MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Beli Sekarang, Harga Emas Tengah Mahal?

March 29, 2024

Walaupun harga emas dianggap mahal pada satu-satu masa, saya tak pernah cakap "jangan beli sekarang sebab harga tengah mahal".

Sebab saya sendiri pun tak tahu "how high is high".

Walaupun harga emas RM340 segram bulan lepas (Februari 2024) sebenarnya paling mahal dalam sejarah, tapi bulan Mac 2024, harga RM340 bukan lagi dianggap mahal.

Bila harga emas cecah RM366 hari ni, harga RM340 dah dianggap murah!

More...

Harga emas tak pernah murah

Ada yang beli bulan lepas dan jual bulan ni pun dah untung, khususnya yang beli item gold bar 250 gram dan 1 kilogram.

Kalaulah saya nasihatkan jangan beli emas pada harga RM340 (bulan lepas) dan lebih baik tunggu dulu, dah tentu-tentu saya akan dipersalahkan...

Jadi saya kena bersikap jujur sahaja yang saya sendiri tak tahu tentang keadaan sebenar harga emas dalam jangka pendek.

Nasihat saya cuma satu, kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas, bila-bila masa pun sesuai beli emas.

Harga cuma persoalan masa

Dalam jangka pendek, harga emas confirm ada naik turun. Kalau jangka panjang, confirm akan naik disebabkan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit.

Apa pun keadaan harga emas, yang paling utama ialah dah berapa gram emas yang dah kita ada?

Siapa ada lebih banyak emas, dah confirm dia lebih kaya dari sebelumnya. Tak perlu bimbang tentang harga.

Kenaikan harga emas hanyalah persoalan masa sahaja.

Zulkifli
Cyberjaya
29 Mac 2024
18 Ramadhan 1445

#TipKayaDenganEmas

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>