MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Sesiapa Pun Tersenyum Tengok Harga Emas Dulu-dulu

January 5, 2024

Tersenyum tengok harga emas dulu-dulu... 1 gram cuma RM159. Hari ni RM329... Beza RM170 (kenaikan 107%)!..

Saya percaya, lagi 5 tahun masing-masing akan tunjukkan screenshot harga emas tahun 2024.

Walaupun orang sekarang cakap mahal. Tapi lagi 5 tahun akan datang, semua cakap murah bila tengok harga emas 2024.

Macam dulu saya tak jadi beli dinar tahun 2006 sebab saya cakap mahal. 1 dinar RM300. Saya tak beli sebab mahal. 

Akhirnya saya start beli tahun 2010 ketika harganya sekitar RM600!...

Cerita macam ni akan sentiasa berulang-ulang sejak zaman atuk nenek kita sampailah zaman cucu cicit kita nanti...

Tak ada zaman orang anggap harga emas murah...

Kalau nak beli, jangan tunggu harga murah... Sebab harga harga murah tu sebenarnya 5 tahun dulu. Yang kedua paling murah ialah sekarang...

Harga hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang disebabkan nilai duit kertas sentiasa jatuh dimakan inflasi dan terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit... 

Zulkifli
Cyberjaya
5 Januari 2024
23 Jamadil Akhir 1445H

#TipKayaDenganEmas

Harga emas tahun 1997. Cuma RM32 per gram.

Harga emas tahun 2003. Cuma RM50 per gram.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>