MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Awas! Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit

October 20, 2011

Baru tak sampai sebulan dapat kad kredit (kad kredit pertama dalam hidup saya), dah rasa tak senang bila ada usaha untuk menipu dengan kad kredit tu. Saya apply kad kredit dua bulan lepas untuk register akaun paypal (untuk internet transaction) dan dalam masa yang sama meminimumkan duit tunai untuk modal pusingan bisnes saya. Maksudnya, kalau saya dapat order yang besar, saya tak perlu keluarkan cash beli barang untuk hantar pada customer. Tapi, saya just slash kad kredit dengan supplier, dan bila customer buat payment, saya terus settlekan kad kredit tu. So, tak payah pakai cash sebab kalau cash banyak sangat, ia dah jadi tak efisien. Daripada duit terbiar macam tu, lebih baik beli emas ataupun silver.

Awas, Call Center Palsu!

Ceritanya macam ni. Last week saya dapat call daripada individu yang kononnya “Call Center” kad kredit. Dia offer macam-macam tawaran yang kononnya akan menjimatkan saya. Untuk terima tawaran tu, dia perlu SAHKAN kad kredit saya. Masa dia call tu saya ada terfikir juga, kalau dia benar-benar “Call Center”, sepatutnya dia dah ada semua maklumat saya. So, kenapa perlu lagi nak sahkan maklumat? Just hantar jer lah good offer tu, kalau ada.

Masa dia nak buat pengesahan tu, saya dah rasa tak sedap hati. Saya layan juga dia sebab saya fikir ini memang betul-betul Call Center sebab dia tahu maklumat saya; nama penuh, nombor telefon, nombor 16 angka kad kredit saya, dan tarikh luput kad kredit tu. Keraguan saya terus memuncak bila dia nak SAHKAN 7 nombor rahsia bahagian belakang kad kredit tu! Apa yang saya ingat, pengawai bank yang serahkan kad tu dulu pesan 3 nombor terakhir tak boleh dedahkan pada sesiapa sekalipun!

Nombor Handphone, Sah Penipu!

Saya terus tanya. “Eh, bukan ker nombor ni tak boleh dedahkan pada sesiapa kan?”… Dia jawab, “Oh, ok… kalau encik rasa tak boleh dedahkan, nanti kami hantar surat pada encik dan kami akan call lagi encik nanti”… Habis…

Hati saya tak sedap, saya terus contact Call Centre Maybank yang tertera belakang kad kredit tu. Pegawai tu tanya saya samada pemanggil tu guna nombor handphone atau fixed line? Hah… confirm penipuan sebab caller tu guna nombor handphone. Call Centre hanya akan call kita guna nombor fixed line. Keduanya, dia tanya saya apa maklumat yang saya dedahkan? Saya dah dedahkan semuanya kecuali 3 nombor terakhir belakang kad kredit tu. Untuk selamat, dia cadangkan saya cancel kad tu, dan Maybank akan keluarkan kad baru. So, saya terus cancel. Huh… lega rasanya… Tapi masih rasa tak senang hati sebab in future, benda ni boleh lagi berlaku selagi saya guna kad kredit!

Jauhi Kad Kredit a.k.a Kad Hutang!

So, saya syorkan sahabat semua, kalau tak ada keperluan untuk pakai kad kredit, lebih baik tak payah pakai sebab kad kredit ni lagi susah dari jaga cash. Terlepas kad tu pada orang, lebih bahaya dari terlepas cash pada penyamun!

Bila saya google di internet, rupa-rupanya benda ni memang dah lama berlaku, cuma mangsanya jer yang berbeza. Siapa yang naif tentang kad kredit, dan excited dengan tawaran  hebat yang bakal mereka ‘hadiahkan’, memang mudah terkena. Kita sangka ianya rezeki, tapi ia boleh jadi mimpi negeri!

Antara kes yang pernah berlaku boleh baca artikel di KonsumerKini iaitu “Bank Dedahkan Maklumat Kad Kredit Pelanggan Kepada Pihak Ketiga“.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
17 Oktober 2011
19 Dzulkaedah 1432

p.s. saya decide tulis artikel ni sebab baru jer terima panggilan kedua dari penipu berlainan yang gunakan modus operandi yang sama. Saya masih ‘wonder’, adakah benar pihak bank yang dedahkan maklumat kad kredit saya, ataupun ada ‘hantu’ dalam bank tu yang kerjanya jual info sulit pemegang kad kredit tu kepada ‘penyamun’ di luar?

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Pengalaman saudara2 terdekat;
    1- Cash in hand RM13k dirompak sekitar luar bank.
    2- Kereta baru habis bayar loan, kena curi (di Shah Alam)

    “too good to be true”

  • Pengalaman sama, cuma bezanya…dia mintak nombor debit card…tu pun selepas register akaun baru… maybe ada “hantu” di bank zaman sekarang…

  • biasa tu zul, ni kes biasa sgt sapa yg punyai kad kredit,
    1) buat xtahu je kalau ada call mcm tu, sy dah byk sgt dapat call mcm tu

  • aah,penah jadi kat sy jugak..sebab ingatkan mmg dr call center..2 kali sy tertipu.1st time rm600,2nd time rm300..tp seb bek dua2 transaction x dilakukan,walopun sy dh terbagi 3 digit kat blakang tu.huhu.sy pi cek ngan maybank.dia kata maybank x kan buat panggilan,dia akan hubunhi customer melalui surat sahaja

  • terima kasih atas info yg sgt2 berguna…saya pun hampir2 menjadi mangsa penipuan…cara yang sama.tpi yang lebih menghairankan pemanggil tu tahu semua maklumat…menakutkan…

  • bro..blog lu mmg best..byk info share..semoga allah membalas jasa lu..ok utk kad kredit ni..elakkan berurusan dgn maybank..pengalaman aku pakai kad kredit cimb ok xde org kacau..buat PL public bank pon xde org call..buat loan kereta dgn maybank terus dpt call mcm2 sama kes lu..nsb baik aku dh tau scam2 ni.dh ramai terkena tp malu nak repot..

    salam emas dr dealer PG 012186 from utara..fb apa bro?

  • T.kasih bro krn berziarah ke blog yang tak seberapa ni. Tq for sharing pasal pengalaman dgn bank. Mungkin hantu pencuri maklumat banyak di maybank coz bank lain tak ada masalah pun.

    Fb saya Mohd Zulkifli Shafie. Jumpa di fb bro. 🙂

  • kalau ada panggilan macam tu, cakap tak minat je.. tak nak..
    jika ditanya apa yang tak nak? cakap semua tak nak.. apa2 pun tak nak. terus tutup tepon. mula2 rasa macam tak elok, tapi mereka buat kita macam tu lagi tak elok.

    pasal cc, boleh ada jika pandai uruskan kewangan.
    macam saya, guna cc untuk beli barang perniagaan,bila dapat balik modal tu terus bayar. saya tak pernah kena caj lewat sbb memang sentiasa clear. kelebihan guna cc, boleh redeem barang/voucher sbb setiap bulan saya guna 20-30+k
    tapi, kena budget betul2 supaya tidak overspend.

    • Salam.. terbaek zul…

      ni di namakan Facility (kemudahan credit)
      bila ada opportunity (peluang untuk buat jualan secara besar)
      timetu plak capacity kita tak cukup (modal tak cukup) so facility mcm ni la amat di perlukan…
      kita create good liability (hutang yg mendatangkan manfaat = keuntungan hasil berniaga)
      tapi jgn sampai jadi bad liability (penyakit bahaya credit card)…. caj kewangan yg tinggi…

    • betul..cakap semua tak nak je..ataupun bila ada call dr no. Yg x dikenali…say hello dengan suara yg garang..heh..biasanya call centre ni akan kenalkan diri n so on..so just reply kita bz or tengah meeting..lepas tu block the no..hehe

  • Alhamdulillah, sy mmg takde credit card..biarlah org nk kata kolot ke..ape ke.. Yg penting hati sy senang, duit sy selamat.. Hehe

  • assalamualaikum
    disini saya ingin bezakan call center palsu atau yg benar:-
    yg benar – butiran maklumat lengkap,tiada pengesahan sekali lagi…dan ada soalan2 tambahan sbg bukti kita sebagai pemegang kad…
    yg palsu – mereka akan dedahkan sendiri maklumat asas kononnya,takkan tanya kita pemakai kad visa,master dll atau tarikh luput

    sy turut terkena tipu pd awal2 penggunaan kad,dan sy menukar kad baru atas sebab
    1-call centre menyamar sbg pegawai bank
    2-ada pihak penjual waktu swap menyalin no pin saya

    kes pertama sy:-
    ini taktik terbaru call centre..menyamar gabungan2 bank di malaysia melaksanakan program menghapus pihak2 luar yg selalu mengganggu pemegang kad. cthnya mereka tahu sy adalah membership **** mendakwa syrkt tersebut telah melakukan transaksi tanpa pengetahuan sy..mereka mewakili pihak bank akan menyekat apa2 transaksi dr syrkt tersebut. maka bermulalah sgla isi huraian program2 mereka yg bagus hasil kerjasama dgn bank tapi dgn bayaran rm599..mereka juga memburuk2 syrkt2 yg terlibat dgn aktiviti ni..akibat terpengaruh,sy dedahkan sedikit maklumat walau was2..selepas itu,tanpa berlengah sy call no diblkg kad bertanyakan samada ada berlaku transaksi dr syrkt membership dan jwpnnya tidak berlaku..sy terus batalkan kad tersebut…tidak lama kemudian call center menelefon sy lagi tapi sy x jawab sebab saya tahu mereka gagal utk membuat transaki rm599 itu.

    2-berurusan pembelian produk dgn sebuah syrkt
    pembayaran deposit melalui kad kreadit..satu kesalahan bila pihak tersebut menyalin no kad termasuk 3 pin..pembatalan produk telah dibuat sbb sy dpt hidu penipuan syrkt tersebut. sy harap saudari/saudari berhati2 utk sebarang urusan.

    kemungkinan sy akan tidak menggunakan lagi kad kreadit sbb bnyk gangguan dr pihak luar yg hanya mengambil kesempatan mengaut untung..

  • Assalamualikum,
    Bukan nak memburukkan mana2 bank tapi memang Maybank ni banyak kes compannya kami alami sendiri kehilangan 20 k dlm sehari. pihak maybank refund back only rm 973 sebagai ganti rugi yg langsung x berbaloi….kehilangan wang dlm atm pun ada jadi..sahabat seoofice sendiri jdi mangsa n dah buat report polis…Saya pribadi dah tarik semua wang yg ada dlm simpanan Maybank pindah masuk ke Cimb n Ambank..Alhamdulillah x pernah ada mslh dgn Cimb n Am bank nie….

  • setakat ni aku dah pakai hampir 6 thn dah kad krdit..so far ok..menyenangkan dari pakai cash..janji bayar bulan2 la jgn buat hutang xbayar pulak..GST rm50 tu boleh waive dengan point yg ada..bg aku tak xder susah sgt la pakai kad kredit..penting ada knowledge la

  • Sy baru terima masej mengatakan sy ade beli online hp dlm seribu lebih…menggunakan kad kredit…selepas sahkan dengan bank…memang ade transaksi tersebut..walhal saya xbuat sebarang pembelian online tersebut. Selain memaklumkan kepada bank…ape lg yg perlu saya lakukan?…mohon pandangan..tq

  • Sy mnerima 1 pnggilan smlm,tnyata ianya blaku kpd sy jg.Sy ditawarkn dgn pelbagai kemudahan dr staff AIG MALAYSIA katanya.Sy x tau knpa sy sprti dipukau n tpedaya dgn kata2 mnis,lalu sy hnya mnuruti pmintaannya dgn mberi 16 digit angka kad debit sy.Staff itu bkta akn mnolak amount setelah sy mnerima polisi,tp..bila sy cek acc,dia tlh mbuat auto transaction dr acc sy…sy call service centre,tp x blh nk smbgkn kpd staff tu,sy pelik,lalu btnyakn rakan2..rakan2 mnyuruh sy mbatalkan kad dan trus tukar kpd kad baru.Betul2 tkena pd sy,dan mngkin blh beri pngajaran bg sesiapa lps ni…zaman smkin canggih,mnusia snggup melakukan apa shja.Pengajaran buat dr sy.

  • Sekarang kalau nak bekerja online kan byk ja kalau nak cari dari net, seperti kerja data entry, typewriter, designer. From USA, UK.
    Saya try register, isi maklumat semua dia nti minta no kredit card, 3 digit, expiry date. . saya main letak ja no. Lepas pulak. Esoknya ada matsalleh call from USA. Kata mengenali making money thru online. Dalam bersembang tu dia minta kredit card no. Sorry. I’m not interested anymore, saya cakap.
    Xtau betul ka scam ya mcmni. Yang kerja online seperti ni.

  • Kalau dah kena tipu macam mana langkah2 nya?
    5k tunggak awal bln dis 2016 bln sampai hjung bulan dis jadi 9k…
    Boleh saman balik tak?

  • Macamana pula kalau pihak bank sendiri yang menipu? Macam yang saya kena, tak pernah apply credit card tiba2 sahaja dapat statement kena bayar annual fee. Bila telefon pihak bank, diorang cakap card tu dah 2, 3 tahun dah active dan diactivate melalui sms. Bila saya suruh cancel card tu & reverse balik amaun tu, diorang cakap tak boleh, sbb itu SST yg dikenakan oleh kerajaan & sya dah lambat bgtau diorang. Kalau saya nak cancel juga card tu, kena settlekan dulu baru diorang boleh teruskan dgn cancellation. Bila ditanya mengapa sebelum ni saya tak pernah pun dapat statement walaupun sekali, at least sya tahu tentang kewujudan card tersebut. Diorang jawab sbb sebelum ni tak pernah ada transaction, dulu GST… sekarang SST ada charge, baru diorang hantar statement.
    Lepas didesak utk cancel juga card tu, sebab sya tak pernah pun terima card tu, baru mereka cakap akan “tolong saya” utk request dr mgt utk cancel card dan waive amaunt tsbt, itupun bergantung kpd mgt samada utk approve atau tidak.
    Sekarang ni sya masih menunggu, tp nampaknya sya masih terima statement dr pihak bank dgn jumlah yg masih tertunggak.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >