Tak semua orang perlu simpan emas. Bahkan ada juga kes, saya tak sarankan seseorang tu simpan emas. Letak duit dia dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik.
Tapi berdasarkan pengalaman saya sejak 2010, saya perhatikan ada 3 golongan yang dapat manfaat besar daripada simpanan emas. Iaitu golongan yang;
More...
1. Tak boleh menabung
Kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan. Walaupun gaji makin lama makin naik, tapi simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada.
Bila menabung, duit tabungan dia selalu bocor. Dah guna macam-macam teknik menabung, tapi bila nampak duit (makin banyak), akhirnya bocor juga!
Untuk golongan ni, penyelesaian terbaik ialah menabung melalui Akaun Emas GAP. Menabung secara automatik. Nanti sedar-sedar, tabungan emas dia makin banyak.
Bila ada emas banyak, maksudnya duit banyak. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja emas pada bila-bila masa.
2. Dapat menabung dengan baik, tapi hanya dalam ASB dan Tabung Haji
Mereka tak sedar tabungan mereka dicuri oleh inflasi dan kejatuhan ringgit. Walaupun nombor makin bertambah, tapi hakikatnya nilai makin berkurangan.
Dividen yang dapat tak seberapa berbanding kadar inflasi dan kejatuhan ringgit.
Mereka tertipu dengan nombor!
Solusinya, tukarkan duit simpanan jangka panjang (untuk simpanan 2 tahun ke atas) kepada emas. Tinggalkan duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji dan yang nak digunakan dalam masa terdekat sahaja dalam ASB atau Tabung Haji tu.
Bak kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali, "Dulu pilih ubi, sekarang pilih beras. Dulu pilih ASB, sekarang pilih emas!".
3. Kaya raya, tapi tak ada tabungan emas
Orang kaya, tapi tak simpan emas, ibarat kapal Titanic yang tak ada life boat. Kalau ada pun, life boat tak cukup.
Kapal besar macam mana pun, tetap ada risiko karam. Kapal sebesar mana pun, tetap kena ada life boat.
Tanpa emas, kekayaan kita berisiko tenggelam bila-bila masa.
Risiko bangkrup tu mungkin susah, tapi kalau nama terpalit dengan isu AMLA (Akta Gubahan Wang Haram), habis harta kita boleh dibekukan walaupun kita tak bersalah!
Pengalaman harta saya dibekukan ketika musibah 2 tahun dipenjarakan boleh dijadikan iktibar buat orang kaya-kaya yang lain.
- Baca artikel : Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan
Sedikan payung ketika langit masih cerah
Walaupun kita orang yang baik-baik, kena ingat yang langit tak selalu cerah.
Ketika semua masih baik, bersiap sedialah dengan payung sebelum hujan. Bersiap sedialah dengan life boat sebelum kapal nak tenggelam.
- Baca coretan FB : Kapal mewah Star Cruise pun perlukan life boat!
Bagi yang dah kaya raya, tukarkan sebahagian kekayaan kepada bentuk emas. Pakar kewangan Azizi Ali sarankan 10% ditukarkan kepada bentuk emas.
Saya sarankan, sekurang-kurangnya 1 kilogram untuk satu keluarga sebagai 'life boat' dan 'insuran kekayaan' keluarga kita.
Kalau apa-apa terjadi, sekurang-kurangnya emas tu sedikit sebanyak dapat bantu kita untuk bertahan. InsyaAllah.
Memang kita sentiasa mendoakan yang terbaik. Tapi kita kena sentiasa bersedia perkara yang terburuk!
Allahu 'alm.
Zulkifli
Cyberjaya
19 September 2023
4 Rabiul Awwal 1445H
Coretan FB berkaitan:
- Cara bantu 3 kategori penyimpan emas sebagai panduan dealer Public Gold - FB Private Group