Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!

by on April 7, 2008

Post image for Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!

Assalamualaikum w.b.t. Sekadar ingin berkongsi kegembiraan, sekiranya ada kebaikan, moga boleh diambil pengajaran oleh semua sahabat.

Alhamdulillah, tengahari tadi saya dah buat full-settlement pinjaman PTPTN isteri saya di pejabat PTPTN, di belakang bangunan pejabat saya. Hutang asal berjumlah RM10,000, apabila tambah interest, semuanya RM11,110.10. Maksudnya, mulai hari ni kami berdua bebas daripada segala hutang piutang.

Azam Kami 3 Tahun Lalu

Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan azam kami sejak 3 tahun lalu iaitu ingin BEBAS daripada segala hutang piutang. Kami mahu hidup tanpa hutang. Kami ingin memecahkan pemikiran lapuk kami bahawa “hidup mesti berhutang, baru boleh senang”.

Kami tak kaya, pendapatan pun agak kecil bagi kehidupan di bandar metropolitan seperti KL ni. Masih di bawah taraf kemiskinan sebab saya seorang jer yang bekerja. Isteri tak dapat bekerja untuk bagi keutamaan kepada anak-anak yang masih kecil. Tetapi syukur pada Tuhan, Dia memberikan kecukupan kepada kami. Sebagaimana doa yang kami minta dalam bacaan ma’thurat di waktu pagi. Biarlah tak hidup bermewah-mewah, asalkan hidup bahagia bersama keluarga tercinta.

“Doa Spiritual” disertakan “Doa Praktikal”

doa spiritualKami meminta melalui doa spiritual supaya Tuhan keluarkan kami daripada kesempitan dan belengu hutang. Kami buktikan kepada Tuhan bahawa kami benar-benar nak “doa” itu dimakbulkan melalui “doa praktikal” iaitu USAHA secara lahiriah.

Nak bebas dari hutang. Ya, memang mudah menyebutnya. Tetapi bagi kami ia satu MUJAHADAH. Mujahadah mentarbiyyah diri, mengekang nafsu berbelanja, menanam rasa cukup dengan apa yang ada. Tidak terkejar-kejar pada “gaya”, “standard” dan “trend” masa kini. Belajar kenalpasti yang mana KEPERLUAN, yang mana KEMAHUAN. Mengurus KEUTAMAAN dalam perbelanjaan. Sentiasa merasa tak cukup dengan ilmu kewangan yang ada.

Sentiasa berusaha menyemai sikap dan DISIPLIN diri. Sentiasa MUHASABAH tentang tabiat berbelanja sehari-hari. Yang mana tersilap, kami jadikan pengajaran buat diri.

Ia Persoalan “Sikap” dan “Tabiat”

Mengurus kewangan keluarga bukan sekadar persoalan duit keluar dan duit masuk. Yang paling penting ialah memperbetulkan SIKAP dan TABIAT tentang kewangan. Sebab memang terbukti, ramai orang bertungkus lumus cari duit pagi petang siang malam. Memperluaskan “pintu masuk” (pendapatan) tapi terlupa untuk mengurus “pintu keluar” (perbelanjaan). Akhirnya, kaya tidak, senang pun tidak. Pendapatan bertambah, kerak hutang pun turut sama bertambah.

Rupa-rupanya ilmu “kekayaan” adalah satu bidang lain yang kita kena belajar dengan ahlinya. Macam mana terer pun kita dalam ilmu perakaunan dan kewangan, belum tentu kita berjaya urus kewangan diri. Ia harus dipelajari. Harus “berguru” dengan mereka yang telah terbukti.

Semangat Baru Dalam Mencari Kekayaan

burung bebas sangkarHari ini adalah hari baru bagi kami. Hari yang memberi semangat baru dalam mencari kekayaan milik Tuhan. Kekayaan akan tetap kami cari tetapi kekayaan yang direzekikan Tuhan haruslah kami ‘kembalikan’ kepada Tuhan. Barulah dapat bahagia yang kami impikan, kerana itulah aturan Tuhan untuk setiap insan. Ke mana sahaja wang dibelanjakan, mesti ada kena mengena dengan Tuhan.

Kita DATANG dari Tuhan. Akhirnya tetap KEMBALI kembali kepada Tuhan. Jadi, TUJUAN kita mestilah Tuhan. Seluruh hidup kita mestilah bermatlamatkan Tuhan. Barulah akan dapat apa yang kita semua impikan.

Kekayaan adalah keperluan. Tuhan itu tujuan. Walau apa pun kita buat tujuannya mesti bermatlamatkan Tuhan. Janganlah digantikan “tempat Tuhan” dengan “selain Tuhan”. Kekayaan itu barang milik Tuhan. Alangkah zalimnya kita terhadap diri sendiri kalau jadikan “barang milik Tuhan” sebagai Tuhan. Menjadikan ia sebagai matlamat dan tujuan. Itulah hidup hanya untuk cari makan. Tak ubah seperti haiwan ciptaan Tuhan.

Apabila “Tujuan” Selain Tuhan

Bila kekayaan jadi “tujuan”, maka rosaklah hidup manusia. Hilanglah bahagia yang dicita. Manusia akan hilang punca, sentiasa teraba-raba mencari kebahagiaan yang tidak kunjung tiba. Pendapatannya banyak tetapi tak pernah merasa cukup. Semakin diteguk semakin haus. Hartanya banyak tetapi jiwanya resah gelisah, hidup serba tak kena.

Harta yang telah dimiliki tak pernah membawa bahagia. Apa taknya, dah ada BMW 3 Series, dia nakkan 5 series. Dah dapat 5 series, dia nakkan pula 7 series. Walaupun apa yang dimilikinya dah cukup hebat, tetapi sentiasa tak bahagia dengan apa yang dah ada. Begitulah anologinya untuk panduan kita.

bmw 3 series 5 series

Buktinya, lihatlah orang disekeliling kita. Pendapatannya besar tetapi tak pernah merasa cukup. Kereta lebih besar daripada kita. Handphonenya lebih canggih daripada kita. Pakaiannya lebih berjenama daripada kita tapi Hutang Mudaratnya mencecah 5 dan 6 angka. Kad kredit itulah satu-satunya “reserve” yang dia ada. Apabila diminta zakat dan infaq, “wah… dia sangat berkira”. Ish… boleh pula dia hidup macam tu.

Azam Hidup Tanpa Hutang

Mulai hari ni, kami berazam tak nak buat hutang lagi (tanpa KEPERLUAN yang mendesak). “Mendesak” sehingga kami tak boleh hidup tanpa membuat hutang. “Ya Allah, perkenankanlah niat suci kami in wahai Tuhan pemilik segala kekayan. Supaya lebih mudah kami mengisi hidup ini dengan berbakti. Berbakti kepada-Mu, berbakti kepada makhlukMu”.

bebas hutang akhirnya

Itulah sedikit luahan rasa. Bukan nak berbangga, tetapi nak berkongsi rasa sesama kita. Sebagai DORONGAN supaya semua berjaya belaka. Sebab kami dulu tak ada yang sudi berkongsi begini. Betapa peritnya belajar dari kesilapan sendiri. Teraba-raba mencari panduan sendiri. “Kesilapan”, itulah guru yang paling zalim. Ia zalim tetapi ia memberi 1001 pengajaran yang mahal harganya kepada sesiapa yang sanggup belajar daripadanya.

Walau apa pun, kami masih jahil dalam bab kewangan peribadi. Banyak lagi yang harus dipelajari. Banyak lagi TABIAT dan SIKAP yang harus disemai dan dikukuhkan setiap hari. Mudah-mudahan kita sama-sama berjaya dalam mencari dan mengurus kekayaan milik Tuhan.

Wallahu a’lam. Wassalamu a’laikum.

Zulkifli
Damansara Damai
4 Januari 2007
14 Dzulhijjah 1427

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : thinkandrich, lifewithamission, madison, dilshil786,  f30post)

Artikel berkaitan

{ 55 comments… read them below or add one }

1 ma name is syahida June 29, 2009 at 7:20 am

saya tertarik dgn post ni..bole x sekiranya saya tampalnye di blog saya sebagai perkongsian buat rakan2 sy…tq

Reply

2 Mohd Zulkifli June 30, 2009 at 7:31 am

Boleh, silakan. Kongsilah pada rakan2 moga mereka juga dapat manfaat, insya Allah.

Reply

3 muhaizam November 13, 2010 at 7:26 am

satu posting yang sy kira sangat jujur..sy sangat bersetuju dengan isinya..

Reply

4 pokjuhomestay September 14, 2011 at 4:23 pm

Alhamdullilah…. hari ini Allah makbulkan doa saya yang ingin bebaskan diri dari hutang… setiap hari saya berdoa… agar Allah ringgankan kesempitan hutang saya dan seterusnya bebaskan diri dari hutang… dan

hari ini saya terjumpa blog saudara semasa google tetang sebab2 harga emas menyusut pada tahun 2008..

Insyallah saya akan pratikkan tips2 dan ilmu yang tuan nukilkan disini…semoga segala kebaikan tuan Allah SWT balas dengan pahala yang berlipat kali ganda… amin

jazakallahu khairan..

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie September 14, 2011 at 10:01 pm

Alhamdulillah.. moga Allah permudahkan Zul (Pokju) untuk bebas dari segala hutang, amiin ya Allah.. memang best hidup tanpa hutang ni.. peace of mind.. alhamdulilah..

Terima kasih atas doa utk saya… Moga Allah merahmati Zul (Pokju) sekeluarga.. dan diberi hasanah di dunia, hasanah di akhirat, amiin ya Allah..

Salam ukhuwwah Zul (Pokju)

Reply

6 wan November 30, 2011 at 10:29 pm

salam hormat dari saya ilmu yg sgt berguna terima kasih byk2 en zul

Reply

7 wan November 30, 2011 at 10:36 pm

sesungguhnya salah satu dosa besar adalah orang yg mempunyai ilmu tetapi tidak berkongsi dengan orang lain semoga Allah membalas jasa baik amal jariah tuan ini, amin..

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2011 at 5:39 am

Wslm Wan. Terima kasih kerana berziarah ke sini. Kalau artikel ni bermanfaat, puji-pujian bagi Allah..

Reply

9 ejad sharizad January 6, 2012 at 6:55 pm

Bagusnya blog ni, ble jadi panduan jd harap encik slalu la update ye….sy baru jadi dealer dan berazam untuk bebas dari hutang secepat mungkin,slalu berusaha menambah ilmu wpun sibuk dgn kerja,suami dan anak2,terima kasih byk2atas segala ilmu yg ada di blog ini, moga Allah memberkati segala usaha kita amin…..nnti sy nak add encik di fb ye,mana tau ble dpt lagi tips2 berguna…harap dapat accept…

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie January 6, 2012 at 11:45 pm

Alhamdulillah Pn. Ejad Sharizad,

Kalau puan dapat manfaat dari blog ni, puji-pujian bagi Allah. Saya cuma berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ni. Ok, insyaAllah saya accept.

Reply

11 Ayzarahman June 9, 2012 at 1:09 pm

Sgt suka blog ni…sgt bermanfaat…doakan saya juga dpt bebas hutang…akan jadikan tulisan ini sebagai panduan…tq so much

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2012 at 9:49 pm

InsyaAllah… Moga Allah permudahkan jalan kita semua untuk bebas hutang dan seterusnya bebas kewangan… Amiin ya Allah…

Reply

13 Anonymous September 3, 2012 at 7:32 am

Orang seperti en.Zul inilah yang diperlukan untuk membetulkan mentaliti masyarakat Islam supaya berdiri betul di landasan agama….mengambil manfaat untuk meneruskan hidup di dunia, tapi pada masa yang sama tidak melupakan akhirat….moga en.Zul diberikan petunjuk dan kekuatan lagi oleh Allah untuk memberi semangat dan peringatan kepada umat Islam hidup berlandaskan agama…

-mas-

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2012 at 8:12 am

InsyaAllah Pn. Mas… Doakan untuk saya moga Allah kekalkan atas landasan iman & taqwa.. Moga Allah merahmati Pn. Mas juga, amiin ya Allah..

Reply

15 Anonymous September 29, 2012 at 2:39 pm

saya pun dah banyak kali buat kesilapan dalam berhutang, alhamdulillah dah mula sedar. kad kredit dah setahun dah terminate, sekarang ada 3 personal loan, car loan dan rumah. hujung tahun ni insyaallah 2 personal loan fully settle..

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2012 at 4:57 pm

Kesilapan tu sebahagian proses mencapai kejayaan. Moga Allah permudahkan jalan tuan untuk langsaikan semua hutang dan jadi seorang yang bebas hutang, insyaAllah.

Reply

17 Anonymous September 29, 2012 at 11:37 pm

Terima kasih. izinkan saya promote blog tuan dalam fb dan recommend pada kawan untuk baca. Blog ni lengkap dengan pengetahuan. Tahniah dan terima ksih kerana tak kedekut ilmu..

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2012 at 12:08 am

Alhamdulillah… Silakan sebar apa yang bermanfaat dari blog ni. Moga sedikit sebanyak ilmu menjadi amal jariah saya dan tuan juga, insyaAllah…

Reply

19 Anonymous December 13, 2012 at 3:30 am

Alhamdulillah saya jumpa blog ini. Terima kasih banyak2 atas ilmu yang dikongsi. Beberapa tips & panduan yg saudara beri ada yang mula saya amalkan.

Cuma, dari segi mencari pendapatan kedua masih tiada idea. Sekarang ini masih lagi makan gaji. Jika boleh saudara kongsikan pengalaman dan memberi idea…terima kasih sekali lagi wahai sifu maya…

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie December 15, 2012 at 9:59 pm

Alhamdulillah, terima kasih berziarah ke blog seadanya. Moga bermanfaat.

Pasal pendapatan kedua tu, sebenarnya telalu banyak peluang di luar. Tapi saya tak pasti apa peluang yang terdekat dengan tuan. Kata Chef Li, rugi kalau duduk Malaysia ni tapi tak kaya. Bila tuan dah mulakan apa-apa bisnes, insyaAllah, Allah akan nampakkan lebih banyak peluang-peluang yang lain. Tuan go thru artikel-artikel saya tentang bisnes, insyaAllah tuan akan dapat pencerahan di situ, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Reply

21 Anonymous March 31, 2013 at 3:32 pm

Assalamualaikum

Blh share bisnes MLM apa yg en.zul jalankan. Dan selain MLM dan PG apa lgi punca pndptan en.zul..nampaknya en.zul sgt berjaya dlm pengurusan kewangan, bisnes dan simpan emas.

Ingin tahu
Tgdi

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie April 3, 2013 at 11:42 am

Wa’alaikumussalam tuan,

Alhamdulillah… Allah rezekikan kepada kami sekeluarga. Core bisnes saya dan isteri ialah educate orang tentang kesihatan sebenar, tanpa perlu bergantung kepada ubat sepanjang hayat melalui sebuah multi-national company yang kerajaan Malaysia ada saham di dalamnya. Dan saya educate orang tentang pengurusan kewangan yang betul dan selamat kekayaan dengan emas melalui syarikat yang menyediakan fasiliti pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia.

Itulah secara umumnya. Kalau spesifik kena sembang personally sebab ia hal personal… :)

Reply

23 mohd Hazwan April 21, 2013 at 3:15 am

Asslamualaikum en zul..syukur alhmdllah diatas kberkatan doa.. saya juga mempunyai impian yg sama dngan en zul..umur sy hmpir 30thn..tp hutang yg sy tggung dah beratus ribu..wlaupun sy berniaga sdri, ada syrikat, ada staf..dan mcm2 lgi kemewahan yg org nmpak hebat..tp sebarnya hidup sy x tenag…
Trima kasih banyak en zul diatas kesudian berkongsi artikal ini..hrp dpt jumpa en zul suatu masa nanti…wssalam…

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie April 21, 2013 at 3:18 am

Wslm En Hazwan,

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

InsyaAllah, moga Allah melapangkan rezeki En. Hazwan. Kalau datang Damansara Damai, boleh call saya. Nanti kita boleh minum-minum, insyaAllah… :)

Reply

25 Anonymous June 16, 2013 at 2:25 am

Terima kasih atas perkongsian dlm blog saudara. Saudara rajin update tu yg bagus….selain itu gaya penulisan hmpir ksluruhan artikel mudah difahami.
Teruskan berkongsi.

Tq.

Mie-sibu

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie June 16, 2013 at 4:21 am

Terima kasih En. Mie kerana berziarah ke blog ni. Moga bermanfaat, insyaAllah. Mudah-mudahan Allah bagi kemudahan kepada saya untuk update secara konsisten, insyaAllah.

Reply

27 sitihamidah July 16, 2013 at 10:07 am

salam.
blog yang bermanfaat.
terima kasih encik zul.
-siti-

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie July 16, 2013 at 12:21 pm

Wslm Pn. Siti,

Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Reply

29 Mohd Helmi August 20, 2013 at 3:06 pm

Alhamdulillah, saya tumpang gembira. :)

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2013 at 4:34 pm

Alhamdulillah.

Reply

31 jiey September 28, 2013 at 8:05 pm

salam,

blog tuan sangat bermakna dan membuka minda saya…teruskan perkongsian tuan untuk manfaat bersama…terima kasih

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie September 28, 2013 at 8:33 pm

Wslm,

Alhamdulillah. Terima kasih juga sebab berziarah ke blog ni. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah.

Reply

33 Rina October 29, 2013 at 4:57 pm

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullillah..puji-pujian hanya bg Allah swt. Gembira dlm terjumpa blog tuan. Byk artikel yg dikongsikan membuka fikiran & minda sy yg selama ini terfikir2 cara & matlmat yg jelas dlm mengatur kewangan yg baik.
Artikel yg sgguh bermanfaat & senang difahami & dpt menilai diri ttg keperluan & TUJUAN hidup sebenar
Moga sentiasa sihat..:)

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie October 29, 2013 at 5:45 pm

Wslm Pn. Rina,

Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

35 hafizah November 29, 2013 at 9:55 am

Tuan,

Saya memohon utk share artikel tuan yg ini juga. saya amat kagum dgn kecekalan tuan dan isteri membebaskan diri dari hutang. saya berdoa moga saya juga akan berada dlm zon bebas hutang seperti Tuan dgn cepat. moga segalanya diizinkan Allah Taala dan dimudahkan urusan.

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2013 at 10:05 am

Silakan share artikel ni Pn. Hafizah. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah. Saya doakan Allah melapangkan rezeki Pn. Hafizah sekeluarga dan turut sama bebas dari hutang. Amiin ya Allah.

Reply

37 Huda December 4, 2013 at 5:10 pm

salam…
mohon share…

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie December 4, 2013 at 6:40 pm

Wslm.

Silakan Pn. Huda. Moga bermanfaat, insyaAllah…

Reply

39 Huda December 18, 2013 at 1:12 pm

tq…

Reply

40 erma January 8, 2014 at 3:02 pm

salam En.Zul,
Alhamdulillah, saya bertemu artikel ni..byk memberi info yg berguna..saya sedang berusaha untuk keluar dari beban hutang

saya ada persoalan un en.zul,apa langkah pertama yg perlu saya lakukan..saya ada hutang-hutang yang perlu diselesaikan,dlm pada masa yg sama saya masih tiada simpanan untuk kecemasan…Praktis yang saya buat skrg ini, saya baru bermula membuat simpanan ke 2 akaun berbeza
:- Akaun 1- dengan matlamat utk buat full settlement hutang2 (dimasukkan scr bulanan)
:-Akaun 2 – simpanan kecemasan (yg ni saya simpan secara yearly, dgn menggunakan duit bonus)
namun begitu, penyelesaian hutang secara bulan2 tetap dilakukan..
Adakah saya perlu simpan duit utk byr hutang dahulu,then baru buat simpanan kecemasan ATAU membuat kedua2 simpanan kecemasan & settlement hutang secara serentak?
Mohon pandangan..

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie January 9, 2014 at 2:40 pm

Wslm Pn. Erma,

Saya setuju strategi yang Pn. Erma buat tu. Dari sudut keutamaan, bagi saya:

1. Bayar ansuran bulanan seperti biasa. Pastikan bayaran bulanan tu cantik, tiada tunggakan. Ini penting supaya credit history cantik bagi memudahkan buat pinjaman “good deb” nanti.
2. Cukupkan dana kecemasan 3 bulan pendapatan.
3. Fokus penuhkan dana “full-settlement”.
4. Kalau ada peluang, beli rumah yang boleh disewakan dengan mudah sebab kenaikan harga rumah dan aliran tunai positif tu nanti boleh mempercepatkan proses langsaikan hutang-hutang lain. Tapi sebelum beli rumah, belajar dulu ilmu tentang hartanah.

Wallahu a’lam.

Reply

42 siti aminah January 18, 2014 at 12:59 am

Assalam En. Zul,
Terima kasih atas segala apa yang dikongsikan dlm blog ini, semuanya cukup berguna.
Sy ingin mdptkan pdgn tuan cara terbaik utk menyimpan, dgn pdptn RM5000 sbln, namun simpanan skrg hanya +- 5000 shj kerana membantu suami melangsaikan hutangnya (personal loan + kad kredit + rumah) serta perbelanjaan mengurus keluarga.
Sekarang saya hanya menbayar loan rumah rm700 sebulan. Biasanya akhir bulan berbaki rm1000, mana yg lebih baik, simpan dlm bank @ beli emas?

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie January 18, 2014 at 5:54 am

Wslm Pn. Siti,

Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Saya syorkan cukupkan simpanan tunai at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Selebihnya, bolehlah di laburkan sebagaimana panduan yang saya tulis dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2013/11/simpan-3-bulan-pendapatan-labur-selebihnya.html.

Wallahu a’lam.

Reply

44 azura January 26, 2014 at 12:02 am

Assalam ustaz

Boleh share bagaimana doa spiritual dan doa praktikal.
Saya NAK amalkan.

Terima kasih ustaz

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie January 26, 2014 at 7:38 am

Wslm Pn. Azura,

“Doa spiritual” tu doa yang kita baca selepas solat tu. “Doa praktikal” tu kita ke ikhtiar secara lahiriah. Kalau kita doa nak Allah limpahkan rezeki, kena rajin berusaha supaya Allah makbulkan doa kita. Contohnya, baca buku-buku kewangan, hadir seminar perniagaan, explore peluang-peluang perniagaan, jalankan bisnes yang kita buat dengan betul dan sabar dsb. Itu jer.

Reply

46 Md Nazri Md nor February 22, 2014 at 12:30 pm

Alhamdulillah.. saya pun punya cita2 sama dengan tuan.. cuma saya berbeza dari perlaksanaan.. Alhamdulillah loan pelajaran Yayasan Terengganu utk saya dan isteri dah terlunas.. Loan PTPTN utk saya dan isteri masih berjalan melalui potongan bulanan (bank instruction).. Lain2 loan kene selesaikan sblm umur cecat 40 termasuk rumah Suria Apartment ni… :)

Bangga dengan sahabat yg bercita2 dan berusaha kuat kearah cita2 itu.. syabas.. :)

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie February 23, 2014 at 7:35 am

InsyaAllah, saya doakan Allah melapangkan rezeki Bro Nazri sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

48 puan inah March 4, 2014 at 10:42 am

Salam.alhamdulillah .. saya baru membaca blog en. Skrg sy terbelenggu dgn bnyk hutang. Pening kepala memikirkanya. Apa2 pun sy cuba perlahan2 utk menyelesaikanya. Terima kasih blog en bnyk mmbantu sy. Alhmdulillah.

Reply

49 Mohd Zulkifli Shafie March 4, 2014 at 6:26 pm

Wslm Pn. Inah,

Alhamdulillah, mudah-mudahan artikel dalam blog ni bermanfaat untuk puan.

Reply

50 mohd romzi March 27, 2014 at 4:12 pm

setelah meneliti perkongsian tuan zul, apa yang dapat disimpulkan secara peribadi tentang hutang:

Cara untuk bebas hutang:
1. Berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sebarang keputusan melibatkan wang. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna..jangan tergesa-gesa dalam membuat keputusan
1. Jangan buat hutang jahat
2. Jangan buat hutang baik yang bukan betul2 baik
3. Jangan terikut-ikut dengan cara hidup orang lain / hidup setakat kemampuan kita sendiri
4. Tambahkan pendapatan
5. Langsaikan hutang jahat
5. Mula melabur dalam simpanan untuk di lupakan

Reply

51 Mohd Zulkifli Shafie April 19, 2014 at 8:18 am

Terima kasih Dr. Romzi atas perkongsian dan kesimpulan. Senang faham ringkasan yang Dr. buat tu. :)

Reply

52 Murni August 2, 2014 at 9:27 am

Assalammualaikum,

Saya ikut blog nie tahun nie sb baru jumpa.. alhamdullillah dalam tahun nie saya dah berjaya langsaikan 2 daripada 4 hutang kami. InsyaAllah saya pun nak berusaha untuk selesaikan segala hutang kami dalam 3 tahun ini. Doakan ya.. Terima kasih tuan atas ilmu ini. Tuan adalah guru kedua saya dalam dunia kewangan ini. Terima kasih banyak2.

Reply

53 Mohd Zulkifli Shafie August 2, 2014 at 10:10 am

Wslm Pn. Murni,

Alhamdulillah. Saya doakan Allah berikan kelapangan rezeki kepada puan. Amiin ya Allah.

Reply

54 suzi November 13, 2014 at 5:13 pm

suka membaca artikel en.zulkifli ni. sy juga salah seorg yg terperangkap dlm hutang. hanya satu hutang, tapi jangkamasa yg panjang. setakat ni tiada masalah pembayaran, cuma tak gembira memikirkn diri terlanjur dlm hutang. ingin bebas hutang seperti encik dan ramai lagi pasangan. Insyaallah smoga Allah makbulkan impian sy utk bebas hutang.

Reply

55 Mohd Zulkifli Shafie November 13, 2014 at 7:54 pm

InsyaAllah. Saya doakan Allah melapangkan rezeki Pn. Suzi dan bebas dari hutang, amiin ya Allah.

Reply

Leave a Comment

{ 6 trackbacks }

Next post: