MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Suami, Berilah Duit Poket Untuk Isteri

April 30, 2023

"Kalau senang, kita nikmati sama-sama. Kalau susah, kita berjuang sama-sama".

Itulah mindset saya sejak hari pertama berumahtangga. Kami azam bina kehidupan dan hadapi susah senang bersama sejak hari pertama kami bersama.

Tak ada dalam kamus hidup saya sebagai suami; kesenangan dan duit yang saya ada, hanya untuk saya.

More...

Sebaliknya, duit saya adalah duit kami sekeluarga. Tapi duit isteri, itu hak dia.

Saya tak akan ambil hak isteri walaupun 10 sen tanpa dia redha. Dan saya tak akan abaikan nafkah untuk dia walaupun 10 sen.

Sebab itu memang tanggungjawab yang Tuhan amanahkan ke atas saya.

Kalau terkurang, itu hutang yang wajib saya bayar kepada isteri...

Suri Rumah Bukan Tak Bekerja

Sejak awal perkahwinan, kami meletakkan target untuk ada sekurang-kurangnya 7 orang anak. Bila anak ramai, maka kos penjagaan anak confirm akan tinggi kalau 'swastakan' kepada orang lain.

Itu baru tentang duit. Belum lagi ambil kira pembentukan sahsiah anak-anak bila diserahkan kepada orang lain.

Jadi komitmen saya, biarlah saya seorang yang cari duit untuk keluarga. Isteri saya fokus jaga rumah dan anak-anak.

Apa sahaja hasil titik peluh saya cari rezeki, itu rezeki kami sekeluarga.

Tak ada istilah ini duit saya. Itu duit dia. Kerana hakikatnya kami sebenarnya sama-sama bekerja.

Saya bekerja di luar rumah. Dia berkerja di rumah menjaga dan membesarkan anak-anak.

Dengan kerja keras isteri di rumah, kalau nak dibayar, sebenarnya tak terbayar. Dari sudut kewangan, kerja-kerja isteri di rumah tu sebenarnya menyelamatkan duit kita beribu-ribu ringgit setiap bulan.

Cuma bezanya, dia tak ada pendapatan.

"Duit Poket" Bukan Belanja Dapur

Jadi suamilah yang kena bagi dia pendapatan. Selain cukupkan nafkah, kena bagi dia duit poket. 

"Duit poket" tu bukan duit belanja dapur. Bukan duit keperluan keluarga. Dan bukan juga duit keperluan diri dia. 

Tapi duit untuk dia beli apa yang dia suka tanpa perlu sentuh bajet keluarga.

Mungkin dia nak 'reward' diri dia sendiri.

Kalau tiba-tiba dia nak beli apa sahaja yang dikategori sebagai BUKAN KEPERLUAN, maka duit poket itulah yang dia guna.

Belilah apa sahaja yang dia nak tanpa perlu minta izin kita.

Kalau bajet agak terhad, bagi apa yang termampu. Janji kena bagi.

Tunjuk Teladan Yang Baik Buat Isteri

Dalam waktu yang sama, kita pun kena tunjuk contoh kepada isteri.

Kalau duit poket dia sikit, duit poket kita pun sikit juga.

Itu barulah dinamakan demokrasi terpimpin...

"Happy wife, happy life..."

Bila isteri kita happy, seluruh rumahtangga kita akan happy. InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
30 April 2023
9 Syawal 1444H

#TipKewanganKeluarga

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>