5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

by on October 26, 2013

Post image for 5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Ramai yang tanya saya cara nak untung besar dengan ar-rahnu. Tapi secara jujur saya katakan TAK ADA MAGIC dengan ar-rahnu. Ar-rahnu hanyalah pinjaman bercagarkan emas yang ‘interestnya’ sekitar 14% – 18% setahun! Ia sangat tinggi, rendah sikit berbanding kad kredit! Keuntungan dengan ar-rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan memanfaatkan pinjaman. Yang benar-benar kaya dengan pajakan emas ialah peniaga emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas untung nasibnya “untung secupak, rugi segantang”!

Kalau ada peniaga cakap “ar-rahnu adalah perniagaan”, sebenarnya keuntungan mereka ialah dengan menjual emas tu dengan jumlah yang lebih besar (sebab orang beli dengan duit pinjaman ar-rahnu), bukan dengan pajak tu sendiri. Pengalaman saya berkawan dengan otai-otai besar pelaburan emas, majoriti mereka tak main ar-rahnu. Mereka hanya memanfaatkan ar-rahnu untuk pusing modal bisnes jer. Bukan main “beli, pajak, beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi” sebab cara macam tu terbukti menjerat pelabur ke dalam belengu hutang!

Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu

Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik Manipulasi Ar-rahnu? “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” ialah teknik memanfaatkan pinjaman ar-rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman ar-rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”. Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan iaitu:

Untung #1 – Untung kenaikan harga emas dalam simpanan ar-rahnu yang masih lagi milik kita.

Untung #2 – Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu yang ada di tangan.

Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!

Pelaburan emas teknik ar-rahnu

Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu

Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang saya maksudkan ialah:

Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item.

Kos #2 – Kos “upah simpan” di ar-rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.

Untung Secupak, Rugi Segantang?

kos teknik manipulasi ar-rahnuKiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang susut nilainya 6% dan kos “upah simpan” 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.

Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas. Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10% (15.00% – 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah  harga emas cuma naik 8%, maka kita rugi 4.90% (8.00% – 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun 5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!

potensi keuntungan teknik manipulasi ar-rahnu

Ok sekarang, nampak tak potensi untung berbanding rugi? Sebab tu saya panggil ini teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau untung, untungnya sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak! Jadi sebelum nak buat teknik ni, fikir dulu masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh menggangu tidur, baik simpan jer emas tu.

jana keuntungan dengan ar-rahnu

5 Tips Manipulasi Ar-Rahnu Cara Selamat

Kalau nak buat teknik ni, ini tips penting untuk kurangkan risiko kerugian:

Tips #1 – Pajak emas hanya bila berlaku penurunan mendadak, at least sekitar 10% – 15%. Biasanya bila harga turun mendadak, harga akan naik balik dalam tempoh tak begitu lama.

Tips #2 – Asingkan sebahagian duit pinjaman untuk kos “upah simpan” selama 6 bulan. Kalau harga emas tak naik, mungkin anda boleh guna duit tu untuk bayar “upah simpan” dan mencuba lagi nasib dengan sambung tempoh pajakan.

Tips #3 – Pajak dalam jumlah berpada-pada. Kalau anda ada 200 gram emas, pajak emas tu jangan lebih 100 gram. Katakanlah harga turun 5% yang menyebabkan anda kerugian 17.90%, anda masih ada ‘modal’ lain untuk tebus emas tu dari ar-rahnu.

Tips #4 – Beli item emas yang “susut nilai”nya paling rendah. Lagi rendah susut nilainya, untungnya lebih cepat, dan lebih banyak. Emas yang susut nilai lebih rendah biasanya berbentuk “jongkong” atau “syiling dinar”, bukan “barang kemas”.

Tips #5 – Berniaga emas! Bila anda berniaga emas, biasanya anda boleh jimat kos “susut nilai” sebab emas tu anda boleh jual kepada pembeli baru pada harga “PG Sell”. Jual emas tanpa susut nilai.

Keuntungan Emas Selepas 2012

Untuk pengetahuan anda, teknik ini memang “dijamin untung” sebelum tahun 2012 sebab harga emas naik secara konsisten. Pendek kata, kalau beli hari ni, 6 bulan akan datang confirm boleh jual sebab harga dah melepasi susut nilai. Tapi sejak 2012, kenaikan harga emas tak begitu konsisten. Dan itulah sebabnya pemajak tegar ramai yang kecundang.

Analisis Harga Emas Public Gold

Sejak 2012, orang paling gembira ialah pengumpul-pengumpul emas macam saya, bukan spekulator. Lagi harga turun, lagi saya senyum sebab matlamat saya nak tambah kepingan emas dari semasa ke semasa sebab saya percaya, akhir sekali orang yang paling kaya ialah mereka yang memiliki banyak “real asset” seperti emas, perak, tanah dan hartanah. “Real Asset” nilainya akan sentiasa naik dalam jangka panjang. Orang yang simpan duit kertas, kekayaannya confirm susut setiap tahun dimakan inflasi. Itu belum lagi kira duit tu bocor dibelanjakan.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
26 Oktober 2013
21 Zulhijjah 1434

(Kredit foto : mursyidi)

{ 93 comments… read them below or add one }

1 nashar October 26, 2013 at 12:03 pm

Dpt bonus atau brim ni blh beli 1 dinar tn zul

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 26, 2013 at 11:03 pm

Bagus tu En. Nashar.

Reply

3 Nasran October 27, 2013 at 6:03 pm

Thanks atas perkongsian..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie October 27, 2013 at 6:32 pm

Tq kerana berziarah En. Nasran. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

5 norisa October 28, 2013 at 1:30 pm

Salam,
Untuk org mcm saya memang tak sesuai.. saya perlukan tidur yg nenyak dan tak mau pening kepala..jadi simpan untuk long- term. Bila sampai masanya barulah tuai, insyaaAllah

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2013 at 2:37 pm

Wslm Pn. Norisa,

Sama jugalah dengan saya… :)

Beli, simpan, beli, simpan, beli, simpan. Itu profile seorang ‘penyimpan’.

Reply

7 Puan Nurul Hidayu October 29, 2013 at 3:46 pm

assalam…mohon pendapat tuan….

untuk emas berjumlah Rm2420 yang merupakan 70% daripada jumlah pinjaman di ar rahnu dengan upah simpan sebanyak RM199.00…adakah berbaloi untuk dijual pada harga emas sekarang…emas jenis 916…

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie October 29, 2013 at 11:19 pm

Wslm Pn. Nurul Hidayu,

Berapa harga puan beli emas tu dulu? Apa jenis emas yang puan beli? Samada berbaloi atau tak kena bandingkan harga dulu dengan harga sekarang.

Reply

9 Zaki November 1, 2013 at 3:54 pm

Selalu juga beli emas tapi beli melalui maybank2u…

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie November 1, 2013 at 9:49 pm

Ok En. Zaki. Kalau akaun pelaburan emas, setakat ni cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi jer yang disahkan patuh syariah.

Reply

11 Mohd Azizi November 2, 2013 at 9:18 am

Alhamdulillah …terima masih di atas perkongsian ilmu ini..sy lebih suka simpan emas..ar rahnu lebih sesuai pada mereka yg nk rolling bisnes..beli emas,pajak,guna duit wat bisnes, untung bisnes tebus balik emas..untung bisnes dapat, emas pun dpt..

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie November 2, 2013 at 9:24 am

Alhamdulillah. Puji-pujianb bagi Allah.

Betul tu En. Azizi. Pinjaman ar-rahnu sangat ideal yang orang berniaga.

Reply

13 nazirul mubin November 4, 2013 at 4:07 pm

Pajak emas, pasuew buat main saham, untung saham tebus balik emas, sbb skrg kalau nak kumpul emas memang sesuai, harga tngh turun, dan skrg ekonomi tengah bagus so main saham kalau tahu cara mesti untung, insyallah.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie November 4, 2013 at 5:22 pm

Kalau tahu manfaatkan pinjaman tu untuk jana keuntungan, itulah yang terbaik.

Reply

15 Sarah November 9, 2013 at 6:37 am

As-salam En. Zul,
Apakah cara terbaik utk saya melangsaikan hutang kad kredit tanpa menjejaskan simpanan ASB? Dalam masa yg sama, saya juga memiliki simpanan emas yg agak banyak. Manakah lebih baik, samada perlu menggadai emas tersebut, membuat personal loan atau ada cara lain yg lebih baik?

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2013 at 11:40 pm

Wslm Pn Sarah,

Mungkin elok juga puan jual sebahagian simpanan emas untuk langsaikan hutang kad kredit. Tak berbaloi simpan emas dalam masa sama terhutang kad kredit. Pajak kosnya murah sikit berbanding kad kredit. Bagi saya tak berbaloi. Persolan loan boleh dipertimbangkan kalau puan tak ada simpanan lain.

Wallahu a’lam.

Reply

17 Cikgu Hairul November 10, 2013 at 10:15 pm

Memang dah lama saya beli buku Membongkar Rahsia Al Rahnu tu. Cuma masih belum mula langkah pertama pergi ke alrahnu. Sebabnya melalui kira-kira, macam ada sedikit kerugian. Tapi bila dah dapat penerangan dalam blog ni, saya rasa perlu lebih banyak belajar lagi sebelum ke alrahnu. Nanti mengharapkan untung, gadaian pulak tergadai.

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie November 11, 2013 at 3:12 am

Betul tu Cikgu Hairul. Kena buat kira-kira dengan telili sebelum pajak di ar-rahnu.

Reply

19 fakhry December 8, 2013 at 11:34 am

Salam tuan,

Saya nak tanya pendapat tuan ttg tindakan saya ini, saya ada emas dinar 45 dinar, hasil dari gadaian dinar tersebut saya dpt kira2 RM26K, duit tersebut saya gunakan untuk membeli shop apartment bernilai 120K dgn disewakan RM450 sebulan, selebihnya beli emas dinar lagi iaitu 5dinar, 2 dinar, dan 1 dinar masing2 sekeping.Adakah wajar dilakukan?

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie December 8, 2013 at 1:34 pm

Wslm En Fakhry,

Boleh buat macam tu syaratnya En. Fakhry tahu mana sumber nak bayar balik pinjaman ar-rahnu tu sebelum tamat tempoh 6 – 12 bulan pajakan.

Reply

21 fakhry December 8, 2013 at 10:49 pm

Salam Tuan,

Minta maaf la tuan, byk tanya pulak saya ni, moga perkongsian tuan mendpt manfaat kpd pembaca yg lain jgk, ttg sumber tu, sy ada terfikir utk refinance balik rumah tu bg menebus setakat mana dinar yg termampu, adakah itu di kira satu tindakan yg bijak?

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie December 8, 2013 at 11:59 pm

Wslm En. Fakhry,

It’s ok. Refinance rumah tu satu idea yang baik, tapi En. Fakhry kena make sure samada proses refinance masih boleh dibuat lepas BNM perketatkan syarat pinjaman mulai Oktober lepas. Apa yang saya dengar, sekarang ni dah tak boleh refinance rumah. Samada betul atau tak, itu saya tak pasti. Kena tanya orang bank sendiri.

Wallahu a’lam.

Reply

23 Anita Abdullah January 4, 2014 at 11:34 am

Assalamualaikum en. Zul,

Sy telah membuat 5 pajakan ar-rahnu dgn nilai 15k dan insyallah dalam masa terdekat akan tebusnya setelah bertahun2..sy berfikir setelah ditebus nak di jual semula dari pada disimpan..apa pandangan en.zul?

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2014 at 5:50 am

Wslm Pn. Anita,

Memang rugi tinggalkan emas dalam ar-rahnu. Lebi baik tebus secepat mungkin. Kalau nak pakai duit, jual emas-emas tu.

Reply

25 wati January 19, 2014 at 7:35 pm

jika kita tak mampu bayar upah simpan,boleh ke ar rahnu bank rakyat memanjangkan tempoh bayaran?

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie January 19, 2014 at 9:21 pm

Tak boleh Pn. Wati. Kalau tak mampu bayar bila tamat tempoh, ar-rahnu akan lelong emas tu.

Reply

27 aina January 19, 2014 at 7:46 pm

pajakan ar rahnu 65g, jumlah pinjaman 8100…apakah nasihat tuan, kalau saya tebus macam mana nak buat keuntungan dgn emas tersebut?

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie January 19, 2014 at 9:22 pm

Keuntungan emas pada asasnya beli harga rendah, jual harga tinggi. Itu jer Pn. Aina.

Reply

29 Mustafa January 30, 2014 at 5:31 pm

Salam…dalam proses nak tebus emas di arrahnu, adakah kadar susut nilai emas juga diambil kira & dimasukkan dlm nilai marhun yg kita pinjam? T kasih.

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie January 30, 2014 at 6:05 pm

Wslm En. Mustafa,

Bila tebus, kita cuma kena bayar pinjaman pokok dan upah simpan sahaja. Tak ada caj lain dah. Susut nilai pun tak dikira. Dalam artikel ni, saya masukkan sekali susut nilai sebab lepas tebus, emas tu perlu dijual untuk dapatkan keuntungan / kerugian sebenar.

Wallahu a’lam.

Reply

31 anie k.c.k February 18, 2014 at 11:07 pm

Saya nak join…blh ker bermula dgn 1 dinar jer…emas saya byk tapi semua kat pajak..blh ker saya tebus dan msk program nie…

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie February 19, 2014 at 12:06 am

Program apa yang Pn. Anie maksudkan tu?

Reply

33 mr along February 23, 2014 at 4:58 am

assalamualaikum tuan. perkongsian yg baik.:)

minda org skg asal main emas,mesti main arrahnu.hihi.arrahnu bagi sy yg menjalankn pniagaan emas perak hanya satu jln terakhir utk ‘lock’ brg. sy telah menyaksikan pengguna skill beli pajak beli pajak beli pajak dan tiba2 hrga emas jatuh drastik menyebabkn sy la antara org yg di telefon utk menebus keluar brg kemas tersebut.tp itu pun hanya jika brg tersebut dpt ditebus dgn harga yg sy inginkn.jika x,sy hanya mampu biarkn..:)

meniaga emas kena ada market.bila ada market sdri,ukur balik berapa cepat anda lepaskn brg tersebut dan restok.semakin laju anda jual dlm volume yg besar dan restock cepat,di situ nmpk keuntungan.

jazakallah.
http://www.facebook.com/groups/emaskayumanis

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie February 26, 2014 at 8:50 am

Wslm Mr Along,

Terima kasih atas perkongsian. Memang betul, saya pun jadikan ar-rahnu sebagai jalan terakhir. :)

Reply

35 anie k.c.k February 24, 2014 at 12:48 am

Sy nak buat simpanan emas dgn mengunakan emas saya blh ker…

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2014 at 2:54 am

Boleh puan. Kalau untuk simpanan jangka panjang, emas tu yang terbaik.

Reply

37 cik iza April 12, 2014 at 4:49 pm

Salam tuan..
Saya mempunyai seutas gelang emas campuran emas putih seberat 9gram..boleh bagi keterangan sikit tak untuk saya pajakan di ar rahnu buat masa kini untuk kegunaan menglangsaikan hutang..

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie April 12, 2014 at 5:50 pm

Wslm Cik Iza,

Kalau nak langsaikan hutang, saya perfer jual jer sebab pajakan ar-rahnu pun adalah hutang.

Reply

39 cq akak June 5, 2014 at 3:42 pm

boleh ke beli emas kat ar-rahnu,lagi murah ke….

Reply

40 Mohd Zulkifli Shafie June 5, 2014 at 11:08 pm

Ar-rahnu tak jual emas. Kalau jual pun emas lelong yang pemajak tak boleh tebus. Harga dia kena cek juga sebab tak semestinya ia murah. Terutamanya kalau pemajak emas tu masa harga tinggi.

Reply

41 kumar July 17, 2014 at 7:40 pm

tuan,
Di mana nak beli emas dinar?

Reply

42 Mohd Zulkifli Shafie July 17, 2014 at 10:42 pm

En. Kumar boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya guide cara paling mudah untuk En. Kumar. InsyaAllah.

Reply

43 saiful August 25, 2014 at 4:27 pm

assalamualaikum saudara Mohd Zulkifli.

boleh saudara terangkan lebih lanjut ?? pasal manipulasi harga..

saya agak kurang jelas… pasal

bila harga emas naik – kita tambah profit
bila harga emas susut – kita tambah quantity emas

contohnya.. let say kalau saya ada pamp 100gram , then saya pergi arahnu… macam mana cara untuk memanipulasikannya saudara?? boleh terangkan lebih lanjut ?? terima kasih ~

wasalam

Reply

44 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2014 at 5:24 pm

Wslm En Saiful,

Secara ringkasnya, bila harga emas jatuh banyak, pajak gold 100 gram tu. Duit pinjaman ar-rahnu tu guna untuk beli emas yang susut nilai paling rendah. Bila harga emas naik, jual balik emas yang dibeli dengan duit ar-rahnu tu.

Reply

45 Haizan September 9, 2014 at 4:09 pm

Salam tuan.. saya pun berminat nak tukarkan duit simpanan kepada simpanan emas tapi masih ragu2 kerana selama ni saya kurang jelas tentang konsep simpanan/pelaburan emas yg sebenar. terima kasih atas perkongsian ilmu tuan. apa yg diterangkan dalam blog ini sgt mudah utk difahami.

Reply

46 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2014 at 5:50 pm

Wslm Pn. Haizan,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

47 Derman s. September 14, 2014 at 10:19 pm

assalamualaikum saudara Mohd Zulkifli.

boleh saudara terangkan lebih lanjut ?? pasal manipulasi harga..

saya agak kurang jelas… pasal

bila harga emas naik – kita tambah profit
boleh dapat untung…

Reply

48 Mohd Zulkifli Shafie September 15, 2014 at 7:09 am

Wslm En. Derman,

1. Asasnya, kita untung bila beli harga rendah, jual harga tinggi. Bila harga emas turun, itu peluang untuk kita beli emas pada harga murah.

2. Kalau dah tak ada tunai, antara caranya dapatkan pinjaman daripada ar-rahnu dengan mencagarkan emas yang sedia ada. Bila harga emas naik, maksudnya kita ada 2 batch emas iaitu; (1) emas dibeli dengan duit simpanan (2) emas dibeli dengan duit pinjaman.

3. Bila harga naik, kita mungkin untung lebih sebab pemilikan emas kita dah bertambah, contohnya dari 100 gram dibeli dengan duit simpanan, bertambah lagi 60 gram dibeli dengan duit ar-rahnu. Syaratnya, harga emas dah naik melepasi 2 kos belian kedua iaitu (1) susut nilai emas, (2) kos upah simpan ar-rahnu.

Wallahu a’lam.

Reply

49 saha September 20, 2014 at 9:38 pm

Sy berminat..tp sy tk tahu care…sy bace pn sepatah haram sy x paham..hu

Reply

50 Mohd Zulkifli Shafie September 21, 2014 at 7:47 am

Tuan boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide bahagian mana yang perlukan penjelasan.

Reply

51 razali October 7, 2014 at 8:58 am

salam tuan..
saya ingin bertanya mengenai program pelaburan emas seperti kb (khazanah bangsa), depb, dll…bagaimana mereka menggandakn keuntungan melalui ar-rahnu: contoh yang saya dapat melalui FB:

Contoh minima 10g
10g: pamp
Bulan 1 rm 250
Bulan 2 rm 250
Bulan 3 rm 250
Bulan 4 rm250
Bulan 5 rm 250
Bulan 6 rm 250+ 10g/modal
Kalo 30g haaa kali la sndiri..

Reply

52 Mohd Zulkifli Shafie October 7, 2014 at 1:38 pm

Wslm En. Razali,

Ar-rahnu tu bukan cara ganda keuntungan. Ar-rahnu tu adalah pinjaman yang cajnya mahal. Saya tak fikir mereka boleh bagi keuntungan sebab main ar-rahnu. Saya syak mereka pusing duit pelabur baru untuk bayar pelabur lama. Saya ada ulas isu ni dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html .

Wallahu a’lam.

Reply

53 ismail October 8, 2014 at 4:01 am

assalamualaikum..
saya amat tertarik dgn blog tuan..moga Allah berikan rahmat kepada tuan atas sgala bantuan yg tuan telah berikan…
saya cume nk bertanya.sekarang ni org tgh sibuk membeli emas yg berupa tempah dulu yg mana kite boleh mendapatkan harga emas lebih murah berbanding pasaran semasa jika berbuat demikian atau dikenali sbgai ETA..adakah itu benar?
dan saya kurang faham kalo nk jual emas tu..bukan ke dia akan kire skali nilai susutnye? ade ke jenis emas yg xde susut nilai?

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie October 8, 2014 at 6:08 pm

Wslm En. Ismail,

1. Terima kasih berziarah ke blog ni. Alhamdulillah, mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

2. Kaedah macam tu biasanya dibuat oleh penganjur skim (cepat kaya bertopeng emas). Kaedah begitu sangat berisiko sebab duit dan emas dipengang oleh pembeli dalam tempoh ETA tersebut. Dah saya dengar terlalu banyak kes penipuan yang melibatkan duit jutaan ringgit. Buat belian begitu samada dapat untung besar (kalau bernasib baik), atau terus lingkup. Saya ada ulas isu ni dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html .

Wallahu a’lam.

Reply

55 Nhnee October 20, 2014 at 1:55 pm

Salam,di ar rahnu boleh ke kita jual emas,klau dikedai emas susut 18% klau jual di ar rahnu berapa nilai susutnya

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2014 at 2:17 pm

Wslm puan,

Ar-rahnu tak beli emas. Ar-rahnu cuma bagi pinjaman bercagarkan emas jer puan.

Reply

57 SAHROM AHMAD October 21, 2014 at 11:22 am

Tuan,
Saya orang baru yang nak fikirkan pelaburan emas mencari sedikit keuntungan. Katalah saya ada RM100,000 macamana nak mula ni. tkasih.

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2014 at 12:00 pm

Salam En. Sahrom,

Kalau dengan bajet tu, saya syorkan beli gold bar 250 gram x 3 keping. Itu item paling untung sebab susut nilai paling rendah. Cuma 4.5% jer. Kebetulan harga emas pun antara yang terendah (tahun 2014) sekarang ni. Beli dan simpan. Bila harga naik, boleh jual kesemuanya.

Reply

59 SAHROM AHMAD October 21, 2014 at 12:19 pm

EN. Zul,
Mana terbaik boleh beli gold bar tu.

Reply

60 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2014 at 1:57 pm

En Sahrom contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya akan guide cara yang terbaik sesuai dengan En Sahrom, insyaAllah.

Reply

61 SAHROM AHMAD October 21, 2014 at 2:40 pm

insyaallah. Tkasih.

Reply

62 nadzmi October 29, 2014 at 10:50 pm

en zul,

saya agak kurang faham tentang susut nilai 2.5% utk pembelian 3 keping gold bar 250 gm @ 100K tu…bole en zul tolong huraikan

terima kasih

Reply

63 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2014 at 6:53 am

Salam En. Nadzmi,

Maaf, saya baru perasan. Saya tersilap tulis. Susut nilai gold bar 250 gram tu 4.5%, bukan 2.5%.

Reply

64 suhaila November 15, 2014 at 8:57 pm

Salam Tuan,
Saya berminat dlm pelaburan emas ni..tapi sy tak berapa faham macam mana nak dapatkan keuntungan dari hasil pajakan. So apakah yg terbaik untuk sy, samada beli emas dan simpan or beli dan pajak.
Tq

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie November 15, 2014 at 9:47 pm

Wslm Pn. Suhaila,

Untung sebenar bukan pada pajakan, tapi pada kenaikan harga emas. Pajakan tu cuma cara untuk dapatkan modal untuk beli emas bila harga murah dan jual bila harga naik.

Reply

66 yazmin November 19, 2014 at 3:19 pm

Aslmkm Tuan,
Saya ade dalam 100g barang kemas. Saya nak cube untuk menggandakan emas bagi mendapatkan duit lebih. Macam mana cara yg bagus tuan. Saya ingin masuk program ETA tp takut dgn risiko kehilangan. Minta tunjuk ajar tuan. Terima kasih

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2014 at 6:01 pm

Wslm Pn. Yazmin,

Cara gandakan emas tu, kena berniaga. Tak kisah berniaga apa sekalipun. Saya tak syorkan join mana-mana skim emas. Saya dengar ramai yang dah lingkup. Bukan setakat untung, modal pun ramai yang dah hilang.

Reply

68 aisyah yap December 18, 2014 at 12:15 pm

Cara mcm mn ye nak jual beli emas jadi ah li arrahnu …..

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie December 18, 2014 at 1:54 pm

Saya kurang jelas persoalan puan. Puan boleh wassap saya terus 019-336 8009. Nanti saya guide, insyaAllah.

Reply

70 amirul hakim January 2, 2015 at 5:51 am

Assalamualaikum Tuan

Nak Tanya mengenai harga emas pada tahun ini…adakah naik atau turun..Dan sesuaikah saya sebagai seorang student join dalam pelaburan ini…

Terima Kasih

Reply

71 Mohd Zulkifli Shafie January 2, 2015 at 5:55 am

Wslm En. Amirul,

Saya tak tahu dan tak siapa tahu samada harga emas akan naik atau turun. Yang pasti ialah harga emas sekarang di paras rendah berbanding harga emas tahun 2014. En. Amirul boleh semak graf sejarah harga emas di http://goldprice.org/gold-price-history.html . Bagi saya, paras sekarang bagus untuk membeli. Kalau jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang, tak ada masalah.

Bagi student lelaki, boleh simpan emas terutamanya coin dinar dari sekarang. Nanti boleh dijadikan maskahwin bila lepas habis belajar nanti. InsyaAllah.

Reply

72 mohd ikmal February 8, 2015 at 1:29 pm

assalamualaikum.. encik zul saye student, baru berusia 20 tahun. saye ade join ahli dalam satu syarikat emas..konsep mereka seperti MLM..namun saya tiada kenalan yang bermain emas..jadi tidak tahu cara untuk mencari underline(pengikut) ..jadi saye ingin meminta pendapat bagaimana nak mengandakan emas dengan modal yang kecil ? atau lebih elok jika saya buat tabungan emas..sekarang ni saye baru hendak mengamalkan membeli emas 1 gram setiap 1 bulan..

Reply

73 Mohd Zulkifli Shafie February 8, 2015 at 2:10 pm

Wslm En. Ikmal,

Emas jadikan sebagai simpanan. Untuk jana pendapatan, kena berniaga. Tak kisah berniaga apa asalkan halal. Untung dari perniagaan jauh lebih besar dari pelaburan.

Reply

74 aleeza February 25, 2015 at 2:38 pm

Assalamualaikum, bagaimana nak settlekan diantara upah simpan dan duit pinjaman dr gadaian. Gaji saya rm2 ribu sebulan. Harga upah simpan rm300 sebulan dan duit pinjaman rm 23 ribu. Mohon pandangan tuan… terima kasih.

Reply

75 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2015 at 2:41 pm

Wslm Pn. Aleeza. Apa puan buat dengan duit pinjaman ar-rahnu? Duit pinjaman sepatutnya digunakan untuk rolling perkara yang menguntungkan.

Reply

76 Hafiszi Othman March 2, 2015 at 9:17 am

Terbaik akhi! Komprehensif.

Reply

77 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2015 at 9:36 am

Alhamdulillah.

Reply

78 Pn. Nurul March 4, 2015 at 2:48 pm

Assalamualaikum.
Saya ingin mula menyimpan 1g emas goldbar setiap bulan sebagai simpanan dan pelaburan mase depan. Di mana tempat sesuai dan terbaik untuk saya dapatkan gold bar ini? Terima kasih.

Reply

79 Mohd Zulkifli Shafie March 4, 2015 at 3:01 pm

Wslm Pn. Nurul,

Dengan dengan bajet tu, paling baik beli melalui kaedah GAP yang ditawarkan oleh Public Gold. Puan boleh baca penerangan lanjut dalam artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html . Kalau ada apa-apa persoalan lanjut, Pn. Nurul boleh wassap saya 019-336 800. InsyaAllah saya boleh guide.

Reply

80 Ahmad Nasaruddin Bin Jajari April 14, 2015 at 11:02 am

Saya ingin memulakan pelaburan menyimpan emas fisikal, terutamanya dinar emas. Sebagai permulaan, saya mungkin hanya mampu membeli 2 unit 10 dinar emas ( 24k ). Bagaimana saya harus memulakannya? Adakah sekarang merupakan masa yang sesuai untuk beli emas? Pada jangkaan saya emas akan turun dalam masa terdekat ini, sebelum ianya naik semula!

Reply

81 Mohd Zulkifli Shafie April 14, 2015 at 11:11 am

Salam. En. Nasaruddin boleh mula dengan bajet kecil dahulu. Nanti tambah simpanan emas dari semasa ke semasa seiring dengan bertambahnya ilmu. Untuk pembelian, En. Nasaruddin boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya guide cara yang sesuai dengan En Nasaruddin, insyaAllah.

Reply

82 Ahmad Nasaruddin Bin Jajari April 15, 2015 at 2:41 pm

Salam En. Zulkifli! Terima kasih atas nasihat tuan. Saya mungkin tak tahu pasal emas. Tapi, dlm hidup saya, saya pernah pajak emas hanya dgn harga RM22.00 se gram. Lihatlah berapa harganya sekarang?? Duit sebanyak lebih kurang RM13,000.00 kalau disimpan dlm ASB mungkin akan menjana sebanyak RM1105. Banyak juga yg dapat dibelanjakan. Terlalu banyak wang yang telah saya bazirkan di dalam hidup saya. I want to put ‘A STOP’ to this. By investing in gold I ‘d play safe in the long term run! Let us see what gold can do for me!! Bagi saya…,life is vise versa!!

Reply

83 Mohd Zulkifli Shafie April 15, 2015 at 3:43 pm

Wslm En. Nasaruddin,

MasyaAllah. Rendah tu harga dulu.

Alhamdulillah..

Reply

84 ain aziz October 16, 2015 at 12:39 pm

Salam En. Zul. Baru2 ini saya ada terbaca di fb mengenai pajak emas di ar rahnu (6bulan) dan kemudian duit yang diberi pinjam tu digunakan untuk byr duit kereta (6bulan). manakala duit monthly yang kita guna untuk byr kereta tu kita guna untuk byr di arrahnu. Ok ke cara mcm tu?

Reply

85 Mohd Zulkifli Shafie October 16, 2015 at 3:41 pm

Wslm Pn Ain,

Ikut pada pengiraan yang saya buat, kaedah tu merugikan.

Reply

86 liea October 21, 2015 at 6:58 pm

salam,

Org selalu ckp pelaburan yg menguntungkan adalah di dalam hartanah & emas, sy pun masuk dunia kerja ibarat baru menanam jagung. Jadi kesimpulannya pilihan lebih kepada emas.

nak tanya sy berminat untuk beli emas, ingat nak guna konsep 1 bulan 1 gram emas, hasil carian sy, sy tengok ada Public Gold, Yapeim, & etc yg menawarkan produk gold bar.

leh maklumkan pada sy pilihan pengeluar mane yg bagus.

(bagus disini bermaksud, mudah utk sy membeli produk itu, mudah untuk dijual dimana2 kedai pajak tanpa banyak halangan, mudah digadaikan dimana2 tanpa banyak halangan, senang cite mudah diterima dimana2, sebab ada juga sy terbaca kekangan yg dihadapi pembeli dalam menjual, menggadaikan barangan).

leh tak email sy, takut sy terlepas baca komen disini. sekian terima kasih..

Reply

87 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2015 at 7:53 pm

Wslm Cik Liea,

Berdasarkan pemerhatian saya, emas paling mudah beli dan paling mudah jual di Malaysia, emas keluaran Public Gold. Cik Liea boleh baca beberapa point penting kenapa saya syorkan Public Gold di http://www.bit.ly/kelebihanemaspg .

Reply

88 awang December 24, 2015 at 11:52 pm

assalam tn,pertama..terima kasih atas semua maklumat yg tn berikan, sngt bermanfaat..pertanyaan sya, andaikan sy ada modal 200k dan ingin berniaga cara jual-beli emas dan jd dealer PG, perlukah sy beli sekali 200k tu dlm 1 resit atau memadai setakat harga melayakkan sy jd dealer sja..30k, slps dh jd dealer baru habiskn 200k tu..mohon pencerahan.Terima kasih.

Reply

89 Mohd Zulkifli Shafie December 25, 2015 at 7:18 am

Wslm En. Awang,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Saya syorkan mula dengan RM30k dulu. Sekarang (sebelum 1 Januari 2016), Public Gold buat promosi beli RM30k melalui akaun emas GAP (refer http://www.bit.ly/beliemasgap) automatik jadi Priority Dealer (level komisyen 1.5%).

Tanpa promosi ni, kena beli RM200k baru layak jadi Priority Dealer.

Apa-apa En. Awang boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

Reply

90 fahana May 22, 2016 at 1:34 am

salam..saya nak tnya.apa kaedah terbaik untuk settlekan loan kereta yg ada lg dlm 4 tahun dgn komitmen bulanan rm580..sy ada sedikit simpanan emas jgk..

Reply

91 Mohd Zulkifli Shafie May 22, 2016 at 8:31 am

Wslm puan,

Kaedahnya hanya bayar sahaja. Dan semua hutang tetap perlu dibayar dengan duit dan harta sendiri juga. Untuk cari duit tu, jual harta yang ada, kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pendapatan. Tak ada jalan pintas.

Reply

92 hana August 27, 2016 at 4:13 pm

Kalau de barang kemas tetapi cuma nak simpan kt ar rahnu boleh x?

Reply

93 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2016 at 6:11 am

Rugi puan. Caj ar-rahn mahal. Lebih baik sewa safe deposit box.

Reply

Leave a Comment

{ 6 trackbacks }

Previous post:

Next post: