MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bukti Hidup Bisnes Public Gold Boleh Diwarisi Dengan Mudah

January 2, 2024

Kalau saya mati, apa jadi dengan bisnes yang saya dah bina bersama Public Gold?"

"You punya bisnes akan diwarisi oleh isteri dan anak-anak you", jawab Dato Wira Louis Ng dengan penuh yakin dan tegas.

Perbualan sekitar tahun 2012 ketika Master Dealer Forum di PG HQ Penang. Itulah yang menjadi point kenapa saya fokus bina masa depan bersama #PublicGold.

More...

Demi isteri dan anak-anak

Ia bukan sahaja untuk saya ketika hidup, tapi apa yang lebih penting ialah masa depan isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain (seorang suri rumah sepenuh masa) dan anak-anak sepeninggalan saya satu hari nanti.

Banyak bisnes yang janji boleh diwarisi. Cuma saya belum jumpa bisnes yang boleh diwarisi semudah bisnes PG.

Ketika Tuan Muda Abdur Rahman Al-Amin Ismail meninggal dunia, sebulan setelah itu ibunya terus mewarisi income dari bisnes beliau tanpa syarat itu dan ini.

Trip #PGLSHokkaido ini terus digantikan dengan ibu beliau. Bahkan tahun depan 2024 kami akan ikuti #PGLSSwitzerland, ibunya sudah layak untuk ikuti trip tersebut walaupun Tuan Muda Rahman sudah tiada!

Macam mana bisnes boleh terus berjalan dan menghasilkan passive income berterusan walaupun pemilik sudah meninggal dunia?

Kita mati, bisnes diwarisi

Jawapannya sudah ada. Bukan teori, tapi sudah terbukti.

Kami sudah ada banyak success story dan ia bukan lagi rahsia bagi siapa yang ikuti program-program latihan yang kami #PGG100Network sediakan.

Buat bisnes dapat duit banyak itu penting. Tapi yang lebih penting apa jadi kepada bisnes disaat kita tak mampu lagi menjalankan bisnes?!

Itulah setiap pemilik bisnes perlu fikir dan bersedia sebelum tibanya hari mendung dan hujan...

Zulkifli
Cyberjaya
2 Januari 2024
20 Jamadil Akhir 1445H

#FinancialFreedom #TestimoniDealerPublicGold

Beliau bersara sebelum bekerja. Menjadi murid saya sejak usianya 19 tahun. Meninggal dunia pada usia 25 tahun. Seorang hafiz Quran. Legasi bisnes yang beliau tinggalkan kepada ibunya ibarat mewarisi passive income 10 buah sewa.

Menziarahi pusara beliau, Abdur Rahman Ismail di Jitra, Kedah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>