Tuesday, January 31, 2012

5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!


Dalam keghairahan melabur emas, sebenarnya terlalu banyak kes penipuan dalam urusan jual beli emas, especially urusniaga melalui facebook! Itulah pemerhatian saya selama setahun lebih terlibat dengan jual beli emas. Sebab tu saya tak syorkan orang baru terlibat dengan emas buat belian pertama melalui facebook.

Baik & Buruk Beli Emas Dari Facebook

Kelebihan membeli emas melalui facebook (secondary market) ialah mungkin kita dapat harga lebih murah daripada harga pasaran (primary market) sebab kebanyakkan penjual adalah penjual individu,  bukan dealer. Tetapi silap hari bulan, duit kita boleh lebur!

Selain daripada penipuan, kekurangan membeli emas melalui facebook ialah anda melabur tanpa BIMBINGAN yang betul, di mana saya nampak, dealer yang berpengalaman jer yang boleh bagi bimbingan yang tepat. Tanpa bimbingan yang tepat, duit yang anda nak labur boleh jadi lebur! Saya memang dapat banyak email, sms, panggilan telefon mintak bimbingan pelaburan emas. Dan ramai juga yang contact saya yang telahpun ‘tersilap’ dalam melabur!

Kesilapan Melabur Tanpa Bimbingan

Antara kesilapan yang biasa orang buat ialah:
  1. Beli emas dalam ketulan yang besar, dan emas tu susah dicairkan kelak.
  2. Beli gold bar dan dinar, sedangkan mereka nak pajak emas tu.
  3. Beli emas atas dasar ini company “orang kita” semata-mata.
  4. Beli emas yang conditionnya tak baik (calar, kemek), tiada sijil, resit dan sealnya dah dibuka.

Dan beberapa lagi kesilapan yang saya biasa jumpa. Boleh baca dalam artikel “10 Kesilapan Pelabur Emas!”. Untuk elakkan sahabat semua kena tipu masa membeli emas, saya bagi 5 tips penting:

Tips #1 - Semak Kredibiliti Penjual

Semak profile penjual, cek berapa ramai friend, aktif ataupun tak dalam facebook, guna nama & foto sebenar ataupun samaran. Kalau tiba-tiba muncul dalam facebook dan nak menjual, itu kena hati-hati. Kalau anda tak aktif berfacebook, sure anda tak akan kenal siapa orang baru, siapa orang lama dalam facebook. So, baik jangan berurusniaga melalui facebook kalau macam tu.

Tips #2 - Urusniaga Cara COD Sahaja

Elakkan membeli secara pos kalau tak kenal kredibiliti penjual. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah Cash on Delivery (COD). Dia hulur emas, anda hulur duit! Saya memang tak berani beli emas cara pos ni unless saya betul-betul kenal penjual tu secara peribadi. Kalau nak cara pos juga, anda kena bersedia untuk rugi kalau penjual tu tak pos emas yang dijanjikan.

Mungkin penjual tu tak tipu, tapi mana tahu lepas anda bank-in duit, penjual tu terlibat dalam kemalangan dan tak siapa tahu anda ada berurusniaga dengan dia. Sebagai dealer yang sedikit berpengalaman, bila customer transfer duit ke akaun saya, saya akan asingkan emas tu dan letak note dalam plastik seal emas tu. Saya akan tulis nama pembeli, no. contact pembeli, dah bayar ke belum, tarikh urusniaga dsb. Setiap urusniaga melalui email, saya akan "bcc" kepada email isteri saya. Ini penting supaya kalau saya mati, waris saya tahu emas tu bukan milik saya dan dia boleh contact pemilik untuk claim emas tu.

Tips #3 - Berjumpa Di Tempat Public

Buat appointment di mana-mana tempat public dan jangan sesekali buat appointment di tempat yang tak ramai orang ataupun tersorok. Saya paling suka berjumpa di bank sebab (1) ada CCTV, dan (2) boleh transfer duit melalui ATM jer, minimumkan bawa duit cash.

Tips #4 - Cek Keadaan Emas

Pastikan tiada kesan calar, kemek, bengkok, ada sijil atau resit (kalau emas tu perlukan resit & sijil). Kalau emas Lady Fortuna, KFH, dan emas lain yang condition asalnya berseal, pastikan sealnya masih belum dibuka. Kalau dah buka, lupakan emas tu sebab susut nilainya akan tinggi, melainkan dia bagi diskaun 25%!

Nasihat saya, kalau anda first time beli emas, baik jangan beli melalui facebook sebab anda tak pernah tengok macam mana keadaan, bentuk dan saiz emas yang tulen. Silap hari bulan, orang bagi emas palsu pun anda tak tahu! (“,)

Tips #5 - Semak Harga Semasa

Pastikan harga tu bebaloi dibeli berbanding harga semasa, tapi kalau harga terlalu rendah, hati-hati! Mungkin itu penipuan, ataupun condition emas tu dah tak elok. Saya pernah nak beli emas harga yang sangat murah, tapi bila berjumpa dengan owner tu, saya tengok condition emas tu tak elok. Dah calar, ada kesan gigit, dan berat pun dah kurang 0.03 gram! So, saya cancel jer. Nasib baik saya guna cara COD, kalau bayar dulu baru dia POS macam mana? Huh hu…

Antara kes penipuan yang didedahkan di facebook.

Untuk Selamat, Cari Authorised Dealer

Untuk lebih selamat, saya syorkan beli dari authorised dealer jer. Walaupun harga yang anda beli adalah pada harga semasa pasaran, tapi yang paling penting anda dapat banyak manfaat sampingan, antaranya:
  1. Bimbingan percuma.
  2. Update terkini tentang pelaburan emas.
  3. Condition emas confirm OK.
  4. Risiko penipuan sangat rendah, especially dealer tu memang aktif, ada facebook sendiri, ada blog ataupun website yang aktif dsb. Pendek kata, kalau dia nak tipu, dia tak boleh lari…
  5. Dan banyak lagi yang tak ternilai harganya.

Ada satu tips penting kalau beli dari Authorised Dealer, iaitu jangan mintak diskaun sebab komisyen dealer ni sangat kecik. Sekitar 1% - 2% jer. Kos mereka ambik emas, hantar emas, bil telefon untuk consult anda, masa mereka spent untuk bantu anda, risiko bawa emas, mungkin tak berapa berbaloi dengan komisyen yang mereka terima. Anda kira sendirilah berapa mereka dapat kalau komisyennya cuma 1%.

Sebab tu ramai dealer tak layan kalau orang nak beli setakat 1, 2 dinar sebab memang tak berbaloi. Walaupun macam tu, saya tetap akan layan walaupun 1 dinar sebab saya fikir, kepuasan saya ialah MEMBANTU dan mempermudahkan hidup orang lain. Rezeki saya tu Tuhan dah jamin. Moga dengan layan belian kecik-kecik ni, Allah gandakan rezeki dan permudahkan hidup kami sekeluarga. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Januari 2012
4 Rabiul Awwal 1433

Artikel berkaitan:
Kes penipuan dilaporkan pada 3 Februari 2012.

Membeli daripada penjual individu yang tak dikenali, anda mungkin terbeli item yang telahpun disenaraikan sebagai barang curi.

44 comments:

  1. Salam tuan. Saya Sallehuddin pelajar tahun 1 Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan. Saya dapat banyak input berguna apabila membaca daripada blog tuan tentang emas. Saya masih student . Jadi saya bercadang untuk membeli dinar untuk simpanan jangka panjang. Buat masa ni 1dinar KGT/PG masih agak berat buat saya untuk membelinya. Saya bercadang membeli 1/2 dinar KGT dahulu. Dan di FB Pasar Muamalat DnD banyak yang menawarkannya esp yang COD di kawasan saya belajar, Kota Bharu. Masalahnya saya khuatir macam mana nak tahu 1/2 dinar yang bakal di beli nanti itu benar-benar emas yang tulen? Mohon pencerahan . Terima kasih. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Sallehuddin,

      Setakat ni, belum ada kes penipuan orang jual emas tak tulen. Yang ada cuma tak dapat emas walaupun duit dah bayar. Kalau Sallehuddin nak senangkan hati, better beli direct daripada Ar-Rahn Kelantan. Sebelah Hotel Raudhah tu. InsyaAllah tak ada masalah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. salam encik, saya memang berminat sangat nk melabur dengan emas.. tapi ada x penjual atau mana2 dealer PG,GCP yg membuat urusan jual beli c.o.d.. maksudnya tanpa membayar apa2 pendahuluan.. (membayar sepenuhnya apabila terima emas yang ditempah) terutama sekitar bandar kuantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Alhamdulillah.. tahniah sebab mula nampak pelaburan emas. Untuk area Kuantan, boleh contact kawan saya 019-8181532. InsyaAllah boleh ber COD dengan dia.

      Delete
  3. slm, tuan zulkifli.. klu saya nk beli dinar dgn tuan area putrajaya/bdr baru bangi, boleh ke? boleh C.O.D juga ye? dlm perancangan, nk beli 2 dinar (baru nk mula)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Pn. Liza,

      Boleh, insyaAllah. Payment cara COD. InsyaAllah. Sms pada saya (1) nama penuh, (2) no. ic, (3) no. telefon, (4) email (5) item yang nak di order. Nanti saya boleh tolong lock harga & deliver, insyaAllah.

      - Zul 019-336 8009

      Delete
  4. assalamualaikum tn. zulkifli,
    blog tuan sangat membantu. saya mmg minat nak beli dinar sejak kelantan mula mempromosikan dinar, tapi kurang pengetahuan cara nak beli dinar. kalau saya nak beli dinar PG dengan tuan cara COD boleh ke? Area sekitar Bangsar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Pn. Intan,

      T.kasih berziarah ke blog seadanya ni. Nak beli dinar PG, insyaAllah saya boleh bantu. Bangsar tu dekat jer dengan ofis saya. Contact jer saya 019-3368009. InsyaAllah saya bantu apa yang boleh.

      Delete
  5. salam, satu kemusykilan pada fikiran saya tentang penyimpanan emas ini. bimbang kena rompak atau samun. macam mana peyimpanan yang dicadangkan oleh saudara zul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm En. Syed,

      Ada 5 tips yang saya boleh share dari sudut keselamatan simpan emas.

      1. Jangan bagi tahu sesiapa yang En. Syed ada beli emas. Tak payah cerita pada kawan-kawan, apatah lagi pada jiran-jiran.

      2. Simpan dirumah, tapi ditempat orang tak terfikir.

      3. Simpan dipejabat kalau pejabat ada sistem keselamatan yang bagus.

      4. Beli safe deposit box untuk simpan dirumah.

      5. Sewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta.

      Saya ada hurai detail kelima-lima point di atas dalam artikel saya bertajuk "Cara Simpan Emas Dengan Selamat". En. Syed boleh guna link ni untuk baca artikel tu; http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html

      Moga ia menjawab persoalan En. Syed, insyaAllah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  6. salam.saya bru nk mula.so ade deal dgn sorang nie utk dinar pg 916.sbb corak die cantik.berbaloi ke.mtk tunjuk ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Puan,

      Samada berbaloi atau tak, puan cek 5 kriteria penting memulih emas pelaburan. Puan boleh baca artikel saya tentang topik tu di link dibawah;

      http://www.mohdzulkifli.com/2012/05/5-kriteria-penting-memilih-emas.html

      Moga ia akan jadi panduan samada belian tu berbaloi ataupun tak, insyaAllah.

      Delete
  7. Salam tuan,
    Saya nak tanye...
    1) skarang ada bnyk jenis emas. Kalau kite check harga emas sesama kat website...ada la rm bla bla bla. So ni harga emas apa? 999/916 etc
    2) kalau nak beli emas utk pelaburan utk masa depan. So emas yg mane saya perlu beli....rantai/gelang(perhiasan) atau jenis bar/coin atau etc etc...

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm En. Alim,

      1. Biasaya dekat harga tu dia dah tulis samada harga emas 916 atau 999.

      2. Kalau benar-benar untuk pelaburan, beli emas spread (susut nilai) rendah. Biasanya emas spread rendah ni berbentuk syiling atau bar. Barang kemas biasanya spread tinggi.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Terbaik...terima kasih utk info itu...

      Delete
    3. Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

      Delete
  8. Assalammualikum..sy ingin bertanye,adakah sah kalau membeli emas dan mendapat emas itu selepas 3mggu kemudian? Bayar dlu dan 3mggu br dpt..bkn ke dlm islam perlu bayar dan dpt emas serentak?ke zaman Dlu xde lagi surat janji sbb tu kene serentak? Tq kerana membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Tuan/ Puan,

      Pasal penangguhan bayaran & serahan emas sebenarnya ada 2 pendapat (khilaf). Pendapat pertama benarkan tempoh maksimum cuma 3 hari. Pendapat kedua membenarkan penangguhan, tak kira berapa hari sekalipun. Kedua-dua pendapat tu adalah betul sebab masing2 ada hujjah yang kukuh. Khilaf dalam hal furu' (cabang) adalah rahmat untuk ummat sebenarnya. Tuan/ puan boleh pilih mana2 pendapat. Bila ada 2 pendapat, saya pilih yang mana lebih memudahkan.

      Untuk penjelasan lanjut pasal isu ni, tuan/ puan boleh rujuk penjelasan Ustaz Zulkifli Ahmad menggunakan link ni;

      http://bit.ly/OSqCK1

      Moga bermanfaat, insyaAllah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  9. Alhamdulillah..terima kasih

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum tuan,
    Sy ada emas 916 dlm bentuk rantai. bgmana nak jual untuk dpt harga terbaik?sebab selalunya dealer cuma akan beli emas dr produk mrk shj..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan,

      Untuk dapat harga terbaik, kena jual di kedai asal yang tuan beli. Kena bawa resit asal. Kalau tuan jual di kedai lain, memang dia akan beli pada harga rendah. Biasanya, susut nilai dikira sehingga 25%. Sebelum jual, tuan pergi tanya beberapa kedai emas, berapa harga yang dia ambik.

      Kalau nak jual kpd Public Gold, sekarang ni boleh dapat better price sebab dia buat promosi tukar beli. Public Gold beli balik pada harga PG Buy i-series 916. Lepas tu tuan boleh pilih mana emas PG. Saya syorkan tuan beli spread paling rendah. Lepas beli terus jual. Total spread lepas proses jual beli tu sekitar 16%. Ia jauh lebih untung dari kedai emas.

      Kalau perlukan consultation saya, call 019-336 8009. TQ.

      Delete
  11. Salam, komisen dealer GSR lebih menarik. Adakah ia adalah skim MLM? Mohon komen tuan. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan,

      Ikut pada pemerhatian saya, GSR sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti jual beli emas macam PG juga. Ia bukan MLM. Memang komisyen yang ditawarkan oleh syarikat lain lebih menarik daripada PG. PG kekalkan komisyen rendah untuk dealer sebab dia nak rendahkan spread supaya pelabur dalam keuntungan lebih cepat.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. ade sape berminat daftar GSR, leh pm saya, sblum pm like page saya

      http://www.facebook.com/PengedarSahGsr

      Wallahu a'lam.

      Delete
  12. Salam,

    Boleh ceritakan apakah kelebihan menjadi Dealer PG? -Hadi.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu berguna secara telus..Harap kita dapat berjumpa satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan,

      Kelebihan dealer PG ialah:

      1. Komisyen & Spread Rendah

      Kita dapat komisyen 1% - 2% untuk setiap belian, dan 0.5% setiap kali jual balik emas kepada PG. Bila dapat komisyen bermaksud dapat rendahkan spread. Sebagai Master Dealer macam saya, komisyen 2% (belian) dan 0.5% (jualan). Maksudnya 2.5% komisyen. Kalau saya beli 1 dinar (spread 6%), maksudnya spread saya cuma 3.5% (6% - 2.5%).

      2. Urusan Jual Beli Mudah

      Urusan jual beli emas PG ni mudah sebab branch dia ada di setiap negeri. Contohnya, saya duduk di KL tapi saya customer di Kuching. Untuk jual emas tu, saya tak perlu ke Kuching. Saya consult customer melalui email, sms, phone call. Bila dia setuju beli, saya place order melalui website, dan customer tu bayar direct pada PG dan collect emas tu di branch Kuching.

      Dan ada beberapa lagi kelebihan. Tuan boleh rujuk artikel saya bertajuk "6 Kelebihan Bisnes Jual Beli Emas". Refer pada link ni:

      http://bit.ly/OXrcNV

      Wallahu a'lam.

      Delete
  13. salam..
    Terima kasih atas info..
    Mengikut semakan saya pada laman Bank Negara Malaysia, PG tercatat pada senarai berjaga-jaga pada 27/09/2012. Apa komen tuan ?tq.- Hadi

    Rujukan : http://www.bnm.gov.my/documents/2012/Financial_Consumer_Alert_listBM_Sept.pdf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm En. Hadi,

      Saya mengikuti dekat perkembangan tu. 28/9/2012 management PG berjumpa pihak BNM mohon penjelasan tentang alert list tu. Hasil dari perbincangan dengan BNM, beberapa perubahan yang dibuat oleh PG iaitu pembelian secara EPP dan pajakan PSP untuk dealer di mansuhkan.

      Menurut maklumat terbaru yang saya terima, BNM akan keluarkan senarai terbaru untuk Oktober 2012 dan PG akan dikeluarkan daripada alert list tu, insyaAllah. Saya perhati, PG sebuah syarikat yang akur dengan undang2.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  14. AsSalam,

    Blog tuan penuh dengan informasi dan banyak membantu. Terima kasih berkongsi maklumat. Saya juga dealer PG. Baru juga. Tapi bukan under tuan. Saya ingin mohon izin untuk copy paste ilmu tuan di blog saya. InsyaAllah, saya akan taipkan source nya juga.

    Jika ada masa jemput ke www.CikguEmas.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Pn. Haryati,

      Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Silakan sebarkan ilmu yang bermanfaat dari blog ni. Moga ia jadi amal jariah saya dan puan juga, insyaAllah.

      Btw, blog www.CikguEmas.com tu pun sangat berinformasi. Tahniah juga kepada puan menulis blog yang baik tu. Moga diberkati Allah.

      Delete
  15. Tq tuan. Sy byk belajar dr blog tuan. Semoga Allah akan membalas jasa baik tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih berziarah ke blog seadanya ni. Alhamdulillah... Puji-pujian bagi Allah.

      Delete
  16. apa pendapat anda dgn sykt gcp??? adakah sama dgn pg dan gsr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. GCP ok, cuma spread (susut nilai) emas dia tinggi. Bagi saya, spread emas tinggi kurang sesuai untuk pelaburan sebab lambat untung. Kalau untuk koleksi tu boleh, insyaAllah.

      Antara GCP, PG dan GSR, spread emas paling rendah ialah PG. Saya syorkan En. Shah refer kelebihan emas GCP & GSR daripada dealer mereka. Mereka lebih expert tentang emas mereka sebab saya khuatir opinion saya berat sebelah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  17. Blog yang menarik...saya ada persoalan yg mungkin tuan boleh bantu...pengalaman pertama membeli gold bar, saya telah tersilap langkah, membeli gold bar yg tiada sijil ketulenan...

    soalan saya, apakah cara terbaik utk saya lakukan dengan emas itu, adakah saya perlu jual emas itu kemuadian beli semula gold bar yg lain berserta sijil ketulenan atau simpan saja, jual apabila harga emas naik..untuk makluman, saya baru menyimpan emas itu selama setahun..

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berziarah ke blog seadanya ni.

      Gold bar yang tak ada sijil ketulenan masih ok asalkan ianya benar-benar tulen & beratnya juga cukup. Kalau tuan nak jual dan tukarkan kepada emas lain yang lebih baik, tak ada bezanya kalau tuan jual sekarang ataupun jual bila harga naik semua kalau harga gold bar tuan naik, harga gold bar lain pun turut naik. Saya rasa kalau jual masa harga rendah lebih berbaloi kalau tuan nak tukar kepada emas yang lebih baik.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  18. Saya cuma bimbang gold bar yang tiada sijil ketulenan ni akan sedikit sebanyak mempengaruhi harganya apabila nak dijual kelak. Kalau begitu penjelasan tuan legalah sikit hati walau pon belum tau gold bar saya tu tulen atau tak dan cukup berat ke tak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena test tu ketulenan dan berat dia. Bawa ke kedai emas atau mana-mana cawangan Public Gold. Cajnya cuma RM10 jer kalau di Public Gold. :)

      Delete
  19. salam...tahniah kpd en. Zul atas artikel2 yg sgt2 b'guna n b'mnfaat.sejak sya t'jummpa blog ni,klu ade msa lpg,sya akn bca artikel2 yg dlu.^^ trima kasih jgk,sbb dr blog ni juga sya knl dgn blog2 emas yg lain.skrg ni pon,tgh m'p tmbgkn untuk beli ebook2 yg tlh dicadangkan..tp betul kata en. Zul,klu x de ilmu,kite x kan b'jaya.nk mmnta pndpt en. Zul.sya student lg,n sya dpt scholar every sem,dan sya akn bhgi2kan duit scholar tu untuk simpanan n blnja harian.skrg ni,minat sya untuk m'beli emas smkn b'tmbh sjk sya baca artikel2 en. Zul dan Tuan Syukor.tapi,msh ragu2 lg,takut t'salah...blh x en. Zul cdgkn,klu sya nk beli emas,emas jenis ape yg ptot sya investkn?mohon tunjuk ajar dan terima kasih skali lg atas ilmu2 yg tlh disampaikan..moga mndpt saham di akhirat nnti. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan,

      Untuk student, saya syorkan beli dinar sebab harganya lebih rendah dan spreadnya juga lebih rendah semestinya. Ada duit sikit, beli sikit tapi pastikan duit tu bukan untuk digunakan dalam tempoh setahun. Nanti nak pakai duit bila dah habis belajar nanti, boleh jual balik sikit-sikit.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  20. Assalamualaikum..bolehkah En. Zul bgi pendapat tentang Orosaver2u? Saya dpt tahu ia adalah pelaburan emas juga..adakah berbaloi utk melabur jika permulaan hanya serendah rm370? Bagaimana hendak tahu susutnilai emas? Adakahberbeza stiap company?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan,

      Secara terus terang saya memang tak pernah dengar pasal Orosaver2u. Secara prinsipnya, tuan kena pastikan beli emas dapat emas, bukan dapat kertas. Dan pastikan susut nilai tak lebih 10%. Biasanya company akan public harga "We Sell" dan "We Buy". Perbezaan harga tu dikira susut nilai. Setiap company berbeza. Kalau company tak publish harga "We Sell" dan "We Buy", lupakanlah emas tu. Takut nanti menyesal bila nak jual balik nanti.

      Wallahu a'lam.

      Delete