MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Jackie Chan Enggan Wariskan Harta Kepada Anaknya?

October 10, 2023

Jackie Chan tak nak wariskan harta bernilai lebih RM1 billion kepada anaknya. Adakah sebab tak sayangkan anaknya? 

Mari kita belajar dan ambil iktibar, kenapa orang kaya di dunia tidak mewariskan harta mereka kepada anak-anaknya dengan mudah. Dan apakah pra-syarat harta itu untuk diwariskan?

Inilah yang setiap ibubapa kena belajar.

More...

Bukan sedikit yang saya jumpa, ibubapa yang kaya raya tetapi anak-anak mereka sangat lemah dalam mencari dan mengurus harta. 

Bukan sebab orang lain. Tetapi salah cara ibubapa tu sayang anak-anak dia. 

Tanpa bimbingan, harta itu merosakkan mereka

Sebab sayang, kita tak nak anak-anak rasa susah macam kita.

Sedangkan kalau nak mereka jadi kuat, kita kena bagi mereka peluang untuk rasai sebahagian daripada kesusahan yang kita pernah rasa. Kesusahan itu akan bentuk jati diri mereka. 

Tuhan jadikan kita memang untuk hadapi tekanan. Dengan tekanan itu, kita dapat survive dan jadi lebih baik.

Tanpa tekanan graviti, otot-otot dan tulang kita akan jadi lemah.

Tanpa halangan permukaan jalan yang kasar, kereta tak mampu bergerak laju.

Tanpa halangan angin, kapal terbang tak mampu terbang tinggi.

Apakah kita patut buang segala kesusahan pada anak-anak kononnya supaya mereka dapat nikmati kejayaan lebih besar daripada kita?

Kesusahan membentuk jati diri mereka

Tidak. Kerana cara itu hanya akan melumpuhkan kemajuan diri mereka...

Kalau kita pimpin tangan mereka dan tak nak biarkan jatuh dan rasa sakit, mereka akan lemah untuk berdiri sendiri. 

Kalau kita tak nak mereka jatuh waktu mereka baru belajar basikal, selama-lamanya mereka tak akan belajar simbangkan badan. Mereka tak akan mampu berbasikal sendiri. 

Walaupun kita sayangkan mereka, jangan sampai sayang kita merosakkan mereka. Kita kena bagi mereka peluang untuk belajar erti kesusahan. Tapi dalam masa yang sama, mereka masih di bawah pengawasan kita.

Jangan terlalu mudah serahkan harta dan bagi anak-anak bermewah-mewah kononnya tak nak mereka susah. Tapi serahlah harta hanya bila mereka bersedia.

Iaitu ketika mereka tak perlukan harta kita! Ketika mereka sudah tahu cari dan uruskan harta mereka sendiri! 

Mudah-mudahan kita (ibubapa) dapat belajar sesuatu. InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
10 Oktober 2023
25 Rabiul Awwal 1445H


“Tak perlu bimbang tak sempat nikmati harta yang kita usahakan. Syurga itu lebih baik bagi orang beriman. Tuhan tak akan sia-siakan harta yang kita tinggalkan untuk kesenangan ahli waris. Semuanya akan di convert untuk kesenangan kita di Akhirat” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 November 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>