MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rahsia Bisnes Bertahan Ketika Ekonomi Kurang Baik

March 30, 2024

Bulan puasa ni jualan Ayam Gunting Hairi naik 3 - 5 kali ganda! Alhamdulillah... 

Siapa masih ingat tentang kawan yang saya bantu bagi funding berniaga ayam gunting hari tu, bulan puasa ni jualan dia makin baik. Alhamdulillah. 

Semalam hujan... 4 kali hujan dan sales kurang memberangsangkan katanya.

Bila saya tengok report, sales semalam RM1,093. Not bad. Alhamdulillah...

More...

Bukan teruk, tapi ekonomi berubah

Orang kata ekonomi tak bagus sekarang. Semua barang mahal. Orang kurang pergi bazar Ramadan. Tapi sebenarnya bukan...

Sepanjang 20 tahun saya berbisnes, hampir setiap tahun dengar orang merungut perkara yang sama - ekonomi tak bagus sekarang. 

Tapi saban tahun makin ramai orang kaya di Malaysia. Butik-butik mahal dan shopping mall kayangan makin bertambah.

Bahkan nak masuk butik mahal tu pun ke beratur panjang dan ambil nombor giliran! Cuba pergi ke Pavilion dan TRX kalau nak sahkan apa yang saya katakan.

Yang bising ekonomi tak baik ni sebenarnya cuma golongan peniaga yang tak perform sahaja. 

Yang bisnes bagus, income bagus, mereka tak bising... Mereka diam-diam sahaja untuk menghormati keluhan mereka yang terjejas. 

Sentiasa masa pun ada yang buat duit

Ada yang tanya saya, masih ada peluang ke berniaga jalanan tapi boleh jadi "Jutawan Senyap" macam Chef Li (penulis buku "Jutawan Senyap")?

Jawab saya masih relevan.

Saya pun pemilik bisnes menjaja dan jalanan sekarang - sebagai funder dan partner. Saya tahu peluang masih sama macam dulu.

Dalam apa keadaan ekonomi pun ada yang buat duit, ada yang terjejas. Bukan ekonomi tak baik, tapi ekonomi berubah. 

Siapa yang tak dapat sesuaikan dengan perubahan, dialah yang terjejas.

Orang kata zaman lockdown COVID-19 ekonomi teruk. Walhal banyak bisnes buat duit meletup-letup zaman COVID. Walaupun kita boleh katakan itu situasi terburuk dalam sejarah ekonomi negara. 

Sebenarnya bukan ekonomi teruk, tapi ekonomi berubah.

Jadi jutawan dengan bisnes jalanan 

Orang bisnes yang nak sustain, kena cepat adapt dengan perubahan. 

Dulu Ayam Gunting Hairi berniaga tepi jalan. Masuk bulan puasa, tukar tempat ke Bazar Ramadan.

Bisnes Ayam Gunting Hairi tu sebelum puasa buat sales purata RM400 - RM500 sehari. Bulan puasa ni sales meningkatkan kepada RM1,000 - RM2,000 sehari. Alhamdulillah.

Maksudnya bukan ekonomi tak bagus. Tapi ekonomi cuma berubah.

Saya yakin partner saya (bisnes menjaja) tu nanti akan jadi jutawan beberapa tahun akan datang hanya dengan bisnes menjaja begitu - kalau dia sabar. InsyaAllah. 

Zulkifli
Cyberjaya
30 Mac 2024
19 Ramadhan 1445H

#MotivasiKewangan

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>