6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

by on August 19, 2014

Post image for 6 Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

[Kemaskini 25 Oktober 2016] Kalau ada bajet cukup, dan alang-alang beli emas, jadilah terus dealer Public Gold sebab dealer boleh untung dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada naik atau turun. Beli emas untuk diri sendiri untung, jual emas sendiri pun untung. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.

Sebenarnya, saya dulu beli emas Public Gold cuma untuk simpan sendiri jer. Asalkan duit saya jadi emas jer. Dan dari awal lagi saya pasang niat, saya tak nak berniaga emas. Tapi bila saya perhati ramai kawan-kawan buat kesilapan yang merugikan dalam pelaburan emas, sedangkan saya ada ilmu dan platform terbaik pelaburan emas di Malaysia i.e Public Gold, saya rasa ada tanggungjawab untuk bantu orang lain. Masa tu baru saya sedar, oh, besarnya manfaat sebagai dealer, walaupun hanya untuk simpanan sendiri semata-mata.

Berdasarkan pengalaman saya, ini 6 keuntungan sebagai dealer emas Public Gold:

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu belian (satu Invoice). Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100. Dah la harga emas Public Gold murah RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing.

komisyen dealer public goldRebat belian dan jual balik dealer Public Gold

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri

Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.

#3 – Komisyen Introduce Pembeli

Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi ceritalah kepada orang lain. Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold. Lagi rugi besar kalau mereka terbeli barang kemas. Jadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Manfaatkan facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600. Ok la tu, modal ilmu dan ‘air liur’ jer. Kita cuma consult dan tolong orderkan sahaja. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi beberapa gram emas sebagai simpanan! Tambah simpanan setiap sebulan secara PERCUMA. (“,)

Berita paling menarik, komisyen ini akan terus dibayar oleh Public Gold sampai bila-bila selagi orang yang kita introduce itu membeli emas Public Gold. Ia boleh dijadikan sumber passive income.

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan

Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 5.0% – 8.0%.

harga pg buy susut nilai 2015“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan susut nilai dari harga “PG Sell”.

Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

Secara jujurnya, saya selalu berpeluang tambah simpanan emas sekarang ni hanya dengan beli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” jer. Seolah-olah saya beli emas tanpa spread! Harga emas naik 5%, maksudnya saya terus untung 5%! Kalau saya beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual

Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 8%! Kalau beli RM10,000, untung RM800 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividend Tabung Haji dan ASB?

#6 – Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.

dinar gold bar 24k lbmaBeli mana-mana emas Public Gold bernilai RM30,000 dalam satu belian (satu Invoice), automatik jadi dealer. Untuk tengok foto-foto emas keluaran Public Gold, KLIK DI SINI.

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai introducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada saya 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%). Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai saya mati, atau dealer dan customer itu mati dulu.

Dan berita lebih baik, pendapatan saya dari Public Gold ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak saya jika saya meninggal dunia! Itu janji Public Gold.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving, berdasarkan pengalaman saya, passive income yang akan kita nikmati tak kurang RM4,000 sebulan! InsyaAllah.

Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.

cape town public goldBermula dengan beli emas untuk simpanan sendiri semata-mata, saya tak pernah terfikir Allah nak lapangkan rezeki kami sekeluarga melalui bisnes emas Public Gold.

Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

  • Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
  • Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
  • Peluang beli emas dengan harga diskaun 5% – 8% (susut nilai).
  • Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisyen jualan).
  • Untung simpan emas bila harga emas naik.
  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
19 Ogos 2014
22 Syawal 1423

[Artikel dikemaskini pada 25 Oktober 2016. Sebahagian blog comments dalam artikel ini yang ditulis sebelum ia dikemaskini, mungkin tidak lagi relevan]

(Kredit foto  : igtcapital)

{ 82 comments… read them below or add one }

1 abah zuki August 20, 2014 at 5:54 am

nak join la..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2014 at 7:28 am

Molek benar tu Abe Kie. :)

Reply

3 saiful bahri August 20, 2014 at 6:59 am

Assalamualaikum saudara zul,

lepas dah mengikuti facebook dan blog encik zul selama 4 5 bulan ni,sy dah dapat rasakan tiba masa sy melabur dalam emas…sy harap ilmu yg encil zul curahkan kn ni dpt bg manfaat kepada encik zul dan kita semua dunia akhirat…

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2014 at 7:28 am

Wslm En. Saiful,

Alhamdulillah, mudah-mudahan ilmu ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

5 Lukeman August 20, 2014 at 9:49 am

Saya pun dah ada beli emas public gold sikit2 dengan panduan daripada blog En Zul ini :). Sebelum ini beli emas dinar kelantan sahaja. Terima kasih En Zul atas perkongsian ilmu

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2014 at 9:55 am

Alhamdulillah. Bagus tu En. Lukeman.

Reply

7 Hashim August 20, 2014 at 10:25 am

Salam tuan, saya nak tanya, apa beza beli emas public gold ni dengan beli emas fizikal dinar tuh? dan betulkan dinar emas kalau beli dan berlaku sedikit calar atau sesetgh kes dgr kata naik mcm kulat membuatkan bank tak terima kalau nak jual balik?

terima kasih

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2014 at 11:53 am

Wslm EN. Hashim,

1. Public Gold jual emas fizikal bentuk (1) gold bar 999.9, (2) syiling dinar 916, dan (3) barang kemas. Emas fizikal tu maksudnya emas yang betul2 wujud, kita boleh pegang dan sentuh. Satu lagi dipanggil akaun emas atau emas maya. Beli emas, cuma dapat buku jer sebagaimana ditawarkan oleh bank.

2. Kalau emas keluaran Public Gold, tak ada masalah samada calar, kemek atau bengkok. Asalkan beratnya sama, Public Gold jamin beli emas tu pada harga mahal sebagaimana di website http://www.publicgold.com.my.

3. Kalau emas jenama antarabangsa atau syiling Kijang Emas yang dijual oleh Maybank, memang tak boleh calar, kemek atau bengkok, bahkan plastic seal pun tak boleh rosak. Kalau rosak, emas tu kita cuma boleh jual kepada kedai emas dengan susut nilai sekitar 25%.

Untuk faham asal pelaburan emas, saya syorkan En. Hashim download ebook percuma yang saya sediakan. Boleh download bahagian atas sebelah kanan blog ni.

Wallahu a’lam.

Reply

9 Mohd August 21, 2014 at 1:42 am

Salam En Zul,
Mungkin En Zul kena edit nanti posting ni..start bulan September kelayakan jadi dealer dah naik . Normal dealer sahaja naik dari 20k ke 30k. Master dan Priority dealer apatah lagi.
Mungkin terlampau banyak yg dah jadi dealer bila PG buat offer dealer 10K sahaja beberapa bln yg lepas. atau target PG dah cukup.

Wallahualam

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2014 at 6:53 am

Wslm En. Mohd,

Terima kasih atas peringatan ni. InsyaAllah saya update.

Reply

11 Mohd August 21, 2014 at 10:18 pm

Hari ini 21 Ogos, hari yang cantik untuk menambah koleksi emas. Harga emas jatuh disebabkan US DOllar yg mengukuh. Harga spot emas antara 1275-1280 usd per ounce..1 Dinar = RM564, 2 Dinar = RM1128. antara yg terendah tahun ini setakat inilah..

Wallahualam

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2014 at 11:06 pm

Terima kasih En. Mohd.

Reply

13 Syed Muhammad Tazrin Al-Yahya August 24, 2014 at 2:44 pm

Assalamu’alaikum.
Semoga Allah Maha Agung merahmati En. Zulkifli & keluarga.
Saya cadangkan En. Zulkifli letak pautan khas “Jalan sebenar bebas kewangan, 7 strategi saya bebas dari hutang, 7 strategi elak kebocoran wang, Hidup dibawah kemampuan.” Pautan pada halaman utama blog Encik Zulkifli kerana iulah yang boleh menarik perhatian pembaca blog baru

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie August 30, 2014 at 2:34 pm

Wslm En. Syed,

Terima kasih atas cadangan tersebut. Alhamdulillah, saya dah letak ni artikel yang En. Syed maksudkan dihalam utama blog ni. Jazakallahu khair.

Reply

15 normala August 25, 2014 at 12:13 pm

saya berminat nak tau lebih lanjut..

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2014 at 12:36 pm

Apa persoalan yang puan nak tahu? Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

17 fadzli October 19, 2015 at 1:34 pm

terima kasih atas info

Reply

18 fadzli October 19, 2015 at 1:42 pm

kalau org yang baru nak menceburi bidang emas ni..pe langkah yang perlu dilakukan..supaya ianya boleh menjana pendapatan….

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie October 19, 2015 at 8:10 pm

Langkah awal ialah belajar. Baca artikel-artikel di blog, beli buku-buku yang berkaitan. Sejauh mana keuntungan dalam mana-mana pelaburan sekalipun bergantung sejauh mana ilmu kita dalam bidang tersebut.

Reply

20 Fariz August 29, 2014 at 7:36 am

Asslmkm En Zul..

Sy nk tnya..
1)bolehkah emas ni djadikn pndapatan smpingan hasil keuntungab dr beli pd harga murah->pajak->70%beli emas fizikal dn 30% stndby utk byr upah smpn->jual emas fizikal pd hrga pasaran tggi dn tebus emas yg dpajak?

2)bolehkah proses diatas diulang brulang kali dlm masa 1bulan dn bagaimana kiraan upah simpn stiap kali proses diatas diulang kerana emas tsbt telah selesai ditebus?perlu dbayar stiap kali pajak atau dkira 1bulan?

3)apakah cara dn tmpt selamat utk mnyimpan emas fizikal dtgn utk elakkn risiko simpn drumah?

Trima Kasih..

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2014 at 7:53 am

Wslm En. Fariz,

1. Kaedah begitu boleh, tapi En. Fariz kena faham risiko rugi vs potensi untung. Saya ada terangkan dalam artikel di http://www.mohdzulkifli.com/2013/10/tips-manipulasi-ar-rahnu-cara-selamat.html .

2. Kaedah membuat pajakan, En. Fariz boleh baca panduan yang saya sediakan di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/cara-pajak-emas-di-ar-rahnu.html .

3. Saya prefer simpan di safe deposit box. Ada beberapa kaedah lain lagi. En. Fariz boleh baca artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html .

Reply

22 Fariz August 30, 2014 at 2:34 am

Alhamdulillah..trima ksih bnyk2 encik zul atas maklumat dn ilmu yg jelas serta bnyk manfaat utk bangsa n agama kita..smoga Allah mrahmati dn murahkn rezeki encik zul dgn ilmu yg dcurahkn..sy brharap encik zul akn teruskn update blog ini utk hari2 akn dtg supaya org2 muda dpt pndedahan ceburi dunia emas..sokongan penuh dr saya..Asslmkum..

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie August 30, 2014 at 7:22 am

Alhamdulillah. Terima kasih atas doa En. Fariz. InsyaAllah, mudah-mudahan blog ni terus bermanfaat, insyaAllah.

Reply

24 khairul September 8, 2014 at 12:33 am

Salam Cik Zul,
saya nak tanya cik zul berkenaan dealer PG,
Katakan saya menjadi Normal Dealer PG..kemudian katakan saya berjaya merekrut ramai lg menjadi normal dealer di bawah saya.adakah saya akan dinaikkan pangkat ke priority dealer(satu tahap tinggi) ? Dan seterusnya dari priority dealer ke master dealer?

Mohon pencerahan..sebab saya berminat untuk menjadi dealer di masa hadapan..cuma jumlah pembelian minima pulak makin naik sekarang ni.Kena tambah masa sikit laa pasni nak menabung lagi.

Salam

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie September 8, 2014 at 7:16 am

Wslm En. Khairul,

Betul. Kalau En. Khairul rekrut 5 normal dealer dalam tempoh 12 bulan, automatik akan upgrade jadi Priority Dealer (PD). Lepas jadi PD, dan En. Khairul rektur 5 PD juga, automatik akan naik ke Master Dealer.

Reply

26 durratul May 19, 2015 at 10:40 am

Tuan, adakah sistem ini masih kekal sehingga 2015 ini sbb saya tengok kadangkala amount emas yg melayakkan utk menjadi dealer pun berubah2

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie May 19, 2015 at 11:11 am

Mungkin akan berubah puan. Bagi saya, Public Gold masih baru dan masih mencari formula yang terbaik untuk bertahan jangka panjang. Pastinya akan ada perubahan dari semasa ke semasa hinggalah Public Gold rasa ianya terbaik.

Reply

28 jamal September 9, 2014 at 10:30 pm

Salam En. Zul. Tk atas perkongsian ilmu. Saya berminat untuk bermula menyimpan emas. Minta tunjuk ajar bgmn utk bermula.

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2014 at 11:46 pm

Wslm En. Jamal. Boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, call, sms). InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

30 jamal September 9, 2014 at 10:52 pm

Salam En . Zul. TK atas perkongsian ilmu emas . saya berminat untuk menjadi dealer. sy ada 2 pertanyaan : item apa yg terbaik utk mula buat pembelian, dan adakah Public gold menyediakan khidmat hantar dgn pos emas yg kita beli memandangkan sy tinggal di daerah yg tiada pejabat Public gold

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2014 at 11:47 pm

Wslm En. Jamal. Boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, call, sms). Nanti saya bantu cara terbaik untuk menjadi dealer, insyaAllah.

Reply

32 wani September 15, 2014 at 7:43 pm

As salam..sgt brsmgat baca post ni.tq en.zul..sharing is phala..lps bc post ni tringin utk jd dealer.tp kwangan blm
mcukupi..saving hanya dlm lingkgn 6k shj..in sha Allah..
lbh baik brmula dgn sdikit drpd lgsg tiada..mohon tnjuk
ajar ye en.zul

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie September 15, 2014 at 9:05 pm

Wslm Pn. Wani,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.

Betul tu, mulakan dulu dengan apa yang ada.

Reply

34 khairul September 20, 2014 at 7:02 am

Salam Cik Zul,
Nak tanya..untuk point no#5 tu,maknanya proses Cik Zul beli tu adalah by hand trus melalui cik zul laa kan?

Contoh: Pelanggan Cik Zul jual emas 1 dinar pada Cik Zul. Cik Zul bayar tunai kepada penjual emas tersebut.Emas Cik zul simpan seketika dan mencari buyer baru untuk dijual.Adakah betul macam apa yg saya faham ni?

Untuk proses di atas tu,bermakna seller tadi akan serahkan 1dinar+sijil ketulenan+resit pembelian PG yg terdahulu tu ka? Adakah menjadi kriteria ketiga2 benda tu kena ada? Dan Cik Zul akan menyerahkan semua benda itu kpd buyer yg seterunya pula..kan?

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie September 20, 2014 at 7:16 am

Wslm En. Khairul,

1. Betul, by hand.

2. Betul. Macam tu lah lebih kurang. Dealer aktif biasanya memang ada pembeli yang beli emas secara berkala. Maksudnya tak perlu cari buyer sebab buyer memang sentiasa ada.

3. Seller cuma perlu serahkan emas + sijil jer. Resit tak perlu. Bila dealer jual emas direct (by hand), dealer boleh keluarkan resit rasmi Public Gold yang baru.

Reply

36 khairul September 20, 2014 at 11:21 am

Cik Zul,
Mohon tanya pendapat dan dorongan.Saya betul-betul berminat untuk menjadi dealer PG dan memulakan aktiviti jual beli emas dgn aktif untuk dijadikan 2nd income saya.

Sekarang ini memang dah betul2 revise jadi minimum pembelian RM30k ke untuk layak automatik? Saya baru merangkak simpanan ke arah angka RM10k++ dan nampaknya perlukan lebih usaha menyimpan dan mengumpul ‘modal’ awal tu. Apa yang boleh buat skrg hanyalah berlapang dada dan membuat ‘pelaburan’ ilmu dahulu. ;’)

Saya target sebelum tahun depan saya dapat kumpul at least 80% dari jumlah modal RM30k tersebut.Tolong doakan saya. :)

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie September 21, 2014 at 7:43 am

InsyaALlah En. Khairul. Saya doakan Allah berkati usaha En. Khairul. Kalau tak cukup modal, boleh kumpul order kawan-kawan jadikan satu order atas nama En. Khairul. Katakanlah En. Khairul ada RM10k, cari dua orang kawan yang nak beli dalam RM10k juga. Combine jadi 1 order. Sebagai insentif, En. Khairul boleh offer cash rebat atas belian dia yang kedua dan seterusnya.

Wallahu a’lam.

Reply

38 khairul September 21, 2014 at 1:25 pm

Alhamdulillah..terima kasih banyak2.saya rasa dah nampak sinar harapan sedikit melalui cara yg macam cik zul cakap tu.

Katakan saya dah lock order RM30k++ untuk melayakkan saya menjadi Normal Dealer.Kemudian apa langkah yang saya perlu buat seterusnya? Adakah macam biasa saya pergi collect di ofis PG dan waktu serahan item dan pengesahan saya akan dimaklumkan tentang status tersebut?

Boleh cik Zul terangkan bagaimana proses2 tu? Sebab utk mengelakkan saya melakukan kesilapan teknikal sewaktu membuat pembelian minima dealer itu.Maklumlaa bagi saya nilai 30k tu agak besar dan andaikata saya membuat kesilapan teknikal sewaktu membeli mungkin menyulitkan keadaan :)

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie September 21, 2014 at 2:39 pm

Sama-sama En. Khairul,

Bila buat belian RM30k automatik jadi dealer. Masa ambil emas di office Public Gold, kena isi borang daftar. Untuk pastikan tak berlaku kesilapan, En. Khairul wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide, insyaAllah.

Reply

40 maiazra September 25, 2014 at 1:14 pm

Assalamualaikum En Zul.
Bila dah jadi dealer dan nak jual emas by hand ,point no 3 yg En Zul cakap tu,sy tak berapa paham.Bila ada org beli dari kita,kita bagi emas dan sijil.tapi mcm mana nak keluarkan resit rasmi PG atas nama customer tu?
Satu lagi duit yang En Zul dapat dari jual emas PG by hand tu biasa En Zul simpan ker?

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie September 25, 2014 at 11:50 pm

Wslm Puan,

Dealer boleh keluarkan official receipt. Duit keuntungan dari jual emas tu terpulang nak buat apa. Saya prefer simpan supaya nampak hasil bisnes tu berkembang.

Reply

42 maiazra September 26, 2014 at 10:38 am

Maaf En Zul,saya tak faham.official receipt tu kita buat sendiri ke atau kena minta kat PG.mesti receipt mcm yg PG bagi kat kita masa kita beli dulu kan.
sorry sbb sy x dpt bayangkan bentuk receipt yg En Zul maksudkan.

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie September 26, 2014 at 8:40 pm

Dealer boleh beli buku resit rasmi di office Public Gold. Harga RM8 je. Bila jual stok sendiri, boleh tulis resit tu untuk bagi kepada customer.

Reply

44 maiazra September 29, 2014 at 2:31 pm

Oo.paham.terima kasih byk2.

Reply

45 rahimah October 11, 2014 at 11:11 pm

Seronok pual baca tentang emas ni. Insyaallah nak invest juga lepas ni dan perlukan guide sedikit sebanyak.

Reply

46 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2014 at 4:44 am

Alhamdulillah, insyaAllah Pn. Rahimah.

Reply

47 razi November 1, 2014 at 9:52 am

Assalamualaikum En.Zul, bila dah jadi dealer, adakah ada syarat yang memerlukan untuk kita kekalkan jumlah jualan, contohnya perlu buat jualan 30k setahun, kalau tidak akan terminate.

Reply

48 Mohd Zulkifli Shafie November 1, 2014 at 10:14 am

Wslm En. Razi,

Bila dah jadi dealer, syarat untuk kekal sebagai dealer, kena ada jualan (atau belian sendiri) minimum RM10k setiap tempoh 6 bulan (calender year). Maksudnya, kalau beli RM30k sekarang, En. Razi kekal sebagai dealer hingga 30 Jun 2015. Untuk layak sebagai dealer pada 1 Julai 2014, kena ada jualan (atau belian sendiri RM10k) dalam tempoh 1 Januari 2015 – 30 Jun 2015.

Untuk makluman En. Razi, sekarang ni ada promosi beli RM20k automatik jadi dealer.

Reply

49 Siti Hawa August 11, 2016 at 8:04 am

Assalam Tuan,

ingin kepastian atas syarat utk kekal sebagai dealer – kena ada min sales RM10k dlm setiap 6 bulan. Adakah ia masih menjadi syarat pada masa ini? Bila baca posting Tuan 10 Kelebihan Utama Emas Public Gold (http://www.mohdzulkifli.com/2014/03/10-kelebihan-utama-emas-public-gold.html) – point# 10, “Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold” – seolah mcm tiada syarat di atas. Mungkin ia catatan lebih awal dari posing yg ini?

Harap dpt pencerahan. Terima kasih.

Reply

50 Mohd Zulkifli Shafie August 11, 2016 at 11:48 am

Wslm Pn. Siti Hawa,

Saya sales RM10k masih ada, tetapi Public Gold belum pernah enforce lagi setakat ini.

Reply

51 razi November 1, 2014 at 8:41 pm

Terima kasih En.Zul atas pencerahan. Semoga Allah sentiasa merahmati En.Z sekeluarga.

Reply

52 Mohd Zulkifli Shafie November 2, 2014 at 12:27 am

Sama-sama En. Razi. Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En. Razi juga. Amiin ya Allah.

Reply

53 nazmi November 3, 2014 at 12:50 am

En. MohdZul, sy berminat nak jadi normal dealer, kira new lah ni. Boleh buat GAP ke?

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie November 3, 2014 at 7:23 am

Boleh En. Nazmi. Kalau perlu apa-apa pencerahan, boleh terus wassap saya 019-336 8009.

Reply

55 harrith November 8, 2014 at 9:49 pm

Terima kasih En MohdZulkifli. atas perkongsian emas.Ilmu yang sangat berguna. Bolehkah pelabur baru yang nk menceburi pelaburan emas ini menumpang segala kelebihan sewaktu membeli emas yg terdapat pada dealer?mohon pencerahan.

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2014 at 8:19 pm

Keisitmewaan ni hanya untuk dealer En. Harrith.

Reply

57 Nizam February 17, 2015 at 11:09 pm

Manfaat info ni

Reply

58 tomey March 21, 2015 at 3:00 am

Salam 1 Malaysia saudara,

Saya sangat tertarik dgn blog ini lbh2 lg ttg pelaburan emas. Nak tanya, lepas kita jadi dealer, kalau org yg labur èmas under kita pun dapat customer (dah jadi delear juga katakn), kita masih dapat komisyen ke daripada customer dia tu? Macam MLM punya stail?

Reply

59 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2015 at 4:55 am

Salam,

Alhamdulillah.

Public Gold cuma bayar setakat level ke-3 sahaja. Kita, dealer bawah kita, dan pembeli emas bawah dealer kita. Itu sahaja. Public Gold bukan MLM i.e. berdaftar bawah Akta Jualan Langsung.

Reply

60 Tomey March 23, 2015 at 2:46 pm

Terima kasih untuk pencerahan saudara.

Ada tak panduan membeli rumah dalam blog saudara ni?

Reply

61 Mohd Zulkifli Shafie April 2, 2015 at 4:32 am

Alhamdulillah,

En. Tomey boleh baca di link ni http://ariffshah.com/panduan-membeli-rumah-pertama-golongan-muda/ .

Reply

62 Fuziah bt Ahmad April 19, 2015 at 11:27 pm

saya membuat simpanan dalam GAP. sekiranya saya nak jadi dealer adakah saya perlu buat pembayaran utk jadi dealer menggunakan akaun GAP? atau saya berurusan dgn pejabat PG

Reply

63 Mohd Zulkifli Shafie April 21, 2015 at 11:02 pm

Salam Pn. Fuziah,

Buat pembayaran terus ke akaun Public Gold. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call) kalau perlukan penjelasan lanjut.

Reply

64 Azlin April 22, 2015 at 4:13 pm

Assalammualaikum En. Zul

Saya ucapkan berbanyak2 terima kasih di atas perkongsian yang tuan berikan di dalam blog tuan mengenai pelaburan emas.
Saya telah membeli emas dengan PG sebagai customer biasa tetapi tak banyak mana pun cuma saya bercita-cita ingin membuat pembelian setiap bulan. Dan saya ada terbaca ada offer untuk kakitangan kerajaan menjadi dealer cuma memerlukan 5k sahaja tapi saya masih memikirkan lagi perkara ini. Boleh En. Zul bagi pandangan. Terima kasih atas bantuan.

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2015 at 2:42 am

Wslm Pn. Azlin,

Alhamdulillah. Kalau ada bajet RM5k dan nak berniaga emas Public Gold, lebih baik grab peluang yang jarang-jarang ada tu. Sebagai dealer, banyak peluang menjana keuntungan berbanding penyimpan biasa.

Reply

66 Nieyqa August 16, 2015 at 2:35 pm

Salam en zul,sy suri rumah n suami pun kerja biasa2 jer.n bulanan dpt la rm350..suami bg as belanja utk diri sendiri n sy bajet nk beli emas dr public gold setiap bulan 0.5 or 1 gram..999.9 emas.nty cukup 5 tahun or terdesak perlukan duit.or jual di kedai emas.en zul rasa betul ker tindakan sy tu.

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 3:09 pm

Wslm. Ok juga tu Pn. Nieqa. Jadikan emas sebagai simpanan jangka panjang.

Reply

68 deena August 23, 2015 at 2:12 pm

Tuan,
Ada tak kontrak bertulis yg jelas menyatakan segala terma dan syarat antara Public Gold dan dealer, termasuk juga sedikit sebanyak berkenaan komisyen yg tuan nyatakan di atas?

Terima kasih.

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie August 23, 2015 at 2:32 pm

Salam Puan,

Public Gold ada publish di facebook rasmi Public Gold International. Kena cari balik posting tu.

Reply

70 deena August 23, 2015 at 3:38 pm

Terima kasih ats jwpn. Bukan apa, sy cuma ingin faham dahulu isi kandungan sesuatu kontrak, terma dan syarat yg ada sebelum membuat keputusan utk menyertai, sebab klu ikut garis panduan yg dikeluarkn oleh Jakim yg pernah sy baca, perlu ada kontrak bertulis yg jelas antara dealer/ahli dgn syarikat. Klu tuan dpt bagi link kontrak tersebut, itu lebih baik utk perkongsian bersama :)

Reply

71 Azman February 27, 2016 at 12:01 am

assalamualaikum tuan..

saya nampak tadi boleh jadi dealer kalu beli dlm akaun gap 100gram shj. saya berminat nak cuba. sebab kalu 30k saya belum mampu.

bule tak tuan bgtau apa risikonya jadi dealer? maksud sy risiko kerugian jika ada. apa yg saya nampak tak rugi apa2. sebab kita cuma beli emas dan dpt emas. keuntungannya dr segi komisyen

tapi minta tuan jelaskan jika ada kerugian dari mana2 sudut. hehe. nak tahu juga.

terima kasih

Reply

72 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2016 at 6:23 am

Wslm En. Azman,

1. Promosi 100 gram tu mungkin sampai 29 Februari 2016 je.

2. Setakat ni saya tak nampak apa-apa kerugian hanya semata-masa sebab jadi dealer sebab jadi dealer tu percuma je. Tak ada yuran hangus dikenakan. Beli emas dalam jumlah yang disyaratkan, automatik jadi dealer.

Reply

73 Azman March 15, 2016 at 2:15 am

assalamualaikum tuan..

terima kasih utk jawapan di atas. saya ada soalan lagi:

1. adakah goldbar 0.5 gram takde caj gold premium?

2. kenapa emas 0.5g/1g/5g/1.5 dinar/10 dirham tiada “PG BUY”? adakah pg tak terima semula item ini sekiranya saya nak jual kpd PG

3. saya perhatikan dinar 916 22k tiada dlm list jualan (step 1). tapi dekat homepage PG ada item tu. kenapa ye?

4. tentang komisyen dealer – kalu SETIAP KALI customer biasa (bukan status dealer) beli emas, adakah introducernya akan dpt komisyen? atau adakah introducer cuma dpt komisyen SEKALI sahaja iaitu ‘recruitment incentive’?

minta penerangan,
terima kasih tuan..

Reply

74 Mohd Zulkifli Shafie March 15, 2016 at 6:37 am

Wslm En. Azman,

1. Gold bar 0.5 gram buat masa ni dijual secara retail. Harganya sudah termasuk premium.

2. Ada, tapi kena login web. Login > Order > Place Sell Back.

3. Public Gold dah tak jual dinar 916 sebab dikenakan GST. Harga tu hanya untuk rujuk pembeli lama untuk jual balik emas tu.

4. Introducer dapat komisyen sampai mati.

Wslm.

Reply

75 Zahar March 11, 2016 at 3:37 pm

As Salam Saudara Zul,

Saya tertarik dengan cara saudara memberi penjelasan. Jujur, ikhlas dan tidak memihak. Yang A dikata A, yang B dikata B. Mudah difahami dan lengkap dengan opsyen-opsyen. Banyak persoalan terjawap dengan ada link yang berkaitan. Penjelasana tentang kebaikan dan keburukannya membuatkan saya faham risiko yang bakal saya hadapi. Pendekatan En Zul seiring dengan jiwa saya. Terima kasih, tahniah dan moga diberkati

Reply

76 Mohd Zulkifli Shafie March 12, 2016 at 5:59 am

Wslm En. Zahar,

MasyaAllah.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

77 lila March 24, 2016 at 10:45 am

Assalam En Zul,

Jika saya ada barang kemas (rosak dan tanpa resit) dan mahu menukar ke dalam bentuk GAP, boleh share cara-caranya? Terima kasih.

Reply

78 Mohd Zulkifli Shafie March 24, 2016 at 4:31 pm

Wslm.

Boleh Pn. Lila.

Terus bawa emas tu ke office Public Gold. Nanti staff akan test ketulenan dan berikan nilai dalam bentuk voucher. Dengan voucher tu, boleh guna untuk beli emas Public Gold.

Masa pembelian tu, boleh letak nama saya (atau mana-mana dealer yang puan percaya) sebagai introducer supaya senang saya bantu kalau puan perlukan apa-apa guidance nanti. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.

Reply

79 mohammad sufian May 14, 2016 at 11:18 pm

Tuan.
Saya ada duit epf sebanyak 80,000 yang boleh di keluarkan.
Saya juga ada pekerjaan yang dapat menampung perbelanjaan saya.
1. Apa cara paling baik untuk maksimumkan duit itu.
2. Kalau nak melabur dalam perak. patut beli bar 250gm ke 500gm ke 1kg atau beli syiling dirham dan yg lain.
Tk.

Reply

80 Mohd Zulkifli Shafie May 15, 2016 at 8:27 am

Salam En. Sufian,

1. Cara terbaik, labur dalam ilmu. Baca buku-buku kewangan dan pelaburan, hadir seminar berkaitan. Nanti En. Sufian tahu dimana nak letak duit tu.

2. Item yang lebih besar, lebih nipis spreadnya i.e. lebih cepat untung.

Reply

81 shahrul July 4, 2016 at 9:56 am

Salam En. Zul,

Soalan saya..jika kita sudah berstatus dealer adakah pembelian atau jualan kita di ar-rahnu POS juga mendapat rebet jualan@belian ?

mohon pencerahan..

terima kasih.

Reply

82 Mohd Zulkifli Shafie July 4, 2016 at 9:27 pm

Wslm En. Shahrul,

Buat masa ni tak dapat apa-apa. Tapi saya percaya, satu hari nanti semua urusniaga dengan Pos Ar-Rahnu, dealer akan dapat komisyen.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: