Cara Betul Semak Cashflow Sendiri dan Bebas Masalah Kewangan

by on December 6, 2017

Post image for Cara Betul Semak Cashflow Sendiri dan Bebas Masalah Kewangan

Cashflow negatif inilah sebenarnya punca ramai jadi semakin miskin setiap bulan tanpa mereka sedar. Bila ada masalah kewangan, perkara yang pertama kena semak ialah cashflow (aliran tunai). Siapa yang cashflow-nya negatif walaupun cuma RM1 sebulan, itu petanda dia semakin miskin dari bulan ke bulan. Pendapatan bulanan dia tak mampu nak tanggung jumlah perbelanjaan (termasuk komitmen hutang, bil dan kos sara hidup) setiap bulan. Hutangnya makin lama makin bertambah dan dia bertambah miskin setiap bulan.

Siapa yang cashflow-nya -RM300 (negatif), maksudnya setiap bulan hutangnya bertambah RM300. Kalau dibiarkan belarutan selama 10 bulan, maksudnya pada bukan ke-10 hutangnya bertambah lagi RM3,000! Lagi lambat dia merawat masalah cashflow yang negatif, makin bertambah masalah kewangan dia setiap bulan. Jadi nasihat saya, jangan buat pejam mata dengan cashflow negatif. Sila perbaiki cepat-cepat sebelum kewangan jadi semakin parah!

Makin Lama Bekerja, Makin Bertambah Masalah Kewangan

Cara kira cashflow bulanan senang sahaja, iaitu Jumlah Pendapatan Bulanan – Jumlah Perbelanjaan Bulanan = Cashflow .

PENDAPATAN - PERBELANJAAN = CASHFLOW

Asas kepada kewangan yang baik ialah cashflow yang positif setiap bulan, iaitu lepas ditolak segala perbelanjaan bulanan, kita masih ada baki untuk disimpan sekurang-kurangnya 10% setiap bulan.

Saya boleh katakan, cashflow yang positif adalah permulaan kepada kedudukan kewangan yang baik. Pendek kata, kalau gaji setinggi RM10,000 sebulan tetapi perbelanjaan bulanannya RM10,001 (cashflow negatif sebab terlebih berbelanja RM1 sebulan), apa strategi kewangan pun boleh “dibuang ke laut”! Ianya tak berguna sebab setiap bulan, dia bertambah miskin sebanyak RM1.

Kalau begitu cashflownya, makin lama bekerja makin banyak masalah kewangan. Saya rasa sebab tak faham tentang cashflow inilah, ramai yang “makin lama bekerja makin bertambah masalah kewangan”. Sedangnya sepatutnya, makin lama berkerja, makin banyak harta.

Orang lain mungkin nampak kita berharta hanya melihat kereta apa yang kita pakai, walaupun pada hakikatnya hanya kita sahaja yang tahu kedudukan cashflow kita setiap bulan. Kereta apa yang kita pakai tak melambangkan kedudukan kewangan kita, bahkan sebenarnya lebih mewah kereta yang kita pakai, lebih terbeban cashflow kita setiap bulan. Kereta mewah selalunya cuma simbol kekayaan palsu sahaja!

Bebanan Terbesar Cashflow Ramai Orang

Orang bijak, dia utamakan cashflownya sendiri berbanding risau “apa orang kata” tentang apa kereta yang dia pakai. Berdasarkan pengalaman saya review cashflow mereka yang ada masalah kewangan, saya boleh katakan bebanan terbesar cashflow ramai orang ialah membeli dan membela kereta. Kos membela kereta selalunya lebih mahal dari kos ´membela´ isteri dan anak-anak! Hadiah birthday (road tax & insuran) kereta makan ribu riban setiap tahun, sedang hadiah birthday isteri dan anak-anak pun terpaksa dicatu. Itu belum kira kereta tu merengek perlukan servis dan repair…

Sebab itulah dikatakan, bila memiliki sebuah kereta, kita hilang kemampuan menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan! Itu baru kereta biasa-biasa, belum lagi mereka yang pakai kereta lebih mewah.

Jadi untuk perbaiki semula kewangan, kena kira balik kedudukan cashflow sendiri. Cashflow tak boleh main agak-agak, tetapi kena kira betul-betul guna Microsoft Excel.

borang analisa kewangan peribadiSahabat pembaca boleh download BORANG ANALISA KEWANGAN PERIBADI (MS EXCEL) yang saya sediakan untuk kira cashflow sendiri. Kalau ada sebarang persoalan tentang borang tersebut, sila letak dibahagian COMMENTS di bawah. Maaf, saya tak dapat melayan pertanyaan peribadi tentang borang ini melalui wassap, sms, ataupun panggilan telefon.

Cara Perbaiki Cashflow Yang Negatif

Kalau lepas isi borang ini dan dapati cashflow dalam keadaan negatif, sila perbaiki cepat-cepat. Cara paling cepat rawat cashflow yang teruk ialah jual semua yang boleh dijual. Jual harta, atau apa sahaja barang di rumah yang disimpan belambak-lambak tapi tak digunakan. Gunakan hasil jualan itu untuk tutup hutang mana yang boleh. Dan paling penting, taubatlah dari dosa-dosa kewangan yang lalu. Jangan diulang kesilapan yang lalu dan bilalah semula kekayaan dengan cara yang betul.

Mungkin lepas ini ada yang terpaksa downgrade kereta, atau downgrade dari kereta naik motosikal. Mungkin ada yang terpaksa jual rumah sendiri dan terpaksa duduk menyewa (dengan kos yang jauh lebih murah berbanding bayar ansuran rumah) buat seketika, itu tak apa. Mungkin ada yang terpaksa cari pendapatan lebih; contohnya bawa GRAB atau UBER, tak apa, sabar dulu buat seketika. Nak perbaiki kedudukan kewangan, bukan soal boleh atau tak boleh, tapi sanggup atau tak sanggup sahaja. Kalau betul-betul ada kemahuan yang kuat, pasti Allah akan tunjukkan jalannya, insyaAllah.

Dapatkan Nasihat Orang Yang Betul

Akhir sekali, saya mohon maaf. Saya tak dapat melayan persoalan tentang Borang Analisa Kewangan Peribadi melalui wassap atau panggilan telefon sebab nanti jenuh saya nak kena melayan. Borang ini selalunya digunakan oleh Financial Advisor dalam sessi perbincangan one-on-one.Jadi sahabat pembaca boleh dapatkan nasihat dari Financial Advisor sendiri. Saya bukan Financial Advisor. Saya hanyalah seorang penulis blog bebas sahaja.

zaidi ismail facebook headerKalau nak dapatkan nasihat kewangan, antara orang yang boleh saya syorkan ialah Tuan Zaidi Ismail. Sudah ramai yang saya recommend berjumpa dengan beliau dan saya terima feedback yang positif dari mereka yang pernah hadiri sessi one-on-one bersama beliau. Sahabat pembaca boleh daftar jadi ahli Urus Insan, dan dapatkan sessi one-on-one dengan beliau. Beliau adalah orang yang betul kalau nak dapatkan nasihat kewangan. Yuran menjadi ahli Urus Insan bagi saya sangat murah berbanding ilmu yang Tuan Zaidi Ismail berikan dalam sessi one-on-one, insyaAllah.

Ada sesetengah orang lebih baik keluarkan sedikit kos untuk berjumpa dengan mereka berpengalaman seperti Tuan Zaidi berbanding pandai-pandai betulkan sendiri supaya tak jadi macam “tikus baiki labu”. Lagi dibaiki, lagi rosak jadinya. Nauzubillah…

Wallahu a´lam.

Ini Facebook Live yang saya adakan pada 11 April 2018 sebagai panduan kunci penting untuk bebas daripada hutang. Bermula dengan semak dan perbaiki cashflow dulu.

Zulkifli
Cyberjaya
6 Disember 2017
18 Rabiul Awwal 1439H

{ 31 comments… read them below or add one }

1 Syarif Jamil (SJ) December 6, 2017 at 4:43 pm

Insya allah Tn Zul.. Terima kasih atas ilmu ini.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 6, 2017 at 4:46 pm

Sama-sama SJ. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

3 azrinros December 9, 2017 at 1:51 am

Terima kasih kongsi pengiraan analisa kewangan didalam bentuk softcopy. Sangat bermanfaat untuk analisa kedudukan kewangan ok atau ko.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie December 11, 2017 at 7:46 am

Sama-sama En. Azrinros. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

5 Nia sofea December 14, 2017 at 5:16 pm

assalam,terima kasih encik zul kerana share borang analisi kewangan ini , moga memberi manfaat kepada semua ,saya nak minta kebenaran encik zul untuk berkongsi borang ini kepada rakan-rakan dan adik-adik saya .Boleh tak encik zul?

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie December 15, 2017 at 6:58 am

Wslm Pn. Nia Sofea,

Boleh. Share skali artikel ni supaya mereka faham.

Reply

7 siti hazreen December 15, 2017 at 3:58 pm

terima kasih mentor! saya dah download borang tu 😉

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie December 17, 2017 at 7:23 am

Sama-sama Pn. Siti Hazreen.

Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

9 Mohamad Rosni December 15, 2017 at 4:27 pm

Mohon izin En. Zul untuk share artikal ni dengan rakan-rakan.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie December 17, 2017 at 7:23 am

Silakan En. Rosni. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

11 rohaizah khamis December 20, 2017 at 12:29 pm

Assalamualaikum Encik Zulkifli ,

Saya berjaya pujuk 2 orang daripada keluarga terdekat saya supaya tidak membeli kereta berjenama hebat even mereka kata mereka mampu kerana saya kata mereka memang mampu bayar bayaran bulanan tapi pasti akan mengeluh juga suatu hari nanti untuk membela sebuah kereta berjenama itu .

lebih baik wang itu dipindahkan kepada simpanan anak-anak dan tukarkannya kepada emas . akhirnya mereka tidak membeli kereta itu .

lega saya. segalanya kerana ilmu yang Encik Zulkifli share pada kami semua . alhamdulillah .

terima kasih

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie December 21, 2017 at 11:17 pm

Wslm Pn. Rohaizah,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan tulisan saya yang tak seberapa ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

13 Thenewsia January 15, 2018 at 6:34 pm

Terima kasih atas pekongsian info tuan. InsyaAllah tahun 2018 ni, sy akan cuba meneliti cashflow sy, supaya boleh track ke mana duit2 kita

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie January 16, 2018 at 6:11 am

InsyaAllah.

Reply

15 Suria January 23, 2018 at 10:44 pm

Tuan Zul, saya sedang mempertimbangkan penapis air beryuran rm77/bulan selama 7 tahun. Dalam masa yang sama, saya sedang mengatur semula cashflow saya yang tidak berbaki…. Sebelum baca artikel ni saya tegas menyatakan saya perlu teruskan menyewa penapis air tu.. Mujur saya baca artikel ni dulu. Alhamdulillah.. Saya ubah fikiran dan masukkan semula dalam senarai kiv.

Reply

16 Suria January 23, 2018 at 10:48 pm

Suami saya pula nak jual innova dia untuk beli perodua kelisa. Niat kami nak baiki cashflow.

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2018 at 8:47 am

Alhamdulillah.

Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk Pn. Suria, insyaAllah.

Reply

18 Suria January 24, 2018 at 1:03 pm

Alhamdulillah bermanfaat. Teruskan menulis tuan. Pagi tadi saya download dan emel borang analisa kewangan tuan kepada kawan saya yangs elalu merungut tentang cashflow. Moga Allah merahmati kita semua

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2018 at 7:33 pm

Alhamdulillah…

Reply

20 fariz January 25, 2018 at 1:53 pm

Terima kasih encik zul dengan perkongsian ini. Lepas download excel sheet tu baru dapat clear view tentang tahap kewangan terkini. Dari situ boleh saya baiki sikit2 dan tetapkan matlamat kewangan saya.

Thank you.

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2018 at 6:19 am

Sama-sama En. Fariz.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

22 azni January 30, 2018 at 3:41 pm

terbaek lah…. suka saya baca .. dan juga template excel tersebut… tq tq… sbb happy sggt.

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie January 30, 2018 at 4:51 pm

alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat untuk Pn. Azni. insyaAllah.

Reply

24 Radin February 15, 2018 at 11:38 am

Hidup ni memang kena bersusah-susah dahulu. Mana2 benda liabiliti tahanlah dulu jangan beli kalau tak mampu..Berkenaan kereta, yaaa nak kongsi sikit untuk pedoman. Even orang yang berjimat macam saya ni pun boleh sengsara kerana kereta. Sebelum ni saya gunakan kereta iswara sahaja. beli dalam 4k betulkan rasanye cacah 8k jugak major maintainance. total dlm 12k la. convert ngv dlm 2k jadi 14k sahaja. tahanlah untuk beberapa tahun (boleh katakan 5-6 tahun tanpa major service). Jadi sekarang anda boleh bayangkan betapa jimatnya tak ada kereta hutang kan….ok..

Jadi tahun demi tahun ingin la beli lagi, kali ni say aim kereta continental volvo s40, beli dalam 15k cash….tapi bab yang sakitnya silap beli (mungkin bodoh bab enjin punya pasal saya ni) nak betulkan hampir 15k jugak semuanya. total senang citer 30k laaa…banyak tu sakit rasanya tengok figure tu… terpaksa saya ikat perut balik untuk cover simpanan 30k yg berkurangan ni laaa. alhamdulillah sikit2….tapi selepas dah betulkan semua ni mmg saya harap ketahanan (tanpa major maintainance) selama 10 – 20 tahun ke atas laa. INsyaAllah boleh… (Kalau nak tukar pun saya tukar beli sahaja kepada s80 mungkin jika perlu, dengan sedikit kos insurans road tax. etc)

Moral of the story, kereta walau berjimat macam manapun kalau beli akan ada kesan merugikan. Jadi kalau beli dengan loan, apalagi besar ruginya!!

btw kereta iswara masih lagi saya pakai dan masih tiada sebarang masalah alhamdulillah (mungkin nak hantar cat sahaja utk prevent corrosion dlm 1k lebih je). Memang, berbaloi beli kereta second hand, tapi kena merasalah dalam tempoh 1-2 tahun pertama nak betulkan sana sini rosak agak perit sikit. tahun ketiga biasanya InsyaAllah, sikit2 sahaja nak betulkan. Just perkongsian untuk semua…manage your financial wisely…

lagi satu, pastikan kereta digunakan, dalam hal saya..iswara ngv manfaatnya untuk jalah dekat2 lagi jimat, dan volvo gunanya untuk jalan jauh selesa (sekali sekala dekat2 nak panaskan enjin, etc), dan bonet luas banyak masuk beg. jadi, sememangnya pastikan tiada pembaziran….manage your financial wisely…

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie February 15, 2018 at 6:39 pm

Terima kasih En. Radin atas sharing bermanfaat. Mudah-mudahan bermanfaat kepada para pembaca, insyaAllah.

Reply

26 Jayne June 4, 2018 at 11:22 am

Assalam terima kasih di atas perkongsian tuan. Ilmu yang sangat bermanfaat.

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2018 at 6:32 am

Sama-sama Pn. Jayne. Mudah-mudahan bermanfaat untuk puan, insyaAllah.

Reply

28 Jayne June 4, 2018 at 11:26 am

Terima kasih share borang cashflow excel. Terbaik tuan.

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2018 at 6:32 am

Sama-sama Pn. Jayne. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

30 Redzuan October 24, 2018 at 1:21 pm

Terima kasih share file excel. ☺

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie October 25, 2018 at 10:29 am

Sama2 En. Redzuan.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: