MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Persediaan Kewangan Suri Rumah Ketika Suami Masih Ada

September 8, 2023

Setiap suri rumah kena bersedia. Walaupun isteri saya juga suri rumah, tapi saya sediakan contigency plan (pelan kecemasan) untuk dia kalau apa-apa terjadi kepada saya. 

Suami kalau tak diambil Tuhan, dia mungkin diambil orang!

More...

Saat perpisahan pasti terjadi

Nampak macam gurauan. Tapi sebenarnya itu realiti yang setiap isteri kena bersedia. Peringatan ini saya dengar dari mentor saya sejak 20 tahun dulu lagi. 

Ketika langit masih cerah, itulah waktu terbaik sediakan payung sebelum hujan.

Jangan terlalu mengharapkan sesiapa untuk jaminan masa depan kita. Terlalu harapkan manusia pasti berakhir dengan rasa kecewa... 

Buatlah persediaan sehabis baik. Selebihnya kita serahkan kepada Tuhan...

Persediaan kewangan setiap isteri

Saya setuju dengan pandangan Pn Marlia (pejuang "Women Empowerment") dalam coretan FBnya.

Nasihat beliau, setiap wanita kena ada;

  1. Rumah atas nama sendiri 100%.
  2. Wang tunai 3 - 6 bulan gaji sebagai dana kecemasan.
  3. 200 gram emas - dinar atau gold bar.
  4. Lesen memandu.
  5. Circle kawan-kawan mendorong kejayaan (bukan geng makcik bawang!)

Bila ada persediaan yang cukup, mudah untuk move on kalau apa-apa terjadi dalam hidup. Para isteri tak perlu membiarkan diri tersakiti atau jadi mangsa suami yang tak function!

Sediakan payung sebelum hujan

Memang kita sentiasa harapkan yang terbaik, tapi kita kena bersedia dengan yang terburuk terjadi dalam hidup kita.

Memang semuanya takdir Tuhan. Tapi takdir Tuhan itu dihujung ikhtiar kita.

Pesanan ini bukan sahaja untuk para isteri di luar sana, tapi juga kepada isteri saya dan anak-anak perempuan saya yang bakal jadi isteri orang juga satu hari nanti. InsyaAllah.

"...Dan Kami jadikan sebahagian kamu sebagai ujian bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan Tuhanmu Maha Melihat (apa yang kamu lakukan)" (Surah Al-Furqan 25 : 20)

Allahu 'alam.

Zulkifli
Cyberjaya
8 September 2023
22 Safar 1445H

#TipKewanganPeribadi #TipSuamiIsteri

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>