"Jika Allah ambil suami, bagaimana nak besarkan anak-anak yang masih kecil ni. Itu yang terdetik dihati saya ketika itu. Saya juga lihat bagaimana jiran saya membesarkan anaknya seorang diri kerana suaminya salah seorang mangsa tragedi tersebut".
Coretan Pn Su'aidah (di FB beliau), kenapa dia tak biarkan diri dia tenggelam dalam zon selesa. Ketika semuanya masih baik, dia kerja keras sediakan payung sebelum hujan. Kerana langit tak akan sentiasa cerah...
More...
Bersedia ketika langit masih cerah
Beliau suri rumah, ada anak tiga orang. 100% komitmen keluarga semuanya atas suami, gaji suami.
Kerja suaminya dalam kategori bahaya. Waktu PKP (lock down zaman Covid19) dulu di tempat kerja suaminya ada letupan. Beberapa orang pekerja meninggal dunia. Isteri-isteri mereka menjadi balu.
Ia pengajaran terbesar dalam hidup beliau. Walaupun sentiasa berdoa yang terbaik, dia buat persediaan kalau-kalau perkara terburuk terjadi dalam hidup dia.
Saya ringkaskan tip yang Pn Nur Su'aidah share dalam coretan Facebook beliau bagaimana beliau boleh adakan simpanan yang kukuh, walaupun sebagai suri rumah.
#1 - Belajar buat duit dari rumah
Walaupun suri rumah, beliau gunakan ruang waktu fleksible untuk buat bisnes secara online. Beliau buat bisnes Public Gold, yang boleh dijalankan 100% secara online.
Belajar secara online, dapatkan customer secara online (dengan cara buat konten), dan bantu customer-customer dia pun secara online.
Walaupun sebagai suri rumah, dia dapat jana income konsisten 4 angka setiap bulan sambil menabung emas, tanpa perlu keluar rumah! MasyaAllah...
#2 - Belajar uruskan kewangan dengan baik
Pandai buat duit sahaja tak cukup. Banyak orang pandai buat duit, tapi tak kaya-kaya.
Lagi besar income dia, lagi banyak hutang dia...
Pn Su'aidah belajar dari kesilapan beliau sebelum ni. Walaupun pandai buat duit, jumlah simpanan tak ke mana-mana.
Jadi beliau ambil inisiatif belajar tentang kewangan. Banyak baca buku-buku tentang kewangan, dan banyak datang kelas yang kami (G100 Network) sediakan secara online.
#3 - Join circle yang betul
Cari mentor, dan join circle (lingkungan pergaulan) yang betul. Berkawan dengan orang yang betul.
Kebanyakan orang berniaga, bila mereka berjaya buat duit, mereka join circle yang salah. Mereka join circle yang suka tunjuk "acah-acah kaya".
Saving belum cukup, harta tak berapa ada, mereka pergi beli kereta mewah dulu. Biar tak kaya, asalkan orang nampak dia kaya! Biar papa, asalkan bergaya!...
Akhirnya dia terbelit dengan masalah kewangan.
Jadi rahsia Pn Su'aidah dapat kukuhkan kewangan dia walaupun suri rumah, dia join circle yang "acah-acah tak kaya". Walaupun mereka semua kaya-kaya!
Jadi suri rumah T20
Hidup di bawah kemampuan. Berbelanja seadanya. Biar tak nampak bergaya, asalkan poket mereka kaya!
Memang betul. Rakan pergaulan kita akan berikan kesan besar pada diri kita. Siapa kita 5 tahun akan datang, ditentukan oleh dengan siapa kita berkawan rapat hari ini.
Bak kata Tuan Azizi Ali (pakar kewangan), kalau kita berkawan dengan 5 jutawan, kita akan jadi jutawan ke-6, insyaAllah.
- Baca artikel : Siapa Kawan Kita, Itulah Masa Depan Kita
Mudah-mudah sharing Pn Su'aidah ini dapat bagi inspirasi untuk para suri-rumah. Walaupun suri rumah, tapi kalau buat perkara yang betul, beliau sangat percaya, beliau juga berpeluang jadi T20 (orang kaya)! InsyaAllah...
Allahu a'lam.