MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bagaimana Emas Bantu Capai Target Kewangan Lebih Cepat?

June 25, 2026

Ramai orang ingat, simpan emas sebab nak untung bila harga naik. 

Bila harga naik, jual dan ambil untung... Persoalannya, lepas dapat untung tu nak buat apa? 

Kalau tarah (belanjakan habis) untung tu, sia-sia sajalah simpan emas selama ni. Simpan, dapat untung, lepas belajakan habis! Apa lagi yang tinggal pada kita?

Balik pada KOSONG!...

Sebab tu bagi saya, "untung" tu bukanlah matlamat sebenar. Matlamat sebenar; nak selesaikan masalah kewangan dan capai target kewangan kita lebih cepat.

Asbab menabung emas, kita nak, akhirnya kita kaya. 

More...

Petanda makin kaya  

Antara petandanya;

1. Selesai masalah kerja bertahun-tahun tapi tak ada TABUNGAN

Kalau kerja bertahun-tahun, gaji makin lama makin besar, tapi tabungan tak ada, kerjalah lagi 30 tahun pun tetap tak akan kaya.

Gaji makin besar sekalipun, tahap kewangan masih lagi di tahap "kais sebulan makan sebulan.  

Kalau tak mengais, tak ada lah makan...

Bila menabung emas, masalah tu selesai. Tabungan makin lama makin bertambah. Malah dapat capai target simpanan kecemasan 12 bulan gaji lebih cepat, dan capai #1keluarga1kiloemas 

Bila tabungan bertambah, barulah kita bertambah kaya. 

2. Selesai masalah HUTANG

Dulu makin lama kerja, makin banyak hutang. Bila hutang makin bertambah, maksudnya makin lama makin banyak beban. Makin miskin... 

Tapi bila menabung emas, hutang makin lama makin berkurangan. Malah capai target bebas hutang miskin hanya dalam masa 3-5 tahun saja. 

Bila beban hutang makin berkurangan, barulah makin lama makin kaya. 

3. Capai TARGET KEWANGAN jangka panjang lebih cepat

Kita ada banyak keperluan kewangan masa depan.

Selama ni, simpan asyik bocor. Malah hutang pulak yang bertambah.

Tapi bila menabung emas, tanpa sedar, mudah saja capai target kewangan jangka panjang. Antarnya;

  • dana perkahwinan,
  • dana haji,
  • deposit beli rumah, 
  • dana pendidikan anak-anak, dan kemuncaknya,
  • cukup HARTA sebagai dana persaraan dan capai #FinancialFreedom.

Emas bukanlah segalanya... Emas cuma 1 daripada banyak alat kewangan.

Bila menabung emas, kita nak akhirnya kita semakin kaya. Bukan leka dengan naik turun harga emas.

3 faktor emas jadi booster 

Berdasarkan pemerhatian saya, simpanan emas dapat bantu selesai masalah kewangan dan capai target kewangan lebih cepat disebabkan 3 perkara;

  1. Simpanan tak lagi bocor. Sebaliknya makin cepat bertambah. 
  2. Simpanan kalis inflasi dan kalis kemerosotan nilai ringgit disebabkan ketidaktentuan ekonomi/ politik. Dulu simpan duit tak pernah cukup, sebab harga barang makin makan mahal, nilai duit ringgit pulak makin lama makin merosot. Tak terkejar... Bila simpan emas, simpanan kita kalis daripada masalah semua tu. 
  3. Kenaikan harga emas melebihi 10% (untuk beberapa tahun) yang jadi booster capai target kewangan lebih cepat. Walaupun kenaikan harga emas secara puratanya sekitar 10%, tapi ada tahun melonjak sampai 20% dan 50% (awal tahun 2026).

Setiap kali harga emas naik mendadak, banyak yang ambil peluang jual emas sebab dah capai target tabungan, dan ada yang gunakan untuk tutup hutang. 

Insya-Allah, mulai bulan Julai 2026 nanti, pihak #PGG100Network akan bawakan kisah-kisah inspirasi mereka yang berjaya ubah kewangan mereka melalui simpanan emas.

Ikuti #G100TalkShow, setiap Rabu jam 9.00 malam di Facebook Public Gold By G100 Network.

Mudah-mudahan kisah mereka jadi inspirasi untuk lebih ramai keluarga bina kekayaan melalui disiplin menabung emas. InsyaAllah....

Zulkifli
Cyberjaya
25 Jun 2026
9 Muharram 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}