MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bayar Yuran Kebodohan, Fokus Masa Depan

June 14, 2016

[Kemaskini 28 Oktober 2024]

Dalam proses bina kekayaan, setiap kita mesti pernah buat silap yang merugikan. Hatta seseorang yang dianggap 'sifu kewangan' pun pernah buat silap.

Guru kewangan no. 1 Malaysia Tuan Azizi pernah share kesilapan kewangan yang dia pernah buat dalam buku "Jutawan Dari Planet Jupiter".

Bahkan mahaguru emas Malaysia Tuan Syukor Hashim pun pernah buat silap join skim cepat kaya bertopengkan emas.

Dengan kata lain, semua orang pernah buat silap.

Itu saya panggil "yuran kebodohan". Lagi besar kebodohan, lagi besarlah yurannya. 

Yuran kebodohan pertama saya 

Tapi yuran kebodohan sepatutnya kita cuma terkena sekali sahaja.

Sebab orang mukmin tu sepatutnya tak akan jatuh dua kali di lubang yang sama. 

Kalau jatuh berkali-kali, takut-takut kita tak cukup mukmin.

'Yuran kebodohan' pertama saya ialah sebanyak RM1,800 akibat tertipu dengan sindikit "Gores & Menang" pada tahun 2003. Banyak orang pun terkena masa tu. 

Masa tu, duit simpanan kami suami isteri yang ada cuma duit maskahwin sebanyak RM3,000 sahaja.

RM1,800 waktu itu terlalu besar bagi saya. Sebab saya tak mampu kumpul duit sebanyak iu dalam tempoh 2 tahun dengan hanya mengharapkan duit gaji.

(Dan gaji itulah satu-satunya pendapatan saya sebab nak berniaga pun tak pandai). 

Harga yang menjadikan kita pandai

Sudahlah nak menyimpan pun tak mampu, ditambah lagi banyak keperluan paling asas kami sekeluarga belum mampu kami dapatkan;

  • kereta pun tak mampu beli walaupun sekadar Perodua Kancil (kereta paling kecil dan paling murah tahun 2003).  
  • belum mampu menyewa rumah sendiri, dan 
  • belum cukup duit untuk beli keperluan menyambut kelahiran anak pertama dan lain-lain.

Saya pernah menangis sendirian bila memikirkan kebodohan saya tu.

Tapi 'yuran' RM1,800 tu membuatkan saya tak mudah tertipu dengan skim cepat kaya.

Pengalaman tu juga mengajar saya prinsip-prinsip penting dalam kehidupan. 

Pelajaran daripada sebuah kesilapan

Saya yakin, pengalaman tu telahpun menyelamatkan saya daripada kerugian yang lebih besar; RM180,000 atau RM1.8 juta pada masa depan. 

Antaranya pelajaran yang saya dapat;

  1. Jangan ingat orang lain jujur macam kita. Kalau kita orang yang baik, jangan ingat semua orang baik macam kita. Jadi jangan mudah percaya sesiapa kalau ia melibatkan duit. 
  2. Tiada kejayaan yang datang percuma, semuanya perlu kerja keras. Jangan sesekali cari 'short cut' untuk dapat wang besar dalam jangkamasa yang singkat. Sebuah kejayaan itu perlukan masa. 
  3. Tiada sesiapa yang akan berikan bantuan percuma bila kita kesusahan. Kalau ada yang datang secara percuma tu, sila "hati-hati". Yang datang nak ambil kesempatan itu yang ramai. 
  4. Kaya itu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin. Mempertahankan duit yang sedia daripada bocor / hangus ada lebih penting daripada mengharapkan duit besar yang belum tentu dapat. 
  5. Ambil tempoh bertenang sebelum keluarkan duit yang besar. Jurujual selalunya cuma cakap yang manis-manis sahaja. Yang masam-masam biasanya disorokkan sampailah kita rasanya sendiri selepas duit kita berpisah dari tangan kita.

Jalan terus sahaja

Itu salah satu daripada 'yuran kebodohan' saya.

Ada lagi 'yuran kebodohan' yang saya pernah bayar, antaranya;

  • kena tipu dengan tuan rumah berkenaan duit deposit sewaan,
  • bagi pinjam duit kepada kawan sudah 10 tahun tapi sampai sekarang tak dibayar, bagi pinjam duit kepada kawan tanpa surat hitam putih (sebab terlalu percaya),
  • bagi duit kepada kawan untuk diniagakan tetapi bisnes tak jalan dan duit pun diam seribu bahasa, dan
  • ditipu customer sebanyak 2 dinar emas (8.5 gram emas ketulenan 24 karat) dalam urusan jual beli emas.

Skim cepat kaya sahaja saya tak pernah terjebak (sejak bekerja).

Ini disebabkan saya pernah bayar 'yuran kebodohan' tu berjumlah beberapa puluh ringgit ketika zaman universiti - skim cepat kaya gaya pos. 

Cepat-cepat move-on!

Pengalaman itu mengajar saya, apa itu skim cepat kaya...

Saya percaya, setiap orang berjaya pernah membayar yuran kebodohan masing-masing.

Bezanya samada jumlahnya besar atau kecil sahaja.

Nasihat saya, jangan dikesalkan apa yang telah berlaku sebab ia telahpun jadi sejarah, dan kita tak mampumengubahnya.

Sebaliknya fokus sahaja pada masa depan sebab kita mampu mencorakkannya.

Yang paling penting, belajar daripada pengalaman itu, dan JALAN TERUS... Mulakan balik dengan ilmu... 

Zulkifli
Damansara Damai
14 Jun 2016
9 Ramadhan 1437H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Masalah orang kita adalah bila dah terkena ‘yuran kebodohan’ ni, mereka akan duduk senyap sebab malu dan tak habis2 menyalahkan diri sendiri. Sepatutnya lepas kita nak terhantuk tu, kita tolong bagitau orang lain jangan masuk dalam lubang yang ada ular tu. Bukankah satu sedekah mengalihkan duri di tengah jalan? Yang paling penting, ibu bapa kena bagitau anak2 supaya generasi selepas kita tak terhantuk lagi.

  • Betul sifu, kerana terdesak dan nak cepat terlepas dari rasa bebanan hidup mendorong kita tak rasional dalam buat keuputsan. jadi gelojoh dan apa saja peluang melintas kita rebut cepat cepat tanpa berfikir..itulah jadi bodoh bila akal tak digunakan…saya pun banyak belajar dari sifu dan saya juga pernah bayar yuran kebodohan yang kami tanggung hingga sekarang..semoga jadi iktibar untuk kita semua. terima kasih sifu.

  • skim cepat kaya gaya pos SBSAH ke tuan. Saya pun kena juga ha..ha..sungguh bodoh rasanya waktu itu akibat officemate yg hari-hari promote.

  • Saya pon pernah buat sesuatu keputusan yang agak “Bodoh” sertai MLM yang tidak berdaftar & buat loan untuk buat bisnes.

    Padahal untuk mula beniaga kena apa modal yang kita ada.Buat secara mampu & belajar.

    Alhamdulillah..belajar dari kesilapan yang lepas.

    sekarang

  • Assalam en. Zul. Saya nk mtk pendapat sikit. Saya dh labur dlm 2 unit trust shariah public mutual lebih 2 tahun. Unit trust tersebut adalah jenis jangka masa sederhan hingga panjang. Saya dapati 1 unit tu NAV sentiasa jatuh dan jika convert kepada RM sekiranya saya jual saya akan rugi lebih RM300 drp jumlah pelaburan. Manakala 1 lg unit trust hanya untung RM100 lbh ja kalau saya jual.
    1. Adakah saya perlu jual unit trust saya salah satu atau kedua-dua sekali?
    2. Adakah saya perlu tunggu lagi sebab baru 2 tahun, sepatutnya minimum 5 tahun klu bg jangkamasa sederhana?
    Mohon pendapat en.zul dalam hal ini..Terima kasih.

    • Wslm Pn. Rina,

      Secara jujurnya, saya tak labur duit tunai dalam Unit Trust. Yang saya labur hanya duit KWSP je.

      1. Untung rugi dalam pelaburan tu biasa. Pelaburan begini, bila harga turun, kita boleh kurangkan kerugian dengan cara beli unit yang lebih banyak.

      2. 2 tahun tu bagi saya tempoh yang pendek. Tunggu pun tak apa.

      Apa yang penting, belajar lebih mendalam tentang apa-apa sahaja instrument kewangan yang pun terlibat.

  • salam,
    sy nak update sikit apa yg berlaku pada sy hari ini ttg yuran kebodohan dan kesilapan.hari ini kedai sy kena curi barang oleh custumer sendiri.mereka berlakon sebagai pembeli.barang yg hilang ialah smartphone dan camera DLSR,yg diletak didlm laci..purata nilainya lebih dari 3k.tapi apa yg nak sy kongsikan bukan ‘kehilangan’ tersebut tetapi itulah yuran kebodohan sy untuk sy bertindak memasang CCTV didlm premis dan tidak membenarkan costumer berligar-ligar di hadapan meja counter.sebelum ni dah ada niat untuk pasang tapi sy tangguh-tangguhkan dahulu kerana faktor kos…lepas dah kena terus berasa segar untuk bertindak..hehe..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >