Menabung emas sepatutnya menjadikan kita semakin kaya.
Tapi tanpa ilmu, emas itu sendiri tak membuatkan kita bertambah kaya.
Saya agak terkilan kalau penyimpan emas Public Gold yang berdaftar direct di bawah dealership saya (PG002369), yang dah mulakan tabungan bertahun-tahun sebelum ni, tapi masih lagi tak kaya-kaya.
Masih sibuk dengan “harga emas tinggi rendah”.
Sibuk dengan harga tinggi rendah, sedangkan kepingan (atau gram) emas dia tak bertambah dari dulu sampai sekarang.
Bukan tentang harga, tapi jumlah gram
Kekayaan kita tak bertambah hanya dengan kenaikan harga emas. Kekayaan bertambah bila kepingan emas kita bertambah dari tahun ke tahun.
Tentang harga tak perlu bimbang. Harga emas confirm akan naik beberapa tahun akan datang.
Yang pernah menabung emas beberapa tahun sebelum ni, mereka tentunya faham; mustahil harga emas akan turun serendah 5 - 10 tahun lalu.
Begitulah juga dengan harga emas masa depan.
Harga emas yang kita anggap mahal hari ni pasti akan dianggap murah beberapa tahun akan datang.
Harga emas confirm akan naik. Persoalannya, adakah kepingan emas kita makin bertambah dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun?
Itu persolan paling penting.
3 petanda semakin kaya
Kepingan emas bertambah, itu cuma permulaan. Sepatutnya bermula dengan kepingan emas bertambah, kekayaan kita juga bertambah.
Ini 3 petanda penting kita bertambah kaya hasil menabung emas (dengan ilmu);
- TABUNGAN sudah cukup 6 - 12 bulan gaji,
- HUTANG langsai satu per satu, dan
- HARTA (yang menjana pendapatan pasif) makin bertambah dari tahun ke tahun.
Akhir sekali, mencapai financial freedom - tak kerja pun ada duit. InsyaAllah.
- Settle Loan Rumah Hasil Tabungan Emas. Ini Kisah En Azlan
- Berjaya Bina Rumah Sewa Secara Tunai. Ini Kisah En Bashir
- Cikgu Lenney Berjaya Majukan Kebun Sawit Hasil Simpan Emas
- Hasil Menabung Emas, Pensyarah Ini Bebas Hutang Kad Kredit!
- Pn Nurizaty berjaya kumpul duit deposit beli rumah banglo hasil 'paksa' diri menabung emas - FB Nurizaty (2020)
- Teacher Ashinida berjaya settlekan personal loan hasil menabung emas selama 3 tahun - FB Ashinida (2022)
- Bermula dengan menabung emas, akhirnya En Azlan berjaya dapat rumah percuma! - FB Azlan (2023)
- Tabungan cepat bertambah, berjaya rawat penyakit boros, hutang settle satu per satu!
Siapa yang serius nak kaya dengan emas, ini saranan saya:
7 checklist kaya dengan emas 2025
Checklist ni nampak simple, tapi berikan kesan besar dari sudut psikologi - membuatkan kita bertambah kaya;
- Gunakan Mobile Apps Public Gold
- Join Support Group Whatsapp
- Semak “Customer Handbook” dan Tutorial
- Khatamkan Buku Wang Emas + Misi Bebas Hutang
- Menabung melalui GAP Auto-Debit
- Join Private Webinar “Membina Satu Juta Pertama”
- Join Training Dealer (PLT) atau Kempen Sebar Manfaat Emas
1 - Gunakan Mobile Apps Public Gold
Mobile apps memudahkan transaksi, dan membuatkan kita sentiasa ingat nak menabung emas setiap kali buka phone - psikologi positif.
Walaupun website pun boleh guna, tapi agak renyah berbanding mobile apps.
Bila renyah, kita jadi malas nak menabung emas - psikologi negatif.
Install mobile apps sekarang.
- Android - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold
- iPhone - https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964
- Huawei - https://appgallery.huawei.com/app/C104917075
2 - Join Support Group Whatsapp
Supaya penyimpan emas tak terlepas info-info terkini tentang emas dan Public Gold, saya sediakan group wasap eksklusif.
Dalam group tu, saya selalu update info-info terkini tentang emas dan PG. Kalau ada info terkini, ahli group wasap adalah orang terawal dapat info tersebut.
Dalam tu, akan ada team dan penyimpan emas senior yang akan bantu jawab segala persoalan dengan cepat. InsyaAllah.
Kalau nak join group tu, sila wasap saya.
(Khusus untuk penyimpan emas berdaftar di bawah dealership saya sahaja - PG002360 Mohd Zulkifli Shafie. Yang bukan di bawah saya, contact introducer masing-masing)
3 - Semak “Customer Handbook” dan Tutorial
Bila bisnes berkembang, Public Gold akan buat perubahan dari sudut SOP sesuai dengan perkembangan semasa.
Saya dan team sediakan “e-manual (pdf)” yang kami namakan “Customer Handbook” sebagai rujukan utama penyimpan emas Public Gold di bawah kami.
Nak tahu SOP terkini, tak perlu susah tanya orang lain sana sini. Rujuk sahaja handbook tersebut yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
Bagi customer Public Gold direct di bawah dealership saya, contact saya untuk dapatkan Customer Handbook tersebut.
SOP terkini bertransaksi dengan Public Gold, sila rujuk tutorial yang saya sediakan di website saya link :
4 - Khatamkan Buku Wang Emas + Misi Bebas Hutang
Rahsia menjadi kaya sebenarnya saya dah bongkarkan dalam buku kombo ni; buku “Wang Emas”, dan buku “Misi Bebas Hutang”.
Ini buku yang mudah difahami, menggunakan bahasa santai, tapi dah terbukti mengubah kewangan banyak orang.
Harganya mampu milik.
Bagi setiap penyimpan emas berdaftar di bawah dealership saya, saya bagi “money-back guarantee”.
Kalau lepas baca buku ni, tapi ianya tak bermanfaat dan tak berbaloi dibeli, pulangkan kepada saya (dalam kondisi asal yang masih boleh dijual), saya jamin pulangkan duit 100% tanpa soal!
Saya tak jual buku ni. Boleh beli di mana kedai buku online atau offline (MPH, Popular, Kinokuniya atau SMO).
5 - Menabung Melalui GAP Auto-Debit
Siapa nak menabung secara auto dan konsisten setiap bulan, cara terbaik menabunglah melalui GAP Auto-Debit.
Tetapkan bajet, sebagai contohnya RM200 setiap bulan sebagai tabungan minimum. Nanti duit kita akan terus dipotongdari akaun bank setiap bulan ikut tarikh yang kita tetapkan (ikut jadual).
Setakat pengalaman saya 14 tahun (sejak 2010) mendidik masyarat menabung emas, saya dapati inilah cara terbaik nak pastikan kita menabung emas dengan KONSISTEN; auto-menabung dan auto-kaya setiap bulan tanpa perlu buat decision.
Apa sahaja perkara betul kena dijadikan rutin tanpa perlu buat decision lagi.
Apa yang lebih menarik, berpeluang menang cabutan bertuah emas setiap bulan bagi siapa yang menabung minimum RM200 setiap bulan melalui GAP Auto-Debit ni.
Grand prize - gold bar 10 gram setiap bulan!
Nak menabung melalui GAP Auto-Debit, ikut tutorial di link ni :
6 - Private Webinar “Membina Satu Juta Pertama”
Kemuncak membina kekayaan ialah capai financial freedom - tak kerja pun ada duit.
Bermula dengan tabungan emas pertama, diketahui langkah seterusnya untuk bina harta bernilai RM1 juta pertama dan mencapai financial freedom - tak kerja pun ada duit!
Dan kenalpasti, apakah sekarang anda sedang bergerak ke arah kekayaan ataupun ke arah kemiskinan!
Khusus untuk penyimpan emas di bawah G100 dan 5G Associates, belajar step-by-step dari barisan speakers yang dah proven berjaya capai financial freedom.
Dapatkan tiket dan akses PERCUMA daripada Support Group Whatsapp penyimpan emas ya.
Sebahagian klip video seminar, boleh dapati dari Tiktok saya :
7 - Join Training Dealer (PLT) atau Kempen Sebar Manfaat Emas
Sambil menabung emas, sambil jana pendapatan.
Kalau tabungan emas telahpun menjadikan kewangan anda lebih baik, pertimbangkan sebar manfaat emas dengan jadi dealer Public Gold.
Anda berpeluang jana pendapatan pasif sambil menabung emas.
G100 (dan 5G Associates di bawah mentorship saya) sediakan program latihan dan bimbingan bagi siapa serius nak dapat pendapatan pasif RM5,000 sebulan dalam masa 24 bulan.
Syaratnya, rutinkan join training sebulan sekali (sehari), dan seminggu sekali (2 jam) secara ONLINE.
- Training sebulan sekali - PLT (Sabtu pertama setiap bulan, 8.30 pagi - 6.00 petang)
- Training seminggu sekali - WBM dan WGC (setiap Ahad, 8.30 - 10.30 malam)
Tanpa konsisten join training, kita tak akan mampu membimbing penyimpan emas di bawah kita dengan penuh tanggungjawab.
Kalau ada 1000 customer, nanti akan ada 1000 masalah nak kena selesaikan.
Refer penyimpan emas, dapat saguhati
Bagi yang rasa join training satu cabaran yang besar, saya tak sarankan jadi dealer - supaya tak menyusahkan orang lain (samada customer, staff PG, atau team).
Join sahaja “Kempen Sebar Manfaat Emas”.
Kalau ada kenalan nak mulakan tabungan emas, refer sahaja kepada saya (atau introducer masing-masing). Biar saya bantu mereka dan settlekan masalah transaksi mereka.
Setiap penyimpan emas baru (dewasa) yang berjaya mulakan tabungan emas pertama, saya berikan saguhati RM10, dan RM100 bagi penyimpan emas ke-10 (dan setiap gandaan 10).
Maklumat lanjut pasal kempen ini, sila baca :
Ambil langkah sekarang. Mudah-mudahan 7 checklist ni akan bantu setiap penyimpan emas Public Gold bertambah kaya tahun 2025 nanti. InsyaAllah.