MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Simpan Duit Awal Bulan, Akhir Bulan Korek Balik!

June 20, 2017

[Kemaskini Disember 2022]

Salah satu petanda penting kewangan kita dalam keadaan yang sihat ialah dapat menyimpan secara berdisiplin setiap bulan.

Dari sudut kewangan, ia dipanggil sebagai aliran tunai yang positif, iaitu jumlah pendapatan lebih besar daripada jumlah perbelanjaan.

Setiap bulan, sebahagiannya dapat disimpan, samada simpanan untuk tujuan kecemasan ataupun untuk pelaburan masa depan.

Tapi malangnya, walaupun mereka boleh menyimpan setiap bulan, tapi kebanyakkannya terpaksa korek balik simpanan tersebut pada hujung bulan!

Dia simpan sikit-sikit, lama-lama pun masih sikit!

Di mana silapnya?

Punca Simpanan Sentiasa Bocor

Pada pemerhatian saya, faktor yang paling utama ialah kaedah menyimpan yang kurang berkesan.

Faktor yang kedua yang banyak orang terlepas pandang ialah, mereka terlupa kira ambil kira perbelanjaan yang bersifat tahunan. Contohnya, bayaran road tax dan insuran kenderaan, perbelanjaan balik raya setahun sekali, perbelanjaan anak nak masuk sekolah, dan sebagainya.

Itulah yang menyebabkan walaupun mereka dapat menyimpan setiap bulan, tapi akhir sekali terpaksa korek balik!

Walaupun aliran tunai BULANAN nampak positif, tapi bila dikira aliran tunai TAHUNAN, kewangannya dalam keadaan NEGATIF!

"Negatif" maksudnya hartanya tak bertambah. Sebaliknya yang bertambah hanyalah hutang. Makin lama berkerja, makin banyak hutang yang dia kena tanggung.

Dalam tak sedar, dia sebenarnya sedang bergerak ke arah kemiskinan!

Bukan Sekadar Bulanan, Tapi Tahunan

Banyak orang tak pernah buat bajet untuk perbelanjaan yang bersifat tahunan (yang sepatutnya perlu dipotong setiap bulan), sedangkan perbelanjaan itu CONFIRM kita kena keluarkan setiap tahun.

Antaranya; kos bayaran road tax & insuran kereta, kos maintenance kereta, kos belanja anak-anak nak masuk sekolah tahun baru, kos beli baju raya anak-anak, kos balik kampung dan sebagainya.

Bila tak buat bajet dan buat ‘potongan’ setiap bulan, maka jalan keluarnya ialah korek balik simpanan bulanan, bahkan lebih teruk ialah buat Personal Loan atau swipe Kad Kredit!

Jadi saya nak share pengalaman apa yang saya buat untuk elak masalah ini berulang lagi pada masa akan datang; iaitu semua perbelanjaan bersifat tahunan saya akan ‘potong’ secara bulanan dan masukkan dalam “sampul” khas.

Saya guna sampul angpow raya je dan tulis lebel pada setiap sampul.

Cara Tepat Kira Bajet Bulanan

Kalau kos road tax & insuran kereta RM2,400 setahun, maka saya akan potong RM200 (RM2,400 ÷ 12 bulan) setiap bulan dan masukkan dalam sampul yang saya lebel sebagai “Road Tax & Insuran”.

Jadi kalaulah kos perbelanjaan bulanan saya sekeluarga RM4,000 sebulan sebelum ni, tetapi lepas ambil kira kos tahunan road tax & insuran kereta, perbelanjaan sebenar saya ialah RM4,200 sebulan, bukan RM4,000.

Kalaulah gaji saya RM5,000, maka jumlah sebenar yang saya mampu “simpan” setiap bulan ialah RM800 (RM5,000 – RM4,200), bukan RM1,000 (RM5,000 – RM4,000).

Bila ditambah dengan bajet tahunan yang lain lagi, maka jumlah yang mampu disimpan sebenarnya lebih kecil lagi.

Ini contoh sampul yang saya gunakan untuk simpan “Dana Infaq”. Bila nak keluarkan infaq, saya akan tarik dari sampul ini. Kalau tak buat sampul begini, nanti berisiko terambil duit belanja susu dan pampers anak untuk disedekahkan kepada orang lain!

Senaraikan Belanja Bersifat Tahunan

Jadi cuba senaraikan perbelanjaan yang bersifat tahunan dan buat sampul khas untuk setiap perbelanjaan, antaranya:

  • Maintenance kereta & motosikal
  • Belanja masuk sekolah tahun baru
  • Belanja baju raya & baju baru anak-anak
  • Belanja balik kampung
  • Bajet melancong tahunan
  • Bajet sambut birthday sekeluarga & ulangtahun perkahwinan
  • Bajet infaq atau sedekah

Jangan Harap Bank Kirakan

Jadi bila dah buat bajet dan kira-kira macam ni, barulah kita sedar kedudukan sebenar kewangan kita.

Bila nak buat pinjaman baru, kita akan pinjam berdasarkan kemampuan sebenar. Bukan lain main agak-agak atau lagi teruk, ikut formula-formula kiraan bank.

Dalam contoh pengiraan yang saya buat tadi, “buffer” yang tinggal untuk tambah komitmen hutang baru cuma tinggal RM800 (RM5,000 – RM4,200) sahaja sebulan.

Lepas ambil kira simpanan minimum sepatutnya 10% daripada gaji (RM500), maka had komitmen bulanan kalau nak buat hutang baru hanyalah RM300 (RM800 – RM500) sahaja sebulan.

Hakikatnya, hanya kita sahaja yang tahu kedudukan sebenar kewangan kita.

Kalau mengharapkan bank yang tolong kira samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman baru, itulah sebab kenapa ramai tercekik masalah kewangan.

Jadi sebelum bank tolong kirakan, baik kita kira sendiri siap-siap supaya kita “sedar diri” kita yang sebenarnya dan selesai masalah “simpan awal bukan, akhir bulan korek balik”, insyaAllah...

Zulkifli
Damansara Damai
14 Jun 2017
20 Ramadhan 1438H

“Dah usaha menabung, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena korek tabungan, itu namanya takdir. Tapi kalau tak usaha menabung dan tak belajar ilmu kewangan, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena hutang sana sini, itu bukan salah takdir. Tapi salah tadbir.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 19 Mac 2024

"Simpan awal bulan, korek hujung bulan" lebih baik dari langsung tak menyimpan. Kita akan korek simpanan dengan penuh rasa bersalah. Kalau tak menyimpan, kita berbelanja sampai habis tanpa langsung rasa bersalah. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 15 Jun 2024

“Menabung tapi korek balik tu lebih baik dari tak menabung. Bila korek dengan rasa bersalah, kita akan cari jalan pertahankan tabungan, dan tambah pendapatan supaya tak perlu korek lagi. Rasa bersalah tu membuatkan tabungan kita makin lama makin bertambah. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 20 Mac 2024

“Panik tengok akaun tak ada duit. Tapi bila kira kepingan emas, jumlah simpanan emas dia nilainya dah berpuluh ribu ringgit! Itu 'masalah' biasa penyimpan emas. Walaupun emasnya banyak, tapi sentiasa rasa tak berduit. Otak terus turn-off dari belanja yang bukan-bukan.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 22 Mac 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • salam cikzul,
    sebelum ni simpanan saya agak tunggang langgang, sebb ada je benda nak dibayar, tapi berubah sejak saya tercabar dengan kawan saya yg gajiny agak rendah dari saya, tapi mempunyai simpanan yg banyak terutamanya dlm bentuk emas, katanya hidup ibarat ukur saiz sendiri, kawan yg jauh bergaji tinggi dari kami, agak teruk simpanan mereka, kad kredit dan personal loan perkara biasa…. alhamdulillah, kawn yg bergaji rendah ni lg kaya dari kami…

  • Bulan June mewah bagi saya dan rakan2 krn pada yg gaji MAY belum habis akan bertambah rezeki dengan bonus bulan 6 dan di akhir bulan 6 dapat gaji pula .

    tadi berbual dengan rakan ,saya kata sukalah rakan2 kerana mewah bulan ini. terus mereka balas cakap saya , seksa nak tunggu gaji bulan 7 pula ni.
    Siap2lah simpan separuh duit yang ada . jangan habis berbelanja.
    mereka angguk .

    Saya yakin ramai yang akan termenung menjelang hujung bulan 7 .
    saya harap mereka dapat berbelanja wang yang ada dengan cara betul dan berhemah di Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi .

    *Saya dah asingkan RM5k sebagai simpanan kecemasan utk kegunaan selepas Hari Raya , menantikan gaji Julai.*

  • Yang ni kes orang beli rumah nak sewakan.
    Contoh;
    1. Beli rumah ansuran RM700 sebulan.
    2. Sewakan dapatlah RM750.
    3. Tapi duit gaji RM700 tu confirm2 bayar duit rumah tadi;
    4. Lagi RM750 kononnya hasil sewa tu pun disapunya juga buat ‘perbelanjaan harian’.

    Last2 pi mai pi mai tang tu.

  • Selepas dekat 10 tahun pola perbelanjaan saya tak banyak berubah. Kalau 10 tahun lepas belanja bulanan + komitmen RM3000, sehingga hari ini saya dapat kekalkan perbelanjaan tersebut sekitar RM3500 sahaja. Itupun disebabkan inflasi dan GST. Kenaikan gaji tiap2 tahun? Saya buat tambahkan simpanan + pelaburan berbanding tambahkan komitmen (tambah hutanglah kan). Saya ikut petua penting dalam blog ni, belanja di bawah kemampuan. Ianya berkesan. Sangat2 berkesan.

  • Saya pun memang dah lama amalkan sistem sampul… Anak-anak pun dah faham perangai abahnya bila hujung bulan… berderet sampul surat yang mempunyai tujuan tertentu..

    Tkasih Tn Zul

  • Salam. Saya pun praktikkan belanja di bawah kemampuan seperti yg saya belajar dari En. Zul. Saya dah lalui keperitan akibat tersalah belanja suatu ketika dulu.

  • Saya dari tahun lepas dah gunakan sistem sampul.Alhamdulillah kewangan terkawal..terima kasih atas perkongsian tip2 dari tuan

  • saya dah tiru sistem sampul tu. Alhamdulillah, bajet jadi on-track. Takde lagi pinjam duit suami nak isi minyak kereta pergi kerja. 😀

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >