Sebelum adakan tabungan lain, adakan dulu simpanan sekurang-kurangnya berjumlah 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan. Itulah simpanan pertama setiap kita wajib cukupkan menurut guru-guru kewangan.
Dana tu tak boleh disentuh, melainkan untuk tujuan kecemasan sahaja. Dan jangan sesekali melabur (dalam apa-apa pelaburan sekalipun) sebelum cukup tabungan untuk kecemasan.
Duit simpanan kecemasan berjumlah 3 (tiga) bulan pendapatan sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank. Kalau ada hal kecemasan, mudah kita keluarkan bila-bila masa. Saya lebih suka simpan dalam Tabung Haji sebab agak susah nak keluarkan.
Kalau disimpan dalam akaun bank biasa, risiko duit tu BOCOR sangat tinggi. Simpan, korek, simpan, korek, akhirnya duit tu habis...
Jadi bagi siapa yang tabungan kecemasan dia asyik bocor jer, saya boleh cadangkan simpan dalam bentuk emas. Pengalaman kebanyakan penyimpan emas, emas itu sendiri berikan KESAN EMOSI kepada mereka.
Emas Magnet Kekayaan
Bila duit dah tukar jadi emas, kita dah tak fikir nak belanja. Sebaliknya, bila dah beli emas, kita rasa nak kumpul lagi dan lagi. Bila nak pakai duit, rasa sayang la pulak nak jual emas.
Pendek kata, emas tu kita tak akan dijual kalau setakat nak tukar langsir baru atau nak tukar sport rim. Jual hanya bila ada hal-hal yang mustahak dan menguntungkan sahaja.
Itulah sebab emas dikatakan sebagai MAGNET KEKAYAAN. Bukan sebab harganya melambung-lambung, tetapi ia melekat kuat pada kita sehingga Allah s.w.t memberi ancaman dengan azab yang pedih bagi sesiapa yang tak mengeluarkan zakat emas (Surah At-Taubah, ayat 34). Sebab perangai manusia, memang sayang nak keluarkan emas yang disimpan. Ia fitrah.
“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (Surah At-Taubah : Ayat 34)
Simpanan Kecemasan Saya
Sebagai orang bisnes (yang tak ada gaji tetap), saya secara peribadi wajibkan diri simpan dana kecemasan minimum 12 bulan pendapatan. Ia jumlah yang agak selesa bagi orang berniaga seperti saya. Tiga (3) bulan pendapatan saya simpan dalam bentuk tunai di bank (i.e. Tabung Haji), dan lagi sembilan (9) bulan pendapatan dalam bentuk emas.
Bagi saya, emas pun sesuai dijadikan salah satu bentuk simpanan kecemasan. Sebab ada emas maksudnya ada duit (tunai). Kalau nak pakai duit, kita boleh jual atau pajak emas tu untuk dapat tunai segera. Tak perlu bimbang bila-bila nak pakai duit.
Kekal Nombor atau Kuasa Beli?
Sebelum berlaku kejatuhan ringgit tahun 2015, saya simpan enam (6) bulan pendapatan dalam Tabung Haji, dan enam (6) bulan pendapatan lagi dalam bentuk emas.
Tetapi risau dengan trend ringgit yang makin merosot dari bulan ke bulan pada ketika tu, saya kurangkan simpanan tunai dan tukarkannya kepada emas. Tiga (3) bulan dalam Tabung Haji dan sembilan (9) bulan lagi dalam bentuk emas.
Sebenarnya emas dan duit kertas masing-masing ada pro dan kontranya.
Duit yang disimpan di bank selamat pada nombornya, tetapi ia ada risiko hilang kuasa belinya samada disebabkan inflasi atau kejatuhan ringgit. Sebaliknya pula, emas selamat pada nilai dan kuasa belinya walaupun harganya ada naik turun dalam jangka pendek.
Buktinya, tahun 2015 ringgit jatuh sekitar 30% iaitu dalam kata lain, kuasa beli duit ringgit jatuh 30% yang memberi kesan kepada kenaikan besar harga barang dalam negara! Maksudnya, kalau dapat dividen 5% – 8% pun, ia sebenarnya tak berbaloi.
Tetapi berbeza dengan simpanan emas. Emas selamat dari masalah itu bahkan harganya makin meningkat bila ringgit makin menurun.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
21 Jun 2016
15 Ramadhan 1437H
- Emas sebagai simpanan kecemasan? - FB muamalat.my
“Dah usaha menabung, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena korek tabungan, itu namanya takdir. Tapi kalau tak usaha menabung dan tak belajar ilmu kewangan, tiba-tiba ada hal emergency sampai kena hutang sana sini, itu bukan salah takdir. Tapi salah tadbir.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 19 Mac 2024
“Hari ni kita ada gaji, belum tentu esok kita pun akan ada gaji. Ketika masih ada gaji ni, beringat-ingatlah dan bersedialah untuk hari tiada gaji. Berapa besar pun gaji kita hari ni, pastikan menabung untuk masa depan kita yang belum pasti. Bersedia.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 13 Oktober 2023
I follow sifu
Alhamdulillah..
Betul !
En Zul, sekarang ni saya ada beberapa keping emas public gold yang dibeli dari kawan sekerja. Tapi semenjak saya bertukar tempat kerja, saya stop beli emas sebab takut nak beli pada orang lain. Saya ingin meneruskan hasrat saya untuk menyimpan 1g sebulan, tapi tak tahu dengan siapa saya harus beli, hmm. Perlu ke saya buka akaun public gold?
Pn. Ani boleh contact saya 019-336 8009 (wassap / sms / call). Nanti saya guide cara yang sesuai dengan puan, insyaAllah.
Saya sudah usahakan 6 bulan dana kecemasan. Sekarang ini nak target ke 12 bulan pula.
MasyaAllah. Alhamdulillah. Tahniah En Azrin Ros.
Kalau gaji 5k, simpan di TH 15k. Selebihnya buka akaun GAP ya? Kalau nak jual balik GAP macam mana ya?
Betul puan.
Boleh jual melalui website. Login web > My GAP > Buy Back .
Kalau beli emas banyak2 ni nak simpan kat mana ya en. zul.
Boleh sewa safe deposit box (bank atau swasta). Atau baca tips yang saya tulis dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html .
Assalamualaikum en zul, sya sblm ni mnjdi silent reader jerr.. Blog ni sgt bgus dan sya sring merujuk brkenaan kewangan dan emas yg disarankan oleh en zul. Persoalan sya ialah bgaimana kita hndk membuat simpanan 3 bulan tu?? Ad tips x?
Wslm En. Mizi,
Potongan duit gaji setiap bulan. Kalau potong 10%, 30 bulan akan cukup 3 bulan pendapatan. Kalau nak lagi cepat, kurangkan perbelanjaan yang bukan keperluan untuk top up simpanan, atau cari jalan tingkatkan pendapatan.
Assalam En Zul,
Bagaimana tuan mengira yang 9 bulan pendapatan di tukar kpd emas ya? Cth: pendapatan RM5k/sebulan, simpan RM45k bersamaan 9bulan pendapatan, kemudian dibahagi nilai RM45k tu kepada harga 1g emas, untuk dapatkan nilai gram emasnya ke atau bagaimana? Saya ingin tahu matlamat untuk menyimpan 9bulan pendapatan tu adakah target dalam gram atau RM. Terima kasih tuan
Wslm Pn. Intan,
RM45k tu bahagi dengan harga per gram emas semasa. Harga emas memang sentiasa berubah-ubah, tapi ia hanyalah anggaran kasas sahaja.