Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.
4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Persona jer lah dulu. Buang lah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya.
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan. Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji. Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah
Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak bapak jer...
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak?
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahaun.
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% - 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai "pokok" jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai "pokok" + "interest"!Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.
Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)...
Wallahu a'lam.
Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai
Artikel berkaitan:


Salam...sy nak share post ni kat blog saya.sgt bermanfaat bila sebut tentang hutang ni..
ReplyDeletelupa maklum. nama sy Hazli. staf PPUM,PJ.
ReplyDeleteWslm Hazli,
ReplyDeleteSilakan. Moga bermanfaat. Kalau boleh saya tahu, apa address blog Hazli?
http://hazli-noor.blogspot.com/
ReplyDeleteSalam Zul, saya pun nak minta kebenaran nak share ilmu yg bermanfaat dlm blog saya...harap ruihan izin kan saya..
ReplyDeleteWslm Mat Kedah..
ReplyDeleteSilakan.. kalau rasa ianya bermanfaat, sebarkan.. moga ia jadi amal jariah kita semua, insyaAllah.
salam. ilmu yg bmanafaat! thx 4 sharing.
ReplyDeleteWslm, alhmadulilah.. puji-pujian bagi Allah.
ReplyDeleteilmu yang bermanfaat, ingin saye kongsikan di blog saye
ReplyDeletehttp://budakkampung39.blogspot.com/
psssttt.....lepas saye bace buku jutawan dari planet jupiter- azizi ali dan rancang wang dari sekarang- pakdi, saye berazam nak bebas dari hutang. hutang untuk benda yang liabiliti...
Alhamdulillah Irwan Miswan... silakan berkongsi kalau ianya bermanfaat..
ReplyDeleteBagus tu.. bebaskan diri dari hutang liabiliti.. urus hutang asset dengan betul.. Moga berjaya, insyaAllah..
Salam...tips yang praktikal dan mudah....rumusan lengkap dari buku-buku kewangan yang ada di pasaran...terima kasih atas perkngsian....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. puji-pujian bagi Allah..
Deletesalam, sy dala... nk tnye dana full-settlement tu maksudnya kite sediakan satu tempat utk simpan sampai cukup dgn jumlah hutang, kemudian kite selesaikan hutang tu ataupun kite boleh gunakan dana tu utk up kan byran hutang bulan bulan.. contoh hutang bulanan rm200 + extra rm100? confius sket.. tq sudi jawab..
ReplyDeleteWslm Pn. Dala.
DeleteBetul tu. Lepas cukup duit dalam dana full-settlement tu, jangan top-up bayaran installment, tapi terus buat full-settlement dgn bank coz kita jimat lebih banyak dgn cara mcm tu berbanding top up installment.
owh macam tu ke... silap teknik la dala selama ni..sebab dala upkan installment tu...sebab menyampah tgk baki hutang yg x surut surut..ok, terima kasih atas maklumbalas, kalau de pape lagi, sy akan tanye kemudian..
DeleteHallu sy linda, so nk settlekn hutang personal loan
ReplyDeleteMcmane yer? Kalau evrymonth kte bayar lebih kt bank
Dorg Akan updte x kat sistem?
Linda,
DeleteJangan bayar lebih installment bulanan tu. Tapi simpan duit lebihan tu sampai cukup untuk buat full settlement sekaligus. Kita akan jimat caj interest, insyaAllah.
Err... Sy kurang jelas berkaitan dgn dana full setllement.. sy ambil contoh loan kereta.. loan kereta sy brjumlah RM48K.. dan installment bulan-bulan RM550.. Sy biasanya membayar RM600 sebulan.. Adakah salah cara sy nie ?
ReplyDeleteAdakah dana full setlement yg tuan maksudkan tu ialah dgn cara sy bayar hanya RM550 kepada bank, dan jika ad lebihan wang, sy masukan ke dlm akaun khas dan dikumpul sehingga cukup RM48k dan kemudianya di bayar secara full settlement ? Kalau itula caranya, sy rasa, ianya mengambil masa yg lama untuk langsaikan hutang sebanyak RM48k itu.. Hehe
Din,
ReplyDeleteSaya syorkan bayar bulan2 RM550, dan simpan RM50 tu dalam fund full settlement. Kalau portion RM600 yang din bayar tu, itu untuk bayar interest (sebahagian besar) dan nilai pokok (sebahagian kecil).
Tapi kalau buat dana full settlement tu, kita akan bayar 100% atas nilai pokok yang berbaki.
Wallahu a'lam.
Assalamualaikum.. saya ayu.sy nk mintak kebenaran share blog ni ye.. nak tny pendapat encik Zul. sy ada beberapa hutang mudarat spt 2 credit card, courts, personal loan dan kereta. nanti sy akan dapat durian runtuh dimana jika dikira cukup2 untuk membayar total hutang cr cards dan courts saya. masalahnya saya dalam dilema kerana saya juga berhajat untuk renovate rumah saya yg sememangya patut dibaiki krn terdapat beberapa kerosakan yg agak teruk. persoalannya yg mana patut saya lakukan dulu samada byr hutang2 mudarat tu atau baiki rumah. sy xboleh buat keduanya sekali kerana wang xcukup. sy risau tersalah cara dan membebankan lagi sy. minta pendapat encik zul. terima kasih.
ReplyDeleteWslm Pn. Ayu,
DeleteT.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Kalau ianya bermanfaat, kongsikan dgn orang lain. Moga ia jadi amal jariah saya & puan juga.
Pasal konflik kewangan puan, saya yakin puan lebih faham yang mana lebih utama. Cum saya prefer langsaikan hutang secepat mungkin. Utk keperluan baiki rumah, saya akan cari duit lain, especially pertingkatkan hasil bisnes. Hutang mudarat tu benar2 akan memudaratkan kewangan kita kalau lambat ditangani dgn baik.
Wallahu a'lam.
trima kasih di atas pandangan en.zul.. Sekarg sy dh nmpk jln yg sepatutnye.. Sememangnya hutang mudarat ni membebankan.. Mintak2 sy dpt langsaikan hutang sy secepat mungkin.. Tq ye..
DeleteInsyaAllah.. Moga cepat2 jadi seorang yang debt-free! Kemudian baru menyusun langkah seterusnya untuk jadi seorang yang financially free, insyaAllah..
DeleteNice sharing! Idea mengenai Dana full settlement tu sangat menarik. Macamana nak make sure Dana tu Akan digunakan untuk tujuannya yang asal i.e. untuk debt free? Kadang2 kita manusia ni senang terpesong. Hehe
ReplyDeleteHakimi,
DeleteItu memang kena betul2 berdisiplin... Mesti ada kesedaran dan keinsafan untuk jauh dari segala hutang... Saya sampai hari ni memang tak berkenan dengan hutang, installment, ansuran, skim bayaran mudah dsb... Untuk dapat keinsafan, saya syorkan Hakimi baca buku "Petunjuk Jalan Kekayaan" tulisan Chef Li (Dato' Dr. Rusly Abdullah). Buku tu lah membuatkan saya insaf dan fobia dengan hutang...
Wallahu a'lam.
Assalamualaikum..dan allhamdulillah en zul dah bebas hutang bsama isteri,saya juga adalah tergolong dalam manusia yang lalai dalam membayar hutang dan sampai satu masa kini hutang2 saya dah mluas,kes saya ni pula en zul,saya menyelesaikan masalah saya dengan buat pinjaman along mcm gali lubang tutup lubang hgga kini saya da jd bingung dan dah tak bmaya serta takut utk kluar xtau mau cari jalan kluar..
DeleteWslm Tuan,
DeleteAlhamdulillah... Allah bebaskan kami dari hutang. Saya yakin, tuan pun boleh, insyaAllah. Setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya. Mulakan azam baru...
Saya syorkan tuan baca buku "Petunjuk Jalan Kekayaan" tulisan Chef Li. Saya banyak dapat petunjuk dan inspirasi daripada buku tu.
saya berharap sangat en zul dan isteri dapat beri cara penyelesaian pada saya dan terusla menghubungi saya seandainya en zul atau isteri punya jalan yg tbaik..dah terlalu lama saya mnantikan bagaimana saya dapat kluar dr masalah ini..num saya 013 850 7998 ( azura dr kningau, Sabah )
ReplyDeletePn. Azura,
DeleteSaya syorkan Pn. (1) dapatkan kaunseling dari AKPK. Tengok website dia www.akpk.org.my. AKPK memang ditubuhkan untuk bantu orang yang dalam belengu hutang.
(2) Hentikan buat hutang lagi. Belajar hidup di bawah kemampuan.
(3) Mulakan bisnes sendiri. Buat bisnes, jangan masuk apa2 skim bisnes. Saya syorkan Pn. Azura baca artikel2 yang saya tulis pasal bisnes. InsyaAllah Pn. akan dapat pencerahan melalui artikel tu.
Wallahu a'alam.
Salam, saya memang nak bebas hutang, masalahnya bila time gaji je, selepas semua hutang dibyr , lebihan hanya lepas perbelanjaan hari2 je..kdg2 tak cukup..disiplin byr hutang ade, disiplin nak menyimpan sendiri mmg susah. boleh katakan perbelanjaan lebih daripada gaji.fyi saya paksa diri ambil asb loan 200K last yr.alhamdulillah payment ok.. rasanya silap saya tak guna balik div yg dapt last yr tu di cover balik asb loan tu..insyaallah div tahun ni saya nak cover balik n settle hutang2 yg lain.
ReplyDeleteWslm Pn. Yatie,
DeleteSaya syorkan Pn. Yatie tambahkan lagi ilmu pasal pengurusan kewangan peribadi. Antara buku yang boleh saya syorkan ialah buku (1) Jutawan Dari Planet Jupiter, Azizi Ali, (2) Nota Jutawan Nota Kewangan, Irfan Khairi, dan (3) Petunjuk Jalan Kekayaan, Chef Li.
InsyaAllah, lepas baca 3 buku tu, puan akan nampak jalan keluarnya. Sejauh mana kita boleh kaya bergantung sejauh mana ilmu kita tentang kekayaan.
Orang income besar tak semestinya kaya, orang income kecik tak semestinya miskin. Saya tengok ramai orang yang incomenya besar tapi tetap terbelengu dengan hutang, dan saya nampak ramai orang incomenya kecil tapi ada saving yang banyak. Pokoknya ialah ilmu.
Wallahu a'lam.
salam, terima kasih. InsyaAllah akan saya usahakan dapatkan buku2 tersebut dan cuba praktikan 7 strategi yd diatas..nampaknya saya kena study balik payment yg saya buat every month dan list out yg mene perlu.
ReplyDeleteWslm Pn. Yatie,
DeleteMoga Allah permudahkan Pn. Yatie untuk dapat kelapangan dari sudut kewangan, insyaAllah.
Saya meminta kebenaran untuk share ilmu dalam blog ini bersama yang lain.
ReplyDeleteSilakan En. Jidine. Moga bermanfaat untuk semua, insyaAllah.
DeleteTerima kasih atas sumbangan ilmu tuan ni.. sharing is caring..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah. T.kasih berziarah ke blog seadanya ni.
DeleteSalam Tuan Zul... saya Wan
ReplyDeleteMohon pendapat tuan. Baki loan kereta saya 35k (2 thn lagi), dah tanya bank full settlement rebate 1k ++ sahaja.
Saya dok fikir patut buat full settlement car loan @ dump 35k cash tu dlm asb/th. Anggaran div utk 2 thn adalah 5k berbanding rebate 1k ++.
Terima kasih tuan.
Wslm En. Wan,
DeleteDari sudut keuntungan, invest duit RM35k tu lebih untung berbanding full settlement sbb kita boleh dapat keuntungan lebih tinggi dengan investment lain berbanding 'penjimatan' early settlement.
Cuma saya lebih suka early settlment untuk lebih "peace of mind". Lepas settle, dah tak perlu fikir apa2 lagi pasal loan. Terus fokus kepada gandangan keuntungan melalui pelaburan & bisnes dengan duit lain.
Wallahu a'lam.
Terimakasih atas pandangan tuan.
DeleteSelain tu lepas 'ronda2' blog tuan ni rasa mcm nak labur 20k (drp 35k tadi) utk jadi dealer emas. Rasa2 lepas 2 thn lebih byk untung tak.
Buat masa ni cash flow ok lagi utk terus service car loan tadi (staf loan).
Wan
Kalau tengok pada faktor ekonomi & kewangan dunia hari ni, saya yakin harga emas akan pergi jauh dlm masa 2 tahun ni. Dari sudut keuntungan pelaburan, saya nampak simpan emas jauh lebih untung dari simpanan di Tabung Haji atau ASB.
DeleteKalau boleh service car loan tu, elok juga labur RM20k beli emas & automatik jadi dealer. Harga emas masih rendah sekarang. Ini waktunya untuk membeli.
Wallahu a'lam.
Tuan memang TERBAIKK
DeleteInsyaallah saya nak teruskan plan 20k emas + terus byr loan 2 thn... doakan saya
Terima kasih tuan atas ilmu2 bermanfaat yg dikongsi. Semoga tuan sekeluarga semakin dimurahkan rezeki
Saya akan hubungi tuan utk 20k emas
Wan
T.kasih atas doanya. Moga Allah kembalikan doa tu juga kepada Wan, insyaAllah. Apa2 nanti boleh contact saya, 019-3368009 atau ibnushafie@gmail.com.
Deletesuperb blog.. saya sgt suka dgn kaedah dan penerangan yang sgt sistematik yg diterangkan.. sgt membuka mata hati saya.. terima kasih ye.. :)) mohon share dlm blog saya.. terima kasih sekali lagi..
ReplyDeleteAlhamdulillah Pn. Fadie Anum. Puji-pujian bagi Allah.. Kalau ianya bermanfaat, sila share seramai mungkin. Moga ia jadi amal jariah saya dan puan juga, insyaAllah..
Deletesatu blog peribadi yang bermanafaat.. kawan pon ada mempraktikkan ilmu yang ditulis .. cuma kawan lebih ke arah kebebasan kesempitan wang bukan bebas hutang.. sebab hutang bersepah2 lagi.. malah akan bertambah lagi mengikut strategi kebebasan kesempitan wang...
ReplyDeleteNak cerita rasa dah banyak ada kaedah di blog pakar kewangan... tapi matlamat kita adalah sama, bebas.....
T.kasih berziarah ke blog ni tuan. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lapangkan jalan kepada kita semua untuk dapat kebebasan kewangan, insyaallah... :)
DeleteSalam Tuan. Saya Pn Liza. Saya sedang mula berusaha untuk selesaikan hutang 2 buah kereta yang berjumlah RM1195 sebulan. Kalau boleh saya nak ia langsai sebelum tempohnya.Minta pandangan Tuan, mudah-mudahan ada jalan lain bg saya.
ReplyDeleteWslm Pn. Liza,
DeleteAlhamdulillah, bagus azam puan tu. Saya langsaikan hutang ikut teknik yang saya kongsikan dalam artikel ni. Amalkan 4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi, dan ikut 7 Strategi yang saya kongsikan tu. Memang itu jer yang saya buat.
Puan amalkan dengan sabar, moga Allah mempermudahkan Puan untuk langsaikan hutang kereta lebih awal yang dijangka. InsyaAllah.
Assalamualaikum..En Zul, sy mohon pandangan tuan. sy ade personal loan sbyk 20k, setelah hampir 3thn membyr, baki anggaran bank masih 18990.. byk betul kan? kemudian sy juga ade loan ptptn, memandngkan kini PM umum ade diskaun 20% jika selesai awl..sy ingat nk grab peluang ni. ape pandangan tuan, jika sy langsaikan kedua2 hutang tesebut dgn wang simpanan yg sy ade?. jika sy langsaikan kedua2nya, habisla semua simpanan sy tp sy akan dpt status bebas hutang dan tiada simpanan... Tuan rase betulkah tindakan sy? mohon pndgn, terima kasih..elly
ReplyDeleteWslm Pn Elly,
DeleteSaya syorkan adakan simpanan 3 bulan pendapatan utk kecemasan, selebihnya guna untuk settle hutang. Memang best tu dapat diskaun 20%. Itu satu insentif yang tak patut dilepaskan.
Antara PTPTN dan personal loan, personal loan perlu dilangsaikan dulu sebab interestnya lebih tinggi.
Wallahu a'lam.
Salam En. zul,
ReplyDeleteAssalam..terima kasih atas ilmu yg dikongsikan.
En. zul mencadangkan agar menyediakan dana full settlement, berbanding membayar lebih pada pinjaman spt rumah atau kereta. Boleh saudara jelaskan lebih lanjut...
Wslm Pn. Azura,
DeleteAlhamdulillah, moga artikel ni bermanfaat.
Dana tu senang jer puan. Katakanlah installment loan tu RM500 sebulan, tapi puan mampu bayar RM700 sebulan. So, saya syorkan, extra RM200 (RM700 - RM500) tu puan asingkan ke dalam dana khas. Simpan duit tu sampai dah banyak, guna duit tu untuk buat full-settlement terus. Cara macam ni lebih jimat berbanding tambah installment bulanan dari RM500 kepada RM700.
Ini disebabkan, untuk beberapa tahun pertama, installment tu sebenarnya untuk cover caj "interest" jer. Bayaran "pokok" tak berkurangan sangat. Kalau puan bayar RM500 sebulan, sebenarnya lebih kurang RM400 adalah untuk bayar "interest".
Itu mengikut pemerhatian saya. Wallahu a'lam.
askm en zul...
ReplyDeletesy nak buat pembiayaan peribadi utk byr full settlement kereta sebab dulu guna conventional financing...
sy ingat nak pembiayaan lebih utk cover card credit + pelaburan emas dll...
mohon pendapat tuan?
Wslm tuan,
Delete1. Car Loan Konvensinal
Buat pembiayaan peribadi utk bayar full settlement kereta bagi saya merugikan dari sudut kewangan. Kosnya akan jadi lebih besar. Saya syorkan continue jer dengan car loan conventional tu untuk meminimumkan kerugian. Saya ada sembang dengan sahabat saya yang Master Muamalat Islam katanya, its ok bila kita tersilap dlm urusniaga, Islam tak tuntut supaya kita keluar dan tanggung rugi lebih besar. Tapi kalau nak terminate loan lama atas dasar taqwa, saya rasa itu lebih baik. Moga Allah ampunkan kesilapan yang lalu.
2. Settle Credit Card
Kalau Credit Card outstanding banyak, memang exit plan paling baik ialah buat personal loan Islamic dan settle kesemua. Jangan lupa langkah paling penting, potong semua credit card! Kalau nak simpan pun, tinggalkan satu jer... :).. Kalau tak, masalah tak akan selesai..
3. Pelaburan Emas
Pelaburan ni sebenarnya kena pakai duit lebihan, bukan dengan duit loan. Tapi kalau ada lebihan loan yang tak pakai at least untuk jangka masa setahun, boleh consider untuk simpannya dalam bentuk emas.
Wallahu a'lam.
Buat loan antara tahun 2009, 2010,2012..berjumlah lebih kurang rm660k... tapi tiada PL, tiada tunggakan CC. Hanya rumah (2), asb, kereta myvi. Belum bercadang nak full sattlement.. kalau buat pun mungkin sattle kereta dulu.....
ReplyDeleteBetul tu En. Amer, antara 3 jenis loan tu, memang loan kereta perlu dilangsaikan dulu.
DeleteAskum En Zul, mohon share artikel2 tuan..
ReplyDeleteSilakan tuan, moga bermanfaat, insyaAllah.
DeleteAsalamualaikum,cik zul.saya nak minta pendapat.saya mempunyai simpanan dalam tabung haji sebanyak 20 k sahaja.tetapi saya berniat untuk mengerjakan haji bersama dengan suami menggunakan wang tersebut.pada masa yang sama,saya juga mempunyai hutang lain.jika saya gunakan kesemua wang itu untuk membayar hutang.bila pula saya dapat dapat mengumpulkan wang sebanyak itu lagi?
ReplyDeleteWslm Pn. Balqis,
DeleteBagus plan Pn. Balqis untuk buat haji. Bagi saya, puan boleh bagi keutamaan pergi haji kalau hutang yang puan ada tu ialah hutang bersifat keperluan dan tak memudaratkan kewangan puan.
Kalau ada hutang macam kad kredit, saya rasa puan kena langsaikan kad kredit dulu baru pergi haji. Hutang rumah atau kereta tu saya rasa boleh ditangguhkan kalau ia masih lagi diperingkat boleh diurus.
Wallahu a'lam.
sangat bernafaat.maybe saya boleh kongsikan di blog saya untuk rujukan.
ReplyDeletehttp://www.ccris.com
Memang bagus blog tuan tu. Saya suka artikel pasal retirement tu. T.kasih.
Deletetlah diposkan dgn editor sdkit.
Deletetq tuan.
Alhamdulillah...
Deletebagaimana nak buat simpanan emas dan bank mana yang terbaik
ReplyDeleteBagi saya, emas terbaik untuk disimpan ialah emas Public Gold (www.publicgold.com.my) sebab susut nilainya paling rendah, urusan jual belinya paling mudah. Public Gold tak ada kena mengena dengan Public Bank. Ia adalah syarikat yang mengeluarkan emas pelaburan terbesar di Malaysia.
Deletesaya hanya mempunyai simpanan sebanyak 10K dalam akaun tabung haji. minta tuan beri cadangan cara simpanan yang bagaimana terbaik untuk saya mengembangkan simpanan
ReplyDeleteKalau agak-agak duit tabung haji tu tak akan digunakan dalam tempoh setahun (at least), saya syorkan beli emas Dinar Public Gold. Ia jauh lebih untung dari simpan dalam Tabung Haji. Wallahu a'lam.
DeleteSalam tuan, minta pendapat tuan. Saya ingin settlekan personal loan Maybank dan HSBC saya. Adakah ada pengurangan interest atau rebate jika saya settle awal?
ReplyDeleteMana lebih baik, invest dalam ASB dan tunggu dividen untuk bayar hutang atau settle loan2 ini dahulu.
Wslm tuan. Kalau saya di tempat tuan, saya akan settlekan personal loan tu kesemuanya dan mulakan azam baru untuk bina balik kekayaan & simpanan sebab dah banyak pihak yang pakar dari sudut kewangan membuat kira-kira, pelaburan ASB menggunakan duit loan sangat tak berbaloi untuk jangka panjang.
DeleteUnless tuan gunakan duit tu untuk beli emas diwaktu sekarang (tengah rendah), dan bayar duit personal tu ikut jadual ansuran, itu mungkin lebih berbaloi. Wallahu a'lam.
MrsAnna : Assalalmualikum wrt...
ReplyDeletesaya inginkan sedikit pandangan penyelesai...buat masa ini saya ada sedikit simpanan wang tunai dalam masa yang sama saya ada masalah hutang kad kredit 2 keping, personal loan asb loan tabung pendidikan, loan rumah, gold di ar rahnu (pajak)...bila saya nak settlekan hutang itu saya mampu cuma saya raasa sayang nak bagi wang yang banyak pada orang susah saya cuba kumpulkan...pandangan tuan cam mana?
Wslm Mrs Anna,
DeleteMemang sayang duit untuk bayar loan sekaligus sebab susah-susah kita kumpulkan duit tu tapi, hutang tetap perlu dilangsaikan. Kalau saya berada di tempat puan, saya akan spare sebahagian duit untuk kecemasan (at least 3 bulan pendapatan), selebihnya saya akan langsaikan hutang. Saya lebih suka cara begitu sebab matlamat saya bukan sahaja "plenty of money", tapi saya nak dapatkan juga "peace of mind".
Antara banyak-banyak loan tu, saya rasa pinjaman pendidikan boleh dikemudiankan sebab biasanya interestnya sangat rendah. Wallahu a'lam.
assalamualikum...saya telah pun menyelesaikan 2 keping kad kredit dan menutup satu kad kredit...adalah langkah yang baik...?
ReplyDeletesaya juga ingin tahu adakah insuran dan loan asb tu satu liability atau aset?
bagaimana pula dengan gold di Ar-Rahnu...perlu ke saya keluarkan dari simpanan di Bank atau kekalkan dan membayar upah simpan?
Wslm Pn. Rohana,
DeleteAlhamdulillah, tahniah puan. Satu pencapaian yang baik. Memang bagus tu tutup semua kad kredit kecuali satu.
Insurans (takaful) tu "Protection", salah satu komponen penting mengurus kewangan. Saya bayar takaful untuk "protection" dan saya tak ambil langsung pelan "saving", "investment-link" dsb. Kalau nak saving, better ditempat lain jauh lebih untung.
Loan ASB bagi saya satu liabiliti sebab kalau puan kira betul-betul, orang yang buat saving tunai secara konsisten sebagaimana dia bayar ASB loan, ia jauh lebih untung berbanding untuk long-term. Azizi Ali, Pakar Kewangan pun komen ASB tak berbaloi katanya.
Ar-Rahnu tu kalau boleh tebus la sebab kos simpanan ar-rahnu lebih kurang 14% setahun (agak tinggi) melainkan guna duit tu untuk rolling bisnes yang confirm untung.
Wallahu a'lam.
SAlam...oh begitu...buat masa ini saya mengambil insuran perlindungan wanita dan saving...jadi saya telah silap membuat pilihan dalam insuran ini...adakah wajar saya teruskan atau ubah tamatkan polisi kepada polisi protection? saya juga ada ambil insuran pendidikan untuk anak2...tu bagaimana pula? pasal loan ASB pula saya terpaksa teruskan...kerana belum 2 tahun...saya perlu usaha simpanan dana full settlement loan peribadi dulu...tapi mungkin ambil masa lama sikit kerana loan 100K (silap saya beli rumah cash guna personal loan)...terima kasih kerana telah buka minda saya...semoga allah sentiasa memberi saya petunjuk...dan kejayaan untuk tuan.
ReplyDeleteWslm Pn. Rohana,
DeleteSaya suggest ambil protection jer. Kalau boleh, teruskan polisi tu tapi customize coverage & protection. Kalau tak boleh customize, terpaksa tamatkan polisi dan ambil polisi protection. Insuran pendidikan tu bagi saya boleh diteruskan. Insurans tu maksud saya ialah takaful, bukan insurans konvensional. Kalau insurance konvensional, memang wajib tukar kepada takaful.
Moga Allah merahmati & melapangkan rezeki puan sekeluarga, amiin..
salam...Alhamdulilah...tuan saya telah tebus gold di Ar Rahnu...so apa target hutang yang saya kena selesaikan dengan menggumpulkannya di dana full setlement? car loan? personal loan? asb loan? house loan? JPA loan (pendidikan)? bagaimana kita nak budget untuk selesaikan ? yang lain tu byk sangat amunnya...seperti personal loan tu?mungkin makan masa sikit, betul tak?
ReplyDeleteWlsm Pn. Rohana,
DeleteAlhamdulillah, syukur pada Allah. Dan tahniah pada Pn. Rohana. Apa yang perlu buat sekarang ni, simpan duit bayaran installment kad kredit & ar-rahnu yang puan peruntukkan setiap bulan sebelum ni ke dalam "Dana Full-Settlemen" yang saya maksudkan. Untuk settle hutang seterusnya, ni saya senaraikan ikut prioriti interestnya & nature hutang tersebut:
1. Car loan (hutang liabiliti)
2. Personal loan (saya tak pasti puan gunakan loan ni untuk apa, kalau untuk beli aset macam emas, boleh dilewatkan bayaran)
3. ASB loan (hutang aset, tapi keuntungan tak seberapa)
4. Housing loan (hutang aset, kenaikannya bebaloi)
5. JPA loan (hutang intellectual asset, interest sangat rendah).
Prioriti utama sekarang ni ialah settlekan loan #1 dan #2 dulu. Yang lain tu lewat sikit pun tak apa. Wallahu a'lam.
Saya ingin bertanya, saya mampu bayar rm 1300 sebulan untuk loan kereta, tapi saya hanya buat loan kereta rm 760 sahaja untuk 9 tahun,dengan harapan baki (1300-760)=540 saya simpan. bila fikir semula rasa rugi sahaja sbb loan lama sgt, jadi saya bercadang untuk bayar rm 1300 untuk 5 tahun. Berbaloi tak?boleh tuan tunjukan kiraan perbezaan interestnya jika bayar terus rm 1300 sebulan selama 5 tahun berbanding dgn menyimpan rm 540 sebulan dalam asb selama 5 tahun. Saya bercadang untuk beli rumah dalam masa 5 tahun lagi sbb itu saya ingin cepatkan langsai hutang ini.
ReplyDeleteBoleh saya tahu berapa jumlah pokok (prinsipal) hutang tu? Pastinya loan 5 tahun lebih rendah caj interestnya. Kalau nak tahu berapa perbezaannya, tuan buat kiraan di bawah:
DeleteAnsuran bulanan X 12 X tahun = Jumlah Keseluruhan
Jumlah keseluruhan - Jumlah Pokok = Caj Interest Bank
Kemudian kirakan perbezaannya.
As Salam......
ReplyDeleteSaya Siti....
Bagus jg ye blog tuan ni..mmbri motivasi kpd sy yg mahu bebas hutang...insyaallah...... Sy nak minta pendapat tuan mengenai perancangan sya...
1)personal loan sy 125k monthly 1034(20thn)
2)car loan monthly 614 (9thn)
3)PTPTN (bayar ikut mampu je )
#insyaallah hanya ni sahaja pinjaman yg sy nak buat slama hidup sy ni.lpas lngsai smuanya,sy akan bebas hutang...
*perancangan sy ialah sy sy nak buat overlaping personal loan sy tu untuk singkatkan tahun kepada 15 thn shj dan nak kurangkan byaran bulann memandangkan bank yng sy nk overlap ni interest dia lebih rendah drpd bnk yg sy buat skarng.ni krn sy target umur 45 thun personal loan lngsai.(PL sy buat sy guna untuk bli tnh buat rumah=skrg rumah tu dah siap)
*perancangn kedua,sblm tu nk tnya boleh ke kita buat pinjaman kereta kat bank lain sbb nk elak interest rate yg tinggi dn kurngkan tahunnya?sbb loan keta yg sy byar skrg ni interest dia agk tggi la,..jd nk pgi bank lain,interst rndah,kurangkan tahun..jadi perancangn sy umur 36 tahun,car loan langsai....
*pasal PTPTN tu insyaallah ada ada durian runtuh ke,bonus ke sy akn lngsaikan smuanya...
Jadi tua,tu la panjng lebar cerita sy ni (minta maaf ye)bnyak sgt story nye,,,sbb sy ni baru je nak blajar...(umor x smpai 30 lg)
mohon tuan bagilah nasihat kpd sy...atau ada perancangan tuan yg lebih baik buat sy...dan smoga dgn apa yg tuan kongsikan akan mmberi kesejahteraan kpd tuan da keluarga,..TQVM
Wslm Pn. Siti,
DeleteMoga Allah memberi kemudahan untuk bebas daripada hutang.
1. Personal loan - saya tak pasti samada overlaping untung ataupun tidak sebab puan kena tengok berapa baki pinjaman kalau nak buat "full-settlement" loan lama. Itu puan kena call bank. Tanya dia berapa baki kalau nak buat full-settlement. Walaupun mungkin loan baru yang puan buat tu lebih rendah, mungkin loan pertama tu masih tinggi bakinya sebab biasanya, bank akan makan "interest" dulu untuk tahun-tahun awal. Mungkin ansuran RM1,034 tu, hanya sekitar RM200 sahaja untuk settle hutang pokok. Yang lain tu bayar interest jer. Kena buat kira-kira lebih detail kalau nak confirm untung rugi.
2. Car Loan - Sama dengan pandangan saya pada point #1 di atas.
3. PTPTN - bagi saya, PTPTN tu loan terakhir yang perlu puan settle sebab interest ratenya sangat rendah. Settlekan yang lain dulu.
Kalau nak settlekan loan tu, saya cadangkan ikut prioriti di bawah:
1. Car loan - bad debt (aset yang susut nilainya)
2. Personal loan - good debt (aset yang meningkat nilainya)
3. PTPTN - interest rate sangat rendah.
Wallahu a'lam.
Assalamulaikum En. Zulkifli, saya tertarik dengan kaedah yg encik gunakan untuk bebaskan diri daripada hutang. baru-baru ni saya buat loan untuk setelkan hutang ptptn saya sebab saya nak kejar rebat 20%. saya takde simpanan yg banyak untuk setelkan guna duit sendiri. memandangkan ini peluang keemasan saya utk tak fikir pasal ptptn, jadi saya buat loan. Tapi loan yg saya ni, saya dah buat beberapa pembahagian, untuk setel loan ptptn, personal loan saya yg before ni dan duit yg selebihnya separuh saya akan gunakan untuk baiki rumah dan separuh lagi saya nak simpan di Tabung Haji. Buat pengetahuan encik, saya pinjam rm90k, jadi lepas dah tolak2 semua tu duit yang saya simpan di Tabung Haji berbaki lagi rm19k. Jadi saya bercadang untuk menggunakan dividen Tabung Haji untuk dimasukkan ke dalam dana full settlement yang encik katakan. Let say, saya simpan rm19k, dividen 6%. Saya simpan duit dividen selama 10 tahun. Boleh tak saya setelkan hutang rm90k saya dalam 10 tahun dengan kaedah itu? Buat pengetahuan encik, interest yang dikenakan adalah 3.99% dan saya membayar bulan2 sebanyak rm599. Harap encik dapat merungkaikan permasalahan saya. Diharap ada cara yang lebih bagus untuk saya bebas hutang. Saya target before umur 40 tahun (insya Allah panjang umur) saya akan hidup bebas hutang personal loan terbabit.
ReplyDeleteWslm En Zainal,
DeleteInsyaAllah, moga Allah merealisasikan impian En Zainal untuk bebas daripada hutang.
Mengikut kira-kira saya, simpanan Tabung Haji RM19,000 tu kalau disimpan selama 10 tahun dengan kadar dividen 6% setiap tahun, duit tu akan jadi RM32,100. Kalau semata-mata pakai duit tabung haji tu memang tak cukup. Wallahu a'lam.
Boleh saya tahu berapa lama tempoh pinjaman tu?
tempoh pinjaman saya 25 tahun dengan kadar faedah 3.99%, bulanan saya potong gaji rm599 kiranya genapkan rm600 la, jadi saya bercadang dalam 10 tahun saya saya dpt selesaikan loan dengan membuat early settlement, agak encik zulkifli macam mana ya? saya juga ada loan kereta yg baru masuk tahun ke-3, saya ada berbaki 6 tahun lagi. Bagaimana mahu cepat bebas daripada hutang?
DeleteKalau 25 tahun, maksudnya jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM179,700 (RM599 x 12 bulan x 25 tahun). Caj keuntungan bank sebanyak RM89,700 (RM179,700 - RM90,000). Kalau nak cepat settle, memang kena buka fund "full-settlement" yang saya maksudkan disamping terus bayar ansuran bulanan RM599 secara konsisten. Kalau ada duit durian runtuh, masukkan dalam fund tu sekali. Dah cukup nanti, boleh buat full-settlment, insyaAllah. Berapa cepat boleh settle tu saya tak pasti. Ia berbanding fund yang ada dan baki pinjaman.
DeletePinjaman sebenarnya menguntungkan bank sebab tahun-tahun awal ni sebab sebahagin besar portion bayar hanya untuk "interest" jer. Bayar dah banyak, tapi kalau nak settle awal, baki pinjaman masih banyak juga.
Kalau En. Zainal nak cepat bebas hutang, mesti ikhtiar untuk bina PENDAPATAN KEDUA. Buat bisnes. InsyaAllah banyak durian runtuh bila buat bisnes. Itu pengalaman saya.
Wallahu a'lam.
InsyaAllah, terima kasih atas nasihat encik zulkifli, saya pun terfikir nak bukak fund "full settlement" nanti, harap2 dalam 10 tahun saya dapat cepat settle hutang saya tu. Amin.
DeleteInsyaAllah. Mudah-mudahan Allah permudahkan En. Zainal. Amiin.
DeleteAssalamualaikum En Zul... dah baca steps yang diberi
ReplyDeletesaya nak sangat bebas hutang nie.. harap en zul boleh beri sedikit nasihat dan pandangan buat saya Bagaimana mahu cepat bebas daripada hutang
Saya la nie dok bayar hutang..spt d bwh:-
-Personal loan bank.islam 25k - dah chk kat bank, jikalau full stlmnt dlm 10K /2015 habis. - 365/mth
-personal loan Alliance 10k- bulan 6 nie habis - 250/mth
- car loan - 750/mth - lagi 8 thn... so far byr mcm biasa
- 2 credit card both kalau campur outstanding dlm +/-4k - dah lama tak guna (salah satu card balance dlm 8 ratus).. dok bayar bulanan tapi still tak habis lagi...
saya ada plan nak buat bank islam overlapping loan and settle 2 personal and ccard tu terus... then byr cuma personal loan baru ni (dlm 30K) dgn intrst 7% buat 10 thn...
kalau saya buat ini hanya personal loan ini + car loan saja saya byr dan lebihan loan itu ingat nak buat emas investment dan beli tanah lot kat kampung ni.
Mohon nasihat dan pandang en zul , adakah ini berbaloi dan betul perancangan saya ini?... kalau en zul di tempat saya apa tindakan/plan en zul....
thanks
shah - penang
initiall_d78@yahoo.com
Wslm En. Shah,
DeleteKalau saya berada di situasi En. Shah, saya akan settlekan credit card loan dulu. Yang lain tu kena buat kira-kira lebih detail dan kena buat kiraan beberapa senario & pilih senario paling menguntungkan . Prinsipnya, bayaran loan yang interest lebih tinggi dulu.
Kalau buat loan beli emas emas & tanah tu ok sebab ia asset yang sentiasa meningkat nilainya. Worst come to worst, boleh jual je semua asset tu untuk bayar balik loan nanti.
Wallahu a'lam.
Salam..saya ada hutang kad kredit citibank hampir rm10k, MBF 5k dan hsbc 2k..sekarang agak buntu nak settlekan semua hutang ini..kalau sy buat balance transfer adakah berbaloi...boleh saya tahu dana full settlement en zul guna akaun bank atau pelaburan lain
ReplyDeleteWslm tuan,
DeleteKalau saya ditempat tuan, saya akan tutup kesemua kad kredit kecuali satu kad kredit yang Islamik. Untuk settlekan kad kredit, saya akan apply personal loan Islamik. Dana full settlement tu saya buka akaun bank. Dan duit tu saya rolling untuk bisnes yang menguntungkan untuk menggandakannya.
Wallahu a'lam.
salam en zul
ReplyDeletesaya hairi..boleh tuan cadangkan personal loan islamik?..skrg pun sy ada loan dgn bank rakyat (rm25k byr rm507 utk 5 thn-2thn lg habis dan mbsb byr rm647 utk 10 thn-9thn lg hbs)...kalau sy nk buat loan personal lagi mungkin kena buat overlapped betul tak..
Wslm En. Hairi, banyak bank officer personal loan Islamik. Bank Islam pun ada offer personal loan. Boleh buat baru atau overlap loan sedia ada. Wallahu a'lam.
Deletesalam tuan..bagaimana caranya nak buka found full setlement....terima kasih..
ReplyDeleteWslm tuan,
DeleteFund Full-Settlement tu ialah istilah yang saya gunakan, bukan istilah yang digunapakai oleh pihak bank. Ia adalah dana khas yang saya kumpulkan untuk buat full-settlement semua hutang-hutang saya. Tak kisah samada duit tu nak simpan dalam akaun bank ataupun dalam bentuk yang lain.
Wallahu a'lam.
salam en. zul. nak mohon share artikel. terima ksih :)
ReplyDeleteWslm Pn. Ct,
DeleteSilakan sharekan artikel ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.
serius terbaikkkkk tuan zul... mesti sy share nnti dlm blog sy... tp kene wat dulu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah... Puji-pujian bagi Allah... Silakan share En Shah. Moga ia jadi sumber pencen pahala untul saya dan En Shah juga, insyaAllah...
Deletesalam En zul..
DeleteAlhamdulilah blog en sgt bermanafaat kpd sy.
Saya nk tanya antara hutang berikut yg mana perlu diselesaikan dahulu..
Rumah 1 RM430/month X 4thn-6% baki 20K
Rumah 2 RM800/month X 36thn-4.4%- untuk sewa msh pembinaan.
Kete 1-880/month 2.35% X 8th
Kete 2 2nd car -526/month x4th baki 25K
Personal loan RM 444/month -3.99% baki 40K
PTPTN byr 350/month -3% baki RM 18k
Wang dlm tgn RM5K (saving a.c) RM 20K-dlm ASB,Public mutual-RM5K
Soalan .
mana satu ikut keutamaan perlu diselesaikan.
2Perlukah saya keluarkan simpanan saya semua untk cover hutang diatas...umur 32thn gaji 6k/month @ simpan kat akaun daily setlement dan bayar sekali gus jika cukup..
Terima kasih... sila en zul berikan pandangan
Wassalam En. Bahari,
DeleteSecara prinsipnya:
1. Hutang membeli liabiliti (barang yang sentiasa susut nilainya) perlu disettlekan dulu berbanding hutang membeli aset seperti rumah, hartanah, emas ataupun perak.
2. Interest yang paling tinggi perlu disettlekan dulu berbanding interest yang paling rendah.
3. Sebelum buat full-settlement, pastikan dah stand-by dengan duit tunai sebanyak 3 bulan gaji untuk kecemasan.
4. Kalau beli rumah untuk investment, dan ia dapat disewakan lebih tinggi dari ansuran bulanan, tak perlu risau langsung tentang rumah tu sebab ia bukan lagi kategori hutang, tapi ia adalah aset yang menjana aliran tunai positif.
InsyaAllah dengan 4 prinsip di atas, En. Bahari boleh buat keputusan terbaik hutang mana perlu dilangsaikan dulu dan samada perlu tak habiskan duit simpanan untuk cover hutang.
Wallahu a'lam.
Salam En Zul,
DeleteTerima kasih atas nasihat & Pandangan...
Wslm En. Bahari,
DeleteAlhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDana full settlement hutang tu, kita kena bayar zakat ke?sebab kalau tak silap saya, semua simpanan diwajibkan zakat..
-arisa
Wslm Pn. Arisa,
DeleteBetul tu. Duit simpanan memang kena bayar zakat kalau lebih nisab. Nisab semasa simpanan ialah mengikut harga semasa 85 gram emas.
Wallahu a'lam.
satu lagi, apa pendapat tuan tentang dividen kwsp?halal atau haram. saya ada terbaca pendapat yang mengatakan jumlah dividen tadi perlu didarabkan dengan peratusan pelaburan yang halal. Bagaimanapun pada pendapat saya, sebenarnya adalah mustahil untuk kita ketahui dengan tepat peratusan halal tersebut, melainkan staf kwsp yang terlibat dengan pelaburan itu sendiri memberikan maklumat.
ReplyDelete-arisa
Tentang dividen KWSP, saya copy paste terus jawapan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman:
Delete"dividen ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan".
Puan boleh cek jawapan penuh di sini: http://bit.ly/16jxxHL
Wallahu a'lam.