Ini yang menyebabkan mangsa skim cepat kaya terus ditipu berkali-kali. Bila skim nak tersungkur, mereka tak berani buat report atau ambil tindakan undang-undang.
Nak report kepada pihak berkuasa, takut nanti kena serbu. Maka duit mereka hangus... Kalau tak report, penganjur asyik berdolak dalih... Lepas tangguh, tangguh lagi... Tak habis-habis...
More...
Scammer cuba beli masa
Pengalaman sebelum ni menunjukkan, petanda jelas sesuatu skim tu akan berkubur ialah bila mula delay payment. Delay yang tak berkesudahan...
Lepas delay, delay lagi, lagi dan lagi... Dari mingu ke bulan... Dari awal tahun ke pertengahan tahun... Macam tulah sampai skim tu berkubur...
Pengajur mula bagi harapan palsu untuk "beli emas"... Nak kena tarik mangsa baru untuk bayar kepada mangsa lama (yang tengah takut dan cemas) supaya nampak masih trusted.
Siapa masuk juga waktu tu, memang dia mangsa ke seterusnya...
Mangsa-mangsa sedia ada cuma tunggu dengan penuh harapan... Tak berani ambil tindakan undang-undang...
Rasa takut dan serba salah
Kalau buat report dan pihak berkuasa serbu, kerja penganjur lebih mudah... Mangsa-mangsa akan menyalahkan pihak berkuasa. Penganjur cuma perlu cuci tangan!...
Mereka lingkup bukan salah penganjur. Tapi pihak berkuasa! Tuding jari kepada pihak berkuasa...
Maka skim terkubur dengan rasminya, dan penganjur terlepas...
Proses turun naik mahkamah makan masa lebih 10 tahun... Berita buruknya belum ada lagi mana-mana skim yang mangsa dapat balik duit mereka lepas melalui proses yang panjang tersebut!...
Beberapa tahun akan datang, orang sama pergi promote skim baru pulak!
Jerat tak pernah lupakan pelanduk...
Cara terakhir selamatkan diri
Bagi yang dah terkena, saya nak petik kata-kata Tuan Khairul Ezuwan, Scam Fighter yang saya follow sejak zaman Tok Belagak lagi, katanya;
"Dari pengalaman saya menghadap dengan kes-kes scam ini dulu, bila berlaku peringkat awal sontotan ini berlaku, siapa mangsa yang berani hambat syarikat ni dengan buat cover report polis, ambil lawyer buat tuntutan, ramai antara mereka yang berjaya dapatkan semula wang mereka.
Ada juga agent sendiri yang pergi hambat syarikat mereka untuk kembalikan hak agent mereka.
Cuma saya nasihatkan, jangan melampau undang-undang, takut nanti diri sendiri yang terjerat.
Yang masih terus percaya tunggu dan lihat, asyik dapat delay demi delay sampai satu tahap ramai yang sudah pasrah. Mana saya tahu, saya masih ada lagi dalam beberapa group mangsa beberapa syarikat.
Dah tujuh lapan tahun group tu , habis semua terus kelabu asap."
Cara paling peace of mind
Bagi saya nak melabur dalam emas, ini prinsip paling penting ni.
Nasihat yang sudah bertahun-tahun saya ulang (sejak 2010 lagi) iaitu, beli emas, pastikan dapat emas (fizikal). Emas yang terbaik ialah emas yang ada di tangan kita sendiri.
Tidak ada jaminan yang terjamin...
Duit dalam akaun bank (yang dikawal selia ketat oleh Bank Negara Malaysia) pun ada yang hilang, inikan pula jual beli emas dengan syarikat swasta - yang undang-undang kawalselianya sangat tak memadai.
Itulah cara paling peace of mind, yang akan membuatkan kita lena tidur malam. InsyaAllah...
Siapa abaikan nasihat ni, dia akan belajar pengalaman yang sangat mahal dalam pelaburan emas!... Hanya masa sahaja yang akan mengajar mereka...
Allahu 'alam.
Zulkifli
Cyberjaya
18 Januari 2023
7 Rejab 1445H
Coretan FB berkaitan:
- Dapatkan nasihat pakar sebelum melabur - FB (2015)
- Recovery tersontot - FB Khairul Ezuwan (2024)
- Luahan nasib mangsa skim emas Tok Belagak - FB Mohd Nazim (2024)
- Pengalaman skim emas Tok Belagak, akhirnya payment delay sampai ke sudah tak dapat langsung - FB Mohd Nazim (2024).
- Notis "delay" kepada pelabur hanyalah untuk membeli masa sebelum operasi tutup sepenuhnya - FB Mohd Nazim (2024)
- Skim emas Tok Belagak - FB (2013)
- Logik bisnes, hanya orang bisnes je yang senang faham - FB (2016)
- Hanya scammer sahaja tunjuk duit berkepuk-kepuk - FB (2023)