Bulan baru, tahun baru... Letakkan azam untuk pastikan setiap tahun bertambah kaya. Bukan sekadar gaji meningkat, tapi yang lebih penting jumlah tabungan dan harta makin bertambah.
Kalau gaji meningkat tapi jumlah simpanan (dan harta) masih tak ke mana-mana, kita sebenarnya sedang berlari di tempat yang sama.
Kerja bertahun-tahun, tapi tak kaya-kaya...
More...
Menabung cara berkesan
Kalau dah cuba macam-macam teknik menabung, tapi jumlah simpanan tak ke mana-mana juga, ubahlah caranya pulak.
Mulakan dengan azam tahun ni untuk menabung emas sekurang-kurangnya #1gram1bulan sebagai simpanan paksa dan lupa (forgotten saving).
Jadikan sebagai rutin menabung sekurang-kurangnya satu gram setiap bulan.
Setiap kali dapat gaji atau hasil bisnes, tutup mata dan beli emas melalui Akaun Emas GAP. Itu cara paling mudah dan paling murah untuk menabung emas di Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.
Bahkan kalau nak lebih KONSISTEN menabung, set target untuk menabung secara GAP Auto Debit . Auto-potong duit dari akaun bank dan terus masuk ke #AkaunEmasGAP.
Tip auto-menabung emas
Saya sarankan set minimum RM200 supaya sambil menabung, sambil berpeluang menang luck draw emas setiap bulan! Auto-kaya setiap bulan. InsyaAllah.
Saya sangat yakin, nanti sedar-sedar hujung tahun mesti akan ada LEBIH 12 gram emas dalam simpanan (insyaAllah).
Betul, bukan cukup-cukup 12 gram, tapi LEBIH...
Sebab apa yang saya perhatikan, majoriti yang gunakan teknik ni akhirnya dia ada berpuluh-puluh gram emas dalam akaun hanya dalam tempoh 12 bulan!
Cubalah buat carian #testimonipenyimpanemas, dan baca pengalaman-pengalaman mereka yang dah berjaya sebelum ni.
Ingat... Beli emas duit tak habis. Sebaliknya, tak beli emas duit habis!...
Tak beli emas, duit habis
Beli emas (yang betul) maskudnya simpan duit, bukan habiskan duit. Emas pun duit juga, tetapi dalam bentuk yang lebih kukuh nilainya.
Jadi bila ada sahaja duit yang agak-agak tak pakai dalam 2 tahun, jangan fikir lama-lama, tapi tukarkan terus kepada emas!
Kalau biarkan lama-lama, nanti sedar-sedar duit tu habis!
Kewangan kita hari ni hasil apa yang kita buat 5 - 10 tahun yang lalu. Kewangan kita lagi 5 - 10 tahun akan datang ditentukan oleh apa yang kita buat hari ni.
Sempena tahun baru, mulakan azam baru. Mulakan dengan #1gram1bulan. Kemuncaknya, letakkan matlamat cukupkan #1kilogram1keluarga. InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
1 Januari 2024
19 Jamadil Akhir 1445H
- Tahun baru, azam baru menabung emas! - FB (2023)