Public Gold Terkeluar Dari "Alert List" BNM!

by on October 29, 2012

Post image for Public Gold Terkeluar Dari "Alert List" BNM!

Alhamdulillah, lepas sebulan penat explain pasal isu ni, akhirnya yang benar tetap benar. Public Gold telahpun terkeluar dari “Alert List” Bank Negara Malaysia semalam (28 Oktober 2012). Sahabat semua boleh klik DI SINI untuk dapatkan Alert List terkini. Maksudnya, BNM telahpun sahkan Public Gold menjalankan aktiviti jual beli emas secara tulen, tak ada apa-apa SKIM pelaburan ditawarkan.

Dari awal lagi saya rasa ada yang tak kena dengan penyenaraian Public Gold dalam Alert List tu. Demi untuk menenangkan pelabur, saya ulas secara detail di artikel “Public Gold Tersenarai Alert List BNM, Apa Cerita?“. Kalaupun benar ada isu, isunya sangat kecil dan langkah pembetulan dapat dibuat dengan mudah sebab Public Gold memang sebuah syarikat yang komited dengan undang-undang. Sebelum bermula operasi lagi, Public Gold dah pun hantar surat memohon kebenaran untuk jalankan aktiviti jual beli emas dan mendapat respon yang positif dari BNM.

Antara Kejujuran dan Keuntungan

Public Gold Alert List BNM Berita HarianSaya ingin ucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikan kepercayaan kepada saya sepanjang tempoh sebulan bagi penjelasan tentang isu ini. Tak kurang juga ucapan terima kasih kepada mereka yang buat ‘Free Marketing’ atas penyenaraian Public Gold sebab mereka ada menawarkan Pelaburan X yang lebih bagus dari Public Gold katanya.

Secara jujurnya, saya selalu bagi tahu, saya promosikan Public Gold sebab saya nampak ia adalah platform terbaik dan paling praktikal untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia. Saya jadi dealer sebab saya beli emas Public Gold, bukan beli emas sebab nak jadi dealer. Walaupun dari sudut komisyen, Public Gold adalah syarikat jual beli emas yang menawarkan komisyen paling rendah (demi mengekalkan spread rendah) berbanding syarikat lain di Malaysia, saya tetap promosikan Public Gold demi kepentingan poket pelabur. Bila komisyen rendah (untuk dealer), syarikat dapat kekalkan spread rendah (untuk pelabur), dan ia memberikan keuntungan paling cepat kepada PELABUR berbanding syarikat yang tawarkan komisyen tinggi kepada DEALER.

Perkara Paling Gembira Sebagai Dealer

Bagi saya, perkara paling gembira jadi dealer ialah pembeli emas dapat untung dan elakkan dari sebarang penipuan melalui nasihat saya. Kalau boleh saya nak lock harga paling rendah untuk pelabur. Dan kalau boleh, lepas lock, harga terus naik, naik dan naik. Tapi apakan daya, harga turun naik semuanya di luar pengetahuan saya. Saya boleh bagi advice terbaik setakat apa yang saya tahu, tapi harga turun naik hanya Allah sahaja yang tahu.

Memang selalu orang tanya saya, “bila harga emas nak turun” sebab dia nak beli. “Bila harga emas nak naik” sebab dia nak jual. Ini soalan paling susah untuk saya jawab sebab analyst paling pakar pun tak ada jawapan yang pasti. Kekadang kita jangka harga emas akan naik, tetiba turun. Kekadang kita jangka harga emas turun lagi, tapi tetiba ia naik mencanak. Serba salah jadinya. So, advise saya, beli untuk simpanan jangka panjang, insyaAllah ia confirm naik! Dah tak perlu risau pasal harga lagi dah…

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada semua atas kepercayaan kepada dealership saya. Kalian semua boleh teruskan melabur melalui platform Public Gold dengan tenang dan penuh yakin sekarang, alhamdulillah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 Oktober 2012
14 Dzulhijjah 1433

p.s. Bank Negara selalu update Alert List dari semasa ke semasa. Link yang saya letakkan dalam blog ni mungkin dah ‘obsolete’ disaat anda membacanya, dan tak dapat akses senarai tu kalau klik pada link tu. So, anda boleh semak senarai terkini dengan langkah di bawah:
1. www.bnm.gov.my
2. Consumer Information
3. Financial Consumer Alert
4. List of companies and websites.

Artikel berkaitan:

Public Gold Terkeluar Alert List Bank Negara

Kenyataan rasmi Public Gold setelah terkeluar dari Alert List BNM.

Public Gold Terkeluar Alert List BNM - Harian Metro

Berita disiarkan Harian Metro – BNM mengesahkan PG menjalankan bisnes yang tulen.

MohdZulkifli.Com Trafik Blog

Gara-gara Berita Harian, trafik ke blog ni mencecah 1,933 hits sehari. Rekod baru untuk blog ni.

(Kredit foto : themalaysianinsider)

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Anonymous October 30, 2012 at 7:29 am

Sebagai dealer, memang tiada kuasa untuk tentukan harga emas. Buku Azizi Ali, “Masa Untuk Emas” elok dibaca oleh semua orang sebelum melabur dalam emas. Bagi yang mula2 nak beli emas, elok peruntukan 10% dari jumlah simpanan/pelaburan bila dah agak strong simpanan dan cash flow bolehlah ditambah kepada 30%. Emas ini pun bila kita lihat pada sejarahnya ada turun, naiknya. Buku yang ditulis oleh Azizi Ali ini menerangkan sejarah asal usul emas sehinggalah tips dan panduan berguna kepada pembaca.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2012 at 7:31 am

T.kasih tuan. Perkongsian yang sangat berguna. Alhamdulillah.

Reply

3 zainab April 9, 2014 at 1:26 pm

Assalamualaikum. Kalau saya berminat nak beli emas Public Gold daripada En. Zul bagaimana caranya ya? Kalau boleh jumlah yang paling minima yang boleh saya beli.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie April 9, 2014 at 6:03 pm

Wslm Pn. Zainab,

InsyaAllah saya boleh bantu. Puan contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh bantu.

Reply

5 Azizi August 22, 2014 at 7:53 am

Assalamualaikum En. Zul,

Saya nak bermula untuk membeli emas. Adakah ini masa yang sesuai untuk membeli emas?
Ini first time untuk saya menceburi jual beli emas.
Diharap En. Zul dapat guide saya.
Terima kasih
Azizi – 0173460604

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie August 22, 2014 at 8:30 am

Wslm En. Azizi,

InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. Memang sekarang harga emas sekrang ni murah berbanding setahun harga emas. Sekarang 1 dinar sekitar RM565, harga tertinggi dalam tempoh setahun RM600.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: