MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berduit Itu Penting, Rasa Berduit Itu Berbahaya!

November 29, 2023

Balik naik MRT, jimat dekat RM30.

Masa nak balik dari #KarnivalKayaDenganEmas Sabtu lepas, isteri saya bagitahu dia nak pergi jalan-jalan di Bukit Bintang KL dengan beberapa rakan ladies #PGG100Network, bersama dengan anak sulong kami.

Saya nak terus balik rumah. Bila nak panggil Grab, tengok kadar harga tengah tinggi. Sekitar RM48... 

More...

Penjimatan kecil

Saya fikir, RM48 untuk saya seorang. Nanti bila isteri dan anak-anak saya nak balik, mungkin sekitar tu juga tambangnya. 

Total dekat RM100 sehala.

Saya tak jadi ambil Grab. Terus jalan kaki ke MRT Tun Razak Exchange dalam 10 minit. Ambil MRT terus ke Putrajaya Sentral. Tambang sekitar RM3 je.

Dari Putrajaya Sentral, ambil Grab ke Cyberjaya. Bayarannya RM11. Jadi total kos perjalanan saya balik RM14.

Saya jimat sekitar RM30 berbanding ambil Grab.

Bukan sekadar soal mampu

Walaupun saya mampu bayar tambang Grab RM48, tapi dalam konteks membina kekayaan, ia bukan sahaja soal mampu. Tapi samada perlu atau tidak, dan berbaloi atau tidak.

Kalau kita ambil mudah hal-hal yang nampak kecil - berbelanja ikut mampu (bukan ikut perlu), kesannya akan besar dalam jangka panjang.

Berduit tu penting, tapi rasa berduit selalunya berbahaya!

Kita sering buat kesilapan besar ketika kita ada duit dan rasa berduit. Lagi besar jumlah kekayaan kita, lagi besarlah risiko kesilapan yang kita akan buat. 

'Kebocoran kecil' jangan ambil mudah

Jadi ketika pendapatan makin besar, tahap kekayaan makin baik, jangan sampai kita lalai - berbelanja secara membazir, berbelanja apa yang bukan keperluan, ambil mudah dengan komitmen hutang baru, dan tak peka dengan kos-kos yang kita bayar.

Kelalaian itu nanti bakal mengheret kita kembali ke belakang kalau kita lambat buat pembetulan.

Walaupun kita tengah senang hari ni, ingatlah langit tak sentiasa cerah. Berpada-padalah dan sentiasa sediakan payung sebelum hujan... 

Kebocoran yang kita anggap kecil itu nanti akhirnya akan membuatkan tangki kekayaan kita kering kontang kalau kita tak tutup segera.

Zulkifli
Cyberjaya
29 November 2023
19 Jamadil Awwal 1445H

“Jangan biasakan membazir, walaupun yang dibazirkan tu bukan harta kita; harta majikan, homestay yang kita sewa dsb. Sifat membazir tu nanti akan jadi tabiat dan susah ditinggalkan. Akhirnya pasti memakan diri sendiri. #IslahDiri” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 30 Disember 2023

“Panik tengok akaun tak ada duit. Tapi bila kira kepingan emas, jumlah simpanan emas dia nilainya dah berpuluh ribu ringgit! Itu 'masalah' biasa penyimpan emas. Walaupun emasnya banyak, tapi sentiasa rasa tak berduit. Otak terus turn-off dari belanja yang bukan-bukan.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 22 Mac 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>