Monday, September 12, 2011

Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas?

Masa emas 20 gram harga RM3,150 takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM3,700, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakkan sikap yang orang baru berjinak-jinak dengan emas. Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok. Itulah dia buktinya.

Dan ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain. Tapi ambik la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada kerajaan BN sejak tahun 2006 lagi.

Akibat Tunggu Harga Paling Rendah

Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Ramai yang pesan pada saya "Nanti harga emas turun bagi tahu yer..". Tapi bila harga emas turun, ramai yang tak nak beli emas sebab takut turun lagi. Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melapasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.

Lepas dah 11 bulan jadi dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas? Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa setahun. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya 20% setahun.

Jangan tunggu harga paling rendah sebab technical analyst paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas. Saya pernah ada pengalaman dah. Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya sebab menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi. Masa tu, harga gold bar 20g RM2,980. So, saya jual kesemuanya sekitar RM2,980 - RM3,000. Habis...

Faktor 'Fundamental' Tak Siapa Boleh Jangka

Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik! Saya pun panik, dan dapat beli balik pada harga RM3,100. Saya rugi 4% (RM800 kesemuanya)! Saya terkena. Kononnya nak manipulate naik turun harga emas, tapi rugi... Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan komisyen jualan emas.

Satu pelajaran yang saya dapat. Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebabnya analisis teknikal akan tersasar bila berlaku fundamental factor yang luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb. Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung. Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang. Paling kurang pun, 10 tahun lagi. Ini berdasarkan sejarah harga emas 1960 - 1980.

Dan faktor yang sangat pasti, matawang USD semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan Negara Eropah. Bila negara-negara tu 'bangkrap', orang tak nak pakai dah duit kertas USD! Orang akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!

Menurut pakar, mawatang US Dollar pasti runtuh. Cuma masa sahaja yang menentukannya.

Masa Terbaik Membeli Emas

So, lepas setahun perhati naik jatuh harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun. Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa setahun, belilah emas. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas. Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas.

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Heights
9 Ogos 2011
9 Ramadhan 432

p.s. Hari ni seorang lagi kawan beli emas RM20,000 untuk jadi dealer Public Gold. Alhamdulillah, tahniah. Sambil simpan, sambil nak tolong kawan-kawan dan sedara mara katanya. Macam saya juga. (",)

Artikel berkaitan:

40 comments:

  1. terbaik..nak beli tapi tgh kmpul duit lg

    ReplyDelete
  2. beli pakai maybank GIA ok tak? sebab nak beli gold bar mahal lak.. kalo beli maybank GIA, 1 gram bleh beli lagi..

    ReplyDelete
  3. Gobloz,

    Thanks Goblogz... ada RM850 dah boleh dapat 1 dinar.. ada duit jer terus beli, jgn tunggu2.. hari tu saya ada kawan nak jadi dealer PG.. dia baru ada RM10,000. Nak kumpul RM20,000 dulu baru nak beli emas.. tapi harga emas naik, naik, naik.. masa dia mula2 nak beli tu, RM10,000 tu cukup utk beli 3 keping gold bar 20g.. tapi bila harga naik, dia cuma boleh beli 2 keping jer.. so, dengan berapa duit yang ada, beli jer dulu setakat boleh.. jgn simpan lama2 takut rugi..

    Kalau boleh saya tahu, apa nama betul Goblogz.. saya lebih selesa sebut nama betul sbb nama tu adalah doa.. :)

    Yop,

    Yop boleh baca preview saya ttg Gold Investment Account di link ni;

    http://www.mohdzulkifli.com/2011/04/gold-saving-account-atau-emas-fizikal.html

    Moga bermanfaat utk Yop... InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  4. Nama saya Mohd Rusydi Alias, kawin 2009 dulu saya jadikan 4 dinar (RM503 : 1 dinar) PG sbgai mas kawin. baru 2 minggu lepas saya beli lg 1 dinar (RM815). dalam 2 tahun ni saya buat x endah je pasal emas ni.. bila masuk paper pasal emas ni dah naik gila2.. baru saya terhegeh2 nak simpan emas.

    ReplyDelete
  5. Oh, ye ke Rusydi.. maksudnya, Rusydi ni lagi otai lagi dari saya. Saya baru beli emas masa 1 Oktober 2010.. :)

    Saya terlewat dari Rusydi tentang Public Gold. Dulu, saya cuma tahu Dinar Kelantan jer. Nak beli, tapi payah nak dapat supply masa tu. Asyik tangguh2.. bila terbaca di www.jutawanemas.com, baru saya beli emas.

    Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  6. Dari segi ilmu sya rasa akhi lg otai, dah khatam dah saya bca blog akhi. Skang ni tringin plak nak simpan silver

    ReplyDelete
  7. Saya otai dari sudut ilmu.. Rusydi otai dari sudut pengalaman.. kalau jadi dealer emas tu, Rusydi senang nak share dgn orang tu.. :).. Silver pun bagus Rusydi.. kenaikannya 2,3 kali lagi cepat daripada emas.. utk orang baru, saya boleh suggest beli Silver Bar Public Gold, ataupun Dirham Kelantan.. dua2 pun bagus..

    Skg ni, harga pun tgh cantik.. naik tak, turun pun tak... biasanya, kalau macam ni, bila2 dia akan naik kalau ada fundamental factor yang trigger..

    ReplyDelete
  8. Salam tuan, saya berhasrat nak beli emas. Yang saya ketahui hukum beli beli tidak boleh ditangguhkan proses pembelian emas. Ini boleh jatuh kepada hukum haram termasuklah kaedah 'lock harga' yang tuan katakan. Setahu saya, 'lock harga' miripnya sama dengan penangguhan proses pembelian emas. Mohon pandangan tuan. -Anis, Bangi-

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikumussalam Pn. Anis,

    Alhamdulillah.. bagus tu bila mula menyimpan emas. Pasal hukum lock harga, setakat penelitian saya, ia belum dikira aqad jual beli. Isu penangguhan sebenar ialah jangka waktu PENYERAHAN DUIT & BARANG mesti berlaku dalam masa 3 hari. Itu berdasarkan parameter terbaru fatwa kebangsaan.

    Maksudnya, bila kita buat bayaran, penyerahan barang (atau hak ke atas barang) perlu berlaku dalam masa 3 hari. Dalam urus niaga Public Gold, bila kita buat payment, hak ke atas item yang kita order tu telah berpindah secara automatik. Kita boleh claim emas tu tanpa apa2 halangan daripada Public Gold bila kita ada bukti bayaran dan Sales Order.

    So, isu penangguhan tu tak berlaku sebenarnya. Pn. anis boleh rujuk Parameter Terbaru Fatwa Kebangsaan di link ni; http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1008-majlis-fatwa-syarat-halal-bagi-pelaburan-emas.html

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  10. Salam. Saya nak tanya, baru ni isteri telah gadai barang kemasnya di arrahnu. Hasil gadai tu dia beli emas yang lain. Emas yang baru tu saya cadang nak gadai dan tebus emas sebelumnya. Nanti gadai balik emas tu ditempat yang lain dan beli emas yang lain. Dan begitu lah seterusnya. Apa pendapat cik Zul. Soalan kedua apa untung nya menyimpan emas di maybank

    ReplyDelete
  11. Salam. Saya nak tanya, baru ni isteri telah gadai barang kemasnya di arrahnu. Hasil gadai tu dia beli emas yang lain. Emas yang baru tu saya cadang nak gadai dan tebus emas sebelumnya. Nanti gadai balik emas tu ditempat yang lain dan beli emas yang lain. Dan begitu lah seterusnya. Apa pendapat cik Zul. Soalan kedua apa untung nya menyimpan emas di maybank

    ReplyDelete
  12. Salam. Saya nak tanya, baru ni isteri telah gadai barang kemasnya di arrahnu. Hasil gadai tu dia beli emas yang lain. Emas yang baru tu saya cadang nak gadai dan tebus emas sebelumnya. Nanti gadai balik emas tu ditempat yang lain dan beli emas yang lain. Dan begitu lah seterusnya. Apa pendapat cik Zul. Soalan kedua apa untung nya menyimpan emas di maybank

    ReplyDelete
  13. Wslm Suyas,

    Sekarang ni teknik beli, gadai, beli, gadai, dan beli lagi tak sesuai sebab harga emas agak volatile (tak setabil) sejak 6 bulan ni. Orang yang amalkan teknik tu sangat berisiko.

    Pajak emas sekarang ni hanya sesuai untuk peniaga jer sbb dia boleh jana keuntungan secara konsisten.

    Kedua, emas maybank tu ialah akaun simpanan emas. Ia bukan emas fizikal. Pada saya, emas fizikal lagi bagus dari akaun simpanan emas.

    ReplyDelete
  14. bak kate pokli.com ape brg beli nasi ayam dpt kertas tulis'NASI AYAM' tul tak?
    hakim pg

    ReplyDelete
  15. post yg sangat menarik.bole sy copy paste utk my blog? http://pickmatch-hani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Betul tu Hakim PG. Silakan Hani. Blog Pn. Hani pun menarik, tahniah.

    ReplyDelete
  17. Salam encik Zul,saya mula dgr about emas ni 2008..tapi saya masih blur,takde ilmu,so never invest in it.then since few months ago bila ada seorang kawan cerita mengenai emas ni,then saya realize yg sy dah terlewat..so sy start dgn akaun emas ..tapi as I read through many artikel,sy dapati emas fizikal is much better.alhamdulillah sy ingin serius skrh investing in gold.cuma saya nak tanya..mana lebih baik: beli large amount one shot..or...berdikit2...thanks

    - Nur -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Pn. Nur. Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Masih belum terlewat lagi Pn. Nur. Harga emas akan pergi jauh lagi dari harga sekarang. At least dia akan naik 100% dari harga sekarang dlm masa 4 - 5 tahun akan datang.

      Beli sikit2 pun ok Puan Nur. Boleh buat dollar cost averaging. Tapi saya beli lump sum jer coz automatik jadi dealer. Boleh dapat komisyen disamping menyimpan emas.

      Delete
  18. oh..if beli lump sum otomatik jadi dealer ke..if kita yg nak jadi dealer.. if beli 100k,tapi tak jadi dealer ada ke gitu? -Nur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur, kalau beli tak nak jadi dealer pun boleh. Mintak dealer lain yang uruskan bagi pihak kita. Keistimewaan jadi dealer ialah kita dapat komisyen atas setiap belian.

      Delete
  19. Salam. Saya suda membuat pesanan 3 gold bar 20g. Masih ada bajet RM20k lagi.Berminat mahu terus jd dealer tapi dmaklumkan datang ambil barang sendiri d sarawak coz d tawau belum ada wakil PG. Boleh tolong beri saya nasihat or cadangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Tuan/puan.

      Saya beberapa idea.

      (1) Cari dealer PG di area Tawau. Contact dealer, dan dia akan order dgn public gold atas nama tuan/puan. Lepas tu dia akan bagi stok 20k yang punya dan puan kena isi authorisation form. Nanti dia akan ambik stok atas nama tuan/puan utk replace stok dia.

      (2) Tuan/puan ada tak kawan yang turun KL? Kalau ada, boleh deal dengan saya. Saya boleh kirimkan stok melalui dia. Benda ni kena discuss in detail.

      (3) Tuan/puan ada turun Kota Kinabalu tak? kalau ada, boleh deal dengan dealer saya di KK. Dia boleh bantu sebab dia selalu ulang alik datang KL.

      Untuk discuss further, boleh contact saya; ibnushafie@gmail.com atau 019-3368009.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  20. Assalamualaikum zulkifli...
    Email saya kelisahitam_se@yahoo.com kerja di serdang selangor...
    Nak mintak tolong ajar/guide...aper2 jerla yg berkaitang ngan pelaburan emas ni secara lebih detail....saya dah tak snggp lagi hidup susah tlg yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan Zarr Noh,

      InsyaAllah, saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. Tuan boleh download ebook percuma "5 Minit Review Tentang Emas" disebelah kanan bahagian atas blog ni. InsyaAllah, tuan akan dapat panduan cara pelaburan dengan betul, selamat & menguntungkan.

      Kalau keluar dari kesempitan, bagi saya pelaburan bukan jalan terbaik. Saya syorkan tuan mulakan bisnes sendiri. Untung dari bisnes jauh lebih tinggi dari apa juga jenis pelaburan.

      Tapi sebelum mulakan apa juga bisnes, laburkan dulu dalam ILMU dgn beli buku berkaitan, hadir worksyop, seminar yang berkaitan. Itulah pelaburan lebih menguntungkan!

      Wallahu a'lam.

      Delete
  21. Salam,nk minta pendapat en.zul...
    Skrg nie saya ada lbh krg 50k dlm asb, saya ingat nk labur dlm emas, so blh tolong guide pelaburan mana satu yng plg baik untuk masa skrg....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan,

      Sekarang ni harga emas tengah rendah. Masa yang sangat baik untuk memulakan pelaburan emas. Kalau nak untung cepat untung, saya syorkan tuan beli kesemuanya syiling 10 DINAR Public Gold. Spread / susut nilainya cuma 5%. Harganya sekitar RM7,270 untuk satu syiling 10 DINAR. RM50k tu boleh dapat dalam 7 keping.

      Bila tuan buat belian RM50k, maksudnya tuan secara automatik jadi dealer dan mendapat komisyen 1% atas belian, dan 0.5% setiap kali jual balik emas kepada PG. Maksudnya, spread sebenar tuan cuma 3.5% (5% - 1.5%). Bagi saya, spread 3.5% tu sangat rendah berbanding mana-mana emas pelaburan di pasaran.

      Delete
    2. salam tuan...saya bercadang untuk membeli emas 250g adakah sekarang masa terbaik utk beli,,,terima kasih

      Delete
    3. Wslm tuan,

      Harga sekarang turun sikit berbading minggu lepas. Agak baik untuk membeli. Saya syorkan beli emas untuk jangka panjang, at least untuk jangka masa setahun. Emas 250g tu bagus sebab spreadnya cuma 4.5% i.e. lebih cepat untung.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  22. Salam,saye nk tanye brape had umur untuk mnjadi seorg ejen emas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,

      Saya tak pasti berapa had umur, tapi kalau ikut common rule mana-mana bisnes sekalipun, umur 18 tahun ke atas boleh jadi ejen. Kalau tuan nak jadi ejen, sms/ emailkan detail pada saya, nanti saya rujuk pada PG, insyaAllah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  23. salam, nak tanya kalau saya ada dalam rm5k brape gram emas saya dapat and sesuai ke masa sekarang ni utk saya mulakan pelaburan emas?saya baru nak mencuba xpernah lgi cuba...thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm En Radzlan,

      Bajet RM5k tu boleh dapat 7 keping coin 1 dinar. Sekarang 1 dinar RM708. Harga emas baru start naik sikit minggu ni lepas sebulan lebih turun ke paras terendah berbanding 2012. Saya rasa ini timing yang baik untuk bermula.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  24. salam abg zul..kalau beli 1 dinar PG,ade resit belian n surat dia mcm mana ek..tapi dinar PG kalau
    nak jual pun kena jual kt PUBLIC GOLD ker..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Kalau beli memang ada resit dan sijil ketulenan sekali. Kalau nak jual, boleh jual balik pada Public Gold atau dealer Public Gold.

      Delete
  25. salam semua..waktu terbaik untuk memborong emas adalah sekarang. saya bukanlah technical analyst tetapi saya perhatikan graf metatrader mencatat spot paras terendah sejak April 2011! mungkin ini adalah impak dari kejatuhan sistem monetary di Eropah iaitu Cyprus khususnya. Wallahu'alam..

    *teringin nak tambah stok tapi sayang kena sediakan duit untuk sambut 'orang baru'..InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm En. Omar,

      Terima kasih atas perkongsian. Memang ini kesinambungan krisis kewangan eropah tahun lepas. Kali ni mangsanya ialah Cyprus. Mereka terpaksa jual 13 tan emas yang berada dalam simpanan negara untuk selamat daripada bankrup. Emas ialah talian hayat terakhir untuk selamatkan kekayaan.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Terima kasih En. Zul atas idea emas adalah aset lindung nilai. Kejatuhan harga emas ini adalah petanda baik untuk harga emas melonjak ke puncak yang baru. Wallahu a'alam

      Delete
    3. Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

      Delete
  26. Salam. adakah boleh membeli emas dgn 'lock harga' dan bayar dahulu?brg akan dpt smgu slps pmbayaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tuan,

      Memang itu cara terbaik. Lock harga dulu melalui dealer, lepas tu selesaikan bayaran berdasarkan email Sales Order daripada staff Public Gold. Barang boleh ambil bila-bila masa lepas bayar tapi jangan lewat 2 bulan. Sebelum datang, call dulu takut2 stok habis di branch.

      Wallahu a'lam.

      Delete