Dulu nak beli beg baby pun bermacam-macam soalan yang saya tanya. Sebab duit saya tak berapa ada.
Tapi bila Tuhan limpahkan kekayaanNya kepada kami sekeluarga, sekarang saya tak peduli berapa sahaja isteri saya nak berbelanja.
Asalkan tak membazir, semuanya auto-approved! Syukur, alhamdulillah... Saya tak kisah ke mana dia nak berbelanja...
Cabaran kesihatan kerana usia
Bila usia makin bertambah, cabaran kesihatan pun bertambah. Bila usia dah masuk 40-an, keadaan kita tak sama macam umur 20-an.
Walaupun kekayaan bertambah, kos kesihatan juga bertambah.
Kalau dulu saya naik motor kapcai berpuluh kilometer pun tak ada masalah. Tapi bila masuk 30-an, dah mula rasa sakit pinggang. Kena beli motor yang lebih selesa, sesuai dengan usia.
Begitulah juga dengan isteri saya.
Bila usia bertambah, makin banyak jeragat di muka. Walaupun dah pakai produk skin care dari muda, tetap timbul juga jeragatnya.
Pakai skin care tak selesai masalah juga. Pergi jumpa pakar kulit dengan kos rawatan mencecah 5 angka, dengan beberapa siri rawatan, hilanglah semua jeragatnya di muka...
Kulit kembali flawless macam zaman muda... (Alhamdulillah)
Jumpa pakar penyelesaiannya
Bila bertambah usia, rambut dia pun mula gugur. Termasuklah saya juga...
Orang lelaki tak kisah mana. Tapi perempuan kena jaga... Saya nak tengok isteri saya sebagai perempuan paling cantik di mata saya...
Jadi bila isteri saya bimbang rambutnya gugur, saya suruh dia terus jumpa pakar. Buat rawatan rambut. Tak payah bimbang dan pening kepala.
Bila jumpa pakar, cajnya bukanlah biasa-biasa. Tapi sayangkan isteri, duit tu saya tak berkira. Saya lebih sayangkan dia dari duit-duit yang ada.
Lagi pun lepas bebas dari penjara, saya dah tak kisah lagi pasal duit. 100% duit, saya serahkan kepada dia.
Sejak dari muda, kami berjuang bina kekayaan bersama-sama. Masing-masing ambil peranan untuk kesejahteraan kami sekeluarga.
Sekarang dia nak berbelanja berapa banyak pun saya tak kisah. Asalkan jangan membazir... Sebab membazir tu satu dosa...
Saya cakap pada dia, "kalau duit habis, kita susahlah sama-sama...". Saya tak nak lagi fikir pasal duit (macam dulu). Saya serahkan segalanya kepada dia...
Hidup miskin sudah terbiasa
Takut miskin? Memang siapa pun tak nak miskin.
Tapi dua tahun hidup terpenjara, itu pengalaman saya rasa hidup lebih miskin dari orang miskin. Lebih susah dari orang susah...
Minum air paip (tak masak) saya dah biasa...
Hidup makan maggie rendam air paip, pakaian yang cuma beberapa helai sahaja, hidup serba tak ada, kutip barang-barang terpakai dalam tong sampah tidaklah hina... Syukur alhamdulillah... Kehidupan begitu saya sudah terbiasa...
Hidup miskin tidaklah hina selagi kita tak buat dosa...
Hidup ni Tuhan akan sentiasa gilirkan kita dengan susah dan senang untuk Dia uji kita... Dia nak tahu siapakah antara kita yang lebih baik amalannya...
Kalau hidup kita memang susah dan miskin, lagilah tak perlu takut apa-apa... Sebab memang kita tak ada apa-apa yang perlu takut hilang dari kita... Tak perlu takut untuk hilang segalanya... Sebab kita memang tak punya apa-apa... "Nothing to lose" orang kata...
Teruslah berjuang bina kehidupan lebih baik demi kita sekeluarga... Kerana orang yang berjuang, hidupnya mulia, mati pun mulia...