[Kemaskini 18 Januari 2024]
Bagi sahabat pembaca yang nak mula menabung emas, saya cadangkan mula dengan 1 GRAM 1 BULAN dulu. Disiplinkan yang itu dulu. Simpan sekit-sekit tetapi berterusan lebih baik berbanding beli banyak dan terus diam.
Perkara paling penting dalam menyimpan ialah memupuk tabiat dan disiplin, bukan jumlahnya. Tabiat yang betul akan memberikan impak yang besar dalam jangka panjang.
Masa saya mulakan tabiat menyimpan (ketika hidup sebagai miskin bandar), saya cuma mampu simpan RM20 sebulan. Buat potongan gaji masuk Tabung Haji.
Disiplin dan tabiat, bukan jumlahnya
Bermula dengan tabiat tu, jumlah tabungan makin lama makin bertambah setiap bulan. Sampai akhir sekali jumlah simpanan itu mencecah jumlah yang luar biasa (bagi saya). Alhamdulillah...
Jadi bila nak menabung, cita-cita kita kena besar. Tapi kena bermula dengan kecil. Konsisten menabung emas 1 gram 1 bulan lebih baik berbanding sekadar meletakkan angan-angan besar nak menabung, tapi sampai ke sudah tak mula-mula!...
Sedang mereka yang dah bermula, sedar-sedar, setahun dah ada 12 gram! Yang belum bermula, masih lagi sekadar simpan angan-angan nak menyimpan beratus-ratus gram...
Bila menabung emas, anggaplah sebagai "simpanan untuk dipulakan" (forgotten saving). Simpan dan terus lupakan... Selebihnya simpanlah di tempat lain macam Tabung Haji, ASB, unit amanah, saham dan sebagainya (kalau mahu).
Manfaat menabung 1 gram 1 bulan
Apa yang saya perhati, kelebihan simpan 1 gram 1 bulan antaranya:
(1) Ia akan jadi simpanan paksa.
Simpanan yang berkesan kena paksa, tak boleh tunggu duit lebih hujung bulan. Dapat gaji, paksa diri beli 1 gram melalui Akaun Emas GAP (supaya dapat harga termurah), selebihnya terpulanglah nak simpan di mana.
Kalau tunggu duit lebihan hujung bulan baru nak menyimpan, alamatnya sampai bila-bila tak akan mampu menyimpan.
“Lagi besar pendapatan, lagi besar keinginan (berbelanja). Kalau tunggu ada duit lebih baru nak menyimpan, alamatnya sampai bila-bila kita tak akan menyimpan. Nak menyimpan kena paksa. Paksa simpan dulu, berbelanjalah selebihnya.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 17 Januari 2023
(2) Ia akan jadi simpanan untuk dilupakan.
Simpan emas tak macam simpan duit.
Kita tak akan sesekali panjang akal untuk berbelanja (sebab “nombor” telahpun hilang), bahkan kita rasa nak kumpul lagi dan lagi sebab keseronokkan kita dengan emas ialah pada mengumpulnya.
Sedar-sedar, 1 tahun sudah ada 12 gram, bahkan lebih...
(3) Dapat puratakan kos
Penyimpan emas yang beli secara berkala tak akan pernah kecewa dengan harga emas sebab mereka telahpun dapat kos purata. Kalau beli 3 kali; RM170, RM180 dan RM190 segram, maka kos purata hanyalah RM180.
Harga emas naik kita seronok, harga turun lagi seronok! Kan?
Simpanan kalis boros
Memang inilah salah satu cara berkesan paksa diri menyimpan.
Bila terima duit gaji atau apa sahaja pembayaran, saya mesti tambah simpanan emas 1 gram dahulu. Selebihnya terpulang samada nak tambah lagi gram emas atau buat simpanan yang lain.
Satu hari nanti, berapa jumlah gram emas yang sudah kita miliki pun kita tak pasti sebab kita hanya cek setahun sekali sahaja iaitu bila sampai masa untuk keluarkan zakat. Ia benar-benar jadi simpanan untuk dilupakan.
Ia bukan sahaja jadi simpanan yang kalis inflasi, tetapi ia juga kalis boros! InsyaAllah...
Cara terbaik menabung 1 gram 1 bulan
Kalau nak menabung emas 1 gram 1 bulan, cara paling mudah dan paling murah setakat ini di Malaysia ialah beli melalui Akaun Emas GAP, sebab:
(1) Harga paling MURAH di Malaysia, tanpa perlu bayar sebarang yuran keahlian.
(2) Boleh beli secara ONLINE sahaja. Guna mobile apps sahaja. Urusniaga boleh dibuat 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.
(3) Boleh simpan percuma dengan Public Gold, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.
(4) Boleh minta diposkan terus ke rumah. Boleh arahkan sistem poskan terus ke rumah menggunakan servis pos berinsurans. Kalau item besar (yang tak cover insuran), boleh keluarkan dari mana-mana 18 cawangan Public Gold. Pendek kata, masa balik kampung pun boleh keluarkan emas itu dari cawangan Public Gold terdekat.
(5) Paling best, boleh pilih perbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design emas. Katakanlah dah simpan cukup 5 gram, kita boleh pilih nak keluarkan 1 gram 5 keping atau 5 gram 1 keping. Kita hanya perlu bayar caj premium sahaja untuk setiap keping emas.
Nak mulakan tabungan emas hari ni, boleh DAFTAR SEBAGAI CUSTOMER PUBLIC GOLD di bawah bimbingan saya, dan ikut step yang saya tunjukkan tu.
Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya di +6019-336 8009 (wassap / sms / call). InsyaAllah saya boleh guide.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
2 Ogos 2016
28 Syawal 1437H

Sharing daripada Pn Wan Salina di Facebook beliau.
mula-mula memang liat nak beli 1g emas ni, tapi lama-lama kita akan jadi ketagih hehe 😉
Betul. Ramai yang niat asal nak beli 1 gram, tapi dah jadi ketagih. Lebih-lebih lagi Public Gold keluarkan pelbagai design yang cantik dan menarik. Itu ketagihan yang positif, insyaAllah.
Macamana nak dapatkn berbagai design tue?
Lepas dah beli melalui akaun emas GAP, boleh booking dengan cawangan Public Gold terdekat puan.
mula-mula terpaksa dan kemudian rela.. 🙂
Betul. 🙂
Alah bisa tegal biasa. Untuk mana mana amalan yang baik memang susah mula-mula sahaja..lepas tu ok.Terima kasih En. Zul kerana selalu ingatkan.
Alhamdulillah..
as slm… saya nak bertanya… saya dah tutup akaun GAP.. mcm mana ye klu nak buka balik..
Wslm Pn. Rohayu,
Kena call office Public Gold, bagi tahu nak buka dan tanya staff cara nak bayar activation fee.
Sejak menyimpan emas tidak risau duit hilang ke mana. 🙂
Alhamdulillah..
salam tuan.. kalau la public gold buka balik cawangan di klang lagi syok..
jauh nak g sunway
Wslm En. Mohamad,
Sementara ada cawangan di Klang, beli sahaja melalui akaun emas GAP. Beli dan simpan dengan Public Gold. Bila kebetulan pergi area Sunway, baru keluarkan emas tu. Dapatkan maklumat lanjut tentang akaun emas GAP di http://www.bit.ly/beliemasgap .
masalah kita, selain tak konsisten, iaitu ‘simpan dan ingat”. bila kita ingat, akan ada potensi untuk kia keluarkan/tunaikan.
Betul…
Salam tuan.mula beli emas dgn tuan tahun 2015 dlm rm20k.mulanya rasa menyesal sgt sbb dok tgk harga pg buy masih jauh dgn harga pg sell.masa tu dok fikir bila harga beli smpai di harga pg buy trus mahu jual.tp bila emas dh mahal skrg.syg pulak mahu dijual.jd smpai skrg belum jual.malah topup skit2 tiap2 bln..
Wslm En. Jauhari,
Alhamdulillah. Yang penting kena tambah ilmu dari semasa ke semasa. Bila ada ilmu, kita tahu apa yang kita buat dan tak akan menyesal walauapa pun kedudukan harga emas. InsyaAllah.
Salam tuan,
Mungkin lari tajuk sikit, blh tuan terangkan mengenai sistem affiliate atau bisnes cara online yg banyak org buat pada masa ini?
Scam @ mlm ?
Saya cuma nak tahu, terima kasih
Wslm En. Zulhilmi,
Sistem affiliate tu kena cek produk yang mereka jual. Kalau produk bagus dan dibeli dengan tujuan yang sebenar, ia tak ada masalah.
[…] customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving, berdasarkan pengalaman saya, passive income yang akan kita nikmati tak kurang RM4,000 sebulan! […]
[…] – Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving” (simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat […]
[…] Kredit: mohdzulkifli.com […]
[…] dikira secara TAHUNAN, aliran tunainya NEGATIF ataupun kosong tanpa simpanan! Selain disebabkan kaedah menyimpan yang kurang berkesan, itulah salah satu sebab kenapa ramai yang buat potongan gaji masuk Tabung Haji atau ASB, tapi […]
[…] dikira secara TAHUNAN, aliran tunainya NEGATIF ataupun kosong tanpa simpanan! Selain disebabkan kaedah menyimpan yang kurang berkesan, itulah salah satu sebab kenapa ramai yang buat potongan gaji masuk Tabung Haji atau ASB, tapi […]