Perkara pertama yang sahabat perlu tahu, Ar-Rahnu bukanlah tempat simpan emas. Ia tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. So, menyimpan emas di Ar-Rahnu adalah merugikan kalau tak tahu menggandakan keuntungan dengan duit pajak tu.
Keduanya, simpan emas ni senang jer, cuma bagi orang baru dia rasa takut sebab dia rasa nilainya tinggi. Padahal, simpan kereta dan barang berharga lain tu lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Risiko hilang kereta lagi besar daripada hilang emas. Itu semua mindset jer. Kalau dah lama nanti, kita rasa selamber jer… (“,)
Sebagai panduan asas, ini 5 tips penting untuk pastikan emas kita disimpan dengan selamat:
Tip 1: Jangan bagi tahu sesiapa
Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada. Duduk diam-diam sudah… (“,)
Untuk makluman sahabat, saya tak pernah bagi tahu pada jiran-jiran yang saya adalah dealer emas dan saya memang tak cerita pada sesiapa di kawasan kediaman kecuali sahabat rapat yang follow blog saya. Itu jer. Bukan tak nak promosi, tapi sebab faktor keselamatan. Nanti orang lain fikir rumah saya penuh emas, padahal habuk pun tak ada...
Tip 2: Simpan di rumah, syaratnya...
Syiling 1 dinar saiznya lagi kecil dari duit 10 sen. So, nak simpan 1 dinar sebenarnya lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tak terfikir. Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut, peti ais, dalam lampu, belakang jam, bawah almari, dalam pasir akuarium, dalam pasu, dalam tanah belakang rumah dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven dah lah sebab itu biasanya akan jadi sasaran perompak.
Tip 3: Simpan di pejabat, tapi...
Ramai orang tak perasan, pejabat mungkin boleh jadi tempat percuma dan agak selamat untuk simpan barang berharga. Tapi ia hanya sesuai kalau pejabat yang ada;
- Sistem kawalan keselamatan yang ketat. Nak masuk kena register di pos kawalan, bilik pun cuma “authorised personnel” jer yang boleh masuk, ada CCTV, dan laci workstation anda pun boleh dikunci.
- Kawan-kawan sepejabat yang boleh dipercayai dan amanah.
Cuma yang perlu ambik perhatian ialah cleaner yang keluar masuk bersihkan office. Itu jer.
Tip 4: Beli Safe Deposit Box dan simpan di rumah
Ini kosnya agak tinggi dan taklah selamat sangat especially kalau masa kita ada kat rumah. Kalau perompak masuk rumah, itulah yang pertama dia nak bukak.
Safe deposit box kat rumah ni lebih kepada simpan daripada anak-anak ataupun pembantu rumah jer. Bagi orang biasa macam saya, cara ni agak mahal dan kurang praktikal.
Tip 5: Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta
Bagi saya, simpan di Safe Deposit Box berbayar paling selamat dan paling nyenyak tidur malam. Kosnya pun murah jer. Paling murah sekitar RM100 untuk box paling kecik – boleh muat emas bernilai RM100,000.
![]() |
| Tempat saya simpan emas. |
Saya simpan kesemua emas saya di sana . Kalau emas anda lebih RM10,000, mungkin boleh pertimbangkan simpan di Safe Deposit Box. Kalau bawah RM10,000, saya rasa simpan kat rumah pun ok sebab simpan kereta kat rumah tu lagi berisiko tinggi berbanding simpan emas…
Di Bank atau Syarikat Swasta?
Untuk orang kebanyakkan, saya syorkan sewa di bank sebab kosnya paling murah. Kekurangannya ialah cover insurannya cuma RM10,000 jer. Kalau nak cover lebih, kena runding dengan bank untuk naikkan cover insuran. Keduanya, waktu dia tertakluk waktu bank (pejabat) jer.
Sebagai dealer emas yang banyak urusan keluar masuk emas, saya lebih suka syarikat swasta sebab (1) cover insurannya tinggi, (2) waktunya lebih fleksible – 9.00 pagi hingga 11.00 mlm setiap hari termasuk Ahad dan cuti umum. Tapi ia bergantung syarikat swasta yang anda pilih. Saya sewa di Royal Safe Deposit Box, betul-betul bawah office Public Gold Sunway.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
24 Oktober 2011
26 Dzulkaedah 1432
Senarai link Safe Deposit Box, bank dan syarikat swasta:
- SDB Maybank
- SDB Agro Bank
- SDB CIMB Bank
- SDB RHB Bank
- SDB Public Bank
- SDB Bank Muamalat
- Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
- Royal Safe Deposit Box (RSDB)
Artikel berkaitan:



Salam En. Zul...
ReplyDeleteterima ksh n tahniah kerana tdk lokek ilmu brkaitan emas untuk dikongsikan bersama..
byk info brguna sy dpt dr pndgn suudara..
mntk izin utk save dlm pc sy utk rujukn/prkongsian..
Wslm..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. silakan tuan/ puan.. :)
simpan dlm peti sejuk? idea menarik
ReplyDelete:)
ReplyDeletesalam. wah,...luckily, my sister skrg dh pndai mngadap intnet sbb hari2 nk buka ur blog. dia jd pminat fnatik ur blog now. alhamdulillah. thx 4 ur sharing!!!
ReplyDeletebbb4831.
Wslm. T.kasih berziarah ke blog yg tak seberapa ni.. kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah.
ReplyDeletesalam...nak tya sikit....
ReplyDeletemcm mana sy nk melabur emas..
sy ni student lagi
Wslm.. untuk student, beli syiling 1 dinar.. beli setiap kali dapat loan/ biasiswa guna bajet yg agak2 tak pakai.. rugi duit loan/ biasiswa terbiar mcm tu jer dalam akaun simpanan..
ReplyDeletetima kasih.....tp syiling dinar simpan di bank ka?
ReplyDeletedi mana boleh saya membeli syiling dinar tu ?
Kalau sikit, simpan kat rumah pun boleh. Kalau emas Public Gold (PG), boleh beli direct dari Company atau dealer public gold. Kalau nak emas PG, saya boleh bantu, insyaAllah.. contact 019-336 80009 (Zul). Kalau tak dapat bantu, saya akan bagi no. contact dealer terdekat, insyaAllah..
ReplyDeletesalam..klu simpan emas fizikal dkt bank, bank ad kenakan apa2 caj x?mcm mane dgan zakat emas simpanan kita tuh?
ReplyDeletesalam anonymius..kalau simpan kat bank yg cash deposit box..ada caj lah bergantung kpd saiz box tuh utk setahun..kalau di agrobank depa ada caj beberapa percent dr emas tuh..tp agrobank hanya ambil simpan emas perhiasan(gelang/rantai) sahaja..sy br tanya last week.. hakim PG 013.983.96.26...Kalau setakat 20-100 gm sy rasa x berbaloi..baik jaga sendiri..
ReplyDeleteBetul apa yang Hakim bagi tahu tu. Zakat emas yang disimpan di safw deposit box kena zakat kalau lebih 85 gram. Tapi emas yang dipajak, tak kena zakat sebab tak sempurna milik. Wallahu a'lam.
ReplyDeletesalam info tabg sangat baik..'
ReplyDeletesaya tak tahu lah masa saya ni byk ke tidak dan tidak tahu berapa gm satu. tetapi mcm banyk jew.. sebab saya dah tak minat nak pakai. bagaimana cara nak simpan kan bank. dan bank mana yang murah caj..
Wslm Noorss_noor,
DeleteAlhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah. Emas tu kena timbang puan. Guna penimbang bahan buat kek kat rumah coz emas yang tak dipakai yang lebih 85gram kena zakat. Kalau nak caj paling murah, simpan di safe deposit box di AgroBank. Cajnya sekitar RM30 jer utk 1 box setahun, tapi tak cover insurance.
Wallahu a'lam.
assalam en zul..
Deletesaya just nak reconfrm kalau nak simpan kat safe deposit box tu semua bank ada ke atau bank2 tertentu sahaja?
oooo...sorry..tak perasan dh ada kat atas tu...heheheheeee...
ReplyDeleteAlhamdulillah... :-)
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeletesaya nak tanya, saya berminat dengan pelaburan emas ni, jika kita simpan dengan syarikat swasta,dan cover insuran, adakah insuran itu islamic? sebab nak jauhkan riba
dan boleh ke jika simpan dengan syarikat swasta and ambil takaful lain yang boleh cover emas ni?
terima kasih
Wslm Naz,
DeleteSaya tak sure dia cover insuran Islamic atau tak. Tapi kalau di Royal Safe Deposit Box dekat PG Sunway, dia cover dengan Kurnia Insurans (non-Islamic).
Untuk urusan lindungan Insuran tu, itu urusan Syarikat Swasta tu dengan syarikat Insuran. Dan pemegang polisi insurans tu ialah syarikat tersebut, bukan kita. Kalau safe deposit box tu kena rompak, kita claim dengan syarikat tu, bukan dengan syarikat insurans.
Wallahu a'lam.
jadi apa pandangan en. zul? adakah lebih selamat dari segi syariahnya simpan di rumah?
Deleteterima kasih kerana membantu pencerahan kepada saya :)
Bagi saya tak ada masalah dari sudut syariahnya sebab itu urusan syarikat dengan insuran, bukan kita pemegang insuransnya. Contohnya, kita pergi ke shopping complex, dan berlaku kemalangan. Kita claim dari pemilik shopping complex tu.. Kemudian pemilik tu claim dgn insuran non-islamic.
DeleteUnless ada syarikat Safe Deposit Box lain yang bagi jaminan yang lindungannya dicover oleh Takaful, masa mungkin kita wajib berpindah ke syarikat yang lebih Islamic.
Bagi saya, kalau emas tu banyak, lebih baik simpan di safe deposit box coz itu lebih menenangkan fikiran kita dan lebih 'Islamic' berbanding simpan di rumah yang membuatkan kita tak lena tidur malam... :)
Wallahu a'lam.
terima kasih en. zul :)
Deleteassalam...saya ada terbaca tentang pelaburan emas dengan virgin gold mining corporation. minima satu lot rm 5 ribu dan menjanjikan tiap bulan akan di beri rm600. rasanya en zul tahu tentang ini. cuma saya nk tanya betul atau tidak bisnes ni. trima kasih.
ReplyDeleteWslm Pn. Yatie,
DeleteSuruhanjaya Sekuriti dah senarikan Virgin Gold Mining Corp. (VGMC) tu sebagai pelaburan yang tak sah. Puan boleh tengok diwebsite SC di link dibawah:
http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=1032&menuid=272&newsid=&linkid=&type=#v
Wallahu a'lam.
We are the first privately operated Safe Deposit Box in Kelantan with more than 1000 boxes available
ReplyDeletewww.petibesi.com.my or call us at +6097436766 for more information
Tq Mr. Jose Rezal. Very good news. I really appreciate it! :)
DeleteAssalamualaikum en. Zul... Tumpang brtanya. Bg safe box yg insuransnya rendah cthnya hanya cover 10k, dan smpnn emas kita bernilai lebih drpd itu, sekiranya brlaku rompakan @ kebakarn d bank trsebut, adakah kita hnya mnerima ganti rugi sebyk 10k shj? Bgmana pula dgn nilai emas yg kita smpn?
ReplyDeleteWslm tuan,
DeleteKalau berlaku rompakan, kita hanya dapat ganti rugi sehingga jumlah insurans sahaja. Kalau amoun lebih dari insuran, kena top-up insurans. Kalau Safe Box swasta, biasanya dia bagi option untuk tambah cover insurans.
Pada pendapat beribadi saya, actually kalau simpan di Safe Box Bank/ Swasta tu dah cukup selamat. Risiko rompakan sangat rendah. Ia jauh lebih baik daripada simpan di rumah. Dalam masa 12 tahun ni, cuma ada 1 sahaja kes Safe Box dipecah masuk iaitu di Public Bank.
Wallahu a'lam.
safe deposit box mane yang bangus khidmat pelanggan yang sangat bangus? kenapa nilai insurance yang di kenakan oleh bank-bank tertentu menghadkan cove incuran?
ReplyDeleteEn. Shariff,
DeleteSaya buka safe box di www.rsdb.com.my sebab ia buka setiap hari termasuk public holiday, dari 9.00pg - 11.00mlm. Caj RM300 - RM500 setahun, ikut saiz box. Cover insurans RM100k, boleh tambah sampai RM300k setiap box. Bagi saya, mana-mana pun bagus rasanya.
Memang bank hadnya cuma RM10k jer insurans. Sesetengah bank memang tak ada insurans langsung. Bagi saya, walaupun insurans rendah tak ada masalah sebab risiko rompakan safe deposit ni amat jarang berlaku. Dalam 10 tahun ni, cuma pernah ada 1 kes terpencil jer.
Wallahu a'lam.
Salam... Terima kasih kerana berkongsi... Segala nota2 En. Zul mohon untuk dikongsikan bersama di blog saya.. TQ
ReplyDeleteatom-wrote.blogspot.com
Wslm. Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Silakan puan. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Delete