 20% setahun, tapi dealer emas untung sekitar 10% – 20% sebulan.

Bila saya cakap bisnes, tak semestinya bisnes jadi dealer emas. Asalkan ia genuine bisnes dengan prinsip yang saya gariskan dalam artikel-artikel saya pasal bisnes seperti (1) biar kecil asalkan berhasil, (2) bisnes tunai, (3) mulakan dengan apa yang ada, tak perlu buat loan, (4) niagakan produk yang dekat dengan kehidupan harian kita dsb.

Wallahu a’lam.

Reply

70 asmani May 10, 2012 at 4:42 pm

Saya terbaca email encik, banyak input yang saya dapat. saya pernah tertipu dengan pembelian emas, dimana ianya dicampur (bukan emas tulin) kedai emas lain bagitau ianya dicampur dengan tembaga. Saya perasan apabila saya nak cuci emas tersebut di kedai emas, tiba-tiba ia berubah warna- putih(bukan semuanya berubah -gelang)hanya 3 kerat aje yg berubah, apakomen encik. TQ.

Reply

71 Mohd Zulkifli Shafie May 11, 2012 at 1:15 am

Pn. Asmani,

Saya biasa dengar kes penipuan kedai emas especially penipuan dari sudut ketulenan emas. Sesetengah barang kemas (especially yang ada batu permata), dia campur emas 916 + emas 750. Emas 750 tu dia keras sikit, so lebih kuat untuk ikat permata. Tapi bila dia jual, dia kira emas 916 semuanya.

Kalau nak beli emas, cek juga integriti atau reputasi pengeluar emas tersebut untuk elakkan kes macam ni berlaku lagi.

Actually, kalau betul2 berlaku penipuan, puan boleh kemukakan resit dan bukti kepada pekedai emas tu. Kalau dia tak bayar pampasan, buat laporan kepada Tribunal Pengguna di bawah Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri.

Wallahu a’lam.

Reply

72 Anonymous May 13, 2012 at 2:52 pm

abg zul..mcmne dgn company GCP (gcp.com.my)…ok x??

Reply

73 Mohd Zulkifli Shafie May 14, 2012 at 10:02 am

Company GCP tu company baru berbanding PG. Dari sudut pelaburan, saya nampak emas PG lagi bagus sebab spreadnya lebih rendah. Contohnya, 1 dinar PG spreadnya 6%, tapi spread emas GCP spreadnya 15%!

Kalau harga emas naik 15%, pembeli emas PG dah untung sekitar 9% (15% – 6%), tapi pembeli emas GCP baru balik modal.

Wallahu a’lam.

Reply

74 Pesal May 13, 2012 at 9:48 pm

TERBAEK LA..Brader ujung bulan ni InsyaAllah sy akan melabur emas..nnti ley la tebus untuk kawen an??hehe

Reply

75 Mohd Zulkifli Shafie May 14, 2012 at 10:04 am

InsyaAllah.. Moga Pesal berjaya. :)

Reply

76 Anonymous May 15, 2012 at 6:14 pm

Alhamdulilah..Good Info.Boleh di jadikan Panduan.Tqvm.

Reply

77 Mohd Zulkifli Shafie May 16, 2012 at 3:31 am

Alhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah.

Reply

78 Anonymous May 20, 2012 at 9:17 am

Salam en zul, sy bminat tuk melabur dlm emas…bagaimana dgn vgmc? Ok tak?

Reply

79 Mohd Zulkifli Shafie May 21, 2012 at 3:42 am

Wslm tuan,

VGMC telahpun disenarikan oleh Security Commission sebagai pelaburan yang tidak sah. Hati-hati kalau beli emas tapi tak dapat emas fizikal..

Reply

80 markis May 22, 2012 at 4:04 am

Assalamualaikum…saya baru berdikit-dikit ingin mendekati ilmu tentang emas..mga mendapat panduan dan teguran otai2 sekalian…trima kasih

Reply

81 Mohd Zulkifli Shafie May 25, 2012 at 10:08 am

Wslm. InsyaAllah markis. Kalau ada apa2 persoalan, just bagi tahu. InsyaAllah saya boleh share setakat ilmu yang saya ada.

Reply

82 Anonymous May 23, 2012 at 3:32 pm

salam tuan tanah.saya berminat ttg pelaburan emas ni…
nak tny,emas 1 dinar 2 mcm mana?
brp beratnye n cmne bentuknya….
terima kasih…

Reply

83 Mohd Zulkifli Shafie May 25, 2012 at 10:14 am

Wslm.

1 dinar tu ialah syiling emas ketulenan 916 (91.6% emas), berat 4.25gram. Kalau nak tengok bentuk 1 Dinar Public Gold, boleh ke website Public Gold (www.publicgold.com.my). Tengok bahagian produk.

Wallahu a’lam.

Reply

84 Zainah May 24, 2012 at 4:26 am

This comment has been removed by the author.

Reply

85 Anonymous May 27, 2012 at 3:02 am

salam

Reply

86 Anonymous May 27, 2012 at 3:07 am

Salam En Zul..

semalan adalah hari pertama saya tahu tentang emas dan membeli emas.. based on en zul punya artikal di atas, saya sedar yg saya telah melakukan kesilapan #(4) membeli emas di kedai emas… saya membeli emas 999.9 seberat 30 gram dgn harga rm185/g… bila balik saya check harga pasaran saya tgk hanya Rm176++/g… adakah pembelian emas saya ni merugikan or kesilapan besar? and mcm mana saya nk rebound balik..

tujuan saya beli emas utk pelaburan..

assalamualaikum En. Zul.

-Imran-

Reply

87 Mohd Zulkifli Shafie May 29, 2012 at 2:22 am

Wslm En. Imran,

Tak apa. Yang dah beli tu biar jer lah. Simpan jer sampai untung baru jual. Kesilapan tu sebahagian proses untuk berjaya di masa depan. Itu harga sebuah kejayaan… InsyaAllah.

Reply

88 Anonymous May 27, 2012 at 10:36 am

saya ada banyak koleksi emas 750 batu permata swiss.adakah ianya mempunyai nilai jika hendak dijual atau dipajak.

Reply

89 Mohd Zulkifli Shafie May 29, 2012 at 2:24 am

Tuan better cek nilainya di kedai emas. Setahu saya, emas yang ada batu permata ni rendah nilainya, tak diterima untuk pajakan (sebab emas 750) dan tak sesuai untuk investment. Ia lebih sesuai untuk tujuan perhiasan.

Wallahu a’lam.

Reply

90 Anonymous May 30, 2012 at 8:11 am

aslmkm en zul, saya zam, saya baru sahaja nak berjinak2 dgn pelaburan emas ini.. selain drp baca dlm blog en zul… ada tak buku2 yg saya blh belajar untuk menambahkan ilmu saya.. tq

Reply

91 Mohd Zulkifli Shafie May 30, 2012 at 8:33 am

Wslm En. Zam,

Setakat ni, buku paling lengkap & praktikal untuk pelaburan emas di Malaysia ialah ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”, tulisan Syukur Hasyim http://www.jutawanemas.com. En. Zam boleh beli diblog tu. Harga cuma RM80. Beliau bukukan pengalaman beliau melabur dan mengkaji tentang pelaburan emas sejak tahun 2000 lagi.

Wallahu a’lam.

Reply

92 Anonymous June 2, 2012 at 7:27 am

salam,saya bru beli dinar PG…saya nak tanya mcm mn caranya saya nak dapat untung dengan cara pajakkan ar rahnu…mcm mn cara yg saya perlu buat..harap encik dapat bantu…

Reply

93 Mohd Zulkifli Shafie June 2, 2012 at 8:29 am

Wslm,

Dinar PG dan kebanyakkan syiling & gold bar susah dipajak sebab kebanyakkan Ar-Rahnu cuma terima barang kemas jer sejak Mei 2011. Yang cuma terima Dinar PG ialah Ar-Rahn Kelantan (www.arrahn.com.my) dan Ar-Rahnu kerajaan negeri (Perak, Johor, Kelantan dll).

Saya tak syorkan pajak unless bila (1) harga emas turun mendadak, (2) nak guna duit untuk rolling bisnes. Kalau saja2 pajak nanti rugi.

Wallahu a’lam.

Reply

94 Anonymous June 2, 2012 at 12:55 pm

terima kasih atas nasihat…nnt klu saya nak bli lg blh kt jmpa? saya area kl..bli dan nak mntak nasihat…

Reply

95 Mohd Zulkifli Shafie June 2, 2012 at 5:58 pm

Sama2. Boleh, insyaAllah. Contact jer.

Reply

96 Anonymous June 2, 2012 at 7:37 am

Salam, saya nak tanya, kalau saya nak beli gold bar PG dgn en.zul, cmne cara en.zul akan hantar item yg saya beli tu ye? By post ke? Untuk makluman, saya tinggal area Johor bahru,tq..

Reply

97 Mohd Zulkifli Shafie June 2, 2012 at 8:35 am

Wslm tuan/ puan,

Kalau nak beli dari saya, ada 2 option:

(1) Saya placekan order, lepas tu buat payment direct kepada PG dan collect emas tu di cawangan PG Johor Bahru. Ini cara paling baik.

(2) Buat payment kepada saya, saya postkan terus ke JB dgn caj penghataran RM6.

Kalau nak beli, emailkan maklumat dibawah ke ibnushafie@gmail.com:

(1) Nama penuh
(2) No. IC
(3) No. telefon
(4) Email address
(5) Item yang nak dibeli.

Saya akan place order ikut harga semasa, insyaAllah.

Reply

98 Anonymous June 2, 2012 at 12:29 pm

Kalau saya pilih option ke 2, ada risiko tak?

Reply

99 Mohd Zulkifli Shafie June 2, 2012 at 6:03 pm

Setakat pengalaman saya dan dealer otai lain, belum pernah ada isu barang tak sampai melainkan memang dealer tu tak hantar i.e, penipuan.

Reply

100 YusNur June 2, 2012 at 2:29 pm

Assalam tuan Zul, dalam komen kat atas nun ade mention tuan boleh pos emas ke pembeli . guna kaedah aper yer..

Sebelum ni memang saya ade buat jual beli dan pos kan guna pos laju and skynet. Tapi bile fikir balik risiko kehilangan tu buat saya stop cara tu… kalau tuan boleh kongsikan cara yang sesuai untuk penghantaran yang lebih selamat, perlu ke di declare kite pos emas tu atau bagaimana?

terima kasih.

Reply

101 Mohd Zulkifli Shafie June 2, 2012 at 6:09 pm

Wslm Cik YusNur,

Guna poslaju jer. Tak perlu declare, dan kena make sure pembungkusan yang baik. Jangan sampai orang boleh detect dlm tu ada emas.

Saya banyak juga deliver kpd customer melalui poslaju dan setakat ni belum ada yang tak sampai. Dan ikut pada survey yang saya buat, ramai dealer otai yang guna kaedah ni tapi belum pernah ada isu barang tu tak sampai.

Wallahu a’lam.

Reply

102 YusNur June 3, 2012 at 5:24 am

mmg pernah, bile pk blk tu rase risau lak..
thanks tuan..;)

Reply

103 Anonymous June 2, 2012 at 6:15 pm

Assalamualaikum En. Zul, saya ada soalan..saya telah membeli emas pada harga yg agak tinggi sekitar bulan februari lalu..maksud saya..harganya utl segram hampir 1700usd..sejak itu trend emas sering turun..terutama sekitar april ke mei..bagaimana caranya utk saya buat exit point..atau dlm ertikata lain meminimakan ‘kerugian’ itu..kerana hingga saat ini tiada ruang utk saya buat jualan semula..hatta breakeven..wlupun produl tesebut dikatakan mempunyai spread yg rendah..terima kasih..

-qwert-

Reply

104 Mohd Zulkifli Shafie June 2, 2012 at 6:41 pm

Wslm qwert,

Bagi saya jangka waktu tu terlalu baru untuk exit. Gold investment ni kita perlukan masa at least setahun. Bila dah terbeli pada harga tinggi, antara strateginya ialah;

(1) Tunggu jer harga naik,

(2) Beli lagi emas masa harga rendah. Bila harga menjunam terlalu banyak, mungkin boleh manfaatkan teknik pajak di ar-rahnu. Pajak semua emas tu dan beli waktu harga rendah. Bila harga back to normal, jual semua emas yang guna duit pajak tu.

(3) Bagi dealer emas, dia boleh gandakan keuntungan ketika harga rendah dgn cara promosikan emas waktu harga rendah. Dgn kata lain, tingkatkan jualan untuk maksimumkan KOMISYEN. Disamping bagi keuntungan orang beli harga rendah, dealer dapat untung atas komisyen.

Wallahu a’lam.

Reply

105 Anonymous June 3, 2012 at 12:43 am

Terima kasih encik zulkifli.:-)

-qwert-

Reply

106 Mohd Zulkifli Shafie June 4, 2012 at 12:59 am

Sama2 Qwert. Moga berjaya, insyaAllah.

Reply

107 Anonymous June 3, 2012 at 3:45 am

salam tuan.saya hanif..nak tnya skit boleh..antara perak dan emas mana lg bgs…dari graf yg saya tgk perak lg byk pningktan..waktu bl paling sesuai bli..adakah sy perlu lihat graf(graf PG)untuk beli emas atau perak?

Reply

108 Mohd Zulkifli Shafie June 4, 2012 at 12:48 am

Wslm Hanif,

Emas & perak masing-masing ada kelebihan.

Kelebihan perak, bila harga emas naik, dia naik 2, 3 kali lebih banyak daripada gold dan potensi kenaikan perak jauh lebih tinggi daripada gold. Sebabnya, nisbah harga gold:silver sekarang ni ialah 1:50 dan dia akan bergerak kepada harga asalnya ialah 1:16. Kedua, silver digunakan untuk industri dan lombong silver dah tak ada. Saya tengok, ramai Chinese suka beli silver.

Kalau nak beli silver, guna duit agak-agak tak pakai untuk 2, 3 tahun sebab harga silver agak volatile. Bila harga emas turun, dia pun akan turun 2, 3 lebih banyak daripada emas.

Kena ingat, silver tak boleh dipajak dan tak mudah dijual seperti emas, melainkan jaul balik kepada pengeluar.

Wallahu a’lam.

Reply

109 Anonymous June 3, 2012 at 12:53 pm

Salam en.Zul, nak tanya skit, kalau niat nak wat pelaburan jangka sderhana atau panjg, mana yg lebih untung antara beli gold bar atau dinar? Tq..

Reply

110 Mohd Zulkifli Shafie June 4, 2012 at 12:50 am

Wslm,

Kalau untuk jangka sederhana, gold lebih baik. Kalau untuk very long term, dua-dua pun baik cuma kalau diukur dari sudut potensi kenaikan harga jangka panjang, silver lagi bagus.

Wallahu a’lam.

Reply

111 Anonymous June 11, 2012 at 4:43 am

Salam, En Zul. Saya berhajat nak buat loan dgn Bank Rakyat RM100,000+ sb nak renovate rumah. Tapi saya blm plan bila nak mula. Kalau dah dapat loan nanti saya terpaksa byr ansuran stiap bln RM1200+. Boleh tak saya gunakan loan tu utk beli dinar emas sekurang2nya dapt byr balik ansuran loan. Tolong beri pandangan..

Reply

112 Mohd Zulkifli Shafie June 11, 2012 at 5:31 am

Wslm Tuan/ Puan,

Pertama, duit yang sesuai utk beli emas ialah duit yang tak pakai at least setahun. Kalau duit tu nak pakai dlm jangka terdekat, saya tak syorkan beli emas sebab harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Takut rugi bila nak pakai duit masa harga emas belum naik.

Kedua, kalau beli emas dgn duit loan, terbaiknya beli syiling 1 dinar semuanya. Boleh jual sikit2 in case nak buat bayar installment loan.

Wallahu a’lam.

Reply

113 nurul_lina_zam_0192415156 June 12, 2012 at 4:37 am

mohon share artikel ni dlm blog saya tuan..

Reply

114 Mohd Zulkifli Shafie June 13, 2012 at 10:26 pm

Silakan Puan Nurul…

Reply

115 Anonymous June 12, 2012 at 5:38 am

Akum en.zul,
Maaf, Saya nak mohon penjelasan skit berkaitan hukum pembelian emas public gold ni. Coz pd pengetahuan saya, kalau beli emas mesti bayar n terus dapat brg. Kalau tak, dikira riba. Tp emas public gold kena tempah dulu ikut harga semasa, lepas 3 ari bru dpt brg..camne tuh?

Reply

116 Mohd Zulkifli Shafie June 13, 2012 at 10:34 pm

Wslm tuan/puan,

Sekarang ni, lepas bayar boleh dapat terus pergi ambik emas tu di cawangan Public Gold. Atau paling lewat pun keesokan harinya.

Saya baru dapat update terkini pasal masalah ni. Sebenarnya, masalah bayaran & penyerahan tertangguh ni masih dalam khilaf (berbezaan) ulama’. Bagi ulama yang mengganggap duit kertas adalah barang ribawi, makan haram menangguhkan bayaran & serahan emas. Bagi ulama yang tak menganggap duit kertas adalah barang ribawi setelah duit kertas tidak disandarkan kepada emas sejak 1971, maka tak jadi masalah dari sudut penangguhan ni.

Khilaf ulama adalah rahmat, kedua-dua adalah betul. BIla dua-dua betul, maka kita bebas pilih yang mana satu. Saya pilih yang mana lebih memudahkan.

Tuan/ puan boleh rujuk penerangan lanjut oleh Ustaz Zulkifli Ahmad di link video ni; http://www.sunnahemas.com/index.php/galeri-video/viewvideo/14/penerangan/hukum-membeli-emas-a-perak-secara-ansurantertangguh-bhgn3-klip-9

Wallahu a’lam.

Reply

117 Anonymous June 13, 2012 at 11:40 am

salam en zul..nama sya Rauf sya bru nk bljr labur emas.. sya bru beli gold bar 20gm tp skrg bila bca blog ni,bru tahu beli dinar lg bgus… mcm mana cara kalau sya nk jd dealer?

Reply

118 Mohd Zulkifli Shafie June 13, 2012 at 10:38 pm

Wslm En. Rauf.

Untuk jadi dealer, kena buat belian minimum RM20k dalam satu belian. En. Rauf sms maklumat (1) nama penuh, (2) no IC, (3) email, (4) no telefon, (5) item yang nak di beli, (6) no. akaun Maybank atau Public Bank en. Rauf kepada dealer PG yang akan bagi bimbingan kepada En. Rauf.

Nanti dealer tu akan registerkan En. Rauf. Next steps, dealer tu akan guide En. Rauf untuk proses seterusnya, insyaAllah.

Reply

119 Anonymous June 14, 2012 at 3:24 am

As salam Tuan Zul.
Saya Amer,seorang peniaga yg sentiasa menggunakan modal pusingan.Saya ada membuka akaun kijang emas dgn maybank sebyk 400g pd thn lepas dgn harga RM149/gram.Dgn pembelian/simpanan dgn maybank mudah utk saya meleburkan simpanan emas bila sya perlu gunakan utk modal pusingan, membuat bayaran kereta & rumah dgn jualan semula antara 10~15gram/bulan.
Tuan Zul, ada tak cara yg lebih baik selain dari cara di atas dlm pelaburan emas.

Reply

120 Mohd Zulkifli Shafie June 15, 2012 at 12:47 am

Wslm En Amer,

Selain buka Akaun Simpanan Emas, beli emas fizikal (contohnya syiling 1 dinar). Beli & simpan di Safe Deposit Box. Bila nak pakai duit, jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit.

Kelebihan emas fizikal ni ialah;

(1) MANIPULASI BILA HARGA JATUH – kita tak risau harga emas jatuh sebab kita pegang emas fizikal, macam pegang barang kemas. Bahkan kalau harga emas jatuh pun, kita boleh gandakan keuntungan dengan pajak emas tu dan beli lagi emas pada harga rendah.

(2) BERNIAGA EMAS – Dengan amaun sebanyak 400g tu, En. Amer layak jadi dealer emas. Maksudnya, sambil simpan emas boleh bantu kawan-kawan dapatkan emas. Bila harga emas jatuh mendadak, En. Amer ingatkan kawan2 untuk ambik peluang membeli dan En. Amer akan dapat komisyen atas jualan.

Wallahu a’lam.

Reply

121 Anonymous June 15, 2012 at 4:11 am

Saya dah jual 100gram pada harga RM176/gram.Baki ada lagi 300gram.saya orang Ipoh, boleh tuan zul jadi upline saya & sifu..hehe @ ada wakil Ipoh Public Gold?

Reply

122 Mohd Zulkifli Shafie June 15, 2012 at 6:54 am

Ok, boleh insyaAllah. Kalau nak beli emas dan jadi dealer PG melalui saya, nanti En Amer emailkan/smskan maklumat dibawah kpd saya;

(1) nama penuh
(2) no ic
(3) no telefon
(4) email address
(5) item yang nak dibeli

Sebelum place order, saya kena consult dulu beberapa perkara supaya En. Amer boleh bermula dengan betul, insyaAllah.

Reply

123 Anonymous June 16, 2012 at 3:35 am

Assalam tuan,saya dah e-mail maklumat yang tuan perlukan.
Terima kasih.

Reply

124 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2012 at 12:18 am

Ok En. Amer,

Nanti kita communicate melalui email & phone call, insyaAllah.

Reply

125 ZAIRI June 14, 2012 at 3:33 am

ASLMKUM EN ZUL,
SAYA MEMPUNYAI BRG KEMAS 916 YG TERSIMPAN SEBERAT 21G. APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK MEMAFAATKANNYA?
1. PAJAK DAN DUITNYA DIBUAT MODAL BELI SYILING DINAR (PELABURAN)?
2. TERUS SIMPAN?
3. ATAU ADA TINDAKAN YG LEBIH BIJAK?
TQ

Reply

126 Mohd Zulkifli Shafie June 15, 2012 at 12:58 am

Wslm En. Zairi,

Barang kemas tu simpan jer. Kalau nak pajak pun, tunggu berlakunya kejatuhan mendadak harga emas.

Kalau nak buat pelaburan, En. Zairi boleh trade in barang kemas (emas perhiasan) yang spreadnya tinggi tu kepada emas pelaburan Public Gold yang spreadnya jauh lebih rendah.

Kebetulan bulan Jun 2012 ni, Public Gold buat promotion untuk (trade in) apa sahaja barang kemas kepada emas Public Gold. Dan harga belian balik yang ditawarkan oleh Public Gold pada saya adalah yang tertinggi di pasaran sempena promosi ni.

En. Zairi pergi mana-mana branch Public Gold untuk trade in. Rujuk link ni untuk maklumat lanjut.

http://www.publicgold.com.my/v1/images/stories/pdf/promotions/x-plan-may-promotion-2012.pdf

Wallahu a’lam.

Reply

127 Anonymous June 14, 2012 at 3:55 am

salam en zul..
sya bru terbaca mengenai pelaburn emas ini,setelah trjumpa blog en. zul,sye rse brminat utk menceburi pelaburan emas ini lebih kepda pembelian syiling dinar..boleh berikan sedikit nasihat dan rujukan sekiranya sye ingin membeli syiling dinar..?

Reply

128 Mohd Zulkifli Shafie June 15, 2012 at 1:03 am

Wslm Tuan/ Puan,

Saya syorkan baca dulu ebook percuma “5 Minit Review Tentang Emas”. Boleh download ebook tu dibahagian atas sebelah kanan blog ni. InsyaAllah, senang faham asas-asas penting pelaburan emas.

Kalau nak beli dinar PG, saya boleh bantu, insyaAllah. Sms atau emailkan saya (1) nama penuh, (2) no ic, (3) no. telefon, (4) email address, dan (5) item yang nak dibeli beserta kuantitinya.

Boleh contact saya di 019-3368009 atau ibnushafie@gmail.com.

Wallahu a’lam.

Reply

129 Anonymous June 17, 2012 at 6:42 pm

salam en zul..sy sbenarnya bcdg nak jd dealer PG..sy area KL..insyaallah duit 2 akan ckup dlm bln 8 nnt..adakah emas akan trun pd bln 8 nnt..sy ada tbaca yg ura-ura harga emas akan trun bln 8 nnt…terima ksh…

Reply

130 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2012 at 12:22 am

Wslm tuan/ puan,

Bagus tu jadi dealer PG. Sambil melabur kita boleh dapat extra income. Samada harga turun naik tu saya tak boleh bagi kepastian, sebab saya tak rely sangat dengan rumors. Kalau ikut pada trend sebelum ni, harga emas akan memuncak dalam bulan September – November.

Saya beli emas memang tak tengok harga sebab beli untuk long-term saving. Kebanyakkan prediction yang dibuat oleh mana-mana analyst hanya boleh rely 50% jer. 50% tu ikut rezeki masing-masing. Bagi saya, beli jer bila ada duit.

Reply

131 Anonymous June 23, 2012 at 1:29 am

salam cik zul. sy baru nak start pelaburan emas. bank mana yang patuhi syariah. apa pndpt saudara dengan emas 950?

Reply

132 Mohd Zulkifli Shafie June 24, 2012 at 7:36 am

Wslm tuan/ puan,

Setakat yang saya tahu, sekarang ni cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Ar-Rajhi jer patuh syariah. Emas 916 & 999 bagus untuk investment. Emas 950 tu pun ok sbb purity dia in between 916 – 999. Wallahu a’lam.

Reply

133 Anonymous June 28, 2012 at 3:16 am

Salam en zul,

Saya berminat untuk mendapatkan dinar emas daipada en zul, bagaimanakah caranya dan adakah caj2 lain yang dikenakan selain harga dinar tersebut. Cth: 1 dinar = RM700, kena bayar RM700 sahaja atau RM700 + caj?

-kid-
TQ

Reply

134 Mohd Zulkifli Shafie June 28, 2012 at 3:19 am

Wslm Kid,

Boleh, insyaAllah. Kalau duduk area KL, Damansara, free delivery Kid. Kalau jauh tu, depends. Apa2 boleh contact hp saya, 019-3368009. Saya akan bantu apa yang boleh, insyaAllah.

Reply

135 Anonymous June 28, 2012 at 4:00 pm

Assalamualaikum
Kalau saya nak beli sekarang nilai 20k ÷÷ (harga sekarang ok) untuk jadi dealer.
Apa perlu saya buat. Saya tinggal di ipoh, bila kena bank in duit.

Reply

136 Mohd Zulkifli Shafie June 28, 2012 at 4:07 pm

Wslm tuan/ puan,

Kalau nak beli dan jadi dealer, tuan/ puan hantarkan maklumat di bawah ni kepada saya untuk saya lockkan harga;

(1) Nama penuh
(2) No ic
(3) No telefon
(4) Email address
(5) No akaun maybank
(6) Item yang nak dibeli.

Selepas saya place order, tuan/ puan akan terima 2 email daripada Public Gold. Lepas dapat email ke-2 (Sales Order), baru boleh buat payment. Payment perlu dibuat terus ke akaun PG sebagaimana tertera dalam Sales Order dalam masa 4 hari dari tarikh sales order. Emas tu nanti boleh collect di PG cawangan Ipoh.

Hantarkan maklumat tuan/ puan ke ibnushafie@gmail.com atau 019-336 8009. Saya akan bantu apa yang boleh, insyaAllah.

Reply

137 Anonymous June 28, 2012 at 6:05 pm

Assalamualaikum
Saya sudah hantar maklumat. sudahkaaah tuan berjaya buat place order . Tk
Mohon maklumat lanjut via sms.
Murad

Reply

138 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2012 at 7:37 am

Wslm En. Murad,

Ok, kita keep in touch melalui email, insyaAllah.

Reply

139 MommyQaseh June 29, 2012 at 7:34 am

AsSalam..
Saya terjumpa blog Encik while browing about gold investment.
Saya berminat utk melabur and as a start, rasa nya nak cuba dapatkan 1 dinar dulu..
So, if berminat utk dapatkan dgn Encik Zulkifli, bagaimana ye?
Im staying in Shah Alam but working in KL (Jalan Sultan Ismail, near Sheraton).
If it is interesting, nak juga belajar n jadi ejen pulak.. start sikit2 dulu..
Hope to hear from you soon.

Terima kasih.

Reply

140 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2012 at 7:40 am

Wslm Puan,

Kalau Jalan Sultan Ismail dekat jer dengan ofis saya. Saya boleh deliver next week, insyaAllah. Nanti puan bagi no telefon puan untuk saya contact. No hp saya 019-336 8009 (Zul).

Wslm.

Reply

141 Anonymous July 3, 2012 at 4:20 am

so,ktne tmpt tbaik beli emas??confius nih….

Reply

142 Mohd Zulkifli Shafie July 3, 2012 at 4:23 am

Bagi saya, beli emas Public Gold. Senang beli, senang jual, dan untung maksimum sebab spreadnya rendah. Nak beli, boleh contact dealer atau pergi direct kepada ofis Public Gold. Kalau nak mudah, contact dealer. Nanti dia boleh assist tuan/ puan, insyaAllah.

Reply

143 Anonymous July 18, 2012 at 3:06 pm

saya masih belum membeli sebarang bentuk emas,saya masih memerhatikan dan belajar dari komem2 en zul,adakah patut saya bertindak sekarang atau ikuti lagi tunjukajar dari komen2 dari en zul

Reply

144 Mohd Zulkifli Shafie July 19, 2012 at 1:49 am

Saya syorkan belajar dulu asasnya. Clearkan segala keraguan, dan mulakan langkah pertama. Cara paling pantas belajar pelaburan emas ialah beli ebook “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” di http://www.jutawanemas.com. eBook tu the best reference saya setakat ni.

Kemudian, beli 1 dinar dulu pun ok untuk ‘feel’ simpan emas.

Wallahu a’lam.

Reply

145 Anonymous July 27, 2012 at 2:35 pm

Assalamualaikum,

Saya tgh plan nak bukak akaun emas dlm 20k di KFH, atas dasar simpanan jangka panjang dlm 2/3 tahun atau lebih. Nak biarkan je dalam tu. Nak beli silver tak pandai dan rasa tak sempat nak berguru.

Harap boleh beri sedikit pandangan kalau ada cara yg lebih baik utk org mcam saya.

Terima kasih.

Reply

146 Mohd Zulkifli Shafie July 31, 2012 at 4:48 am

Wslm tuan/ puan.

Kalau amount RM20k tu, saya rasa better beli emas Public Gold sebab dah layak jadi dealer. Maksudnya, tuan/ puan akan dapat komisyen 1% atas setiap belian, dan 0.5% setiap kali jual balik kepada Public Gold. Dan banyak lagi manfaatnya emas Public Gold berbanding KFH. Tuan/ puan boleh baca artikel saya bertajuk “5 Kriteria Memilih Emas Pelaburan”.

Wallahu a’lam.

Reply

147 Anonymous July 31, 2012 at 5:16 am

Assalamualaikum.

En. Zul,

Saya merancang untuk membeli PG kemudian menggadainya di ar-rahnu untuk modal beli PG lagi. Dalam masa yang sama sy berhasrat membuat pelaburan silver. Apa nasihat En. Zul untuk saya. Terima kasih.

Reply

148 Mohd Zulkifli Shafie July 31, 2012 at 6:39 am

Wsl tuan/ puan,

Untuk masa sekarang, saya tak syorkan pajak sebab kebayakkan Ar-Rahnu dah perketatkan polisi pajakan yang pasti membuatkan ramai pemajak akan tersepit. Ar-Rahnu bank dah tak terima pajakan selain barang kemas sejak Mei 2011 lagi. Semalam (30 Julai 2012), saya dapat maklumat Ar-Rahn Kelantan juga dah tak terima pajakan selain dari barang kemas.

Jadi, saya tak syorkan pajak untuk tujuan manipulasi pelaburan emas. Lebih ramai yang tersepit berbanding untung.

Wallahu a’lam.

Reply

149 Anonymous July 31, 2012 at 3:51 pm

Assalamualaikum,
En. Zul,

Terima kasih atas nasihat En. Zul.

Adakah selamat jika saya melabur dalam public silver? Atau En Zul mencadangkan silver yang lain?
Kerana selain ingin melabur dalam emas, saya juga berhasrat untuk melabur dalam perak.

Reply

150 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2012 at 1:08 am

Wslm tuan/ puan,

Kalau orang baru nak melabur silver di Malaysia, saya suggest beli Public Silver sebab company confirm Buy Back, dan price jual belinya transparent. Silver memang selamat, tapi price dia agak volatile (tak stabil) berbanding emas. Dari sudut potensi, harga silver akan pergi lebih juah berbanding emas untuk long term.

Wallahu a’lam.

Reply

151 Anonymous August 1, 2012 at 4:04 am

Assalamualaikum…

Terima kasih En. Zul…

Insyaallah… bila sampai masanya nanti sy harap en zul boleh jadi mentor saya.

Terima Kasih

Reply

152 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2012 at 7:05 am

Wslm. Alhamdulillah, insyaAllah tuan/ puan.

Reply

153 Anonymous August 2, 2012 at 10:59 am

Sy berminat utk buat pelaburan emas..tp sy xtaw apa2 psal emas.dan sy nk taw brp hrga skrg..klau sy nk mulakn?hrp dpt tlg..sy brumor 24thn.tp xde 1sen simpanan utk ms dpan..sy hrp encik dpt ajar dan bantu..terima kaseh..

Reply

154 Mohd Zulkifli Shafie August 2, 2012 at 11:24 am

Sebagai langkah pertama, saya syorkan baca ebook “5 Minit Review Tentang Emas”. Untuk dowload, gunakan link ni;

http://bit.ly/ODg3wy

Kalau ada apa2 persoalan lepas baca ebook tu, boleh contact saya 019-3368009 atau ibnushafie@gmail.com. InsyaAllah saya bantu apa yang boleh.

Reply

155 Anonymous August 7, 2012 at 12:03 am

Salam tuan

Berapa harga 1 dinar emas pg harini?

Akmal

Reply

156 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2012 at 1:39 am

Wslm Akmal,

Harga 1 Dinar PG pagi ni RM717. Harga berubah setiap 20 minit. Untuk semak harga semasa, Akmal boleh cek di http://www.publicgold.com.my.

Reply

157 Zilalul Hilmi August 24, 2012 at 7:08 am

salam..saya bermainat nk buat invesment gold ni..sy ada simpanan dlm 25K..tp sy smpan duit2 tuk beckup byr loan asb 200k dlm jgka masa setahun..
1. elok ke klu sy gne dividen akn dtg tuk bli dinar emas
2. dimana tmpt yg selamat tuk menyimpn dinar emas
3. apabila jd dealer msti ke sy kena ada blog spt tuan
4. dimana office PG terdekat area shah alam

Reply

158 Mohd Zulkifli Shafie August 27, 2012 at 10:50 am

Wslm En. Zilalul Hilmi,

1. Duit terbaik untuk beli emas ialah duit untuk simpanan jangka panjang, yang tak digunakan dalam masa setahun atau lebih sebab harga emas ada turun naik dalam jangka pendek.

2. Kalau emas tu banyak, paling baik sewa Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta.

3. Kalau jadi dealer, tak semestinya kena ada blog. Itu inisiatif masing-masing. Blog saya ni saya buka tahun 2008 lagi sedangkan saya jadi dealer pada Oktober 2010.

4. Office PG terdekat area Shah Alam ialah di Sunway Mentari.

Wslm.

Reply

159 Anonymous August 26, 2012 at 12:34 pm

assalam..saya ada 20k.skranya saya mnjdi dealer,slps mmbuat pmbelian apa yg perlu saya lakukan untuk memksimumkan klbhan sbg dealer?adakah saya hnya perlu berdiam dr dan mnympn shja dinar emas yg ada?

Reply

160 Mohd Zulkifli Shafie August 27, 2012 at 10:55 am

Wslm tuan,

Untuk memaksimumkan kelebihan sebagai dealer emas Public Gold, tuan bagi kesedaran seramai mungkin kenalan especially kenalan terdekat tentang kepentingan & kelebihan menyimpan emas. Kalau mereka berminat untuk membeli emas, bantu mereka dapatkan emas. InsyaAllah, dari situ tuan akan dapat komisyen atas usaha tuan memberi kesedaran orang ramai tentang kepentingan menyimpan emas.

Wallahu a’lam.

Reply

161 Anonymous August 27, 2012 at 11:23 am

sekiranya saya ingin menjadi dealer di bawah en zul, bolehkah enc zul menjadi mentor saya dan bolehkah pesanan sebanyak itu melalui pos tanpa perlu saya pergi ke PG terdekat dengan saya?

Reply

162 Mohd Zulkifli Shafie August 27, 2012 at 11:27 am

InsyaAllah, saya akan bantu apa yang termampu. Untuk urusan jual beli, tuan emailkan kepada saya. Nanti kita bincang melalui email (ibnushafie@gmail.com) atau telefon (019-336 8009) untuk arrangement khusus, insyaAllah.

Reply

163 Anonymous August 27, 2012 at 12:14 pm

Insya’Allah dlm minggu ini saya akn hbgi en zul. Tksh ats kerjsm en zul.

Reply

164 Mohd Zulkifli Shafie August 27, 2012 at 12:30 pm

Ok, insyaAllah..

Reply

165 Anonymous August 27, 2012 at 2:05 pm

salam en zul..sy dr kelantan,berminat utk membeli emas PG dr tuan.tp adakah sesuai utk membelinya sekarang kerana harga emas sgt tinggi lepas raya ni

Reply

166 Mohd Zulkifli Shafie August 27, 2012 at 2:31 pm

Wslm tuan,

Boleh, insyaAllah saya boleh bantu. Kalau untuk simpanan long-term, bila-bila pun sesuai beli. Harga 1 Dinar sekarang ni sekitar RM740, ia masih rendah berbanding harga tertinggi tahun iaitu RM800 bulan Februari 2012.

Saya tak berani ramal harga terus naik ataupun turun dulu sebelum naik balik tapi ikut trend sebelum ni, dia akan turun dulu sebelum naik lebih banyak. Berapa banyak turun tu tak siapa yang tahu…

Wallahu a’lam.

Reply

167 Anonymous August 29, 2012 at 7:28 am

Salam tuan,

Saya bercadang untuk menggunakan duit raya anak2 untuk membeli silver sebanyak 100 gram dan 2 dirham untuk simpanan anak2..untuk membeli 1 dinar tidak cukup..adakah berbaloi membeli silver atau duit raya tersebut disimpan di ASB sahaja?

Reply

168 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2012 at 7:36 am

Wslm,

Kalau untuk simpanan jangka panjang, memang sesuai beli silver. At least untuk simpanan 2 – 3 tahun baru berbaloi sebab harga silver agak volatile (tak stabil) berbanding emas. Bila harga emas naik, dia naik 2, 3 kali ganda berbanding emas. Macam tu jugalah sebaliknya.

Wallahu a’lam.

Reply

169 Anonymous August 29, 2012 at 8:12 am

tq tuan

Reply

170 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2012 at 8:17 am

You are welcome.. :)

Reply

171 Anonymous September 27, 2012 at 2:18 am

Salam Tuan,

Boleh tuan terangkan ttg produk emas GSR? apa beza dengan produk PG?

Reply

172 Mohd Zulkifli Shafie September 27, 2012 at 2:28 am

Wslm Tuan,

Emas GSR agak tinggi spreadnya/ susut nilainya berbanding emas PG. Contohnya, gold bar 10g keluaran GSR 13.25%, sedangkan gold bar 10g keluaran PG cuma 8%.

Katakanlah harga emas naik sebanyak 10%, maka pembeli emas PG dah untung 2% (10% – 8%) sedangkan pembeli emas GSR masih lagi rugi 3.25% (10% – 13.25%).

Saya ada terangkan secara detail dalam artikel saya bertajuk “Perbandingan Spread Emas di Malaysia”. Tuan boleh copy paste link ni; http://bit.ly/NH6UGf

Wallahu a’lam.

Reply

173 Anonymous October 2, 2012 at 3:11 pm

Salam…sy ada dengar ttg vgmc….apa pendapat en mengenainya?

Reply

174 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2012 at 1:06 am

Wslm.

Pertama, VGMC telahpun disenaraikan oleh Security Commission sebagai pelaburan yang tak sah. Yang kedua, ia tak melibatkan emas fizikal sebab ia cuma ‘saham’ emas. Anything happen kepada company, pelabur akan kehilangan semua duit yang dilabur sebagaimana syarikat skim pelaburan emas Genneva yang telah diserbu oleh BNM dua hari lepas.

Saya tak berani syorkan sesiapa join SKIM pelaburan emas. Kalau nak labur dalam emas, beli emas FIZIKAL dan kita simpan sendiri emas tu. Anything happen kepada syarikat, kita tak perlu risau sebab emas fizikal yang kita pegang tu tetap EMAS dan ia tetap TULEN.

Wallahu a’lam.

Reply

175 amran October 3, 2012 at 8:04 am

salam,saya keliru disini ada yg kata utk pelaburan elok beli gold bar dalam masa yg sama ada yg kata utk pelaburan elok beli dinar sebab senang nak jual sebab kecairannya tinggi ,mohon penjelasan .tkasih

Reply

176 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2012 at 8:14 am

Wslm En. Amran,

Gold bar tu biasanya berketulenan 999 (emas gred 1), dan Dinar biasanya berketulenan 916 (emas gred 2). Memang emas 999 tu lebih baik dari emas 916. Kalau di kedai emas, emas 999 tu sprednya lebih rendah (lebih untung) berbanding emas 916. Jadi, secara umumnya, memang emas 999 tu lebih baik.

Tapi dalam konteks emas Public Gold, spread Dinar 916 lebih rendah berbanding spread Gold Bar 999. Jadi, emas spread rendah lebih cepat untung berbanding spread tinggi.

Dari sudut simpanan jangka panjang, kedua-dua jenis emas tu memang bagus untuk simpan nilai jangka panjang. Kebanyakkan barang kemas di buat dengan emas 916 disebabkan nilai jangka panjang disamping ianya lebih kukuh.

Untuk faham lebih lanjut, En. Amran boleh rujuk artikel saya bertajuk “Emas Public Gold Yang Mana Paling Untung?”. Sila gunakan link ni:

http://bit.ly/S9OZF7

Wallahu a’lam.

Reply

177 amran October 3, 2012 at 10:41 am

salam, tkasih en zul atas info tersebut dan saya ingin minta pandangan en zul .sebenarnya saya ada pelaburan dalam public mutual lebih kurang dalam 20k jadi kalau saya bercadang utuk beli emas apakah saya perlu keluarkan semua semua simpanan itu saya harap en zul dpt beri cadangan terbaik utk saya .tkasih

Reply

178 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2012 at 10:55 am

Wslm En Amran,

Antara pengurusan pelaburan yang baik ialah kita pecah2kan dana pelaburan. Dalam konteks unit trust & emas, maksudnya letak sebahagian dlm unit trust dan sebahagian lagi dlm emas. Itu terpulang kpd En Amran.

Tapi saya secara peribadi melabur dlm unit trust guna duit EPF jer. Duit cash saya beli emas kesemuanya sebab saya tak yakin dengan financial system dunia sejak akhir2 ni. Ikut pada pakar sejarah matawang, petanda2 yang ada pada hari ini (spt banyak peperangan, percetakan USD tanpa disandarkan kpd emas, krisis hutang negara2 besar), itu petandanya sistem kewangan tu akan collapse yang menyebabkan duit kertas tak bernilai. Yang akan selamat hanya mereka yang ada emas, perak, tanah pertanian dan stok makanan jer. So, saya simpan emas lebih kepada wealth protection, bukan sangat utk pelaburan.

Wallahu a’lam.

Reply

179 amran October 3, 2012 at 11:03 am

tq en zul atas info ini. semuga tuan sentiasa dirahmati allah dan dimurahkan rezeki selalu

Reply

180 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2012 at 9:34 pm

Its ok. T.kasih atas doa. Moga Allam merahmati En. Amran sekeluarga. Amiin.

Reply

181 amran October 4, 2012 at 1:41 am

salam, saya cadang nak beli emas pg untuk permulaan sy nak beli 1dinar dulu dan saya ingin jadikan en zul ni introduce saya dan saya rasa en zul pun memang dealer pg kan.urusan pembelian tu saya akan ke pg ampang.saya tak tahu lagi nak beli bila tapi insyaallah dalam bulan ni jugalah dan saya ada lawati web pg jadi sedikit sebanyak tentang pg ni sy ketahui dan sy nak tanye en zul ada apa2 lagi yg perlu sy tahu tentang pg ni,oh ya smlm sy add en zul kat fb dan sy rase en zul asal klate,sy pun klate juge tp lamo doh duk KL klik jare2

Reply

182 Mohd Zulkifli Shafie October 4, 2012 at 3:33 am

Wslm En. Amran,

Kalau nak letakkan saya sebagai introducer, En. Amran bagi nama saya & no. kod dealer saya kepada PG masa nak beli tu i.e. Mohd Zulkifli Shafie (PG002369). Kalau ada masa, saya syorkan En. Amran join mana-mana talk yang dibuat oleh En. Faizan atau En. Syukor di PG Ampang. Boleh cek jadual di website PG.

Oh, En. Amran orang Klate. Saya pun orang Klate. Saya boleh dikatakan balik sebulan sekali atas urusan bisnes. Salam ukhuwwah… :)

Reply

183 amran October 4, 2012 at 6:03 am

t.kasih en zul

Reply

184 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2012 at 10:45 pm

Alhamdulillah.

Reply

185 Anonymous October 27, 2012 at 3:39 am

salam tuan..sy ada dianr pg dan memerlukan duit..klu sy jual hrga mcm jatuh skrg..blh x sy pajak kat mn2 area kl..ke tuan je yg nak bli..hehe

Reply

186 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2012 at 10:47 pm

Wslm tuan,

Dinar PG boleh dipajak di Ar-Rahnu Time Zone (dekat Habib Jewel Ampang Point) atau ada satu Ar-Rahnu di Sri Gombak. Kalau tuan nak jual 1 dinar PG, insyaAllah saya akan beli. Contact 019-336 8009 (Zul).

Reply

187 Anonymous October 28, 2012 at 1:48 pm

Salam tuan..sy masih belajar dalam pelaburan Emas.. sy nk mint a pandangan tuan.. sy bercadang Ingin mmbuat pnjaman bank rakyat utk membuka galeri Emas hanagold, kerana sy rase ia 1 perniagaan Emas yg baik… cume sy masih sedang berfikir.. mohon pandangan tuan…. Terim a Kasih…

Reply

188 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2012 at 10:54 pm

Wslm tuan,

Saya pernah dengar tentang Hana Gold, tapi tak tahu konsep perniagaan Hana Gold. Mungkin tuan kena study dulu pasal bisnes tu sebelum buat loan. Katakanlah modalnya RM100k, try cek berapa kos untuk setup galery, berapa kos untuk beli emas. Kalau kos galeri tu besar, tuan kena kira potensi keuntungan.

Kalau emas Public Gold risikonya sangat rendah sebab semua modal kita gunakan untuk beli emas. Contohnya, modal tuan RM100k. Semua RM100k tu digunakan untuk beli emas kesemuanya, tak ada overhead.

Wallahu a’lam.

Reply

189 Nan Sakai October 29, 2012 at 1:47 pm

Salam..banyak yg saya kena belajar pasal.emas sebelom buat pelaburan.

Reply

190 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2012 at 5:17 am

Wslm En. Nan,

Ambik sedikit masa untuk belajar sebelum bermula. Artikel saya dalam blog ni cukup untuk memandu tuan bermula dengan betul, insyaAllah.

Reply

191 Anonymous November 4, 2012 at 3:20 am

t.kasih

Reply

192 Mohd Zulkifli Shafie November 5, 2012 at 6:22 am

Alhamdulillah..

Reply

193 Anonymous November 30, 2012 at 2:21 pm

salam tuan zul..smoga tuan & kluarga dcucuri rahmat..
sya mmg bmnat ngan plaburan emas..still lg blaja..umur pun bru 21 tahun..msih x de modal nak bli emas buat plaburan..hehe..yg penting..blog tuan nie mmg mmbri byk manfaat..smoga tuan dlm rahmatNYA :)

Reply

194 Mohd Zulkifli Shafie November 30, 2012 at 10:54 pm

Wslm.

Alhamdulillah, moga blog yang seadanya ni bermanfaat untuk tuan. Bagus tu, masa umur muda dah explore ilmu pelaburan ni. Tahniah!

Reply

195 Anonymous December 4, 2012 at 11:46 am

wang kertas ciptaan manusia.kita hidup dalam penipuan yahudi,apa yang ada dalam dompet adalah hasil debu-debu riba,yang mencipta sistem kapitalis untuk umat manusia.emas,logam ciptaan Allah s.w.t. asal usul emas adalah dari sisa-sisa bintang di alam smesta,(letupan bing bang)sebab itu sifat berkilau.simapan lah emas sebagai simpanan,allah s.w.tjuga yang maha mengetahui.salam.

Reply

196 Mohd Zulkifli Shafie December 6, 2012 at 1:34 am

T.kasih tuan atas perkongsian yang bermanfaat. Moga Allah merahmati tuan sekeluarga. Amiin..

Reply

197 Anonymous December 9, 2012 at 10:58 am

saudara smua boleh bezakan rm50 pada tahun 80,90,20,12 akan datang 2020.nilai wang semakin hilang kuasa,apabila nilai wang fiat semakin mengecil,harga emas akan menigkat,sehingga pada satu tahap yang amat tinggi,sehingga tidak mampu dimiliki.bila ia terjadi manusia tidak akan mempercayai lagi wang fiat,dan kita akan kembali ke zaman penggunan dinar dan dirham.golongan ini telah bersiap sedia,mereka yang mencipta permainan dan penipuan ini dan mereka jga yang akan akan meruntuhkan sistem ini.Allah s.w.t juga yang maha mengetahui.salam.

Reply

198 Mohd Zulkifli Shafie December 10, 2012 at 9:45 am

T.kasih tuan atas perkongsian yang sangat baik. Moga Allah merahmati tuan, amiin..

Reply

199 saaidin saad December 14, 2012 at 2:26 am

Saya nak tya kalau nak jual balik pada individu? kat mana nak cari pembeli individu?yg senag deail.sy berhajat nak jual dinar. ..mengenagkan spreat yg sy beli dulu kalau ikut hrga buy back memang rugi..kalau ikut hrga sell baru ada untg skit.. Boleh bg pndangan?

Reply

200 Mohd Zulkifli Shafie December 15, 2012 at 10:12 pm

En. Saaidin,

Kalau En. Saaidin seorang dealer PG yang aktif, peluang untuk jual pada harga PG Sell tu memang banyak sebab always ada new customer datang beli. Tapi kalau bukan dealer atau dealer yang tak aktif, memang tak dapat jual harga PG Sell.

Kalau nak jual pada pembeli individu (kalau En. Saaidin bukan dealer yang aktif), samada dengan tanya kawan-kawan terdekat, bagi la sikit diskaun. Ataupun offer difacebook. En. Saaidin cuba masuk group “Gold Lot Shop” coz kat situ sentiasa ada tawar menawar. Kalau urusniaga melalui facebook, prinsipnya mesti Cash-on-Delivery. Dia hulur duit, baru En. Saaidin hulur barang coz macam-macam jenis penipuan pernah berlaku.

Wallahu a’lam.

Reply

201 Haziq Abdullah December 28, 2012 at 6:45 pm

Salam..
1 perkongsian yang baik mengenai pelaburan emas ;-)
dua tiga hari lepas baru terdengar akak2 sy cerita tntg pelaburan emas,so sy xplore & trjmpe blog ni..
umur pun bru 22 tahun,modal tu ade laa sikit kalau nak buat pelaburan kecil untuk masa skng..Tp xtw mcm mne cara nak mula,dgn sape sy prlu buat rujukan & bgaimana cara utk prses selanjutnya..

Reply

202 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2013 at 3:20 am

Wslm En Haziq,

Kalau ada sebarang persoalan tentang pelaburan emas, insyaAllah saya boleh bantu. Contact jer 019-3368009 (Zul) atau emailkan ke ibnushafie@gmail.com.

Reply

203 Pelaburan Emas January 17, 2013 at 7:53 am

Pelaburan emas memang menguntungkan,tetapi kalau tersilap teknik memang tak untung.Jadi jika nak buat pelaburan dalam emas mesti ada ilmu yang betul.Kalau tidak makan diri.Ada sesiapa setuju dengan cadangan saya.

Reply

204 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2013 at 8:31 am

Saya setuju dengan cadangan tuan… :)

Reply

205 Ekin achu January 17, 2013 at 4:37 pm

Salam…
Saya xde ilmu pelaburan emas. Apa yg sy buat hanya beli 1dinar setiap bulan, at least (baru berjinak-jinak). terus menyimpan fizikal emas secara sendiri tiada ke ar-rahnu dan sebagainya. Adakah saya dilaluan yang betul utk pelaburan emas? Minta sedikit advice dari tuan. Tq.

Reply

206 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2013 at 9:36 pm

Wslm Puan,

Cara puan tu memang dah betul. Tu dipanggil teknik “Dollar Cost Averaging”. Teruskan menyimpan secara konsisten. InsyaAllah.

Reply

207 Pelaburan Emas January 19, 2013 at 9:03 pm

Boleh lawati laman ni untuk dapay ilmu pelaburan
http://rahsiapelaburanemas.jomaffiliate.net/

Reply

208 Mohd Zulkifli Shafie January 19, 2013 at 11:53 pm

Tq.

Reply

209 Pelaburan Emas January 19, 2013 at 9:00 pm

Tahun ni harap harap harga emas naik.Hehehe.Boleh lawati laman ni dan subscribe email.

Reply

210 Mohd Zulkifli Shafie January 19, 2013 at 11:52 pm

Mudah-mudahan, insyaAllah.

Reply

211 Anonymous January 22, 2013 at 2:31 pm

Salam, adalah sekarang masa yang terbaik untuk membuat pelaburan?

Reply

212 Mohd Zulkifli Shafie January 23, 2013 at 11:38 pm

Wslm,

Awal tahun antara waktu terbaik membeli emas. Biasanya harga emas paling rendah untuk sesuatu tahun ialah sekitar bulan Januari – Februari dan dia akan peak bulan September – Oktober.

Wallahu a’lam.

Reply

213 Anonymous January 24, 2013 at 2:19 am

Salam.
Terima kasih atas perkongsian ilmu…
Soalan saya: saya telah membeli emas berbentuk barang kemas untuk pelaburan jangka masa lima tahun. Pembelian saya melalui tempahan emas dan harga pada masa beli 168/gram untuk 20grm. Saya dijanjikan terima fizikal emas dalam jgka masa 2 minggu tapi kini sudah hampir tiga minggu lewat. Adakah saya kategori ditipu? Dan bagaimana pula cara muamalatnya dlm islam.

Bagaimana ntuk saya dptkan pg di jb?

Reply

214 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2013 at 2:27 am

Wslm tuan,

T.kasih berziarah ke blog seadanya ni.

Pasal pembelian emas 20g yang masih belum dapat tu, kena follow up dengan kedai/ pengeluar. Tempahan barang kemas biasanya ambil masa sikit. Kalau tuan beli dengan syarikat yang ada reputasi, saya rasa tak ada masalah.

Kalau tuan nak beli emas PG di JB, insyaAllah saya boleh bantu. Contact saya 019-3368009 (Zul). Tq.

Reply

215 Anonymous January 26, 2013 at 10:03 pm

Ape pandgn tntg amsyiq gold..sy lihat mereka ada sistem dealer dan diskaun.. Ape kelebihan PG vs Amsyiq gold. Mohon pencerahan.. Dan sy berminat utk bjumpa dgn saudara zul bersama suami saya…memndagkan lokasi kita berdekatan…

-pn nurul

Reply

216 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2013 at 2:32 am

Wslm Pn Nurul,

Amsyiq Gold ok, spread dia pun lebih rendah daripada PG. Cuma harga dia lebih mahal dan saya juga risau dengan status company tu yang masih belum terkeluar dari Alert List BNM sejak Julai 2012. Dah 6 bulan. Wallahu a’lam.

Kalau Puan Nurul & suami nak jumpa saya untuk dapatka consultation tentang emas, insyaAllah kita boleh aturkan. Contact saya 019-3368009.

Reply

217 Anonymous February 17, 2013 at 4:35 am

akum….maaf bertanye,en.zul adk beradik zakie yg kje kt putrajaya ke?

Reply

218 Mohd Zulkifli Shafie February 17, 2013 at 5:34 am

Wslm.

Betul, saya adik Zakie yang bekerja di Putrajaya. Macam mana tuan kenal Zakie? :)

Reply

219 Unknown April 5, 2013 at 6:02 am

salam,saya nak tambah duit pendapatan. adakah pelaburan emas cara yang terbaik cik? boleh jelaskan? saya memang tak tau sangat bab emas ni.. saya takut tersilap langkah.

Dengar2, kalau beli emas, tunggu beberapa tahun, harga emas akan meningkat. dan kita boleh jual semuala pada adar yang tinggi. macam mana? minta penjelasan..

Reply

220 Mohd Zulkifli Shafie April 5, 2013 at 7:20 am

Wslm tuan,

Cara terbaik untuk tambah pendapatan ialah dengan berniaga. Kalau tuan bekerja, manfaatkan masa 10 – 15 jam seminggu untuk bisnes sambilan. Ia jauh lebih menguntungkan daripada simpan emas.

Emas sangat ideal untuk simpanan jangka panjang dan lindungi kekayaan. Kalau dia simpan dalam bentuk duit kertas, kekayaan makin menyusut dari tahun ke tahun sebab inflasi. Tapi emas dia tak perlu risau. Kuasa beli emas sentiasa kekal zaman berzaman.

Jadi, kalau nak tambah pendapatan, cara terbaik ialah perniagaan, bukan pelaburan. Wallahu a’lam.

Reply

221 Anonymous April 18, 2013 at 9:02 am

Assalammualaikum,

Saya dalam proses mendapatkan info tentang pelaburan emas dan mencuba mencari pelabran yang mempunyai susut nilai yang paling rendah.

tengah comparekan maybank gold investment account dengan kijang emas (emas fizikal) . dari apa yg saya baca daripada blog tuan pelaburan emas fizikal lagi berbaloi berbanding dengan buku pelaburan . daripada apa yang saya lihat di website maybank2u) harga sell segram kijang emas=156.4 untuk one oz dan segram gold dengan gold investment account bersamaan 137.36 .Dan Public gold dinar 1gm=144.47 .kenapa price segam untuk gold investment acc lagi rendah daripada emas fizikal(dinar emas atau kijang emas).

Fariza

Reply

222 Mohd Zulkifli Shafie April 18, 2013 at 9:21 am

Wslm Pn. Fariza,

Memang emas maya (termasuk akaun simpanan emas) lebih murah daripada emas. Sebabnya, emas maya tak melibatkan kos pengeluaran emas fizikal macam kos pengilangan, pengangkutan, kos operasi, dan berbagai-bagai overhead. Puan beli emas, tapi tak dapat emas. Puan hanya dapat kertas yang tertulis nombor sahaja.

Untuk makluman puan, tak ada mana-mana pengeluar emas di dunia yang menjual emas pada harga emas maya.

Wallahu a’lam.

Reply

223 sam June 17, 2013 at 7:59 am

Salam, bole tanya sikit? KFH tu selamat ke? Saya berhajat untuk buka akaun emas untuk anak2..

Reply

224 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2013 at 1:45 am

Wslm,

KFH ok. Halal dan selamat. Bagus juga tu.

Reply

225 nasr July 20, 2013 at 2:49 am

Saya bersyukur diketemukan dgn blog ni… Bloger pn sngt ramah… Terima kasih … Puji – pujian bg Allah… semoga Allah memberkati usaha en.Zul…

Reply

226 Mohd Zulkifli Shafie July 20, 2013 at 3:06 am

Alhamdulillah En. Nasr, terima kasih berziarah ke blog seadanya ni, dan terima kasih atas doanya. Moga Allah merahmati En. Nasr.

Salam ukhuwwah. :)

Reply

227 Din September 1, 2013 at 4:42 pm

Tuan,

Maknanya berbaloi la beli 2 e book tu?

Reply

228 Mohd Zulkifli Shafie September 1, 2013 at 7:25 pm

Memang berbaloi. Saya memang recommend beli dua ebook ni bagi sesiapa nak betul2 faham pelaburan emas.

Reply

229 Nurul September 13, 2013 at 2:58 pm

salam.. saya suka berziarah ke blof en zul..sgt bermanfaat..setakat ini saya dh ada 1×1/4 oz kijang emas, 1x 5g Pamp Suisse dan 3x 1g GCP.Baru- baru ini saya ada membeli 5 dirham KGT dan 10 dirham PG kerana potensi silver yg lbh tinggi berbanding emas. Tujuan saya untuk simpanan 10 tahun depan utk setelkan hutang rumah.apa pendapat tuan , elok beli emas atau silver?

Reply

230 Mohd Zulkifli Shafie September 13, 2013 at 4:35 pm

Wslm Pn. Nurul,

Dari sudut potensi, ramai pakai logam berharga meramalkan harga silver yang pergi lebih jauh berbanding % kenaikan harga emas atas banyak faktor. Emas dan perak masing-masing ada kelebihan. Emas harga lebih stable, senang dijual dimana-mana, susut nilai rendah, boleh dipajak, senang disimpan sebab kecil. Silver naik lebih cepat, tapi jatuh pun lebih cepat. Susut nilainya tinggi. Ia tak boleh dipajak, dan tak mudah dijual kecuali kepada pengeluarnya sendiri.

Saya simpan 70% emas, 30% silver.

Wallahu a’lam.

Reply

231 sham September 16, 2013 at 11:26 pm

salam en zul…

saya baru merancang melabur emas dgn pinjaman d bank. full loan. bayar dgn gadai 1 keping sebulan… apa pandangan en zul?

Reply

232 Mohd Zulkifli Shafie September 17, 2013 at 12:35 am

Wslm En. Sham,

Beli emas dengan duit pinjaman tu ok kalau untuk long-term saving. Tapi kaedah bayaran dengan gadai emas 1 dinar sebulan tu takut menambah beban hutang sebab gadaian tu perlu ditebus balik. Saya syorkan En. Shom buat loan dengan kadar ansuran yang En. Sham mampu bayar dengan duit gaji. Kalau nak lagi berbaloi, saya syorkan berniaga emas sambil menyimpan emas. Duit komisyen PG insyaAllah boleh cover ansuran bulanan kalau diusahakan dengan betul dan sabar.

Reply

233 azlina September 20, 2013 at 12:38 am

As slm..
Sy ada memilik 2 gold bar poh kong… sy dh pun baca artikel di atas… blh x sy nk tkrkn gold bar tersebut kpd PG n bgaimanakah caranya… maaf… sy mmg kurang arif tntg plbrn ini…

Reply

234 Mohd Zulkifli Shafie September 20, 2013 at 7:02 am

Wslm Pn. Azlina,

Puan boleh tukar dengan emas Public Gold sebagaimana panduan yang saya berikan dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/09/trade-in-emas-kepada-public-gold-minimumkan-kerugian.html. Kalau ada sebarang persoalan, boleh contact saya 019-336 8009 (call/sms/wassap). Tq.

Reply

235 aidil September 26, 2013 at 12:57 pm

assalaamualaikum
banyak dapat info berguna dan banyak juga soalan yang nak ditanya.hehehe..
cuma nak tanya macam mana caranya nak jadi dealer, ada tetapkan bayaran dan apa keistimewaannya?

aidil tangkak.

Reply

236 Mohd Zulkifli Shafie September 26, 2013 at 1:05 pm

Wslm En. Aidil,

Alhamdulillah. TQ berziarah ke blog ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Untuk jadi dealer, kena buat belian RM20k dlm satu resit, automatik jadi dealer. Keistimewaannya banyak, En. Aidil boleh baca penerangan saya di artikel http://www.mohdzulkifli.com/2012/04/6-kelebihan-bisnes-jual-beli-emas.html

Kalau En. Aidil ada apa-apa persoalan, boleh terus contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap) pada bila-bila masa. InsyaAllah saya akan guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

237 Eza October 11, 2013 at 1:55 am

Assalamualaikum

Saya nak minta pendapat En. Zul tentang AMETHYST GOLD. Kawan saya ada ajak untuk join dan perlu membayar RM380 untuk menjadi ahlidan company akan beri kita emas secara percuma dan juga bonus sebanyak RM500.. Harga emas gold bar dan 1 dinar juga murah jika kita menjadi ahli.

Adakah berbaloi jika saya menyertai company ni?

Reply

238 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2013 at 10:56 am

Wslm Pn. Eza,

Asas tentang pelaburan emas fizikal sebenar ialah;

1. Beli emas, dapat emas. Bukan dapat kertas, penyata dsb.
2. Emas tu kita simpan sendiri.
3. Keuntungan tunai hanya bila jual ketika harga emas naik. Buy low, sell high.

Kalau pelaburan emas yang ada ciri di bawah, ada kebarangkalian ia skim cepat miskin:

1. Beli emas, dapat kertas.
2. Menjanjikan pulangan tetap. Biasanya pendapatannya sangat lumayan.
3. Orang join bukan untuk memiliki emas. Emas hanyalah “topeng” kepada matlamat yang lain.

Itulah asasnya bila nak terlibat dalam mana-mana pelaburan emas.

Wallahu a’lam.

Reply

239 Eza October 13, 2013 at 3:21 pm

terima kasih ye en.zul..tapi encik pernah dengar ke Amethyst Gold ni? yg ni nmpk mmg nmpk cm skim cpt kaya sbb ada downline.. tp emas yg kita beli mmg akan dpt ke tangan..tp dr segi harga yg d tawarkan sy xbrp pasti..ada kah berbaloi jika sya join dan beli emas Amethyst ni?

Reply

240 Mohd Zulkifli Shafie October 15, 2013 at 6:18 am

Maaf Pn. Eza, saya pernah dengan pasal company tu tapi saya tak pasti macam mana cara sebenar dia beroperasi. Syarat yang paling minimum mesti ada ialah; beli emas, dapat emas dan emas tu Pn. Eza pegang sendiri. Harga yang dijual juga mestikan mengikut harga pasaran.

Wallahu a’lam.

Reply

241 Eza October 15, 2013 at 6:24 pm

Tem kasih ye..Alhamdulillah sya beli jugak 1 dinar dr PG.. Dari sya bayar rm380 utk jadi ahli Amethyst Gold cuma dpt 1gm goldbar 999..baik sya beli terus dr PG..blog encik betul2 membantu org mcm sya yg baru nk mulakn langkah pertama dalam pelaburan emas ni :)

Reply

242 Mohd Zulkifli Shafie October 15, 2013 at 10:52 pm

Alhamdulillah… Tahniah kerana bermula dengan Public Gold. Platform pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia.

Reply

243 Faisal Sabri October 21, 2013 at 12:33 pm

Mohon share yer..

Reply

244 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2013 at 1:21 pm

Silakan En. Faisal. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Reply

245 Khairul October 22, 2013 at 10:49 pm

Salam. Saya ada 2 soalan:
1- Sekarang harga 1 Dinar ialah RM 615, jatuh berbanding harga sebelum ini. Adakah sekarang masa yang baik untuk beli sebagai simpanan?

2-Adakah konsep beli emas Public Gold secara online (lock in price-bayar online- ambil emas fizikal di Public Gold selepas beberapa hari) sah hukumnya? Bukankah jual beli emas kena ada akad dan diambil terus pada masa pembelian i.e. tak bertangguh?

Reply

246 Mohd Zulkifli Shafie October 22, 2013 at 11:07 pm

Wslm En. Khairul,

1. Harga tertinggi sejak April 2013 ialah RM658, harga terendah dalam RM550. Bagi saya paras sekarang bagus untuk membeli. Harga tertinggi 1 dinar pernah cecah RM830.

2. Tentang hukum jual beli emas, En. Khairul boleh rujuk dalam artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/10/jual-beli-emas-secara-ansuran-apa-hukumnya.html .

Mudah-mudahan ia menjawab persoalan En. Khairul. Wallahu a’lam.

Reply

247 ayu November 5, 2013 at 5:45 pm

salam, terima kasih atas ilmu yg dikongsi yg sangat bermanfaat. saya masih belajar dn akan tamat pd awal tahun 2015 dn berniat untuk menggunakan duit lebihan pinjaman ptptn untuk melabur dlm emas. adakah tindakan saya wajar atau lebih baik sye gunakan duit itu untuk bayar balik pinjaman ptptn. jika tindakan sye itu wajar, sbagai begginer, pelburan emas yg bagaimana elok untuk saya sebagai fresh graduate? elok beli dinar atau jongkong emas? lagi satu, boleh tak kongsikan link untuk mnyemak harga semasa emas dn bagaimana nilai emas pde tahun 2013 ni, adakah mnurun atau naik? terima kasih

Reply

248 Mohd Zulkifli Shafie November 6, 2013 at 7:12 am

Wslm Cik Ayu,

Alhamdulillah, terima kasih berziarah ke blog saya. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

1. Walaupun dalam jangka panjang harga emas sentisa naik, tapi ia ada naik turun dalam jangka pendek. Elok juga duit tu simpan di tempat yang tempat konsisten nilainya macam Tabung Haji. Walaupun rendah pulangannya rendah, tapi ianya konsisten. Tapi kalau takut duit tu habis dibelanjakan, esok selamatkan cepat-cepat dengan beli emas.

2. Saya syorkan beli dinar sebab susut nilainya rendah. 1 dinar cuma 6% sedangkan gold bar 10g susut nilainya 8%.

3. Untuk semak sejarah harga emas dunia, Cik Ayu boleh ke link http://goldprice.org/gold-price-history.html.

Wassalam.

Reply

249 Ummu Faris November 7, 2013 at 3:07 pm

ingin bertanya. jika membeli emas di KFH yang patuh syariah, minimum kita kena beli initialnya 10gm harganya ikut hari tersebut. tapi kita tak dapat emas itu secara fizikal hanya atas kertas, yang ditunjukkan hanya 1 gm. Adakah itu sah pembelian tersebut. terima kasih.

Reply

250 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2013 at 11:41 pm

Kalau dengan KFH tak perlu risau sebab ia dah ada majlis pengawasan syariah. Kalau tak patuh syariah, majlis penasihat syariah yang tanggung dosanya.

Wallahu a’lam.

Reply

251 Salim January 7, 2014 at 1:41 pm

Assalamua’alaikum En. Zul, saya sgt berminat dgn pelaburan emas Public Gold setelah sy meneliti latar belakang syarikat.
Sy mohon pandangan drpd En Zul sikit ttg perihal ‘patuh syariah’. Adakah PG patuh syariah? Atau sememangnya urusniaga PG berteraskan syariah tetapi PG belum lagi memohon sebarang pengiktirafan ‘patuh syariah’. Sy percaya jika PG diiktiraf secara rasmi sbg ‘patuh syariah’, semakin ramai pelabur yg berminat. Tkasih En. Zul.

Reply

252 Mohd Zulkifli Shafie January 7, 2014 at 3:40 pm

Wslm En. Salim,

Public Gold urusniaganya patuh syariah, cuma belum ada pengesahan sebab Public Gold urusniaganya cuma jual beli emas macam kedai emas jer. Kita bayar duit, Public Gold bagi emas. Emas tu kita simpan sendiri.

Saya selalu dijemput ke mesyuarat bersama Management Public Gold dan saya tahu, Public Gold memang sentiasa berusaha pastikan urusniaganya patuh syariah. Saya rasa bukan mudah dan bukan juga keperluan mendesak untuk Public Gold hingga perlu ada majlis pengawasan syariah secara formal sebagaimana bank sebab Public Gold tak tawarkan apa-apa pelaburan pada hakikatnya. Public Gold cuma jual beli kedai emas sahaja.

Wallahu a’lam.

Reply

253 Fadli January 13, 2014 at 8:47 pm

Salam..saja nk tnye. Yang mana lagi keras, dinar 22 karat atau dirham 24 karat?

Reply

254 Mohd Zulkifli Shafie January 14, 2014 at 3:34 pm

Wslm En. Fadli,

Saya tak pasti mana lebih keras. Tapi saya rasa silver lebih keras.

Reply

255 Hakim April 8, 2014 at 10:12 pm

Assalamualaikum. Saya ada kwn yg menawarkan dividen bulanan utk pelaburan emas. Emas dijual rm180 per g, dibeli balik dengan rm192 per g. Saya difahamkan dia akan membeli emas pamp suisse secara bundle dari kilang. Jadi dari situ dia akan mendapat keuntungan dari urusan jual beli dari kita dan juga kilang. Emas yang dibeli secara bundle itu pun akan dipajak di Ar-Rahnu utk mendapat modal yang lebih. Modal @ fizikal emas yg kita laburkan utk dividen bulanan akan dapat balik sekiranya kita minta. Apa pandangan tuan mengenai ini?

Reply

256 Mohd Zulkifli Shafie April 9, 2014 at 6:28 pm

Wslm En. Hakim,

Apa pun jenis pelaburan emas, perkara paling penting, beli emas mesti dapat emas. Bukan sekadar dapat resit, surat perjanjian ataupun surat pajak. Emas tu kita yang simpan sendiri, bukan syarikat yang simpankan. Kalau syarikat yang simpankan, risikonya sangat besar. Kalau berlaku apa-apa pada syarikat, kita yang lingkup dulu.

Wallahu a’lam.

Reply

257 Hakim April 19, 2014 at 8:15 pm

Jadi tuan, adakah ia haram dari segi syariah? mohon tuan siasat berkenaan hal ini.

Reply

258 Mohd Zulkifli Shafie April 19, 2014 at 8:46 pm

Apa yang saya faham, apa2 pelaburan yang janjikan keuntungan tetap, hukumnya haram. Wallahu a’lam.

Reply

259 Hakim April 19, 2014 at 8:57 pm

Terima kasih atas jawapan tuan. Saya harap dapat membantu kawan2 saya menjauhi pelaburan sebegini.

Reply

260 Mohd Zulkifli Shafie April 20, 2014 at 12:36 am

Alhamdulillah En Hakim.

Reply

261 Hj Ali April 10, 2014 at 6:05 pm

salam,

saya ada juag menerima pelawaan seorang kawan untuk membeli emas seperti encik hakim diatas, namun emas tersebut saya dapat dan saya sendiri simpan.

Reply

262 hanim April 21, 2014 at 3:36 pm

Salam

Saya sangat berminat untuk memulakan pelaburan emas secara aktif tetapi dalam proses pembelajaran lagi. Melalui pembacaan ebook menyingkap rahsia pelaburan emas, public bank menyediakan pelaburan melalui buku simpanan akaun dan boleh dikeluarkan secara fizikal atas permintaan pelabur. Dr Zaharuddin menyatakan pelaburan emas melalui buku akaun dibolehkan jika pelabur boleh mengeluarkan emas secara fizikal. Jadi saya rasa kaedah ini lebih selamat coz tak perlu simpan emas fizikal.

Apa pandangan tuan…

Reply

263 Mohd Zulkifli Shafie April 21, 2014 at 5:49 pm

Wslm Pn. Hanim,

Untuk akaun emas, setakat ni, cuma Kuwait Finance House (KFH) yang patuh syariah. Yang lain tu belum disahkan patuh syariah sebab kebanyakkan akaun emas lain, emasnya tak wujud. Beli emas, dapat kertas jer. Kalau KFH, emasnya memang wujud. Kita diberi pilihan samada nak keluarkan emas fizikal atau simpankan dengan KFH.

Secara peribadi, saya galakkan simpan emas fizikal, bukan akaun emas. Akaun emas sama macam tak beli emas. Daripada masuk akaun emas, lebih baik beli saham atau letak duit dalam Tabung Haji. Boleh dikatakan semua orang yang pengalaman dengan pelaburan emas tak gemar akaun emas. Ia tak dilindungi oleh PIDM sebagaimana akaun simpanan yang lain. Bila harga emas jatuh, kita cuma ada kertas (buku) dan nombor jer sedangkan pemilik emas fizikal, bila harga jatuh, mereka masih ada emas. Mereka boleh memanfaatkan emas tu untuk dapatkan pinjaman bercagar untuk rolling dalam mana-mana bisnes sementara tunggu kenaikan harga emas.

Wallahu a’lam.

Reply

Leave a Comment

Current day month ye@r *

{ 26 trackbacks }

Previous post:

Next post: