MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Simpan Korek, Simpan Korek! Ini Solusi Saya…

October 13, 2023

Simpan sikit-sikit, lama-lama pun masih sikit!

Tanda kewangan kita dalam keadaan sihat ialah cashflow (aliran tunai) kita sentiasa positif. Duit masuk (pendapatan) ke tangki kekayaan lebih besar dari duit keluar (perbelanjaan). 

Sekurang-kurangnya, kena ada lebihan setiap bulan (dan setiap tahun) sebagai tabungan untuk kecemasan atau pelaburan masa depan... 

Tapi masalah biasa kebanyakan kita, menabung setiap awal bulan, tapi hujung bulan terpaksa korek balik! 

More...

Bila dikira secara TAHUNAN, rupa-rupanya aliran tunai kita NEGATIF! 

Apa puncanya? 

Lupa Belanja Tahunan

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, selain daripada kaedah tabungan yang tak berkesan, punca utama yang lain ialah kita lupa ambil kira perbelanjaan yang bersifat tahunan (untuk diasingkan setiap bulan). 

Sedangkan perbelanjaan itu CONFIRM kita kena keluarkan setiap tahun. 

Contohnya kos untuk bayar road tax & insuran kereta.

Sepatutnya, kalau dah tahu setiap tahun kena keluarkan RM1,200 setiap kali sambut birthday kereta (road tax dan insuran), sepatutnya setiap bulan kena asingkan siap-siap RM100 (RM100 x 12 bulan = RM1,200).

Bila sampai waktunya, tak adalah kita terkial-kial nak korek sana-sini untuk bayar road tax dan insuran kereta.

Jadi kalau selama ni kita fikir mampu menabung RM500 sebulan, sebenarnya jumlah tabungan bulanan kita bukanlah RM500. Tetapi cuma RM400 lepas tolak RM100 untuk road tax dan insuran.

Bajet RM100 tu kena buat potongan dan simpan.

Potong Setiap Bulan

Cara saya, saya akan simpan dalam sampul supaya tak bercampur dengan duit lain.

Bajet tu tak boleh sentuh, kecuali bila sampai masa nak kena bayar road tax & insuran.

Bila tak buat bajet dan potongan setiap bulan, itulah terpaksa korek balik tabungan yang ada.

Bahkan lebih teruk lagi, ada yang terpaksa buat PERSONAL LOAN ataupun hutang KAD KREDIT semata-mata nak bayar road tax dan insuran! 

Sebenarnya, bukan saja kos road tax dan insuran. Kos-kos lain pun sama.

Ini termasuklah perbelanjaan masuk sekolah tahun baru, kos maintenance kereta, kos beli baju anak-anak, kos balik kampung hari raya dan lain-lain. 

Sedar Keadaan Kewangan Sebenar

Bila kita buat potongan macam ni, barulah kita sedar keadaan sebenar kewangan kita setiap bulan.

Kalau sebelum ni kita kira perbelanjaan dan kos sara hidup kita RM4,000 sebulan. Tapi lepas ambil kira kos tahunan, perbelanjaan sebenar mungkin RM5,000 sebulan...

Bila nak buat loan, kita akan pinjam berdasarkan KEMAMPUAN SEBENAR, bukan lagi formula-formula kiraan bank sebab kita tahu keadaan sebenar kewangan kita. 

Kalau harapkan bank yang kira, itulah ramai tercekik masalah kewangan.

Jadi sebelum bank tolong kirakan, baik kita kira sendiri siap-siap supaya kita "sedar diri" dan tak lupa diri...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
13 Oktober 2023
28 Rabiul Awwal 1445H

“Dah usaha menabung, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena korek tabungan, itu namanya takdir. Tapi kalau tak usaha menabung dan tak belajar ilmu kewangan, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena hutang sana sini, itu bukan salah takdir. Tapi salah tadbir.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 19 Mac 2024

“Menabung tapi korek balik tu lebih baik dari tak menabung. Bila korek dengan rasa bersalah, kita akan cari jalan pertahankan tabungan, dan tambah pendapatan supaya tak perlu korek lagi. Rasa bersalah tu membuatkan tabungan kita makin lama makin bertambah. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 20 Mac 2024

“Panik tengok akaun tak ada duit. Tapi bila kira kepingan emas, jumlah simpanan emas dia nilainya dah berpuluh ribu ringgit! Itu 'masalah' biasa penyimpan emas. Walaupun emasnya banyak, tapi sentiasa rasa tak berduit. Otak terus turn-off dari belanja yang bukan-bukan.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 22 Mac 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>