Silap naik train! Aduh... Nasib baik perasan awal. Lepas 2 stesyen baru perasan kenapa stesyen berikutnya macam lain...
Saya terus keluar di stesyen berikutnya, dan naik train patah balik ke stesyen MRT TRX...
Dalam hidup ni, kita tak boleh elak dari buat silap. Sesiapa pun tak terlepas dari buat silap. Hatta Nabi s.a.w pun buat silap.
More...
Dapat pelajaran paling mahal
Maksum bukan tak buat silap. Tapi Tuhan dah ampunkan dosa baginda yang lalu dan akan datang.
Silap tu normal. Tanda kita manusia biasa.
Bahkan kesilapan tu sebenarnya beri kita pelajaran mahal yang kita akan ingat sampai bila-bila - berbanding belajar dari kejayaan.
Nak berjaya, jangan takut buat silap. Bagilah peluang diri sendiri untuk buat silap.
Orang berjaya bukan tak pernah buat silap. Tapi merekalah yang paling banyak buat silap (sebab mereka paling banyak berusaha dan mencuba).
Apa yang penting, bila sedar kita buat silap, cepat-cepatlah buat pembetulan.
Peringatan makanan orang mukmin
Kalau ada orang sudi ingatkan kita akan kesilapan kita (secara tertutup untuk kebaikan kita), itu rahmat besar yang patut kita syukuri.
Bila tiada siapa sudi ingatkan kita, diri kita dalam bahaya.
Sebab orang mukmin sentiasa perlukan peringatan. Peringatan dan saling ingat mengingati tu memang makanan dan budaya orang mukmin.
"Dan berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi bermanfaat bagi orang mukmin.
(Surah Adz-Dzariyat 51 : 55)
Zulkifli
Cyberjaya
30 Mac 2024
19 Ramadhan 1445H
Setiap kesilapan menjadikan kita lebih pandai. Ia pengalaman mahal yang dapat mengelakkan kesilapan lebih besar pada masa akan datang. Tak ada istilah "gagal" selagi kita tak berputus asa. Yang ada cuma "berjaya", ataupun dapat pelajaran baru atas setiap pengalaman yang kita lalui.
Artikel berkaitan:
- Latihan 100 Kegagalan : Tukar Kegagalan Jadi Kejayaan!
- Exam Tak Cemerlang, Peluang Anak Kita Belajar Untuk Bangkit!
- Orang Berjaya Bukan Tak Pernah Jatuh, Tapi Tak Pernah Mengalah
- Kesusahan Bukan Melemahkan, Tapi Menjadikan Kita Lebih Kuat
- Selepas Kesusahan Ada Kejayaan
- Kita Tak Berlumba Dengan Sesiapa, Tapi Diri Sendiri