MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Emas, Mesti Dapat Emas! Titik.

April 9, 2023

Saya mohon maaf. Posting saya pagi tadi menyebabkan ada ejen company emas yang tak se-prinsip “beli emas dapat emas (fizikal)” rasa tak selesa.

Tapi nasihat saya adalah jujur khusus untuk lebih 340,000 penyimpan emas #PublicGold di bawah saya, dan follower saya sahaja.

Prinsip dan Pengalaman Saya

Posting saya tu bukan untuk penyimpan emas di bawah mana-mana company lain. 

Nasihat saya tu sebenarnya bersifat umum berdasarkan prinsip yang saya faham dan pegang selama ni.

Saya sudah menulis tentang kewangan sejak 2008.

Dan saya aktif mendidik masyarakat tentang emas dan kewangan sejak 2010 lagi - melalui penulisan di blog, media sosial, dan seminar online dan juga seminar fizikal.

Dan saya juga telah menulis sebuah buku yang menjadi rujukan utama penyimpan emas di Malaysia pada hari ni, iaitu #BukuWangEmas.

Tanggungjawab Saya

Saya tak berminat menyentuh mana-mana company emas secara spesifik.

Untuk mereka yang percaya kepada saya, tanggungjawab saya berikan nasihat yang betul berdasarkan ilmu dan pengalaman saya.

Kalau mereka jatuh lingkup sebab saya tak pernah beritahu ataupun saya tak pernah ingatkan, itu salah saya.

Tapi kalau mereka jatuh lingkup setelah saya selesaikan tanggungjawab saya sampaikan apa yang saya rasa betul, saya sudah berlepas diri dari mereka.

"Yang beli emas fizikal pun boleh kena tipu (logam lain bersadurkan emas), inikan pula yang beli emas tapi tak nampak emasnya. Siapa yang percaya beli emas tanpa perlu dapatkan emasnya, dia akan belajar pengalaman mahal dalam pelaburan emas" - Catatan FB 22 Februari 2023

Bebas Untuk Unfollow / Block

Kalau ada ejen mana-mana company emas yang tak sependapat dengan prinsip yang saya pegang, atau tak selesa dengan peringatan yang saya sampaikan, jalan terbaik ialah unfollow atau blok sahaja saya supaya kalian tak terganggu.

Mohon maaf semua.

“Sesungguhnya saya sedang berpuasa”...

Moga Allah ampunkan saya kalau-kalau saya ada terlanjur kata yang menyakitkan hati mana-mana pihak.

Salam Ramadhan...

Terima kasih Dato Wira Louis Ng sentiasa ingatkan saya supaya bercakap hanya tentang Public Gold dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana ejen atau customer syarikat lain sejak dari dulu lagi.

Zulkifli
Cyberjaya
9 April 2023
18 Ramadhan 1444H

Tak kisah apa nama syarikat pengeluar emas. Pastikan beli emas mesti dapat emas. Selagi emas ada di tangan kita, kekayaan kita akan selamat dari dimanipulasikan oleh sesiapa. InsyaAllah.

“Beli emas mesti dapat emasnya. Kalau beli emas tapi emasnya tak nampak, bersedialah belajar pengalaman yang mahal dalam pelaburan emas. Beli melalui akaun emas okay, tapi bila cukup gram, keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 26 Januari 2023

“Perkara paling basic dalam pelaburan emas ialah "beli emas mesti dapat emas". Kalau beli emas tapi yang dapat hanyalah janji untung dan surat hutang, sila angkat kaki lari jauh-jauh. Nanti emas tak dapat, duit pun lesap! #BukuWangEmas” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 27 April 2022

“Nasihat paling keramat dalam pelaburan emas yang terbukti sejak zaman berzaman;
Beli emas mesti dapat emas fizikal. Emas tu ada di tangan kita sendiri. Tinggalkan selain daripada itu. Dan tinggalkan mereka yang kata itu teknik kuno. Titik!” 
- FB Mohd Zulkifli Shafie, 31 Julai 2024

“Teknik baru dalam pelaburan emas ni hanya akan diketahui ianya bermasalah lepas 2 - 3 tahun; bila banyak tersangkut atau lingkup. Jadi apa saja teknik yang belum lagi terbukti selamat, lebih baik tinggalkan atau ikut nasihat pakar.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 7 Mei 2022

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>