Orang kalau hati dia dah tak sukakan kita (dan sukakan orang lain), buat apa kita tergila-gilakan dia. Lepaskanlah dia... Biarlah dia pergi kepada orang yang dia suka...
Kita tak perlu tergeheh-hegeh nak dapatkan balik cinta orang yang hati dia dah tak bersama kita. Sudahlah buang masa, dan hati kita pulak terseksa... Bahkan lebih buruk, mungkin boleh memudaratkan kita...
Saya ada terbaca headline berita, "Suami Tikam Isteri dan Skandalnya..."
More...
Ke tali gantung kerana cinta
Saya tak suka share artikel macam tu, tapi saya nak bagitahu sebagai iktibar dalam hidup iaitu, ianya TAK BERBALOI...
2 tahun dalam penjara, saya berpeluang berjumpa mereka yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan - membunuh dengan niat.
Di Penjara Tapah, mereka yang sedang tunggu waktu untuk ke tali gantung itu ditempatkan di blok yang sama dengan saya (tahanan SOSMA).
Lelaki yang kena hukuman gantung di bawah Seksyen 302 ni, rata-ratanya disebabkan isterinya diganggu, atau isterinya curang.
Tapi mereka semua akui, itu semua kesilapan besar yang telah mereka buat dalam hidup. Dan kesilapan itu tak boleh diperbetulkan lagi - orang dah mati!
Ianya sangat tak berbaloi.
Cepat-cepat bina kebahagiaan baru
Daripada pengalam tu kita boleh belajar, kalau isteri tu dah tak boleh diperbaiki, lebih baik cerai dan bina hidup baru sahaja.
Bina kebahagiaan yang baru.
Dendam kita itu berbalas bila kita berjaya move on dan dapatkan kebahagiaan yang baru.
Kalau sampai ke tali gantung, itu kerugian. 2 kali rugi...
Iktibar ini bukan sahaja untuk suami, tapi untuk isteri pun sama juga...
Kita sentiasa doakan dan buat terbaik untuk selamatkan rumahtangga kita. Tapi kalau tak dapat diselamatkan, move on sahaja. Cepat-cepat bina kebahagiaan baru...
The best revenge is massive success!
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
4 Januari 2024
22 Jamadil Akhir 1445H
“Curang” tu maksudnya buat perkara yang Tuhan haramkan. Walaupun majoriti masyarakat boleh terima sesuatu perbuatan sedangkan ianya haram di sisi Tuhan, ia tetap dianggap "curang". Selagi ianya bukan dosa, itu bukan “curang” namanya. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 7 Januari 2023
Tak perlu bimbang orang yang ketika dia susah dia bersama kita, bila senang dia tinggalkan kita. Dia bukan tak mengenang budi, tapi kesenangan itu cuma serlahkan siapa dirinya yang sebenar. Biarlah dia pergi jauh dari hidup kita. Tak ada apa yang perlu dikesalkan. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 29 November 2023
Artikel berkaitan:
- Momen Paling Indah Saya Bersama Isteri
- Lelaki Sejati Tak Berkongsi Tanggungjawab Nafkah Dengan Isteri
- Dalam Rumahtangga, Bukan Tentang Siapa Betul Siapa Salah
- Nikmati Bahagia Cara Kita, Jangan Sampai Medsos Menipu Kita
- Lihat Masalah Rumah Tangga Orang, Doakanlah Yang Baik-baik
- Persediaan Kewangan Suri Rumah Ketika Suami Masih Ada