[Kemaskini 21 November 2024]
Dulu mereka datang kerja sebagai buruh. Lepas tu jadi pembantu bisnes. Lama-lama mereka berniaga sendiri sampai akhirnya mereka kaya raya dan menguasai sebahagian dari ekonomi di Malaysia!
Memang itulah sejarah orang asing datang ke Malaysia. Sejak zaman British sampailah sekarang.
Mereka akhirnya jadi kaya raya di tanah kita. Orang kita?
Masih lagi mengeluh salahkan majikan dan kerajaan. Dari dulu sampai sekarang... Kita fikir nasib kita malang sebab majikan dan kerajaan yang salah.
Walhal pendatang asing yang datang bergolok gadai untuk sampai ke tempat kita akhirnya kaya raya - tanpa bantuan sesiapa!
Itulah sebab kenapa Chef Li (penulis buku "Jutawan Senyap") katakan, duduk di Malaysia tapi tak kaya, "malang!" katanya...
Teruja tengok tabungan pendatang asing
20 tahun dulu, Chef Li (Dato Dr Rusly Abdullah) asalnya pegawai bank di area Chow Kit, Kuala Lumpur.
Dia hairan tengok hari-hari pendatang dari Indonesia datang simpan duit yang banyak dalam akaun bank. Tiap-tiap hari katanya...
Dia pun cuba-cuba selidik... Rupa-rupanya mereka cuma peniaga jalanan di Jalan Chow Kit (tengah bandaraya Kuala Lumpur). Berniaga cakoi dan air soya sahaja.
Tapi jumlah tabungannya luar biasa!
Tengok jumlah tabungan luar biasa pendatang asing itulah jadi turning point Chef Li berhenti kerja dan buat bisnes sendiri. Yang akhirnya dia jadi jutawan hanya dengan berniaga di pasaran malam.
Jadi "Jutawan Pasar Malam"!
Bisnes, menabung, bisnes, menabung
Hasil baca buku-buku Chef Li dan join kursus-kursus yang beliau adakan, itulah turning point saya bina kekayaan dengan bisnes secara serius.
Bila saya faham potensi bisnes, saya dah tak pandang pelaburan. Pelaburan terbesar saya (setelah ilmu) ialah pada membangunkan bisnes saya sendiri.
Saya cuma fokus bisnes, menabung, bisnes, menabung, bisnes, menabung!... Itu sahaja.
Bila tabungan dah banyak, waktu tu lah saya mula belajar pelaburan hartanah dan beli emas.
Kali pertama saya beli emas tahun 2010 dulu bukan sebab nak 'buat duit' dengan kenaikan harga emas... Tapi itu memang duit lebih (hasil bisnes) untuk simpanan jangka panjang...
Daripada duit tu terbiar susut dimakan inflasi, lebih baik tukarkan kepada emas - supaya tak terjejas dek inflasi.
Sambil menabung emas, sambil sampaikan ilmu yang betul tentang emas kepada masyarakat melalui blog - hanya sebagai hobi pada peringkat permulaannya.
Saya tak pernah terfikir akhir sekali emas jadi sumber rezeki yang mengubah kehidupan saya dan banyak orang bersama bisnes emas #PublicGold. Alhamdulillah...
Biar kecil asalkan berhasil
Nak kaya, jangan sibuk melabur dulu.
Tapi fokus dapatkan ilmu, belajar menabung, dan explore peluang-peluang tingkatkan pendapatan melalui bisnes dulu.
Menabung sahaja tak menyesaikan masalah kalau gaji kita tak seberapa. Bila gaji kecil, menabung pun kecil juga.
Nak besarkan tabungan, kena besarkan pendapatan.
Buat bisnes kecil-kecilan pun tak apa kata Chef Li, asalkan berhasil.
Bila bisnes dah berhasil, kita dah tak pandang lagi pada pelaburan. Pelaburan benar-benar tempat kita letak duit lebih, bukan sebab nak cari duit lebih...
Berbisneslah dulu sebelum melabur... Bisnes tu akan jadi "bullet train" untuk percut dalam pelaburan kita nanti. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
31 Mac 2024
20 Ramadhan 1445H
“Pelaburan tak sesuai untuk mereka nak cari duit lebih. Tapi untuk mereka yang ada duit lebih. Nak cari duit lebih, jangan melabur. Pergilah buat part-time, jadi rider atau bisnes sambilan. Tak ada pelaburan boleh mengatasi keuntungan bisnes walaupun bisnes kecil-kecilan.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 27 Mac 2024
Coretan FB berkaitan:
- Kes rugi melabur guna duit pinjaman! - FB (2024)