“Hafiz kerja jaga tiket bola, lepas habis kerja, baru boleh tengok bola”
“Oo… Jaga tiket… Kenapa tak jadi pengutip bola (tepi padang)?” saya balas.
“Oh, kalau kutip bola lagi bagus. Dapat tengok pemain dekat sikit!” jelas Hafiz.
Minat sungguh adik bongsu saya dengan bola. Perlawanan Malaysia vs Barcelona hari tu, dia mohon jadi volunteer perlawanan. Tak dibayar, tapi dapat tiket free. Walaupun hari tu hari raya ke-3, dia sanggup ambil flight ke KL (dari Kota Bharu) semata-mata nak tengok bola Malaysia lawan kelab terkemuka dunia i.e. Barcelona.
‘Memburu’ Kelab Terkemuka Dunia
Memang tak akan sama, orang jadi volunteer dengan sekadar penonton di stadium. Memang tak sama antara penonton stadium dengan penonton depan TV. Memang jauh berbeza penonton depan TV dengan mereka yang cuma baca ulasan keputusan bola sepak di akhbar jer. Dan itulah bezanya antara orang biasa dan orang berjaaya.
Orang nak berjaya, mesti cari orang berjaya. Mana boleh duduk depan TV tiap-tiap hari tapi berangan nak berjaya. Kena keluar rumah, cari orang berjaya. Bukan sekadar baca buku orang berjaya, tapi hadir seminar dan cari peluang untuk duduk minum-minum dengan orang berjaya.
Sehari sebelum raya Aidilfitri hari tu, Public Gold keluarkan senarai Top Dealer 2012/2013. Alhamdulillah, saya tersenarai orang yang ke-6 daripada 12 nama. 2 tahun lepas, saya tak pernah terfikir boleh duduk sebaris dengan otai-otai pelaburan emas Malaysia seperti En. Syukor, Tuan Hj. Pokli dan Tuan Faizan Pelabur Jutawan. Memang tak pernah terfikir.
‘Memburu’ Tokey Besar Emas Public Gold
Masa tu, saya minat sangat dengan pelaburan emas. Ada seminar, saya join. Ada sekali tu, saya tengok Pokli (tokey emas) announce di facebook, siapa ada kelapangan boleh datang minum-minum dengan beliau di Pasir Tumboh (Kota Bharu). Masa tu, majoriti yang turun adalah Master Dealer di bawah Pokli. Saya cuma dealer yang newbie dan bukan dari rangkaian Pokli pun.
Walaupun tengah sibuk, saya ruangkan juga masa untuk jumpa Pokli & the geng walaupun Pokli tak kenalpun siapa saya. Mereka minum-minum pukul 9.30 malam lagi, tapi saya sampai dalam pukul 11.00 mlm lepas selesai satu urusan bisnes. Kami sembang-sembang sampai kul 12.30 malam. Saya nak tahu apa rahsia untuk layak sebagai Master Dealer. Macam mana mereka urus bisnes sebab bisnes Public Gold sangat baru untuk saya. Dan masa tu saya masih 50-50 samada nak buat bisnes ni atau sekadar silent buyer jer.
Banyak Bertanya, Buka Telinga
Antara soalan yang saya ajukan pada malam tu;
- “Macam mana nak buat untung dengan emas Public Gold?”
- “Macam mana nak berjaya dengan Public Gold?”
- “Macam mana nak qualify Master Dealer cara pantas?”
Alhamdulillah, dua tahun kemudian, baru saya layak untuk duduk makan semeja dengan otai-otai Public Gold. Newbie yang tak dikenali tiba-tiba dijemput Public Gold untuk majlis makan malam semeja dengan otai. Rasa segan bercampur rendah diri. Dan bila ada peluang macam ni, misi utama saya ialah korek rahsia kejayaan mereka. Banyak bertanya dan buka telinga. Bukan kita yang banyak bercerita! (“,)
Wallahu a’lam.
Top Dealer Public Gold 2012 yang dijemput ke Majlis Makan Malam Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, 17 Julai 2012. First time saya berpeluang jumpa otai-otai Public Gold. Banyak ilmu yang saya dapat malam tu.
Zulkifli
Damansara Damai
19 Oktober 2013
14 Zulhijjah 1434
(Kredit foto : fcbarcelona)
salam, mabruk tuan .. sy ni yg dh lame acknowledge dgn public gold pun still xjd dealer lg huhu.. tuhla selagi xmelgkah setapak, mmg susah kte nk achieve success tu..
Wslm En. Zulhilmi,
Betul tu. Kena mulakan dulu dengan langkah pertama. 🙂
Assalam, tuan. Sya ber asal dri Brunei & seorg newbie dlm pelaburan emas. Website tuan ada lah salah satu ws yg slalu sya ikuti. Ia nya byk mberikn sya ilmu yg berguna, smoga ianya akn dpt memberikan kebaikkan & faedah utk diri sya & smua yg berminat. Smoga Allah meberikan keberkatan & kerahmatanya kpd kta smua. Sbgai newbie sya jga mpunyai soalan yg sama mcm yg tuan persoalkan.
“Macam mana nak buat untung dengan emas Public Gold?”
“Macam mana nak berjaya dengan Public Gold?”
“Macam mana nak qualify Master Dealer cara pantas?”
Sya mohon bimbingan & tunjuk ajar drpd Tuan. Terimakasih.
Wslm En. Nor Ali,
Terima kasih berziarah ke blog ini. Moga ianya bermanfaat, insyaALlah. Saya tak dapat jelaskan 3 persoalan ni dalam ruang komen yang agak terhad ni. Soalan ringkas, tapi ia perlukan penjelasan yang panjang. Cuma untuk persoalan pertama, En. Nor Ali boleh rujuk artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/04/6-kelebihan-bisnes-jual-beli-emas.html. Untuk persoalan ke-2 dan ke-3, perlu personal coaching. Persoalan ni sesuai untuk mereka yang dah jadi dealer Public Gold.
Wallahu a’lam.
Terima kasih tuan Zul sebab terbitkan artikel ini, semoga saya boleh ikut jejak Tuan Zul..walaupun saya baru terlibat menjadi dealer public Gold kira 3 bulan lepas..tapi saya bersemangat dan sangat yakin saya kini berada pada landasan yang betul..semoga saya boleh duduk semeja dengan tuan Zul dan otai PG yang lain..
InsyaAllah En. Bent Daniel. Saya doakan Tuhan berikan kejayaan dan keberkatan kepada tuan. Amiin..
Saya baru jadi dealer secara tak sengaja sebab minat kumpul2. Tapi alang2 dah dealer biar betul2 dealer. Tapi disebabkan saya nie terbeli derek dgn PG tak der lah sifu2nya. Masa pergi dengar talk yang ada kat cawangan PG saya sorang jer yang hadir. penceramah yg semestinya MD terkenal pun macam down jer, sebab tu dengan saya sekali pun down dah sekarang
Alhamdulillah, tahniah En. Abdullah sebab jadi dealer Public Gold. Untuk terbang tinggi, kena berkawan dengan helang. InsyaAllah satu hari nanti kita pun akan terbang tinggi bersama helang-helang yang lain, insyaAllah.
[…] belajar subjek yang bakal saya ambik bila buka semester nanti! Itulah short-cut untuk berjaya. Nak berjaya, carilah orang berjaya. Mesti kita pun akan berjaya macam […]